Tuesday, August 23, 2016

Tempat Kerja 2

Sambungan..


Sepatutnya dah tutup kes. Yelah, bukan jenis aku nak amek port lama-lama. Especially bila dalam 1 team. Tapi yang kelakar.. Hari ini, aku rasa aku dah menang!

Dia add aku dalam group team dia. Dah lama.. Masa tu kitorang masih kawan rapat so apa-apa dia akan masukkan aku la walaupun aku takde kaitan pun. Dan aku pun tak kisah sangat. Tup! Lepas kes hari tu, belum sampai seminggu, dia remove aku atas alasan kalau nak sembang bab lain pergi buat group chat lain. Padahal aku tak pernah join conversation dalam tu pun! Hahaha.. Nampak tak? Betapa 'cerdik' dia menelanjangkan dirinya di hadapan staf-staf dia yang jugak geng-geng kami.

Eh. hello! Umur dia dah 40-an dah ok. Aku baru 30-an. Kau rasa? Bebudak yang dalam group tu geleng je la kepala. Hahaha. Aku? Gelak je la. Selagi tak mengayat baik depan aku. Aku gelak. Orang yang kenal aku je tahu perangai aku. Gelak ada makna la tu. Tak hari ini, esok-esok la tu. Selagi tak sejuk badan orang kata. Hehe...


Sunday, August 21, 2016

Tempat Kerja

Suatu perkara yang terpaksa kau hadapi di tempat kerja ialah sikap manusia. Dan hari ini selepas sekian lama aku memuji sikap-sikap teman sekerja yang profesional, aku ditemukan kembali dengan manusia yang mempunyai sikap yang menjelikkan.

Sayang sekali, dia seorang kawan yang aku sayang. Itu yang membuatkan aku lebih rasa sedih. Hanya satu kesalahan kecil, aku mengaku aku terlepas pandang. Tapi dia lagi teruk, tak mengaku dan cuci tangan. Haha.. Kelakar manusia!

Btw, aku mengaku itu kesalahan aku langsung tak menjejas KPI aku. Yang dia pergi mengadu domba dan sebagainya, adakah ia menaikkan KPI dia? Musykil!! Kadang-kadang hanya dengan perkara-perkara begini kau boleh kenal manusia.. Maka ia berbaloi!

Orang yang pernah jadi kawan kau, naik pangkat.. Tiba-tiba jadi seorang manusia yang lebih suka 'cuci tangan'. Itu loser! Dah hilang respek aku. Kalau pun dia tumpang mengaku, tak menjatuhkan KPI dia pun. Haha. Malah, dia akan menjadi manusia yang dihormati kerana sanggup membela orang di bawah dan mengaku kesalahan.

Kesalahan tu pun sebenarnya tak jadi isu besar pun! Hahaha.. Just special case.. Gelak tu gelak juga tapi dalam gelak ada api panas. Lepas ni better kau berjaga-jaga sebab mulut aku dah hilang tembok respek. Tu je la. Kalau kau rasa nak makan dalam, silakan.

Aku baru je tutup buku pasal kes tu. Pasal kau. Tapi hari ini bila dapat tahu kau naik atas mengadu. Aku rasa macam buku tu akan kekal terbuka. Dan bos pun tak kecoh macam kau!

Tuesday, August 16, 2016

Kerja Kosong : Pembantu Rumah

Saya mencari pembantu rumah di rumah saya di Cheras, Selangor
Warganegara Malaysia

Kelayakan :

Perempuan
Umur 25 hingga 50 tahun
Bujang/Janda
Jujur, amanah dan boleh dipercayai
Tugas:
Jaga anak 2 orang sahaja ( 2 tahun , 3 bulan)
Kemas rumah dan pakaian.
Dan lain2 diminta.Blh msk
Kelebihan:
Kerja Isnin-Jumaat
Sabtu,Ahad cuti

Rumah teres 2 tingkat.
Bilik disediakan jika ingin tinggal bersama majikan
Makan disediakan.

Gaji RM800 bersih (tinggal bersama majikan)


Pembantu rumah diperlukan segera;

1. Wanita
2. Islam dan solat
3. Sihat tubuh badan
4. Boleh mengemas rumah serta pandai menguruskan bayi
5. Pembersih, Disiplin dan jujur
6. Boleh Menetap bersama dgn majikan (bilik yg privacy, siap perabot)
7. Makanan disediakan

Bidang kerja;

1. Memastikan rumah dalam keadaan bersih dan kemas
2. Menguruskan pakaian serta barang dapur
3. Memasak
4. Menguruskan seorang budak perempuan (hanya apabila
perlu shj)
5. Membantu majikan dalam hal-hal berkaitan
apabila perlu



Call : 019-2921436 (Zura) 
Boleh mula pada bulan Disember 2016.




# Sedang mencari kerja?
# Jawatan kosong pembantu rumah
# Kerja kosong , UPSR, PMR, SPM

Monday, August 15, 2016

Dugaan Sakit Bertubi-tubi

Tak pernah sesaat pun membayangkan saat-saat macam ni. Dalam keadaan sarat mengandung, nak bangun pun susah, nak berjalan sakit belakang, sakit pinggang, dah memang tak cergas macam dulu. Berat badan naik mendadak. Memang aku kalau mengandung macam tu. Sampaikan doktor hairan, mana pergi berat aku sebab anak tak besar sangat. Aku la tu! Menyerap lebihan lemak. Haha..

Seminggu lebih suami sakit. Kritikal jugaklah. Tak boleh bergerak. Bangun pun susah. Yang dia tahu meraung dan satu ketika kami menangis bersama sebab aku tahu dia tak dapat tahan sakit tu. Buasir tahap 4 barangkali. Sebelum ni pernah dia sakit tapi taklah teruk macam ni. Aku dah ke sana ke sini cari ubat. Dia tak nak ke hospital. Kewangan tak mengizinkan menyebabkan dia sedaya upaya tahan sakit tu. Padahal aku sanggup je cari duit untuk berubat. Asalkan dia tak terseksa macam tu.

Dalam masa yang sama, aku kena cirit-birit. Dahlah dalam perut ada anak. Memulas-mulas sakit. Salah makan. Lemah jugaklah. Pergi jugak ke HUKM untuk booking nak bersalin nanti. Lepas dua hari aku dah okay.

Dan dalam masa yang sama jugak, si Kasya pun demam 37-39'c. Bayangkan malam aku tidur tak tentu. Suami yang tak boleh makan sesuka hati, jenuh fikir nak masak apa. Nak pantang apa. Aku google segala maklumat berkaitan buasir. Aku cari kalau-kalau ada ubat tradisional. Aku mesin carrot buat air. Aku masak bubur nasik. Aku masak air manjakani. Apa lagi aku tak buat? Semakin hari semakin teruk. Benda dah nak keluar memang perit. Mujurlah kak dia kat kampung hantar ubat dari satu klinik di Perlis. Alhamdulillah. Dia dah kurang sakit tapi buasir tu masih ada. Sekurang-kurangnya dah lega sikit.

Bila search ubat buasir, yang kebanyakan dikecohkan ialah punca dan penerangan. Aku nak ubat! Sekali jumpa satu ubat, harga cecah rm800. Baik pergi operate je!!

Mahal. Bukan berkira tapi buat masa sekarang tak mampu.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Kasya disyaki HFMD. Dia merengek-rengek. Tak nak minum susu. Tak nak makan. Satu petang, aku nampak tangan, siku, lutut, kaki dia naik ruam yang macam ada air bisa tu. Lepuh kata orang. Aku rasa macam campak. So dapatlah segala petua mak nenek. Esoknya aku cari daun belimbing buluh. Mujur ada.

Balik je, baru perasan tu tanda-tanda HFMD. Demam Kasya dah ok. Cuma kesan-kesan ulser dan sebagainya tu masih ada. Berbekalkan modal yang nyawa-nyawa ikan, demi anak.. Aku pergi juga farmasi cari ubat. Sekarang ulser dah makin berkurang. Cuma tunggu lepuh tu kecut je la. Dia gatal. Dia selalu tunjuk jari dia, kaki dia. Gatal. Nak mengalir air mata ni.

Bayangkanlah, jauh dari family. Kau kena harungi semua benda ni sorang-sorang. Suami, anak.. Duit lagi. Pejam mata rapat-rapat dan tanya kepada Allah, kenapalah berat ujian aku sepanjang dua minggu ni? Pejam lagi. Aku dapat jawapan. Seberat-berat ujian untuk aku, berat lagi ujian orang lain. Yang pasti Allah ada aturkan yang lebih baik untuk kami pada masa depan. Aku arah hati supaya kuat dan tabah.

Sampailah esoknya, aku hampir pitam di Petronas. Kurang rehat, kurang tenaga. Kalau tak mengandung, rasanya aku boleh. Mungkin faktor sarat sangat membuatkan aku rasa lemah sikit.

Sekarang?

Kedua-duanya dah beransur pulih. Aku sedang bergelumang dengan kertas peperiksaan pelajar yang beratus-ratus.



Sekian, semoga tulisan ini mampu memberikan nostalgia yang paling bermakna untuk aku pada masa depan. 16/8/2016 jam 10.49am

Monday, August 1, 2016

Kasyah - LBS

Mungkin saya perlu menulis. Mana tahu suatu masa, saya terbaca kembali coretan lucu tentang suami saya. =)

Semalam, kami anak-beranak lepak depan TV lepas bertungkus-lumus ke UPM selesaikan perbincangan bersama penyelia baharu. Penyelia lama dah nak bersara. Tesis dah siap. Cuma perlu buat sedikit pembetulan kecil. Semoga dipermudahkan.

Ok. Petangnya, pergi ambil Kasya di rumah member. Kasya dah tak duduk dengan pengasuh lama sebab pengasuhnya dah balik ke Pahang. Mujurlah ada kawan sekolah yang kebetulan tinggal berdekatan. Jadi, dia bersetuju nak jaga Kasya. Alhamdulillah.

Sampai di rumah, terasa nak melayan Lagenda Budak Setan dengan si heronya bernama Kasyah. Suami dah hanyut awal. Dari babak ke babak, aku mendalami jalan cerita walaupun dah ditonton berkali-kali tetap rasa kusyuk tu ada. Sehinggalah suami terjaga. Sambil dia layan game, dia toleh ke arah aku yang ralit menonton.

Sampai satu babak, aku dah memang tak tahan. Berjurai air mata macam air paip beb! Haha.. Terkemam-kemam la bibir menahan sebak sambil nafas yang dah tak konsisten. Dahla perut besar. Menangis tersedu-sedu. Kalau aku gelak, goyang perut. Menangis pun sama. Haha..

Suami aku gelak tak henti. Aku malas layan. Aku terus menonton tapi dalam masa yang sama cuba control. Tak tahan beb! Sedih pehal entah. Hahaha.. Siap marahkah pelakon tu sebab bermulut manis bla bla bla.. Suami aku gelak lagi. Sekali dia pasang hp dia dan dia cakap nak record. Aku selalunya tak percaya la kalau dia cakap camtu. Sebab selalu sangat dia kenakan aku. Tak terfikir langsung dia record aku nangis.

Pagi tadi masa bangun pergi kerja, dia tanya dah tengok belum wsap?

Belum.

Aku bukak wsap dan download. Hahahha.. Buruk giler weh muka aku nangis. Kah3!! Dah la gemuk. Buruk pulak. Aduyaii.. Nakal. Patutlah asyik gelak-gelak je.


Hampeh!

Thursday, July 21, 2016

Penceraian dan Wanita

Rasanya hari ini terpanggil untuk menulis isu penceraian.

Perkahwinan itu ialah sebuah mahligai indah yang diimpikan oleh setiap manusia baik lelaki mahupun perempuan. Namun begitu, terdapat beberapa faktor penting yang menyebabkan penceraian berlaku walaupun pasangan tersebut bercinta bertahun-tahun lamanya.

Antaranya adalah seperti masalah kewangan, sikap pasangan yang panas baran, masalah komunikasi, tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik, tidak setia kepada pasangan dan sebagainya. Semua ini didasari oleh satu faktor yang utama iaitu kurangnya didikan agama.

Kaum wanita merupakan satu golongan yang sering menjadi mangsa. Kes yang melibatkan lelaki sebagai mangsa tidak banyak. Jadi, atas keprihatinan saya sebagai seorang wanita, saya ingin menghuraikan kes ini berdasarkan mata saya dan juga beberapa pengalaman orang sekeliling termasuk diri sendiri.

Wanita mahukan penceraian! Ya, saya akui. Baru-baru ini seorang teman saya bersungguh-sungguh untuk memfailkan penceraian kerana sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab. Apabila diajak berbincang, suaminya lebih suka mendiamkan diri dan tidak mahu peduli dengan luahan wanita terbabit. Segala tanggungan rumah juga dilaksanakan sepenuhnya oleh si isteri. Apa yang saya nak tekankan di sini, jika seorang isteri menanggung semua tanggungjawab iaitu tempat tinggal, anak, makan, minum, segala bil dan keseluruhannya, bermakna lelaki harus mengambil tahu bahawa lambat-laun anda tidak akan panjang jodoh dengan isteri anda. Kenapa? Isteri menganggap dia mampu dan tidak memerlukan seorang manusia yang tidak mampu menjadi ketua rumah yang baik. Kalau ada pun yang setia dan menyayangi anda, tidak pasti hingga bila.

Teman saya menghantar mesej kepada saya, dan dia memberitahu bahawa dia telah menerima ucapan "TAHNIAH!" daripada seisi keluarga dan teman-teman lain. Wah! Bukankah penceraian itu sepatutnya diucapkan takziah dan mendoakan perempuan itu bersabar??? Jelas sekali bahawa jika sebuah perkahwinan itu membebankan seorang perempuan, orang di sekeliling akan menganggap penceraian itu merupakan jalan terbaik.

Hal ini agak berbeza jika kita melihat dari sudut seorang perempuan yang tidak mempunyai pekerjaan dan ditanggung sepenuhnya oleh si suami. Segala kejahatan si suami harus ditelan dengan pahit. Hanya juraian air mata dan tekanan sahaja yang dialami oleh perempuan itu. Kadang-kadang kita pernah mendengar bahawa ada isteri sanggup mengenakan nasi kangkang kepada suaminya. Bagi saya, perbuatan itu memang salah dan berdosa besar di sisi agama Islam. Namun, si suami juga harus berhati-hati kerana sikap andalah yang menyebabkan seorang isteri itu dilanda tekanan.

Mungkin kita anggap penceraian itu tidak elok untuk perkembangan anak-anak. Namun begitu, kita tidak boleh mementingkan diri sendiri dengan menyeksa jiwa isteri seperti tidak menghiraukan mereka, tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik, menipu, berlaku curang dan sebagainya. Perempuan itu ialah manusia. Anda sebagai suami juga manusia. Fikirkan kebarangkalian tindakan jika anda di tempat isteri anda. Begitu juga sebaliknya.

Jika saya? Saya lebih suka memikirkan untuk bertoleransi dan berbincang. Saya orang yang mudah kira. Jika pasangan tidak mempunyai nilai-nilai seorang suami, tidak mempunyai perasaan lagi, atau apa-apa yang mengundang perkelahian setiap masa, saya lebih suka duduk dan berbincang. Penyelesaian akan diambil berdasarkan perbincangan tadi. Bersedih jika bercerai? Siapa yang tak sedih tetapi hidup ini mesti diteruskan. Masih banyak perjalanan dan liku hendak dilalui. Penceraian bukan penamat hidup. Ya, saya pernah melaluinya. Alhamdulillah, saya masih bernafas dan sekarang mempunyai keluarga baharu.

Perasaan menyesal kerana tidak bersabar dahulu menghantui saya. Namun begitu, saya anggap itu semua ialah takdir Tuhan. Apa yang diaturkan kepada kita untuk hari depan perlu kita lalui dan terima.

Penceraian itu memang dimahukan oleh perempuan jika seorang lelaki tidak mampu menjadi seorang suami yang baik. Malah, mereka pasti bahagia jika berpisah dengan anda. Haha.. Moralnya di sini, jadilah seorang suami yang bertanggungjawab. Isteri pula haruslah bersabar dan menimbang baik buruk sebelum membuat sebarang keputusan.


Ok. Bye

Wednesday, June 8, 2016

Pembantu Rumah aka Pengasuh Diperlukan di Mahkota Cheras

Assalamualaikum...


Saya memerlukan pembantu rumah @ pengasuh bayi di rumah saya di Cheras.



Butiran :

Masa bekerja : 7.30 pagi - 7.30 malam
(bergantung kepada masa saya balik kerja, selalunya pukul 630)

Hari : Isnin hingga Jumaat sahaja.

Bayaran : Minimum RM700  (bergantung kepada keadaan)

Tugas :


  1. Menjaga bayi berusia 2 bulan dan 2 tahun.
  2. Mengemas bahagian bawah sahaja 
  3. Membasuh baju (seminggu dua kali)



Jika berminat boleh hubungi saya 019-2921436. (Zura)

Kekosongan bermula pada bulan Ogos atau  Disember 2016.

(bergantung kepada pengasuh sekarang. Dia nak bersalin pada bulan Oktober. Jadi, kekosongan selepas dia berhenti la.. hehe)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...