Wednesday, April 8, 2009

Tokoh Kali Ini

~Sedikit Kejutan~

Hampir semalaman, mata tidak dapat dipejamkan. Hati gusar sahaja memandangkan seorang tokoh di Jabatan Bahasa Melayu perlu dicari. Gelisah. Alih bantal ke kanan, alih bantal ke kiri, juga tidak kena. Semuanya menjadi serba tidak kena. Esok yang ditunggu seakan lambat tiba. Siapakah tokoh yang harus aku pilih? Aku tidak berani melelapkan mata. Runsing sungguh…

Esoknya, pagi-pagi lagi aku ke fakulti. Bertanya teman-teman, siapakah tokoh yang masih tidak ditemuramah?

Maka, keputusan yang bijak harus diambil. Aku dan Okina cuba menguatkan semangat yang ada, menyusun langkah ke sebuah bilik yang belum pernah aku kunjungi. Penat juga mendaki tangga yang kuibaratkan seperti gunung Everest tu.. (Haha..)

Papan bersegi empat kecil di pintu itu sepertinya memanggil-manggil aku untuk terus mendekati kamar kecil itu. Wah, betapa gembiranya aku!!

ADA

Itulah yang aku tunggu-tunggu. Tokoh yang aku cari itu ada di bilik. Betulkah ada? Hurm.. Kadang-kadang memang terpampang ADA tapi orangnya tak ada. Betul tak? Apapun, aku cuba juga. Mengetuk dan memberi salam.

Dalam hati masih lagi dirundung resah. “ASSALAMUALAIKUM..”

1 saat. 2 saat. 3 saa.. “WA’ALAIKUMSALAM”

Fuh.. dengar saja jawapan salam itu, hatiku menjadi lapang tiba-tiba. Namun masih ada lalang-lalang kekhuatiran. Mana tahu, hajat ditolak.

Jeng-jeng-jeng…

Hasrat diterima! Beliau dengan senang hati menerima kehadiran aku dan Okina. Wah, kadang-kadang sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Aku berpeluang lagi berkongsi idea dengan seorang tokoh.

Tokoh yang akan aku bawakan kali ini bukan tokoh dalam penulisan kreatif. Sebaliknya, penulisan akademik/ilmiah. Tentu sahaja, langkahnya sedikit berbeza.

Nak tahu siapa??

Beliau ialah Prof. Dr. Hashim bin Musa. Pensyarah, Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Tentu ada dalam kalangan kalian pernah mendengar nama beliau, bukan? Hurm.. mungkin juga masa kelas Sistem Tulisan Jawi.. Atau mungkin pernah terserempak di kafe..

Jom kita terjah sedikit sebanyak tentang beliau.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...