Sunday, June 28, 2009

Hari-hariku Di Kampung Tercinta

Walahai..
Seronok ke balik kampung? Tentulah seronok kan?? Suasananya aman, damai dan yang paling penting duduk bersama dengan famili. Sangatlah menyeronokkan!
OK.. Rutin macam biasa, tak ada yang berubah sangat pun. Selain masak kat suami, ada jugak agenda lain petang2. Aku ni kira bosan dan cuba nak turunkan berat badan. Tapi nak kurangkan makan? Wah, sungguh berat aku rasakan. Hehe.. Jadi, aku pun ajaklah budak2 yang masih ada kat kampung main futsal. Kalau kat kampung aku tu, budak2 perempuan ni memang tak tahu pun nak main. Sebabnya tak ada pendedahan sebelum ni.
Aku ajar la basic, yang lainnya aku mintak tolong kawan aku yang selalu sangat main futsal ni ajar. Biasalah, dia main ngan geng star, memang wajiblah dia tahu macam2 kan?
Al-kisahnya memang ada jugak dugaan kami selaku belia di kampung. Hehe.. Bosanlah kan, petang2 merambu-ramba hek..
Along pun main gak, kadang-kadang dia ajar kami semua main. Jadi tak ada masalahlah bab kebenaran suami ni. Hehe..
Malam? Malam aku tak buat apa-apa..Relaks dan kadang-kadang tolong mak aku bukak kedai makan. Aku dah pandai buat char koey teaw dah... Hehe.. Entah sedap tidak tapi banyak jugaklah yang ulang beli.. Kiranya menjadi la kot..
Percubaan jadi peniaga.. Aku memang suka bab2 berniaga ni. Kiranya dari sekolah rendah lagi dah mula berjinak2 dah. Sampai sekolah menengah. Sekarang ni, aku rancang nak jual barang2 dari Thailand, yang dekat dengan Perlis tuu.. Hehe..
So, kalau korang teringin apa2 yang akan aku tayangkan kat blog aku yang satu lagi tuu, gtau lah yer..

Ok..Wa cau dulu bebe!

Thursday, June 25, 2009

Tahniah Buat Geng Yang Sambung Master

Wah..
Semangat betul geng nak belajar. Kira ok lah tu daripada duduk melepak kat rumah. Sekarang ni musim gawat kerja, ye ke?? Hurm, tak taulah.. Mungkin kita yang terlalu memilih kot. Tapi tak pe, apapun korang memang bertuahlah sebab ditawarkan buat Master. Aku ni bukan tak nak tapi al-maklumlah, dah kahwin so banyak sikit aku kena fikir.
Ekonomi keluarga aku pun kena gak fikir. Korang doakan aku dapat kerja yang memang sempoi ek.. Gaji pun mesti ngam la. Mintak2 seribu ke atas la.. Hehe..
Korang nanti dah keluar mesti lagi gempak gaji. Peh! Sambung terus la buat PHD, leh jadi lecturer.. Tapi jangan kedekut markah lak.. Memang hampeh la weh.. Hehe Tapi aku cayalah korang akan buat yang terbaik untuk masa depan masing-masing.. Tahniah sekali lagi.
Yang tak dapat or tak nak sambung tu, jom cepat kita cari kerja dan doakan sesama sendiri.. Hehe... Aku tak sabar nak pakai kereta guna duit sendiri. PTPTN pun x bayar lagiiiii.... hehe...

Ok.. Salam Tahniah....

Tuesday, June 23, 2009

Alhamdulillah..Rezeki Allah s.w.t

Assalamualaikum..
Sorry la ek..lama benar aku tak update blog aku ni..yerla, aku sendiri pun nak dapatkan tenet ni pun susah sgt..

Ok.. Sebenarnya aku nak berkongsi kegembiraan dengan semua sahabat aku tak kiralah yang lama or yang baru2.. hehe..

Suatu pagi yang agak menjelang sikit tengah hari, aku dikejutkan dgn satu pggilan tepon.. Tut...Tut...
"Hello.." dengan suara serak-serak basah ala Ella gitu aku cuba menguatkan diri untuk menekan butang 'answer'..
hehe..
poyos..
Yang telefon tu tak lain tak bukan informer aku, merangkap penulis cerpen dan sajak terbanyak antara kita setakat ni.. wah aktif sungguh cik Hilmi kita.. Tunas Cipta tu dah dia pulak yg jadi penulis tetap.. hahaha...

Ok.. dia pun cakap, "Tahniah.."
aku pun kaget gak la.. Result keluar ke?? memang tak sabar2 aku, yerlah ni kan final kalau kantoi satu memang alamat extend la aku.. Waaa... tak nak!!
rupa-rupanya dia cakap tahniah sebab cerpen aku yang masuk Harmoni tu, ala yg Dr. Lim bagi korang baca dulu tu, dapat hadiah penghargaa cerpen kategori remaja. Memang terkujat sangat la time tu..
Aku pun dengan pantas bangun mandi dan mencari utusan di kedai berhampiran tapi malangnya tak ada plak..
aku ajak lah hubby aku p Kangar, bandar yg paling aman berbanding bandar lain.. (hahhahaaha..selamat datang ke Perlis lagi Permai)
Sampai kat satu kedai tu, xde Utusan, aku g cari lagi kedai sebelah xde gak.. eh.. nak tanya tapi kalau dah tak de nak tanya buat apa kan?? aku pun pelik gak,, betul ke ada utusan hari ni???? pelik sangat..
sebenarnya disebabkan kedunguan aku tahap kritikal, aku lupa bahawa utusan kalau time hujung minggu gitu ialah mingguan malaysia. Wah memang panas gak lah sebab dekat kedai kat rumah aku tu pun ada Mingguan tapi aku yang berlagak tak mau tanya.. memang padan muka lah berpanas terik selama 30 minit sebelum nak sampai Kangar.. hehe
Aku p kedai makan dekat the Store tu, belek-belek, "Eh..adalah nama Ra." Aku pun cakap gitu dengan hubby aku ni.. Dia mengulum senyum la.. ejek aku.. Adui.. Tak sapot toii..
hehe.. Dia memang gitu.. Manja.. Haha..
Tengok hadiah dia, "WoW!!! RM 800!!"
memang best sangatlah..
malangnya masa malam penganugerahan tu aku xde sebab dorang cari alamat aku dan contact num aku xde. Aku pulak tak tepon dorang. Memang xde rezeki la nak jumpa penulis-penulis lain. Wah.. seronok sangat..
Kiranya setakat ni, aku dapat dua kali hadiah penghargaan. Kedua-duanya cerpen.. Kira rezeki Allah swt bagilah tu..
Hadiahnya dipos tapi belum sampai lagi.. Nanti kalau ada sampai aku bagitau ek..

Thanks Nad! Dia pun tepon aku untuk bagitau berita gembira ni.. Thanks la korang sebab ingatkan aku yang jauh di utara ni.. Love u all..

Aku dah lama tak buat cerpen ni.. Banyak sajak tapi semua dalam proses eram.. Aku nak tengok dulu kesedapan dan mesej dalam sajak tu.. Edit lebih kureng baru nak hantar.. Hantar sekaligus...
Seronok... Puas.... Memanglah!

So, untuk korang aku harap jangan fikirkan sangat tentang bakat, korang mesti boleh buat punya. Hantar satu, dua dan direject memang lumrah tapi cuba lagi dan akhirnya korang akan dapat hasilnya. Yang penting minat!!! MINAT!!!
Aku sekarang ni tengah mencari diri sendiri. Aku tak boleh menulis selagi aku tak dapat memperbaiki diri aku. Perjuangan kita dalam penulisan bukan semata-mata wang, kita perlu buat semua ni atas jalan Allah s.w.t.
Jadi, perlu sangat untuk aku yakinkan diri aku sendiri sebelum aku yakinkan orang lain. Setakat untuk memoralkan kehidupan orang dengan nilai-nilai dalam sesuatu karya memang boleh tapi tak salah kalau kita mantapkan pengetahuan kita dalam agama agar generasi akan datang terbentuk dalam nilai kehidupan yang lebih baik.

P/S : Tak lama dah nak konvo...!!! Bawa bunga untuk aku!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...