Saturday, July 25, 2009

Piawaian atau Piayawan/Piaiawan

Bukan niat hendak mencari salah silap orang tetapi bahasa ini kedengaran lucu. Berulang kali disiarkan dan bunyinya tentu menarik perhatian sesiapa yang mengikut siaran berita tersebut. Usahlah disebut gerangan yang menyebut, cuma saya sedikit hairan. Penutur Melayu menutur Bahasa Inggeris dengan mengikut hukum tatabahasa yang betul tetapi apabila berbahasa Melayu, pelbagai perkara diabaikan. Hal salah sebutan ini memang perkara biasa dan sebenarnya bukanlah isu yang patut diperbesarkan pun tetapi memandangkan hal memperlecehkan bahasa ibunda sendiri semakin menjadi-jadi, saya pun ambil ia sebagai contoh. Malah saya tidak menuduh gerangan yang tersilap ini sebagai tergolong dalam kumpulan ini. Biasalah orang tua, tentu ada salah dan silapnya. Alat artikulasi pun mungkin pergerakannya tidak lancar seperti dahulu, waktu muda.

Salah sebutan juga akan berlaku pada satu perkataan lain, contohnya, 'catatan' dan 'cacatan'. Penutur perlu mengkaji sebelum bertindak menutur. Maksudnya di sini, fikirkan dahulu kata akar untuk maksud sesuatu perkataan yang ingin disebut. Barulah menambah sebarang imbuhan untuk menjelaskan atau menerangkan sesuatu perkara yang bersangkutan.

Itu hal sebutan. Saya ingin sentuh juga akan hal orang Melayu yang berkebolehan menutur selain bahasa ibunda, khususnya Bahasa Inggeris. Tunggu respon saya di lain waktu.

Pengajarannya, berfikir dahulu sebelum berkata. Kesilapan yang kecil sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran seseorang yang lain kepada penutur.

Sekian..

Friday, July 24, 2009

KOMEN TENTANG DARA DAN TERUNA

Baru-baru ini, saya ada membaca satu suratkhabar yang memang menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Topik yang menarik mata saya untuk meniti ceritanya tidak lain dan tidak bukan tentang artis hilang dara dan teruna. Penuh gambar dan cerita artis barat yang dilabel kaitnya dengan topik ini. Artis ini hilang umur 14 tahun, artis itu hilang umur 13 tahun, artis ini bersama orang tua dan sebagainya lagi.

Yang menjadi persoalannya, apakah motif perkara atau topik ini ditayang dan dipaparkan kepada umum yang seluruhnya adalah rakyat Malaysia?

Saya pasti remaja akan tergila-gila fakta yang sebegini. Kemungkinan artis-artis yang hilang dara dan teruna itu merupakan idola mereka. Hal ini menyumbang kepada peniruan stail atau gaya hidup barat yang tidak kena dengan budaya dan agama kita, khususnya remaja Islam. Kalau ada yang terasa kerana terbaca artikel saya ini, saya fikir perkara ini tiada relevannya disiarkan. Walaupun alasannya pendedahan, atau mungkin sebagai pengajaran atau mungkin apa-apa sahaja, rasanya perkara hilang teruna dan dara ini tidak sesuai benar dijadikan sebagai bahan bacaan kepada umum kerana saya percaya remaja akan mudah terpengaruh dengan perkara begini.

Seharusnya, teladan-teladan yang baik patut diperbanyakkan. Kalau tidak salah, hanya satu sahaja artis yang bertindak menyimpan kesucian diri mereka untuk pasangan, selepas berkahwin. Perkara ini memang saya tidak bantah kerana golongan mudah terpengaruh ini pasti akan berfikir bahawa perkara teruna dara ini perkara serius. Sebelum berkahwin, bukanlah satu trend untuk seseorang itu menyerahkan teruna dara kepada pasangan atau sesiapa pun.

Benar atau salah, fikir-fikirkanlah. Kita SATU MALAYSIA, bukan sekadar memandang dunia tetapi juga AKHIRAT sana. Runtuh akhlak masyarakat kita, runtuhlah segala-galanya. Ingatlah, dunia akan KIAMAT. Tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah di bumi ALLAH S.W.T.

Terima kasih..

AKU MASIH 'ANAK' DALAM DUNIA PENULISAN

Menjenguk persada penulisan yang sedang berlangsung dekad ini, ternyata aku masih terlalu 'anak'. Maksudku, perjalananku masih terlalu muda, dan aku mentah dalam dunia ini. Aku percaya sebetul-betul dan sebenar-benar nawaitu bukanlah kerana mengejar kepopularitian. Tarian jemari di atas papan kekunci bukanlah sekadar pelepas masa lapang, tetapi kerana MINAT dan MATLAMAT yang ingin dicapai bagi setiap orang. Cukuplah aku katakan bahawa senario lambakan karya di media tidak semuanya bertitik tolak kerana wang. Aku percaya juga bahawa dalam hati kudus mereka itu, tertanam kemurnian dan keluhuran. Perjuangan bukan sekadar perjuangan kesementaraan tetapi perjuangan ini adalah perjuangan pengabadian.

Sayang sekali andai waktu ini, masyarakat menyanjung barat dan budaya hedonisme. Hiburan berhala ketimuran dianggap kuno dan ketinggalan zaman. Apakah kita mampu mengubah persepsi setiap orang? Tidak, bukan?Bahasa Melayu sendiri pun tidak mampu berdiri megah di atas tanah airnya.

Bersyukurlah. Masih ada hati-hati yang mulia sedang bekerja. Biarpun wadahnya berbeza, tetapi perjuangan hakiki dan tidak bersifat kesementaraan ini tetap banyak tumbuh. Penulis-penulis muda, mapan, baru, lama, tumbuh mengisi ilmu di dada manusia. Secara terus tanpa berkias, nilai-nilai keislaman sangat afdal untuk diterapkan dalam apapun genre penulisan. Justeru, aku ingin memuji secara yang mana merasai pujiannya, tahniah kerana meluruskan perjuangan anda (penulis-penulis).

Aku ingin menjadi seperti kalian. Aku sedang mengintai intipati yang ada dalam nilai insani kalian untuk aku teruskan perjuangan ini.

Amin...

Saturday, July 18, 2009

Aktiviti Belia di FLS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat kalian yang sedang membaca..

Sebenarnya kali ini, cerita yang akan aku sampaikan adalah berkenaan dengan aktiviti belia di kampung aku. Seronok bukan kepalang sebab selama tiga tahun aku belajar di UPM, akhirnya dapat juga pulang ke kampung lama-lama. Bulan 8 nanti hari konvokesyen. Wah.. Lepas ni senanglah nak minta kerja. Tidak adalah karenah atau alasan untuk diterima bekerja. Selebihnya terpulang pada rezeki. Kalau cepat maka cepatlah dan kalau lambat maka bergelutlah aku dengan kedai makan mak aku. Bolehlah gaji sepuluh dua...

Ok berbalik kepada cerita aku tu, sebenarnya banyak sangat perkara yang berlaku. Aku memang merancang hendak membentuk satu kumpulan Futsal, sebab kat kampung aku memang tak ada pendedahan tentang sukan ni. Lelaki adalah tetapi kalau perempuan tu memang hanguslah. Hehe..

Aku pun mula dengan mengajak adik-adik yang masih wujud kat kampung tu. Alhamdulillah, sambutan memang menggalakkan. Sebelum mula main Futsal ni, aku ada terlibat dengan geng bola jaring tapi geng campur geng tua sikit. Aku memang tak kisah tapi entah macam mana, geng tua ni pulak yang melampau daripada geng muda. Geng tua ni kiranya taklah tua sangat. Sedap sebut, veteranlah. Sebaya mak aku adalah.

Tiba masanya aku dan budak2 yang nak main Futsal ni main, geng veteran tak puas hati. KOnonnya kami tak menumpukan main bola jaring tapi kalau nak dikira, budak2 ni akan turun main juga bola jaring lepas main Futsal. Yang bermasalah sekarang ni, geng veteran (salah seorang) memang ada PHD. Bola Futsal yang kami guna tu sebenarnya bola PUTERI jadi salah seorang daripada geng veteran minta balik bola tu. Kononnya, tak bagi kami main terus kat situ. Aku pun berbincang dengan budak2 tu nak kumpul duit seorang 5 ringgit, tapi tak sampai hatilah pula sebab budak2 tu masih sekolah.

Aku pun keluar Kangar, guna duit yang aku simpan sikit2 tu beli bola. Warna biru putih. Hehe...
Sampainya di padang, ada pulak seorang budak Futsal ni pun beli juga. Ayah dia orang senang jadi bab duit ni tak menjadi masalah sangat.

Lepas dua tiga hari, geng veteran yang aku maksudkan ni datang macam nak gaduh saja, aku buat bodoh saja. Biar adik-adik yang jawab. Lepas tu agak lamalah juga dia tak kacau.

Sampai suatu masa tu, member aku ajak buat team untuk lawan bola jaring kat FMA. Aku main juga. Dah lama tak main, aku ingat tiga tahun jugalah sebab masa di kolej aku main Futsal dengan Bola Baling saja.

Aku pun angkatlah tiang gol letak kat padang Futsal. Alih-alih 'dia' tengok, dia cakap dia nak guna padang tu pulak. Budak2 aku pun lepas saja settle kami lawan (Dapat no 2, RM400), angkat tiang tu letak ke tempat asal. Hehe.. Memang berani habis adik2 aku ni..

Geneg Veteran tu sekarang ni macam tak dilayan sesama geng veteran dah sebab 'Kerana Mulut Badan Binasa'..

Sebenarnya ada lagi cabaran tapi tunggu lagi tau di post lain sebab aku nak cerita pasal baju dan lain2..
Muah..
Bye2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...