Tuesday, December 14, 2010

Game Futsal Bidan Terjun

Belum pun sempat nak memasukkan gambar-gambar pergi Satun, Thailand hari tu, tiba-tiba pulak ada lagi aktiviti yang mendatang.

16/12/10 - 19/12/10

Saya akan ke Putrajaya, Presint 18.
Bermain dengan pasukan mana? Saya pun tak tahu.
Kenapa saya tak tahu? Ha...

Inilah kisahnya apabila seminggu dalam beberapa kali saya turun main futsal dengan kawan-kawan yang masih baru belajar dan ada yang dah jadi bintang dah pun.. Bintang futsal la, bukan bintang di langit..

Nak dijadikan cerita... Malam tu, ada satu pasukan tu tak cukup orang, jadi tiba-tiba saja 'mereka' tersebut mengajak saya untuk turut 'terlibat' dalam pasukan mereka.

Saya bukannya tak berminat tetapi (ha...ada tapinya), saya ni baru bekerja. Nanti cuti kerap-kerap susah. Walaupun kerja biasa-biasa saja tapi biasa-biasa tu yang akan mengajar kita menjadi luar biasa.

Justeru .. (wah..budak BM.. :) )
Saya pun berilah alasan tersebut dan 'mereka' berbincang untuk minta surat pelepasan daripada Jabatan Belia dan Sukan, Perlis untuk diberi kepada majikan.

Akhirnya......... Saya TERLEPAS! haha.. Itulah namanya surat PELEPASAN!

Esok malam bermulalah perjalanan ke Putrajaya tersebut. Aiseh, macam tak biasa pergi pulak kan? Haha..

Yang saya kurang seronok kat perut ni apabila..

  • Saya tak kenal sangat pemain-pemain dalam pasukan tu.. Hadui..
  • Tapi 'mereka' cakap saya main nampak macam ada 'chemistry'
  • Benarkah? Sebab saya tak rasa apapun.. Tahu main aje.. (Gelak Lady Gaga jap.. Wakakaka)
  • Saya nak 'berbual' dan 'bermesra' dengan siapa ya? Hmm macam tak biasa ambil pengucapan awam.... hmm Sembang aja la.. Buat muka 40 inci..
  • Saya terpaksa meninggalkan kedai kesayangan saya selama 5 malam!!!
Yang saya seronok seperti ada bulu ayam berkodek-kodek kat hati ni apabila ....

  • Ada elaun latihan dan elaun masa pergi 'game'
  • Ada jersey
  • Ada pengalaman
  • Ada makan free
Hm..
Cuba sajalah kan..

Bila lagi nak mencuba main dengan pasukan lain pulak..

  • Mentah gila bab-bab futsal sehinggalah dapat belajar di KTDI, UPM
  • Minat - Buat pasukan sendiri kat kampung tapi 'mereka' tak bersungguh-sungguh. Kecewalah jugak
  • Main dengan team Felda walaupun Felcra
  • Main malam2 - untuk seronok2..
  • Main - bila ada anjuran mana2.. hihi..

Sekian.. Lepas balik nanti baru cerita kes Satun! Memang seronok gila...
Nak selitkan sekali aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan mungkin boleh diguna pakai oleh sesiapa saja nanti.



Babaiiii

Friday, December 10, 2010

Jawatan Kosong

Tengah 'sibuk' melayari Facebook, tiba-tiba ada seorang rakan ni cakap ada jawatan kosong kat Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Jom , cuba! :)


http://www.itnm.com.my/



Selepas dapat tawaran Master nanti... boleh cuba link di bawah :) Ada istimewanya.. Bukan apa nih.. sekadar peringatan diri sendiri!

https://www.mohe.gov.my/MyBrain15/index_mymaster.php




NI plak laman web kpt.. Untuk minta biasiswa nak sambung Master :) Wah..semangat ni.. Tahun depan jumpa saya di UPM lagi..hehe..


laman web KPT

Wednesday, December 1, 2010

Makanan Semakin Mahal di Perlis - Padang Besar

Baru saja balik dari menyumbat makan di Arked Niaga Padang Besar.

Memang meletuplah kalau bab-bab makan ni sebab Perlis ni sebuah negeri yang dekat sangat dengan Siam (Thailand). Tambah-tambah, rumah aku pun memang dekat kawasan Padang Besar dan aku pun memang kerja di Padang Besar.

Ha, nak dipendekkan cerita, memang selalulah aku menyumbat di kedai-kedai makan yang berhampiran. Memang sedap!!! Serius!!!

Masalahnya, para peniaga ni yang tempat asalnya bukan Malaysia ni mulalah mengambil kesempatan.

Aku tak sempat nak tangkap gambar, tapi lain kali aku post sekali gambar-gambar sekali.



BIHUN SUP = RM 5.00
AIR NES O AIS = RM 1.70??????
NASI DAGING MERAH = RM 6.00

Wah, apa terjadi kepada negeriku? Dulu pelancong suka datang sini sebab murah-murah belaka. Sekarang ni baik beli kat tempat sendiri, sebab harga memang MAHAL gila!!! Teruk benar aku nak cakap , aku orang sini je...... tu baru leh kurang seringgit!!!

Jangan terpedaya ok..

Lagi satu, nanti aku ingat nak ambil gambar biar satu dunia tahu.. Biar pihak yang bertanggungjawab ambil perhatian. Sudah melampau mereka-mereka ini.


Hmmmmmm....

Tapi kalau masuk pekan siam melalui Padang Besar, elok cuba Teh Ais .. sedap!!! Tak sama macam Malaysia..



Ok. daaaaaaaaaaa

Wednesday, November 17, 2010

Cinta Sementara?

Ini ada satu kisah mengenai seseorang! Jom baca...


Dalam hidup ini, semua orang pernah merasakan cinta. Ada yang membuat komentar bahawa cinta itu indah, cinta itu bahagia, cinta itu buta, cinta itu perit, cinta itu pedih, cinta itu meraba-raba. Macam-macam tafsiran bergantung kepada pasangan yang bercinta.

Hari ini, aku dah macam doktor CINTA lagaknya. Adakah dilamun cinta? Nak jawab macam artis boleh?

"No comment!"

Pernah atau tidak mendengar sebuah cerita kasih sayang yang hakikatnya masing-masing sudah tahu penghujungnya. Masing-masing sudah sedia untuk mendalami erti perpisahan kerana beberapa sebab yang sangat jelas.

Bukan hal bodoh, bukan hal bingung, tetapi perasaan halus ini tidak mudah untuk dikawal. Kadangkala melanggar prinsip yang dipegang.

Merampas? Tidak! Hak dia tetap hak dia. (Eh, bukan bercinta dengan suami orang ok?!!)

Cuma, ingin menumpang kasihnya walaupun untuk seketika. Sampai waktunya dia menjadi milik orang lain, pastinya aku akan beredar kerana sebuah penghujung yang telah rapi persediaannya.

Tabah? Ah, aku pernah menyayangi dan mencintai orang sepenuh hati tetapi kecundang, syukur. Aku tabah. Aku masih kuat.

Inikan pula seseorang yang datang dengan berlabelkan 'sementara'. Sementara bagi aku bukanlah aku tidak sayang tetapi sementara kerana perasaan ini harus dibendung agar tidak meninggi sangat harapan yang ingin kuberikan.

Dengan siapa? Semua orang tertanya-tanya barangkali tetapi biarlah diam sahaja.

Kepada si dia,

Sekejap cuma bertentang mata
Menagih cerita dalam mesra
Bersulam kasih dalam bicara
Lantas berbunga sebuah rasa

Tidak pernah bersangka
Tidak pernah meminta
Langsung membahang kata hati
Untuk aku terus mendekati

Pilihannya kita pada akal waras
Tidak terlawan pula pada kata hati
Namun penghujungnya benar jelas
Kurela pergi membawa diri

Benarkan untuk seketika
Membiarkanku terlena dan terbuai dalam pelukanmu
Biarkan nafasku bermegah
Kerna menjadi seseorang dalam kerahsiaanmu
Relakan sayangku menjelajah
Meneroka keluhuran budimu

Tidak pernah langsung aku terfikir akan semua ini. Semua terjadi dengan cepat. Malah aku pasti dia juga memikirkan benda yang sama.

Berbincang dan berbincang, akhirnya masing-masing bersetuju dengan sebuah hubungan yang penghujungnya adalah perpisahan. Dia kasihankan aku untuk masa depan, dan aku kasihankan dia untuk masa kini.

Hanya satu penyelesaian kalau masih ingin bersama untuk saat ini.

Diam ~ Memahami ~ Meredhai ~ Berserah ~ Tabah

Tidaklah aku haloba sangat asalkan dia bahagia. Yes! Itulah perangai aku. Masih waras untuk menimbang baik buruk dan sedar dengan status diri. Wek! Perasan.

Apa ya nama hubungan ini? "TTM"

Apapun setakat ini aku menghargai adanya dia dalam hidupku. Bahagia? yup!!

Semoga aku mendapat apa yang aku cita-citakan. Impian!!

Cerita cinta yang mungkin telah berlalu dan akan berlalu nanti adalah satu kenangan manis yang muncul dalam hidup kita. Keperitan atau apa-apa kemungkinan lain, hanya pada Dia kita berserah sebab Dia yang menciptakan kita. Kita ini hanyalah hamba-Nya yang dikurniakan perasaan, akal dan sebagainya untuk kita gunakan dalam menimbang tara sesuatu tindakan. Wah, laksana ahli bijak pandai malam ni.

"Dia dah sampai. :) Baru saja mesej! "

Ingat, inilah dinamakan pengorbanan. Sempena Hari Raya Aidil Adha aku menulis tentang pengorbanan! Wah, kenapa tidak dibuat cerpen saja kan? Haha.. Tak boleh.. Ada agenda lain tengah aku fikirkan. :)



Salam sayang untuk semua yang membaca ..

Wednesday, November 10, 2010

Sakitnya Hati

Semangat la aku nie topup kat number Maxis aku.. 0768..

Entah macam mana terlepas pandang... 0678.. aku tunggu la ish nape lama sgt nk masuk topup nie...
cek punya cek rupa2nya silap number.......

Aku tepon la orang tu.....Budak tu aku nk mention la nama dia 'Khairul' .......eeeeeeeee........geram

Aku tanya ada topup masuk x? Dia ckp xdak pun!!!!!!!

Damn you!!!

X jujur! X Radja betul!!!!

eeeeeeeeeee....... Aku bukan nk mtk dia bayar balik pun..


Aku nak suruh dia share je....bg RM5 utk aku & aku halalkan je la RM5 g.............

Tp dah nama manusia TAMAK!!! Bukan sbb RM 10 ni aku nak angin ke apa ke tp feel org ni macam sial..

Memang la salah aku!! haaaaaaaaaaa..gerammmmmmmmm!

Dengan x rela aku halal jugaklah sbb x mau jmpa budak ni masa dlm MAHKAMAH sana!!! Damn u!!! Geram!!!

X amanah ! X jujur!!!



Yelaaaaaahh halal!!!



:( mode sedih la .. dahla duit xde :( sep bajet sikit ..........

Sedutan Zaman Anak-anak Kecil dulu

Hadui.......Penat aku taip panjang2 tiba2 pulak benda alah ni tertutup sendiri..... Maka yang kedua tentu sekali tidak seindah yang pertama.. Eh, apakah?

Haha.. Assalamualaikum wbt.. bg yang beragama Islam aje lah..

OK jom la tengok!



Nie ngan mak aku la... Yg kurus giler time tuh.. ish2..btpe la aku x kurus gitu kan?


Bulatnya aku dulu2..tp serius aku x ingat langsung pic ni!! Alih2 terjumpa je..



Aku sangat meminati baju ni smpai sekarang pun aku dpt rasakan betapa aku mengkagumi baju ini!! kenapakah?



Ni hahahaha.. aku gelak dulu la ye..

Masa kami baru sampai kat Felcra Lubuk Sireh ni.. ni jiran2 aku laaaaaaaaaa.... kecik2 je budak ni.. depa panggil aku Kak A.. hehehe..

Aku suka pakai lipstik! kalau p klinik mesti de sorang pakcik tu tanya,
"Kak A, tak pakai mulut merah ka hari ni?"

hahaha...sampai malu aku nk buh lipstik!!! wakakaka..

Skrg ni baru buh balik.....da dewasa..... :)



Agaknya mak aku tenyeh bedak nie ke aku ke ntah...... Tapi aku rasa time nie bedak murah kot!!

hahahaha!! mengom la aku ni


ha ni satu skil yg aku ingat......... bila aku malu nk mek gmbr aku mesti dongak kepala kat atas
Tu budak tu Ned Ned (Nadia Ahmad) gegeggee..

Bawah pokok ciri....... tp xde dah skrg! ni masa km duk dulu2 nie

Dlm byk2 pic kecik2 yg ni aku ingat! baju ni aku suka sgt!!! wlpn aku kecik tp aku ingat sgt.. mgkn masa kecik dulu aku suka sgt pakai bju nie.. hehehe..


Ni almari lama yang aku suka susun dr kecik smpai saiz besar..... time aku kecik2 dlu memang aku rajin gilerrrrrrrrrrrrr.....

kiranya mak aku balik cuci tangan kaki je........skrg Malas Gilerrrrrrrr.........!!!
aku plak cuci kaki tangan.........ishhhhhhhhh



Act ada 1 pic g yg mmg seksi giler la.pakai suar jeans ala2 boxer gitu.. tp malas r nk buh nanti gosip .......

hahahhaa........ ni jgk 1 peberet aku laaaaa..baju haiwan!! zirafah!!

kiranya bila pakai baju ni dulu rasa mcam kaya la..

nak tau sebab pe.. mak aku nk beli baju kat kami pun susah sbb kami nie org susah....

Syukur skrg kehidupan bertambah baik! Susah2 dulu, senang2 kemudian ye mak!

Last!!
Ni pic aku grad TADIKA KEMAS!! jeng2...... time baju ni aku suka gak.....

ada sorg pakcik ni @ ayah angkat aku..dia la amek gmbr nie............mujurlaaaaaaaaaa...

teringin nk jumpa siapakah dia ye?



Ok.....

Masa untuk stdy Mtest!! harap2 dpt lepas....

Aku nak sangat menjadi guru!!! Mtest!!! KPLI or DPLI !!!

:LULUS:




Sunday, November 7, 2010

Blog Wajah Pinky

Haaaaaa.. tiba2 je semalam ada mood nak me'make up'kan blog kesayangan aku ni..

Ini juga bermakna aku bakal menceriakan blog nie..

Yelah.. letih sudah post status kat FB.. sebab leh pendek2 je sedangkan idea mencurah2 ibarat air terjun baru lepas hujan..

Bukan xde ruangan note kat FB tp macam x best je sbb x cntik backgroundnya :)

Hehe.. Malam ni macam nk post sesuatu je kat blog.. Apa ek?!!!

Hmm.. nape x skema kan ayat nie? Selalu ikut aturan tp rini ayt mcm ala2 idup sgan mati xmooo...

xde pe lah.. saja je..

G pun ni bkn topik ILMIAH pun.. lau topik ilmiah ley gak nk buat ayt ikut grammar :)

__ Aku dpt duduki exm Mtest!!__ harap sgt kali ni dpt

Bleh check kat sni :

http://kpli.moe.gov.my/mtest11/pafeaction.cfm



kalendar aktiviti :

http://kpli.moe.gov.my/application_jan2011/kalendar.html



Ha.... :) Semoga berjaya untuk aku dan kwn2 sume..

Wednesday, October 20, 2010

Warkah Untuk Diri Sendiri

Tatkala dirundung masalah jiwa, masalah hati, pasti aku tersungkur. Luaran nampak kuat dan tabah tetapi dalamannya hanya Dia yang mengerti.
Kadang-kadang rasa ingin memberontak, rasa macam nak lari-lari, nak jerit-jerit, nak lompat, nak pusing, nak guling-guling dan macam-macam lagilah, itu kalau ikut perasaanlah! Mujurlah Allah s.w.t membekalkan akal yang masih waras ini untuk aku mengawal gejolak hawa nafsu yang tidak tentu hala.
TAPI..
Nama pun manusia, adakala pasti tersilap langkah. Tersilap fikir. Tersilap membuat keputusan.
Aku sendiri setiap kali ada masalah, pasti lari! Tidak mahu hadapi. Lepas keadaan dah pulih barulah nampak gigi tersengih. Matangnya tidak juga sebab lari daripada masalah sedangkan masalah itu tidak pernah habis sehinggalah tamat riwayat kita di dunia ini.
Itu di dunia, kalau di sana nanti, ada pula masalah lain cuma bezanya masalah di sana diselesaikan dengan hukum-hukum yang sudah jelas. Penyelesaian yang tidak mungkin akan ada 'pelarian' lagi.
Entahlah, mungkin aku diuji-Nya kerana keupayaan aku dalam menghadapi semua ini atau pun mungkin juga pembalasan untukku yang sering melakukan kesilapan. Aku redha jika ini ketentuan-Nya. Malangnya untuk aku kuat, aku tidak mampu. Setiap kali minda dan hati berperang, air mata pasti mengalir.
Orang tahukah? Tidak! Mereka memang boleh membayangkan, tetapi yang melaluinya adalah aku. Mungkin anggapan mereka, banyak lagi yang senasib denganku, ya aku akui. Yalah, bersabar.
Lurus sangatkah aku? Setia sangatkah aku? Mengharap sangatkah aku?
Orang kata kalau hendak memulakan hidup baru, harus membuat perubahan yang baru tak kiralah hendak potong rambut ke, nak buat apa-apa ke, tapi diri sendiri harus melalui beberapa perubahan supaya dapat merasakan bahawa hidup yang dilalui selepas itu adalah sebuah kehidupan yang BARU!
Apa aku nak buat?
Potong rambut ? Dah potong pun!
Warnakan rambut ? Takut tak sah mandi hadas!
Kuruskan badan? Memang tengah berusaha pun!
Potong kuku? Macam tak ada bezanya je, lau simpan kuku baru nampak perubahan.
Masalahnya geli la pulak kuku panjang2..
Apa aku nak buat?
Jumpa orang dan senyum? Nanti orang cakap tak siuman pe dia ni..
Cakap sambil kenyit mata? Ha, ni lagilah mengarut.
Pergi bercuti ? Duit nak beli baju baru pun pening2..
Fuh!
Apa yang hendak aku ubahkan lagi ha?
Kalau nak merajinkan diri sendiri rasanya tak perlu lagi kot.
Ada sebab tersendiri ! hehehe..
Nak bina hidup sendiri tapi belum ada pekerjaan yang betul2 mantap.
Last2 tiap-tiap hari mengadap Facebook.
ADUH!!!
Bilalah nak jadi orang Normaizura?
Cinta dah tak ada lagi dalam hati kau !
Perasaan tu kau bekukan dulu !
Jangan peduli hal itu kerana semuanya sudah tertulis.
Penat2 buat ayat manis, akhirnya hati hancur juga.
Ingat ni, perubahan yang paling besar harus aku buat untuk memulakan kehidupan BARU!
Lepas ni takkan ada lagi sakit hati, perit, pilu, parah!!
Hidup kau sekarang harus kerja, cari duit bela mak, bela diri sendiri dan jadilah anak yang bertanggungjawab!
Jangan borak di blog saja tak da bukti!! Ingat tu..
Ingat DIA, insyaAllah .. Normaizura bt Md Zain akan jadi 'seseorang' nanti.
Belajarlah untuk mematangkan diri sendiri ye.
Sekian
20102010_Zura

Thursday, September 16, 2010

Komen peribadi - Media Cetak

Biarpun waktu ini wujud pelbagai wadah yang menyajikan maklumat, media cetak masih lagi mendapat tempat di hati pembaca. Berita-berita sensasi bermula dengan kerancakan politik, gejala sosial yang semakin parah, dan sebagainya menjadikan suratkhabar laris sekali.

Fakta tidak benar

Maka bermulalah episod memutarkan fakta supaya menjadi lebih menyentap padahal ia sebenarnya bercanggah dengan etika kewartawanan. Pastinya semua ini didorong oleh faktor-faktor seperti malas dan bersikap sambil lewa mencari bahan sehingga mencedok isi di media elektronik dan kemudiannya menjadikan ia sebuah cerita yang 'panas'. Sikap tidak bertanggungjawab ini sebenarnya berupaya menconteng arang akan prestasi sesebuah syarikat akhbar. Selebihnya, benda yang benar dibuat menjadi tidak benar juga tidak kurang hebatnya bermaharajalela dalam beberapa artikel. Barangkali sekadar mengagak umur atau tidak mendapat maklumat yang lengkap. Malangnya, semua ini tentu sekali mengundang persepsi negatif dan tidak puas hati dalam kalangan manusia yang ada hubung kait dengan sesuatu artikel yang tersebut.


Tajuk yang sangat melampau - 'over'


Tidak salah mencari tajuk berita yang bombastik kerana mata pembaca akan tertancap pada tajuk akhbar dahulu sebelum menelaah keseluruhan isi, tetapi janganlah sampai tajuknya itu mengguris luka pada mangsa. Kadang-kadang ianya langsung tidak berperikemanusiaan. Apatah lagi, jika mangsa itu masih belum diyakini sebagai pelaku salah. Adilkah balasan yang diterima sekiranya dia sekadar suspek dan tiba-tiba kejadian itu hanya ibarat angin lalu padanya. Adilkah dia menanggung wajah yang sudah digelar yang bukan-bukan.

Meletakkan gelaran yang agak kejam untuk didengar mungkin salah satu cara psikologi yang 'mungkin' meninggalkan kesan tetapi biarlah sedikit halus.


Menulislah dengan pandangan hati yang tulus, ikhlas dan berpijaklah pada paksi kebenaran agar rungkaian menjadi lebih dipercayai.

Tuesday, July 20, 2010

Sekadar Menulis

Apapun salam saya ucapkan kepada kalian yang sudi membaca. Setiap kali membuka blog ini, saya rasa bersalah kerana tidak memberikan sesuatu yang bermakna untuk santapan jasmani dan rohani kalian. Diri saya sendiri pun masih beku dan terolang-aling ; rasanya tidak sesuai pula hendak siapkan juadah-juadah yang 'enak-enak'.

Namun, tidaklah salah andai saya mencuri ruang mengemudikan binaan saya ini dengan sedikit cerita atau diari hidup saya.

Bolehlah juga mengasah mata fikir yang sudah lama 'pejam' dan 'lalai' ini. Setiap hari saya pasti melakarkan sesuatu dalam Facebook. Sungguhpun ianya remeh temeh, atau mungkin sekadar bersuka-suka tetapi secara realitinya itulah sedikit sedutan dalam hari-hari yang saya lalui. Mana mungkin saya bisa menggemburkan semuanya, bosan pula orang lain nanti. =)

Alhamdulillah..
Impian untuk membeli kereta sendiri hampir tercapai. Sekalipun saya terpaksa bekerja kuat demi mencapai kehendak saya itu, saya rela. Ada juga aset saya. Jika tidak, pasti habis buat belanja tika berlibur.

Semasak-masak fikiran saya, kemungkinan kaki ini akan melangkah ke satu peringkat pembelajaran. Saya akan menyambung pengajian kerana saya tidak mahu masa terbuang begitu sahaja. Sampai bila saya hendak bekerja di kampung sedangkan minat saya ke arah lain. Ya, saya akui, berniaga memang mencabar. Saya akui juga bahawa saya amat meminati bidang ini. Namun begitu, biarlah saya mendapat pekerjaan yang lebih baik. Tahulah saya melorongkan minat saya ini.

Rutin seharian semakin tenat. Saya menghabiskan masa seolah-olah menganggap masa itu tidak bererti. Saya sedar semua itu tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk memaksa hati ini supaya menjadi seorang manusia yang berdisiplin. Sayang sekali, dek kerana keadaan harian yang tenat ini, saya menjadi manusia yang tertinggal segala-galanya. Saya hilang fokus. Hilang arah. Saya hanya tahu cemburukan teman-teman yang sedang sibuk dengan kerjaya masing-masing walhal saya sendiri tidak bertindak pantas untuk mendapatkannya.

Setiap hari saya sedar akan kesilapan saya. Namun, berat sungguh langkah saya hendak berubah. Kononnya, saya menanti seseorang untuk mengubah saya. Adakah orang seperti itu? Yang faham kemanjaan saya. Yang faham kebudak-budakan saya. Yang faham saya seadanya.

Baguslah.. Tika usai mencatat sesuatu untuk blog ini saya seakan menyuntik sedikit semangat ke dalam diri sendiri. Sebenarnya, menulis ini ibarat berbual dengan diri sendiri. Yang pasti, itulah saya. Penawar kala kesedihan hanya pada warkah bisu. Kerana saya amat mempercayai ketulusannya. =)

Sunday, March 14, 2010

Sepi dan Sunyi ~ Jiwaku Menjerit

Entah perkara apa yang sedang hilang. Hidup terasa kosong sahaja hari ini. Persis hilang harta benda. Kenapa? Alam masih seperti biasa. Malam tetap datang. Angin sedikit kurang.

Hah, keluhku seolah-olah tiada bersambut. Melontarkan perasaan sepi dan sunyi ini agar ada yang tahu. Kedukaan? Tidak! Aku hanya kesepian. Sepi pada waktu-waktu sepi. Jiwa sunyi. Kosong.

Benarkah kata-kata tidak mampu melambangkan perasaan waktu ini? Ah, mungkin juga tetapi adakalanya kata-kata ini walau kurang tepat untuk menerangkan arah jiwa aku saat ini, rasanya masih mampu untuk cuba mengisikan ketenangan. Ya, menulis untuk tenang. Menulis ubat jiwaku.

Jika bukan pada sesiapa yang mahu mendengar, di sinilah kulakarkan kesepian. Yang tiada manusia lain menyergah sepiku. Yang hanya ada aku sendirian. Berteman? Hanya unggas malam, deru kipas yang sentiasa terpasang, cahaya lampu yang sentiasa terang.. Itulah teman waktu ini. Waktu aku sepi sendirian.

Tentu ada yang tertanya-tanya, entri apakah ini? Langsung tidak faham. Langsung memeningkan. Lantaran itu, hanya termampu aku balas adalah aku ingin melukiskan sebuah perasaan sepi, sunyi dan kosong.

Sunyi. Sepi. Kosong. Kenapa? Tentu ada silap yang aku terlepas pandang. Mungkin. Ya. Mungkin benar.

Ya Tuhan, jika benar berilah petunjuk-Mu, agar langkahku tidak tersasar. Jiwaku harus hidup. Jiwaku harus dibungai dan harus harum mewangi.

Sudah kian lama, perasaan seperti ini tidak bertandang dan hari ini aku terasa ingin menjerit! Ingin keluar melayan angin malam. Menjerit! Ah, hilang akal..

Ya Tuhan, tenteramkanlah aku. Ampunkan dosa-dosaku. Aku ingin semangat jiwa kembali. Aku ingin melayar kehidupan ini dengan makna-makna yang jelas.

Amin..

Sunday, March 7, 2010

Kucing Dikasih Bayi Disisih

Semakin dunia hendak hancur, semakin bertambahlah perbuatan terkutuk di dunia.

" Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim (sumber Wikipedia Ensiklopedia Bebas, akses pada 8 Mac 2010)

Kes pembuangan bayi semakin galak berlaku sejak akhir-akhir ini. Sampaikan ada suatu tika, saya terfikir untuk mempromosikan diri sebagai 'ibu' kepada bayi-bayi malang itu. Yang masih hidup ketika dijumpai ternyata masih beruntung kerana masih boleh melihat dunia dan andai ada keuntungan yang lebih tentu saja anak itu boleh melihat insan yang membuangnya lebih daripada binatang.

Kenapa manusia sanggup mengetepikan soal kasih sayang semata-mata hendak menjaga maruah diri? Takut diketahui melahirkan anak luar nikah? Maruah di bawah telapak kaki? Atau mungkin sukar bergerak setelah ada bayi?

Masalahnya, mereka tidak berfikir panjang. Mungkin buntu dengan segala permasalahan yang menimpa. Ingatlah, segala masalah pasti ada penyelesaian. Saya sendiri pernah tersadung kerana terlalu mengikut perasaan. Apabila diimbas-imbas, rupa-rupanya ada kewajipan yang saya abaikan.

Bayangkanlah, binatang pun sayangkan kucing. Inikan kita sebagai manusia yang darjatnya sangat tinggi. Kenapalah memalukan kaum manusia dengan perlakuan lebih daripada binatang?

"Cakap senanglah, aku yang menanggung!"

Mungkin inilah salah satu jawapan apabila menerima nasihat tentang hal sebegini. Sesuatu yang boleh dijangka.

"Sesat seorang diri takut lebih jauh tersesat, apatah andai jumpa orang lain yang juga sesat, maka akan sama-sama sesat."

Maka, carilah teman-teman yang mukanya nampak tenang, ilmunya berelung-relung, mintalah nasihat dan sekalipun semuanya tidak dapat diikut, satu pun jadilah. Lama-kelamaan, akan jadi bukit.


Saya menulis bukan kerana saya orang bijak pandai, berilmu tinggi, atau mungkin kalian menganggap 'bercakap mengalahkan ustazah' barangkali. Sebenarnya, saya juga hampir sama seperti kalian yang tersesat tetapi dalam masa yang sama saya sering menilai diri saya sendiri (muhasabah). Apa guna kemudahan internet andai tidak membuat carian tentang sesuatu yang bermakna?


7 Mac 2010, Ahad :

Saya memandu Proton Iswara emak saya untuk mengajar di pusat tuisyen. Waktu itu, keadaan agak sibuk jugalah. Banyak kereta lalu-lalang walaupun tidak seteruk di Kuala Lumpur.
Tragisnya, saya hampir melanggar seekor anak kucing yang lagaknya seperti ayam.

Kucing yang saya hampir langgar itu mirip kucing ini. Kebetulan pula ada di Google.

"Jangan jadi macam ayam. Ayam tak tahu apa-apa."

Mujurlah saya sempat membrek. Jika tidak, seumur hidup saya akan diselubungi sesal. Memang jiwa saya dengan binatang cukup akrab. Kucing ibarat teman di waktu sunyi. Keletah manja dan lucu kucing sentiasa menenangkan hati. Mungkin bagi orang lain, kucing menggelikan. Biasalah manusia, ada benda dimakan ada benda terasa loya hendak ditelan.

Sejak dari kecil lagi, memang rumah saya tidak pernah ketandusan kucing. Andai kucing-kucing terkena penyakit, pasti akan ada pendatang baru. Rumah saya sudah jadi pusat kebajikan kucing. Mesti ada kucing dibuang di depan rumah.

Telinga saya sendiri sudah peka dengan ngiauan kucing. Cukup tersentuh! Percaya atau tidak, saya akan menjadikan kucing teman borak saya. Saya percaya mereka faham. Ya, cubalah. Walaupun kadangkala disalahertikan. : )



Dulu, masa saya di bangku sekolah rendah, saya pernah mendapat hadiah pembaca terbanyak kerana saya kerapkali mengunjungi perpustakaan sekolah. Biasalah, setiap minggu akan ada calon-calon yang dipilih guru. Hadiah yang saya dapat itu juga merupakan sebuah buku cerita. Jika tidak salah tajuknya, Si Wira. Ceritanya berkenaan seekor kucing juga. Pengarang melahirkan perasaan kucing yang menumpang di rumah tuannya dengan baik sekali sampaikan saya menitis air mata. Cukup mengesankan!


Abu Hurairah r.a.
sendiri digelar dengan nama tersebut juga kerana kasih sayangnya kepada kucing. Dan pernah suatu ketika, Rasulullah s.a.w. bertanya akan sesuatu yang berada dalam lengan bajunya. Sesuatu itu tentu sekali kucing yang merupakan kegemarannya.

Rasulullah s.a.w. sendiri menyayangi kucing. Ada suatu cerita mengatakan bahawa ada seekor kucing tidur di serban baginda tetapi Rasulullah s.a.w. tidak mengangkat pun kerana kucing itu sedang tidur. Juga di lain cerita, Rasulullah s.a.w. pernah memotong lengan baju yang menjadi tempat tidur kucingnya yang bernama Mueezza. (Info ini saya dapat daripada blog salah seorang hamba Allah s.w.t.)

Justeru, andai binatang sendiri pun menyanyangi anaknya, inikan pula kita sebagai manusia yang boleh mencari wang, makanan, pakaian dengan sendirinya.

Saya sarankan, andai ada dalam kalangan saudari mempunyai masalah sedang mengandungkan anak luar nikah, dan jika berniat untuk membuangnya, berilah kepada saya. Saya terima dengan seadanya. Selepas itu bertaubatlah, semoga dengan peluang bernafas yang lebih lama ini taubat anda akan diterima. Ingatlah, Allah s.w.t itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Segala coretan di atas bukan sekadar untuk anda, tetapi juga untuk saya yang sememangnya selalu tersasar. Pimpinlah saya sebagai sahabat anda. Walau tidak banyak, satu pun jadilah. : )

Sekian..




Saturday, February 27, 2010

Benar Pepatah Usaha Tanda Kejayaan

Bersua lagi kita dalam berkongsi pahit manis kehidupan. Kemungkinan besar sesuatu persoalan yang sedang melanda diri kita sedikit sebanyak dapat dijawab secara tidak langsung dengan perkongsian di medan tiada sempadan.

Waktu sekarang sudah pukul 2.34 pagi, hari AHAD. Esok saya akan mengajar di waktu pagi iaitu pukul 9 pagi hinggalah pukul 1.30 tengah hari. Penat? Memang penat. Baru sahaja sebentar tadi bertungkus-lumus mengetuk kuali demi mencari rezeki. Berbalik kepada topik besar di atas, sebenarnya saya ingin sekali menghuraikan sebuah kehidupan yang memegang pepatah 'Usaha Tanda Kejayaan'.

Bagi meneruskan kehidupan selepas tiga tahun berhempas pulas sebagai mahasiswa, tentu sekali apabila tamat pengajian kita harus membuktikan bahawa kita sudah boleh berdikari. Mungkin pada kala itu yang terbayang di kotak fikir hanyalah gaji sebanyak 2 ribu dan nama pekerjaan yang meninggikan hidung tika berjalan di hadapan teman-teman. Justify Full

Malangnya, kehidupan tidak seperti yang kita fikirkan. Tidak semudah memetik jari, tidak semudah mengerlipkan mata. Semuanya terlalu rencam. Tidak sahlah andai kita tidak diuji dengan liku-liku hidup sebegitu. Buktinya, ramai di antara teman seperjuangan masih menganggur. Manakala teman-teman yang tidak menjejak kaki ke universiti sudah menjadi penjawat awam. Memanglah gaji di tahap SPM, STPM tetapi untungnya mereka itu sudah bekerja dengan KERAJAAN. Suatu bonus dan hikmah yang mereka sudah terima waktu ini. Saya? Harus terus berusaha tanpa berputus asa.

Ada suatu perkara yang ingin saya kongsikan. Kadang-kadang kita tidak boleh lari daripada masalah. Kenapa? Hal ini kerana setiap masalah itu akan membawa kita ke suatu perjalanan lain. Kemungkinan perjalanan itu memerlukan pengalaman daripada masalah yang telah kita lalui. Itulah dinamakan pengalaman. : )

Maka, dengan senangnya saya harus lalui pengalaman melakukan pelbagai kerja dalam satu-satu masa. Saya harus menjadi tukang masak, pendidik di pusat tuisyen dan terus berkarya.

Berkarya bukanlah satu medan mencari wang. Berkarya merupakan satu langkah saya menyuarakan sesuatu perkara dan mengasah bakat saya agar lebih tajam untuk masa depan. Hal ini sesuai sekali dengan dorongan pensyarah-pensyarah kesayangan saya seperti Prof Madya Dr. Lim Swee Tin, Dr. Kamariah Kamarudin, dan banyak lagi.

Kepadatan jadual saya menyebabkan aktiviti berkarya sedikit terganggu. Namun, syukur alhamdulillah, cerpen-cerpen saya sudah bertambah. Mungkin di lain waktu saya bisa meluangkan masa mengupas sedikit demi sedikit mengenai cerpen-cerpen tersebut.

Kita harus berusaha dalam kehidupan biarpun impian yang kita hajati itu belum menampakkan tanda-tanda akan tercapai. : ) Namun, harapan menggunung itu sentiasa tersemat di sanubari agar saya mampu menjawat jawatan yang baik.

Berfikir secara kritis dan kreatif bukan setakat menjawab soalan peperiksaan tetapi juga apabila kita hendak mencari rezeki. Mungkin kalian boleh menambahkan pendapatan dengan berniaga burger, air dan lain-lain.

Itulah.. Kalau hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Selamat berusaha untuk saya dan semua.

Semoga berjaya.. : )






Tuesday, February 16, 2010

Sahut Cabaran 1-2 jam sahaja di Facebook

Rata-rata manusia waktu ini mengejar kepopularan Facebook termasuklah saya sendiri. Untungnya, Facebook merupakan satu laman sesawang yang cukup menghiburkan baik dari segi kelancaran mengutarakan beberapa pendapat yang agak serius, satu tempat pertemuan teman-teman lama, satu medan hiburan bersama teman-teman, dan juga yang lebih asyik apabila ditawarkan beberapa permainan yang agak menarik seperti Farmville.

Natijahnya, beberapa perkara yang sepatutnya berjalan dengan baik terbantut kerana keasyikan FB. Buktinya saya sendiri. Sudah agak lama tidak mengemaskini blog, sudah lama tidak menulis karya, sudah lama membekukan minda dengan tidak membelek berita online, dan penyakit imsomnia semakin menjadi-jadi.

Maka, waktu yang senggang begini saya cuba mencermin peribadi diri yang sedikit tersasar. Bukan kerana Facebook tetapi kerana kelemahan diri sendiri yang agak cuai dan alpa dengan sedikit godaan. Padahal sebagai manusia yang berakal kita boleh berfikir dengan waras akan sesuatu perkara yang kita lakukan. Masalahnya, pernahkah kita berfikir untuk itu?

Jadi, dengan asas itulah maka saya berazam untuk mengurangkan masa mengunjungi Facebook daripada hampir 24 jam sehari kepada 1-2 jam sahaja dengan kadar waktu yang sesuai. Sahutlah cabaran ini kerana kita mampu melakukannya.

Mari kita lakukan sesuatu perkara yang lebih berfaedah dan memanfaatkan masa-masa bernyawa ini dengan sebaik-baiknya agar kehidupan di dunia dan di akhirat tidak rugi.

Peringatan ini bukanlah untuk menasihati orang lain semata-mata tetapi lebih kepada peringatan dan janji saya terhadap diri sendiri.

KPLI dan DPLI sudah pun cair. Kemungkinan besar saya tidak jadi menyambung Master kalau mendapat tawaran belajar tersebut. Teringin benar nak menjadi pendidik....

Semoga Allah s.w.t makbulkan..

Tuesday, January 12, 2010

Pengalaman Sehari Sebagai Pendidik


Tahun 2010 ...

Walaupun dugaan bertimpa-timpa tetapi saya masih kuat untuk menjalani hidup seperti biasa. Malah, saya rasa tahun 2010 ini akan dilalui dengan tenang sekali. Untuk makluman kalian yang sudi menjengah ke kamar blog yang agak lama tidak dikemaskini ini, saya kini telah bergelar guru tuisyen. Seronok tidak terkatalah kerana impian untuk menjadi pendidik tercapai juga walaupun hanya di pusat tuisyen.
Kala inilah saya mulai sedar bahawa menjadi pendidik itu tidak semudah gaji bulanan yang diterima. Tambahan jika anak murid masih bertatih dalam dunia ilmu. Lucu itu memanglah, tetapi selebihnya saya sendiri khuatir andai tidak dapat memberikan yang terbaik untuk anak murid yang masih belum tahu membaca. Alhamdulillah, berkat kekuatan menuntut ilmu bersama pensyarah-pensyarah, ada juga ilmu-ilmu pendidikan yang dapat digunakan terutama ketika saya menjalankan projek autisme di tahun akhir dulu.
Secara tidak langsung, saya dapat mendekatkan diri dengan karenah anak murid. Malah, saya juga mengakui bahawa saya tidak pernah terjangka akan ditanya dengan soalan-soalan seperti di bawah ini.

Ini adalah karangan yang tersedia di dalam buku.

Nina teman sekolah saya. Dia belajar dalam Tahun Dua Cerdik. Dia gemar akan nasi lemak.

Murid saya senang saya namakan dengan 'A' (seorang kanak-kanak lelaki), dan saya pula 'Z'.

A : Cikgu, kat sekolah saya tak ada nama Nina pun. Tapi..kawan saya nama Azizi.
Z : Oh, itu di sekolah. Ini dalam buku. (waktu ni saya putus akal)
A : Lagipun di sekolah saya tak ada Tahun Dua Cerdik. Saya Dua Pintar.
Z : Oh, tak ada? Nanti adalah tu. (Saya cari helah tukar topik)
Erm, kat sekolah A, awak dapat apa dalam Bahasa Melayu? Masa darjah satu dulu.
A : Tapi...saya tak ingat. Terlupa. Tapi....sekolah tu dah roboh. Sebab tu lah saya tak ingat.

Masa tu mahu saja saya gelak. Namun, mengenangkan wajahnya yang langsung kudus, saya simpan sahaja dalam hati.

A : Cikgu, akan tu apa?
Z : (Cuba tengok 'akan' di ayat terakhir)
Oh, ini sebenarnya 'makan'. Agaknya terlupa letak huruf M. (Itulah yang termampu saya balas memandangkan dia memerlukan jawapan. Jika saya terangkan 'akan' dari sudut Bahasa Melayu yang sebenar, saya pasti dia tidak mungkin memahaminya. Salahkah saya?)


Terlalu banyak cerita manis, kelakar yang saya dapat sepanjang mengajar anak murid saya. Minggu depan, akan ada dua orang. Kedua-duanya diajar secara perseorangan kerana memerlukan perhatian yang lebih.

Malah, saya juga sudah berkira-kira untuk membuka tuisyen di rumah untuk anak-anak kecil di kampung dan juga pelajar sekolah menengah yang pastinya tahu akan kepentingan Bahasa Melayu dalam peperiksaan. Saya tidak mengenakan caj yang tinggi.

Untuk sekolah rendah, hanya RM 3 sejam setengah, seminggu 2 kali, untuk semua mata pelajaran.

Wah, seronoknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...