Wednesday, October 20, 2010

Warkah Untuk Diri Sendiri

Tatkala dirundung masalah jiwa, masalah hati, pasti aku tersungkur. Luaran nampak kuat dan tabah tetapi dalamannya hanya Dia yang mengerti.
Kadang-kadang rasa ingin memberontak, rasa macam nak lari-lari, nak jerit-jerit, nak lompat, nak pusing, nak guling-guling dan macam-macam lagilah, itu kalau ikut perasaanlah! Mujurlah Allah s.w.t membekalkan akal yang masih waras ini untuk aku mengawal gejolak hawa nafsu yang tidak tentu hala.
TAPI..
Nama pun manusia, adakala pasti tersilap langkah. Tersilap fikir. Tersilap membuat keputusan.
Aku sendiri setiap kali ada masalah, pasti lari! Tidak mahu hadapi. Lepas keadaan dah pulih barulah nampak gigi tersengih. Matangnya tidak juga sebab lari daripada masalah sedangkan masalah itu tidak pernah habis sehinggalah tamat riwayat kita di dunia ini.
Itu di dunia, kalau di sana nanti, ada pula masalah lain cuma bezanya masalah di sana diselesaikan dengan hukum-hukum yang sudah jelas. Penyelesaian yang tidak mungkin akan ada 'pelarian' lagi.
Entahlah, mungkin aku diuji-Nya kerana keupayaan aku dalam menghadapi semua ini atau pun mungkin juga pembalasan untukku yang sering melakukan kesilapan. Aku redha jika ini ketentuan-Nya. Malangnya untuk aku kuat, aku tidak mampu. Setiap kali minda dan hati berperang, air mata pasti mengalir.
Orang tahukah? Tidak! Mereka memang boleh membayangkan, tetapi yang melaluinya adalah aku. Mungkin anggapan mereka, banyak lagi yang senasib denganku, ya aku akui. Yalah, bersabar.
Lurus sangatkah aku? Setia sangatkah aku? Mengharap sangatkah aku?
Orang kata kalau hendak memulakan hidup baru, harus membuat perubahan yang baru tak kiralah hendak potong rambut ke, nak buat apa-apa ke, tapi diri sendiri harus melalui beberapa perubahan supaya dapat merasakan bahawa hidup yang dilalui selepas itu adalah sebuah kehidupan yang BARU!
Apa aku nak buat?
Potong rambut ? Dah potong pun!
Warnakan rambut ? Takut tak sah mandi hadas!
Kuruskan badan? Memang tengah berusaha pun!
Potong kuku? Macam tak ada bezanya je, lau simpan kuku baru nampak perubahan.
Masalahnya geli la pulak kuku panjang2..
Apa aku nak buat?
Jumpa orang dan senyum? Nanti orang cakap tak siuman pe dia ni..
Cakap sambil kenyit mata? Ha, ni lagilah mengarut.
Pergi bercuti ? Duit nak beli baju baru pun pening2..
Fuh!
Apa yang hendak aku ubahkan lagi ha?
Kalau nak merajinkan diri sendiri rasanya tak perlu lagi kot.
Ada sebab tersendiri ! hehehe..
Nak bina hidup sendiri tapi belum ada pekerjaan yang betul2 mantap.
Last2 tiap-tiap hari mengadap Facebook.
ADUH!!!
Bilalah nak jadi orang Normaizura?
Cinta dah tak ada lagi dalam hati kau !
Perasaan tu kau bekukan dulu !
Jangan peduli hal itu kerana semuanya sudah tertulis.
Penat2 buat ayat manis, akhirnya hati hancur juga.
Ingat ni, perubahan yang paling besar harus aku buat untuk memulakan kehidupan BARU!
Lepas ni takkan ada lagi sakit hati, perit, pilu, parah!!
Hidup kau sekarang harus kerja, cari duit bela mak, bela diri sendiri dan jadilah anak yang bertanggungjawab!
Jangan borak di blog saja tak da bukti!! Ingat tu..
Ingat DIA, insyaAllah .. Normaizura bt Md Zain akan jadi 'seseorang' nanti.
Belajarlah untuk mematangkan diri sendiri ye.
Sekian
20102010_Zura

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...