Friday, December 23, 2011

Burung :: Biarlah Ia Terbang =)




Usah terlalu egois dalam kehidupan. Adakala kita harus tunduk pada suratan.

Mungkin selesa pada mata kasar kita bahawa burung dalam sangkar itu gembira bertuankan kita yang sangat mencintainya. Membelainya sehabis hati, memberikannya kasih dalam setiap juadahnya, malah mungkin menjadikannya teman untuk berbicara.

Begitu juga sebagai tuannya, kita sentiasa terikat untuk mengingatinya. Dia masih dalam sangkar yang kita bina. Kita rasa ia selesa. Ya, selesa. Kita rasa ia gembira. Ya, gembira.

Padahal apabila ia bisa berbicara.. Sebenarnya ia derita. Katanya, "Aku burung!"

Meski masih kabur dengan kata-katanya, kita tetap mahukannya berada di sangkar. Harapannya, kita masih boleh beri yang terbaik. Kita masih boleh terus menjaganya. Malah, jika dia menjeling pada ayam, kita usir ayam, dia menjeling pada lalat, kita halau lalat.

Kita terus menganggap bahawa ia gembira. Ya, gembira. Kita terus menganggap ia bahagia. Ya, bahagia.

Makanya, kita teruskan hari-hari kita dengan merinduinya selalu.

Apabila pulang, ia berbicara lagi, "Aku burung! Aku burung!"

Lantas semakin laju otak ini cuba memerangkap maksudnya. Tidak bahagiakah ia di dalam sangkar? Dia mahu terbangkah?

Mulalah beranalogi. Mulalah menghayati.

Tutur dan kandungannya harus dikaji. Harus kita telaah sampai ke akar umbi agar antara burung dan tuannya tidak ada yang rasa dipenjara lagi. Mungkin niat si tuan untuk terus hidup bersama dengan si burung tidak sampai maksudnya lagi.

Kita semakin kelam dengan hipotesis-hipotesis beku.

Namun, apabila melihatkan ia sihat terasa lega seluruh sanubari. Tidak ada lagi rasa ragu-ragu yang mencengkam diri.

Usai menghiaskan sangkarnya dengan dedaun dan bebunga segar, kita mendoakan lagi bahawa ia tenang dan sentiasa ingin bersama dengan kita, tuannya. Yang tidak pernah atau tidak endah pun pada pekikan burung Cenderawasih!

Sekali lagi untuk kali yang terakhirnya, ia menjerit lagi.

"Aku BURUNG wahai manusia. Aku ingin bebas dan menjadi diriku. Sekalipun kasihmu bergunung, makanku terjaga, tidurku lena tetapi aku tidak enak di dalam sangkar. Sungguhpun cintamu kutahu, aku tidak gembira atau bahagia pun kerana aku di dalam sangkar."

Justeru untuk kali ini, terdetik dan sedarlah kita sebagai tuannya bahawa niat kita itu tidak kena. Kasih kita tidak sesuai. Cinta kita tidak bernilai. Dan kenapa kita lupa bahawa ia biasa terbang bebas menghirup angin-angin segar di luar sana, melebarkan sayap sepuas-puasnya malah mungkin mendapat makanan yang lebih berkhasiat daripada sebelumnya.

Gerombolan mimpi dan angan sepertinya disambar petir! Hancur.

Siang hingga berlabuhnya malam, kita berfikir. Alangkah lebih elok membahagiakan burung itu di luar sana seperti kemahuannya. Alangkah lebih baik menyegerakannya agar kita tidak berubah fikiran.

Maka sesudah segala perhitungan dibuat, kita sebagai tuannya memejam mata rapat-rapat. Kita menyapa paginya dengan senyuman tawar. Kita buka pintu sangkarnya yang sudah bertukar seperti besi buruk itu perlahan-lahan. Kita sentuh kepalanya lembut-lembut.

"Bebaslah kau wahai burung yang aku kasihi. Bebaslah bersama dirimu yang sebenar dan carilah kebahagiaan yang kau mahukan."

Burung itu berpaling, "Yang penting hati!"

Hati? Apakah terlaksana kepentingan itu jika burung itu di alamnya dan tuannya, oh, bekas tuan! Ya, bekas tuannya ini di alam lain. Bersatukah tuan dan burung jika sama-sama berfikir akan alam bahagia masing-masing?

Tuan burung hanya diam.

Kita sebagai tuan burung hanya memikirkan yang terbaik tetapi jika sudah burung ingin juga menjadi burung sejati, kita relakan saja.

Tidak guna memenjarakan burung yang terseksa. Tidak guna melipat usaha untuk memberinya cinta.

"Ya, yang penting hatimu!" kata terakhir itu menjelaskan keluhuran tuan burung.

Kita sebagai tuan burung! Oh, sekali lagi terlupa, bekas tuan burung.

Singgahlah bertandang andai kelaparan.
Singgahlah menenggek andai kerinduan.
Singgahlah berbicara andai keseorangan.




Burung itu pun mengepak jauh.
Tuan burung juga , oh ! Bekas!
Bekas tuan burung mengemaskan serabut di hati, menolak jauh-jauh kepincangan lalu menjemput tenang.

Mungkin di waktu yang sedikit ini, tidak mungkin berpenghuni sangkar itu kerana bekas tuan burung tidak mahu lagi berburu.

Yang dicarinya kini KEJAYAAN dirinya pula =)


p/s : Halusssssssssssssssss... haha..

Monday, December 19, 2011

Tukar Fikiran

Persiapan untuk melanjutkan pelajaran sepatutnya sudah selesai. Malangnya fikiran tiba-tiba ingin beralih angin untuk berada dekat dengan keluarga. Lantas tergerak hati ini untuk memohon universiti terdekat selain mencuba angin baru di tempat baru.

Segala dokumen semua hampir siap. Mungkin esok boleh diposkan. Ada juga yang sanggup berkorban wang ringgit untuk aku. Terima kasih =)

Perjalanan penulisan masih malap dan belum menunjukkan cahaya. Bukannya tidak berminat tetapi minda sarat dibebani dengan permasalahan sekitar termasuklah serabut yang sengaja dicari. Hmmm.. Biarlah tahun depan tahun kebangkitan kembali. Harap-harap begitulah selaras dengan desakan teman seperjuangan =) hehe..

Entah mungkin umur sekarang sesuai atau tidak melanjutkan pelajaran.. Aku tidak peduli langsung kerana yang penting minat untuk menerima sesuatu yang mencabar sementelah aku memang mengidamkan status kehidupan yang baik-baik sahaja. Jika pun bukan rezeki di masa hadapan, sekurang-kurangnya Normaizura Md Zain dibekalkan dengan ilmu.

Cuma harapannya biar seimbang ilmu di dunia dan di akhirat. Bawalah aku jauh menjalani kehidupan di bawah keredhaan-Nya kerana aku tidak mahu kembali dalam keadaan yang tidak 'elok'. Aku mahu menemui kehidupan sejati sebagai seorang yang solehah. InsyaAllah.. Itulah perjuangan kita yang sebetulnya. Peperiksaan di dunia membawa kelulusan dan kecemerlangan dunia semata-mata tetapi peperiksaan akhirat memberikan kata dua iaitu Syurga dan Neraka.

~ Apa aku buat sekarang??
:: Aku tengah menyiapkan segala keperluan universiti terbabit dan semoga dapat!!

~ Apa aku fikir?
:: Nak buat Full Time atau Part Time? Sebab tak tahu macam mana nak cari duit untuk tampung kehidupan. Boleh kerja part time tapi sesuai ke kalau kita buat Full Time study????
Tapi kalau Full Time study pun ada banyak masa.. Tak salah kalau buat Part Time kerja..

Wednesday, December 14, 2011

Bersawang ke?

Bak kata member "DAH BERSAWANG!!"

Aku ingat belum lagi.. Alih2 bila nak buka dan update tak tau pulak mana bahagian untuk SIGN IN

Jadi mood nak update sekadar berbahasa basi sebab mood dah LARI

Kadang2 terfikir jugak kalau2 perlu ada BLOG KHAS untuk benda yang tak ilmiah macam ni..

Tapi macam RAJIN sangat la aku nak berbuat demikian..

PATUT ke TIDAK??

BLOG KHAS utk benda ilmiah!! BLOG MEREWANG utk benda yg biasa maksudnya khabar2 biasa.. =)

Saturday, November 26, 2011

Sedar

Sekarang nie kalau orang cari benda ilmiah dalam blog nie memang susah nak jumpa melainkan hal-hal lama dulu. Kenapa macam tu??

Saya pun manusia.
Saya sedang menjalani dugaan demi dugaan.
Kadangkala jika kita teruji dengan sesuatu yang berat, jiwa kita menjadi terlalu sensitif sekalipun dengan perkara-perkara sekecil kuman.

Sekarang blog tempat saya meluahkan rasa hati.
Kadang-kadang macam kelakar pun ada sebab orang boleh menilai kita, bukan?

Ah.. Malu pun ada! (pipi dah merah2 dah) haha..

Inilah dikatakan kehidupan. Ada waktu kita berada di luar kawalan kita. Ada waktu kita berada di bawah, di atas, di kiri atau di kanan kejayaan atau kemunduran barangkali.

Di sinilah, kita harus mencari satu KEKUATAN yang ada tetapi bersembunyi dalam diri kita. Itulah dia SEMANGAT yang seringkali kembang kucup seiring dengan perjalanan hidup kita yang dibuai keasyikan teramat sangat.

Terasa sedar diri ini asyik dengan DUNIAWI..
Terasa sedar diri ini semakin MELUPAI..
Terasa sedar diri telah MENJAUHI..

Maka, hari ini yang juga saat saya mencoretkan entri ini, saya seakan menemui cahaya dan jalan yang ingin saya lalui dahulu. CITA-CITA saya !!

Saya semakin tersuntik oleh semangat perjuangan teman-teman yang tidak pernah lupa diri kerdil ini. Seakan mahu menitis air di kelopak mata ini apabila mengingatkan detik-detik gembira dahulu.

Saya harus menukar RUTIN hidup saya. Saya kasihankan emak.

Saya tertekan apabila menyebut hal pekerjaan.
Siapa yang tidak mahu bekerja?
Apatah lagi melihat teman-teman lain sudah lama bersenang-senang dengan karier masing-masing dan mampu pun untuk menyara keluarga sendiri. Saya?

Saya masih meniarap lesu di kampung. Menangis memang tak terlayan dek mata.
Siapa tahu?? Sebabnya hari-hari saya tersenyum, hari-hari saya gembira. Sekalipun diaju hal kerja saya membalasnya dengan jenaka yang biasa.

Keputusan yang senang selaras dengan minat yang mendalam untuk menerokai lagi ilmu, saya memang hendak menyambung pengajian. Semester lepas sudah terlepas kerana beberapa sebab yang jelas saya ceritakan. Semester kali ini, InsyaAllah saya akan sambut seruan menyambung Master!!

Dan andai selang masa itu saya ditawarkan bekerja, sudah semestinya saya ingin bekerja. Saya mahu menunaikan tanggungjawab saya kepada ibu saya. Ibu saya sudah tidak sihat. Sekurang-kurangnya saya mampu untuk memberinya makan dan minum malah mungkin menampung kos ubatnya.

Itulah cita-cita saya yang utama. Selebihnya hal jodoh, saya serahkan kepada Dia Yang Maha Esa. Sekurang-kurangnya juga apabila sudah bekerjaya saya tidaklah runsing sangat memikirkan hal-hal lain.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Murahkanlah Rezeki Hamba-Mu Ini..


Amin..

Tuesday, November 22, 2011

Ujian

Sesetengah orang tidak dapat menilai diri kita. Walaupun telah hidup dengan kita beribu-ribu saat tetapi dia tidak mungkin dapat mengenal hati budi kita.

Aku.. Hanya membenarkan segala keputusan yang dianggap sesuai walaupun sebenarnya ia bukan apa yang tersirat dalam hati ini. Biarlah orang menilai kita sebegitu..

Yang pastinya, segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku percaya pada takdirnya-Nya.. Aku percaya segala ketentuan-Nya ada rahsia yang sukar untuk kita nampak pada waktu sekarang.

Yang aku pelik, setiap orang yang datang mesti hadiahkan aku sebuah tangisan. Terima kasih =)
Semua itu membuatkan aku semakin tabah.

Monday, November 21, 2011

Tahniah Malaysia =)

Tahniah Skuad Harimau Malaya!!

Semua orang berbangga jadi rakyat Malaysia.

HITAMKUNING!! HITAMKUNING!! HITAMKUNING!!

Seronok pun seronok juga tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita harus menjaga adab sopan, tatasusila kita. Sejauh mana kita dihentam, janganlah kita juga terikut-ikut sama dengan rentak yang begitu. Kita diberi pelajaran ~

Sampai bila hendak habis? Sampai bila mereka akan menghormati kita? Sampai bila kita hendak meyakinkan mereka bahawa orang Malaysia banyak yang baik-baik?

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Asal jangan melebihi batas, selagi boleh kita bersabar apa salahnya kita pacakkan tiang kesabaran tu dalam hati kita. Belum lagi ada yang cedera.. InsyaAllah.. Tuhan sentiasa melindungi kita..

Bercerita soal kemenangan..
Tidak terlepas juga daripada persengketaan..
Tidak terlepas juga daripada percakaran..

Aku mendapat keluarga baru!
Bukan melahirkan bayi atau mendapat anak kucing!!
Hahaha.. Ini kisah orang .. Yang dah besar panjang..

Aku selamat mengenali insan-insan FUTSAL lain dalam hidup aku iaitu Lia, Kak Ila, Mel, Ikin...
Malaslah nak jadi tukang cerita panjang2 kat sini..

Yang paling penting, KITA KENAL SIAPA DIRI KITA..
Yang paling penting, TUHAN TAHU KETULUSAN HATI KITA..
Yang paling penting, KITA TIDAK MENGADU DOMBA
Yang paling penting, KITA MASIH BOLEH MENGAWAL SABAR KITA..
Yang paling penting, DUNIA KITA TIDAK PERNAH BERAKHIR DENGAN MEREKA..

Benar kata orang-orang tua :

KALAU IKUT HATI MATI!! Hampir2 jugalah..

Ya Allah Ya Tuhanku,
Bantulah hamba-Mu bijak dalam membuat keputusan,
Bantulah hamba-Mu untuk menjadi seorang yang penyabar,
Kerana itulah kemahuanku..

Monday, November 14, 2011

Semangat Baru

Menjadi penipu pada perasaan sendiri..
Agar tidak lagi hanyut dalam takdir derita..
Saya yang pilih..
Saya yang tanggung...
Saya yang akan mendepani apa yang saya mahukan..

Terima kasih..

~ Jangan cakap saya jiwang ~ hahaha

I'm back!!

Saya nak kejar cita-cita saya...!!
Doakan sy =)

Yang pastinya, saya tak terlepas daripada dihimpit duga yang pelbagai..
Dan..
Ubatnya..
Senyum..
Kawan-kawan saya cakap saya ada masalah ke tak ada ke saya senyum =) betul ke?
Buktikan la, bukan susah pun nak senyum..
=)

Hari Lahir saya 141185!! ~ Lebih bermakna dengan kehadiran insan-insan tersayang, kawan-kawan seperjuangan dan teman Facebook!

Semuanya sangat penting dalam hidup saya =)

Muah3.. Luv u all!! <3

Saya dah kembali untuk meneruskan perjuangan saya..


Amin..

Monday, October 17, 2011

Dugaan Dia... Sabarlah Zura

Ya Tuhan
beratnya dugaan...

Apa aku ni bodoh sangat ke ??
Bak kata mak memang aku senang diperbodohkan.. Sebab apa? Sebab aku sayang dan masih cuba nak percaya orang yang asyik tipu aku!!

Ya Tuhan
Andai banyak dosaku, ampunkan aku..

Aku dah letih menangis.
Apa aku bodoh memikirkan masa depan dia sampaikan aku sendiri tak mahu menerima insan lain.
Mak..

Ya Tuhan,
Beginikah nasib aku...
Sentiasa dipermainkan dan diperbodohkan!

Sekali lagi dia lukakan hati aku. Dan cukuplah..
Andai sudah tertakdir aku dengan orang lain kali ini, memang aku terima! Janji mak suka..

Mak..
Kak sakit lagi!!!

:'(

Friday, October 7, 2011

Happy Birthday Dr Normaliza (Dr. Nott's)



Al-kisah malam semalam iaitu bertarikh 06/10/2011, aku ada PM Cik Aliaa via Facebook minta no IC Dr Nott's. Tak payahlah nak letak kan berapa IC beliau :) Yang pastinya hari ni bersamaan 07/10/2011 merupakan ulang tahun kelahiran beliau iaitu dengan nama penuh tertera pada MyKad - Normaliza binti Abd Rahim. Aku panggil Dr Normaliza sebab yalah kami kan student.. Tapi usha blog so suka lagi dengan nama DrNott's :) Permisi ya!....



Yeah!!

Selamat Hari Lahir...
Happy Birthday...
生日快乐 (shēngrì kuàilè)...
생일축하합니다 (saengil chukha hamnida)... ni bahasa Korean :)

สุขสันต์วันเกิด (sùk san wan gèrt)


Terkenang juga masa zaman studi dulu, beliau merupakan antara pensyarah yang memberi kesan kepada aku. Malah, untuk kawan2 seperjuangan. Serius! Who can forget her? Sila angkat tangan! haha.. Aku yakin tak ada sesiapa boleh lupa beliau nih..

Sampai saat ini, Cik Alia dan Dr Nott's selalu juga bertanya khabar dan menjengah blog ni. Kalau nak tahu, blog ni mula bila ... Mula semenjak pemerintahan Dr Nott's dalam kursus BDM ..

Alhamdulillah, blog ni panjang umur :) Thanks to Cik Alia n Dr...




Sebenarnya kan, saya nak kasi satu video sendiri buat ala2 Najwa Latif gitu! haha.. Tapi saya hanya tahu nyanyi tapi tak tahu main gitar.. Masa untuk 07/10/11 dah nak habis... Tak sempat nak buat! Hehe..

So..

Lain kali.. Kita cuba lagi..

Sekali lagi saya ucapkan

SELAMAT HARI LAHIR, DR NORMALIZA :) LUV U..


Jalan-jalan poie pokan,
Jumpo kawan naik kereta,
Selamat Hari Lahir diucapkan
Untuk Dr Nott's tercinta



p/s : Terima kasih Cik Alia sebab bantu saya :)

Fitnah

Fitnah!!
Semua orang tahu yang fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh!!

ﻭﺍﻠﻔﺘﻧﺔ ﺃﺸﺪ ﻤﻦ ﺍﻠﻗﺘﻞ
“Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan.”
(Al-Baqarah: ayat 191)

Apatah lagi yang difitnah itu adalah saudara seIslam.



يأيهاالذين أمنوااجتنبواكثيرا من الظن إن بعض الظن إثم ولا تجسسوا ولايغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه واتقواالله إن الله تواب رحيم (12) الحجرات.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah praduga, karena sebagian praduga adalah dosa. Janganlah saling bergunjing atau pun saling mencaci. Adakah di antara kalian yang suka makan daging saudaranya yang telah meninggal? Tentu tidak akan. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Menerima tobat dan Maha Penyayang. [Q. S. al-Hujurat, 49: 12)


Dan orang yang menabur fitnah itu juga sebenarnya mempunyai penyakit yang telah menyusup dalam hati mereka sehingga sekeping hati itu menjadi kotor dan pandai mereka-rekakan cerita sehingga mengaibkan orang yang difitnah!

"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)

Beringatlah bahawa segala sesuatu yang kita lakukan di dunia ini akan disoal pada hari akhirat.


"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)


Aku bukan marah sangat tapi kadang-kadang pelik dengan perangai manusia yang pandai bermuka-muka dan bijak mereka cerita. Kalau mereka cerita untuk dibuat novel atau cerpen mahupun sebarang karya kreatif ada juga faedahnya daripada mereka cerita tentang orang lain.


Friday, September 30, 2011

Sakit Pinggang!

Baru aku sedar bahawa aku lama tak buat kerja rumah! hahaha..

Selepas proses pembaharuan dapur daripada kecil ke besar membuatkan beberapa pokok yang membahayakan keselamatan seisi keluarga terpaksa ditebang dan mangsanya ialah pokok nyoq!!

POKOK KELAPA la tu.

Dua pohon kelapa yang mengeluarkan hasil banyak saban tahun terpaksa dikorbankan. Aduhai..
Sebelah rumah aku ada parit atau longkang besar tau, jadi nak dijadikan cerita pokok nyoq @ nyiur @ kelapa tersebut ditumbangkan dan buah2 tersebut berselerakan di dalam parit besar itu.
Maka, sebelum hujan lebat menghanyutkan hasil2 terakhir sentuhan pokok kelapa tersebut lebih baik aku menyelamatkan kelapa2 muda dan tua dengan penuh kekuatan 'wanita'.

Kekuatan tersebut dapat dibuktikan dengan melontar buah kelapa yang sangat besar dan berat ke atas. Ya bayangkan la sekejap!

Aku dalam parit melontar sesuatu yang berat. Selipar memang aku buang siap2. Lama rasanya tak turun parit. Kalau kecil2 dulu di situlah tempat aku dan kawan2 bermain sampaikan tak takut langsung bahaya yang bakal menimpa.

Berpuluh2 biji jugalah hasilnya. Daun2 nyiur @ kelapa itu juga dibawa naik ke atas untuk dibuat penyapu lidi. Wah,... hasilnya !! Rasa kecewa ada sedih pun ada. Pokok kelapa tu banyak baktinya.

Dan ..

Apabila selesai proses membaling dan melontar buah kelapa tersebut ke atas, pinggang aku mula respon tua!!! Argh!! Aku dah tua rupanya!

Pinggang sakit macam nak tercabut. Nak jalan pun dah tak boleh dah. Dahlah malam nak buka kedai.

Hmm.. Perlahan2 aku berambus pergi rehatkan badan tidur kat sofa. Wah..nyaman! Sambil mengaduh kesakitan..

Macam nak makan ubat!

Tapi jangan layan sangat ubat! Bertahan.. Akhirnya legaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Penat masih terasa tapi kena kuatkan semangat jugalah.


Tiba2 pula aku terfikir kalau ada sukan rakyat bolehlah main acara lontar kelapa dari dalam parit ke atas dengan jarak yang ditetapkan. Selain menguji kekuatan tangan, kita juga akan diajar untuk menghargai sungai iaitu di situ juga kita boleh menjaga kebersihan alam sekeliling dengan menjadikan keadaan persekitaran itu selamat dan bersih.

-Bersihkan parit.
- Elak banjir
- Adakan aktiviti
- Keadaan selamat dan bersih
- Di samping memupuk semangat bersatu padu dalam sesuatu acara yang dipertandingkan
- Buah tu berat oi!!! hahaha...

Kesimpulannya???

Kami seisi keluarga dan keluarga jiran yang seangkatan dengannya di samping mereka2 yang terpandang kelapa hijau akan merayakan pesta menyiapkan PENYAPU LIDI dan AIR KELAPA MUDA!! nyum3....


Sekian . Salam lewat malam
CZ

Thursday, September 29, 2011

Jam Aku Hilang :(

Pertama :

Aku sangat sedih mengenangkan jam tangan yg dihadiahkan oleh seseorang hilang. Along yg hadiahkan kat aku! Argh.. Macam mana nak cari ni?? Tolonglah beri aku kata2 semangat seperti :-

a) Carilah jam di segenap penjuru atau penjara!
b) Carilah jam mungkin menjadi milik Mat Pit!!
c) Pergilah jumpa bomoh kasi santau je pencuri tu!
d) Cuba tengok kat Dashboard kereta seribu kali!
e) Dah pergi tengok 4 ribu kali tp masih x jumpa. Apa kata pergi jumpa Doraemon suruh dia putar balik masa!!


Argh. .. . .

Tensen ah!! Kedua?
Kedua?
Ketiga?

Tak ada kedua dan ketiga sebab aku tensen! :(

Waaaaaaaaaaaa nak jam tu!!!

Friday, September 23, 2011

Cermin Keretaku!

Hmm dalam seronok berfutsal, terjadi la satu insiden yang menyedihkan aku! Mau tak sedih bila cermin kereta retak sedepa.

Weh, sedepa tu satu tangan ke dua tangan?? Haha bunguksss kan..
Kiranya sebelah tangan aku jugalah retaknya.

Asalnya kereta tu macam retak sikit je kat depan tu. Kena batu! Bukan ikut lori batu atau menggeletek orang menembak batu tetapi kes ikut belakang kereta orang lain je pun. Dia langgar batu kena kereta kita! Hmm takkan nak salahkan dia pulak. Lagipun bukan dia berniat macam tu.

Kemudian, ada kawan2 cakap boleh pergi layur tapi dah terlambat. Nasi dah jadi bubur. Benda kecil dah merebak jadi besar dan memang aku kena tukar je cermin tu! Masalahnya nak claim insurans ke nak baiki sendiri ha??

Baiki sendiri la.. Hmm... Cian aku. Banyak sangat dugaan bertali arus datangnya.

Yang pasti aku percaya Dia tarik yang itu untuk Dia beri yang ini. Itu yang kita tahu tapi yang INI kita belum tahu.

Redha sajalah dengan dugaan Dia. Lagipun kudrat yang ada masih mampu mencari wang.

Keghairahan nak bermain futsal tu menyebabkan aku langsung tak fikir yang aku parking kereta tempat terik!!! Pergh!! Nanti kalau senang2 aku amek foto kasi lu olang tengok!

Memey arh!! hehe..

Thursday, September 22, 2011

Tangguh Pengajian :(

Al-kisah memang aku berniat untuk sambung belajar bulan September dan dengan penuh lemah longlai aku pun apply! Wah pantun BM BI bergabung!. hehe...

Sesudah mohon aku pun tunggu dan tunggu. Member aku dah cakap
"Budak2 Master dah masuk, ko tak dapat offer letter lg ke?"

Aku cakap belum lagilah. Aku pun rasa macam hati ditusuk sembilu. Kecewa keciwi semua ada! Mahu tak gitu, umur dah 26 tahun, kalau buat Master 2 tahun umur jadi 28 tahun. Hah, tahun bila la nak habis Phd??? Cewah bajet n angan mau ada bhaii..

Ketika aku sibuk mengejar populariti mencari pekerjaan tiba2 aku terasa gembira sekali hendak buka emel GOOGLE. Maka, dengan penuh keseronokan yang melebihi had aku pun buka dengan rasa macam malas nak layan sebab GOOGLE punya emel jarang ada mesej kan kecuali yang penting2 saja. Dan....

Dan....

Dan terlihatlah aku sebuah emel yang menyentak naluri aku yang memang agak sweet ni. Hmm.. Approved!!Aku pun senyum sampai telinga dan akhir sekali ke leher. Memang tak boleh nak buat serius dah time tu. Rasa macam nak kejut mak yang pada waktu tersebut ialah lebih kurang jam 4 pagi!!! hehe.. dah memang sinonim aku tidur lewat.

Pagi esoknya mak aku datang ke bilik aku, nak ambil duit ais untuk letak kat kedai, aku yang memang tak tidur pun cakap,
"Kak kena p daftar Master."

Kepala aku dah mula serabut. Nak tahu kenapa?

Mak aku dah gunakan duit yang dia bajet tu untuk dia buat dapur baru!! Wargh.. Pastu mak aku cakap dia boleh usahakan. Dan Mak Lang aku pun hulurlah demi pelajaran aku.

Mak aku pening lagi. Dia fikirkan aku nak makan apa di sana? Dia bukannya sihat pun. Nak kerja pun tak sihat. Kencing manis, jantung bengkak, darah tinggi, dan berbagai2 lagi penyakit memang mak aku kaut semua. Selalu sangat sakit. Yalah umur pun dah nak masuk 50 tahun.

Aku pun makin la keliru nak buat keputusan. Bukan sebab aku nak makan apa di sana. Aku boleh cari duit kalau setakat nak makan tu sebab kalau bab belajar aku sanggup je kerja biasa2 pun untuk sara diri. Bukannya tak biasa susah kan?

Masalahnya mak aku pulak yang tolong peningkan untuk aku. Dia kata dia kesian dan tak boleh tengok aku tak cukup makan sebab aku memang memonopoli makanan sedap2 sedunia. Haha..
Dia tak tahu anak dia dah besar dan boleh hidup punya.

Kemudian, rasa kesian pulak nak tinggal mak. Siapa nak hantarkan dia ke klinik ke hospital ke? Abang dengan family dia. Abang nombor 2 tak berapa sihat. Adik pulak tak pandai drive.

Aku la kena jaga mak! Aku seorang ja anak perempuan dia. Takkan aku tak boleh korbankan peluang ni untuk jaga dia. Lagipun banyak Universiti lain kat sini. UUM n USM tu target aku. Tapi kalau dapat USM pun lagi best. Itupun mengikut galakkan daripada Dr Kamariah jugalah. Memang Dr Kamariah sentiasa dengan pelajar. Tak pernah jemu pun dia beri nasihat dan galakkan.

Ok kembali kepada cerita tu, keputusan yang dibuat adalah menangguhkan pelajaran!!

YES!! DEFER!!

TANGGUH!

Sebabnya :
1. Tarikh terima tawaran dan tarikh pendaftaran terlalu pendek dan segala persediaan tak dapat dilakukan dengan sempurna. Mesti ada yang tertinggal dan kelam kabut.
2. Kesihatan mak!
3. Kewangan yang malar2 hijau. Hehe..Tapi yg ni aku ingat kalau awal sikit boleh diusahakan. Memang aku nak pergi daftar dah tapi bila tanya kawan2 Medical Check Up dan segala2nya kena buat. Kereta kena servis dan minyak, tol semua kena set.
4. Tempat tinggal, memanglah Nad ajak hidup semati dengan dia tapi macam menyusahkan dia je.. hehe.. wah ayat baik nampak.. Tak de la masalah sangat bab tempat tinggal.. Sebab ada kawan2 serupa NAD tersebut!
5. Sebabnya yang terakhir.. aku tawar hati time aku call pihak yg berkaitan diorang boleh plak pass2 telefon macam tak reti nak jawab je soalan2 aku yang tahap profesor tu! Kalau aku memang kena buang kerja dah. Haii.. takkan makan gaji rabun malam kot!

Benda yang paling best dalam waktu singkat aku dapat tawaran ni adalah mereka2 di bawah :

Kakak iparku yang tetiba je hadiah kain untuk aku buat baju .
Konon2 nak pergi kuliah ler.. Hehe..Ha ni bukan kakak ipar!! haha..
ni la Nad yg dr sebelum2 masuk memang dia nyibuk
tanyakan sal master aku siap ajak tumpang kat bilik dia..
Hehe.. Kangan sama budak ini..
Sekarang dia dah top model kat UPM @ KTDI..
dah hampir jadi bahan kat muzium.. haha..
Thanks la Nad.. walaupun ko x hadiahkan kain or tudung tp ko hadiah sesuatu yg bermakna dalam persahabatan.. :)


Hmm.. ada lagi manusia2 lain yg berhati mulia.. X dapat pulak aku nk upload pic semua orang nanti penuh pulak kan?

Ha sila kenali diri anda di bawah ni ::::

1. Din (info dan semangat)
2. Pia (serupa dengan din hehe)
3. Mak Lang (sanggup je dia keluarkan duit nk tolong aku)
4. Jiran aku (support)
5. Sera n Kak Long ( asyik tanya je..)
6. Along ( support)
7. Nas ( support)
8. Ajib dan semua laaaaa.. banyak sgt!


Nah topup! hehe 6% tak jadi! hehe..


Monday, September 19, 2011

Kawan Lama Aku

Baru-baru ni ada la jumpa dengan kawan sekolah rendah dulu. Dia ni budak pandai la. Memang dia yang skor masa musim peperiksaan dan budak2 lain pun berlumba-lumba belajar sebab nak saing dengan dia.

Budak ni budak lelaki la. Agak lama jugalah aku tak jumpa dia dan selalu jugalah aku tanya kawan2 lain kot2 terserempak ke apa ke dengan dia. Bukan apa teringat la zaman sekolah rendah dulu. Dia ni pun budak alim2 gitu. So nak tahu juga la apa dia buat sekarang kan. Nak tahu jugalah dia kerja apa.. Hm..

Nak dijadikan cerita, dalam keadaan aku mengidam nak tahu pasal dia alih2 aku terjumpa dia dekat stesen minyak! Lu taw apa dia buat??

Dia yang pam minyak kat kereta aku!!!!




Aku macam tergamam jugalah. Eh, biar betul!!

Budak pandai tu!

Tanya punya tanya bukanlah apa sangat pun. Dia pun grad macam aku jugak tapi masih belum ada pekerjaan yang sesuai. Sebab tu la demi mencari duit, dia buat saja apa yang mendatangkan pendapatan halal. Baguslah camtu kan daripada dok goyang kaki, korek hidung di rumah!

Entah2 bila dia datang je kedai aku, mesti dia cakap, la Zura jadi tukang masak je???



OMG!! Apa2 aja la.. Janji duit masuk. Lagipun aku sendiri yang uruskan kedai tu walaupun kecil2. Dan aku tahu dia faham sebab dia pun senasib dengan aku. Banyak lagi la yang macam kami, ye tak?

Apapun.. Aku tahu ada yang pekerjaan yang baik sedang menunggu! hehe..


Amin.. Doakan kejayaan aku dan aku doakan kejayaan korang jugak!!

Thursday, September 15, 2011

Semak!

Geram kan.. orang buat kita tak dihargai. Suka2 datang.. Lepas tu blah macam tu ja!
Mentang2 la aku ni pemaaf asyik nak minta maaf sampai dah berguni2 aku campak maaf tu ke laut. Kalau simpan kat rumah rasa macam dah tak muat.

Sekarang ini pun aku masih juga memaafkan tapi untuk aku melupakan susah la juga kan. Biasalah benda berperasaan bukan senang nak diubati.

Kalau dia suka main campak2, aku pun senang saja buat keputusan. Tak payah apa2. Diam ja. Tak payah nak cakap lebih2 sebab setiap kali aku lekat pada mata kail, aku sudah terluka. Dan dia lepaskan aku dengan kelukaan tu. Dan dia datang balik pancing, aku juga yang bodoh2 tak faham orang tu hanya memancing, aku kena lagi. Lepas luka dia buang aku balik. Tak tahu berapa banyak luka aku tak tahu. Luka yang berparut sudah, jadi luka lagi. Kesian kan jadi ikan bodoh..

Eh apakah????!! Buat2 tak faham sudahlah.

Sakit hati ni tau!! Ish.. Biarlah kalau kali ini aku biarkan dia bebas dengan dunianya. Dan jangan menyesal kalau suatu hari nanti aku buat keputusan ikut pemancing lain. Ha....amek kau! hehe..

Bodohlah kan ... Luah hati kat sini.. Maaf.. Memang yang ni saja la cara kita buang semak..

Yeah semak!! Potong sekarang! BUshhhh!! Kasi potong!! Yeah SEMAK!! Sila semak keputusan peperiksaan anda..

Wednesday, September 14, 2011

Suka Bisnes Sejak Kecil

Baguslah hari demi hari sedang berlalu dan telah aku ajar diri ini menjadi seorang wanita yang cekal, tabah dan kuat semenjak dari dulu lagi. Alhamdulillah..

Untungnya aku tidak mahu bekerja dengan orang lain kerana minat berniaga sedari kecil lagi. Aku ingat lagi masa di sekolah dulu, aku belajar Kemahiran Hidup. Masa tu cikgu ajar tanam sayur-sayuran. Aku pun jumpa biji benih kacang panjang tapi masa tu aku tak tahu pulak kacang tu warna ungu. Aku tanam, aku pacakkan kayu. Wah!! Berbuah beb!

Tapi yang pelik kenapa kacang panjang warna ungu? KTDI ke.. Hehe tema kolej aku dulu ungu la.
Aku pun fikir nak untung banyak! Budak-budak kan lagi.. Jadi aku rangkulkan beberapa batang je kemudian aku kerah tenaga budak2 yang main ngan aku tiap2 hari tu pergi jual. Konon seringgit la satu! Haha.. Mana ada sesiapa pun yang beli! Macam main masak2 haaaa....

Aku kecewa sikit je la. Lepas tu aku pergi rumah Mak Su aku. Aku jumpa satu alat permainan yang masuk duit dapat sesuatu. Aku buat la. Modal 20 sen je. Tapi disebabkan kad yang aku dapat tu cantik, aku balik buat bisnes ngan budak2 nie. Ha.. berhutanglah juga sebab nakkan kad tu. Jual pulak seringgit lebih camtu! hahaha.. macam nak pergi lagi je kedai tu tikam banyak2 dan jual.. Tapi ada juga yang kencing aku! padanlah.. Harga pun tak sebesar mana.. hehehe..

Banyak sebenarnya pengalaman berniaga kecil2 ni. Mak cakap darah Cina. Suka berniaga. Alah, darah Cina apanya, aku nie dah menjadi Melayu sejati dah. Mak mungkin la.. Aku ni generasi keempat dah aih..

Tapi benda yang baik aku terima je la. Kalau pun darah orang berniaga mengalir dalam tubuh aku, harap sangat suatu hari nanti aku akan berjaya berniaga.

Berniaga tu memanglah aku suka tapi kerja profesional pun aku nak. Aku berniaga untuk pendapatan sampingan dan mengisi kekosongan tapi aku belajar untuk aku berbakti kepada anak bangsa. Bilalah agaknya kan?

Sekarang ni aku teruskan hari-hari macam biasa dan atur strategi lagi untuk hari2 depan.
InsyaAllah..

Tuesday, September 13, 2011

Budak Dibaling Topi Keledar Meninggal Dunia

klik 1
klik 2
klik 3


Hari ini bersamaan 14 September 2011, Hari Rabu.. Solihin Che Kassim telah diberitakan menghembuskan nafas terakhirnya.
Baru-baru ini aku baru sahaja mendapat khabar daripada abangnya bahawa dia stabil tetapi Tuhan lebih menyayanginya. Semoga dia mendapat keadilan yang sewajarnya dan aku mengharapkan kuasa Tuhan, kuasa Yang Maha Besar untuk memberi petunjuk dan hidayah kepada keluarga arwah Solihin supaya mereka menemui jalan dalam menyelesaikan kes anak mereka ini.

Allah hu Akbar!

Al Fatihah untuk arwah.

Aku Ingin Kuat

Bila je ada masalah mesti badan aku tak sihat, termasuk mood sekali la. Semua orang mesti ada masalah kan? Cuma cara masalah dan penerimaan dalam diri setiap orang itu yang lain.

Aku ni nampak saja macam kuat tapi sebenarnya itulah topeng sakti yang aku gunakan untuk hapuskan segala liku yang datang. Bercakap soal hati, aku juga tak lepas daripada sering dikecewakan. Kadang-kadang menjadi pemaaf itu baik tapi kadang-kadang memberi maaf serta membuka peluang itu tidak baik juga. Akhir sekali kita juga terluka sekian kalinya.

Aku pun tak tahulah alasan kukuh apa lagi yang dia nak berikan kepada aku. Tapi hati ni dah set untuk menjadi keras hati jika dalam masa terdekat ni aku mampu bebas daripada dibelenggu manusia bernama lelaki. Jika dulu aku boleh kenapa tidak sekarang?

Sekarang juga aku boleh!

Banyak lagi laluan aku kan? Tapi bolehkah aku menghadapinya sedangkan bayang2 dia sentiasa mendekati aku. Mana kata2 manis dia ucapkan dulu. Sama saja!! Dia ulang ayat manis dan tidak pernah mengotakannya. Dia selalu pergi dengan membiarkan hati aku terluka.

Dan sekarang aku mahu menjadi manusia kuat. Ingat tu!!

Ya Tuhan bantulah aku!

Monday, September 12, 2011

Merungut

Masalah tidak pernah lepas daripada terus membelenggu manusia. Sekejap aku bahagia sekejap aku derita. Bengkak mata sekalipun belum tentu dapat selesaikan badai yang melanda.

Iciiieewah!

Apa dikenal pada diri sendiri melainkan sentiasa mencari dan bermuhasabah diri.
Apa dikenal pada mereka melainkan manusia sentiasa berubah-ubah.

Argh..

Tak mahu menangis lagi! Tolonglah..

Monday, September 5, 2011

Titik Peluh Kedai Makan

Hari Isnin bersamaan 6 September 2011..

haaaaaaaahhhhhhh...!! aiceywah.. bukan pe.. baru lepas tutup kedai.. penat giler.. punya la rancang tak nak buka kedai dh, nk g belajar.. tp apakan daya kan, sape suruh hantar borang lewat!! eleh.. ckp dlm tu sebelum 12 Aug 2011.. aku anta n smpai kat dorang 11 Aug 2011.. kira ok la tu.. pe benda lg nk proses ntah.. hehe.. salah aku jgk.. buat keja smbil lewa.. dah nk terberak baru nk korek lubang!!

hari ni la.. dr tengahari dh mula mengemas habuk2 yg penuh segenap alam kedai aku tu.. mak aku tukang basuh je.. aku tukang ngemas.. penat yg tu.. petang skit kuar g carik barang kedai.. balik dkt maghrib dh.. pas maghrib terus bukak kedai n ya Tuhan.. byk giler brg nk kena siap.. seb baik awal2 xde org sgt.. pastu dh lewat mlm sikit mulalah ada org.. Alhamdulillah rezeki..

dh lama jugakla tak merasa kena percikan minyak panas nie!! pergh!! dugaan pertama kena kat muka.. haha.. tiba2 je rasa mcm nk g belaja n nk suh dorang approve cpt2.. n nak sgt posmen anta offer letter.. ini tidak .. posmen anta surat elektrik dan katalog nutrimetics je.. hehe
seb baik tak anta surat PUBLIC bank hehe.. mau semput aku..!!

Bukak kedai sbb tak de sumber nk byr keta dh!! Haha.. bukalah demi diri sndiri.. hehe.. dan kerana Allah swt kita mncari rezeki.. tak gitu... esok nk g Thailand cari benda2 yg bleh bakar tu.. nk jual la... katanya tak halal!! tp ada sesetengah je la tak halal.. insyaAllah aku yakin dengan apa aku pilih nti.. lgipun Metro pun dh keluarkan berita cakap dah xde BABI pnya laknat dlm tu.. hehe..

OK.. Mood ry.. tadi ada lgi yg dtg beraya haha.. Salam je la.. hehe


CZ mau tido la~ Miss UPM sgt3....!!

Ucapan Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini.

Mohon maaf dipinta dan halalkan segala makan minum mahupun tutur kata yang terkasar sehingga mengguris hati kalian..

Biasalah aku juga manusia yang tidak lepas daripada membuat kesalahan.

Maaf Zahir Batin.


CZ

Thursday, September 1, 2011

Sambal Belacan Goreng

 

Pic2 sambal belacan

Sebenarnya ni menu sahur yang paling meletup buat aku dan famili. Biasalah, tak pedas tak sedap makan. Menu ni sebenarnya kegemaran ayah aku. Wajiblah anak2 dia pun menggemari makanan istimewa macam ni..

OK .. Resepi tu macam biasalah :

1. Belacan (sikit dah la, nanti hangus hidung pulak)

2. Cili ( biar banyak baru pedas)

3. Cili besar ( dalam 2-3 biji pun cukup )

4. Perisa seperti garam, ajinamoto dan gula ( gula biar banyak dan bagi manis baru seimbang dengan kepedasan… Nyum3)

5. Perahan asam jawa

 

Mesin je semua bahan2 nie dan kemudian panaskan minyak biar sesuai dengan sambal yang telah dikisar kemudian goreng je dan jangan tinggal dapur. Nanti bila hangit tak sedap. Goreng sampai pecah minyak.

Jeng3.. Sudah siap untuk dimakan!!

Tuesday, August 23, 2011

Bermesra2 Di FeSebOk!

 

 

Mood nak tidur tiba-tiba diragut ganas padahal dah 20 jam tak melelapkan mata sambil dibuai mimpi2 indah. Apa tidaknya, hajat hati nak terus buat terjunan ke tilam tapi mata tertancap (wah, indahnya) pada FB dan mereka2 ini menyentap naluri kewanitaan aku.. Eh, apa kaitannya jangan dipersoalkan kerana aku suka hiperbola dalam setiap tindakan sopan aku.. tet!~

 

Bermula pukul 2 pagi tarikh 23/8/11 aku terjaga daripada tidur dan sampai jam ini 1200 malam tarikh 24/8/11 aku masih lagi x tidur menyebabkan urat2 saraf yg berselirat dalam otak aku telah set bahawa sememangnya aku tak perlu tidur! merajuk la konon.. Argh! Urat tidur buatlah kerja kau ..

 

Dr pagi sibuk kat rumah, lepas tu bawa mak pergi ronda2 town.. Ecewah.. bunyi macam bandar besar padahal Kangar je pun.. Kemudian pergi memeriksa keadaan baju raya dan terus ke Padang Besar mencari buah-buahan, bedak Siam dan periuk! Taktik memanggil pelanggan dengan panggilan ‘Yang’ telah diciplak oleh peniaga Siam membuatkan kaki mak aku langkah tak pergi. Kemudian balik dan dikerumi pula oleh anak2 saudara. Terus lagi lepak kat rumah kawan mak aku sampai nak tertidur dah di situ.. Maka mereka semua ku bawa pulang demi nak tidur.. Jumpa FB terus layan kawan2 tercinta di bawah..

 

Disebabkan aku ni jenis menghargai sumbangan ikhlas korang, maka terbitlah sekelumit post khas untuk meng’glamor’kan kawan2 aku.. hehe.  Thanks sume.. Terharu sgt!

cats

cats1

cats2

cats4

cats5

Best!

 

Best!

 

 

Best!! Love u All lah.. but Love ALLAH is number ONE!

Thursday, August 18, 2011

Semut Merah Serang Mata



Sialan semut merah! Bukan sialan lagu ni tau.. lagu ni peberet mak aku..
Aku dah lah spnjg malam x boleh tido smpaikan blog nie pun aku adjust len sbb yg lama pnya x menarik dan ada part xde function! buat apa nampak je cntik tp xde function..

So aku tdo lebih kurang pkul 10 pagi camtu lepas Along dah gtaw jenazah Ayah Mat dah dibawa balik dan dia pun nak cas h/phone..

Dengan mata yg x boleh pejam aku prgi la amek sekor anak kucing buat belai2 time tdo.. Terlupa plak kucing tu ada skil yg tidak sihat! Cukup time pkul 12 mula ah hidung aku tgkap bau2 'sedap' nie.. DamN!!!!

Bangunlah aku dengan segeranya dan membuang kucing tersebut di luar bilik dengan penuh 'kasih sayang'.. Hehe.. Aku pun mana tahan nk tdo dibuai mimpi2 indah kat dlm bilik, malas sama nk cri port kenakalan kucing aku tu.. !

Aku beransur dengan bantal ke ruang tamu...

Tido dah nak kenyang tiba2 rasa pedih2 je kat mata ni.. tenyehlah takut naik benda hama tu!! yg tu lagi kAwww! nasib bek semut.. dah digigitnya bawah mata dia naik pulak ke atas kelopak mata.. Uh!!! Dia nak main Aci Ligan ngan aku ye.. Nah amek!! Aku tenyeh 1 mata secara Israel!! Habis mati semut tu.. Dan...

Memang xde mood dh nak tido, terus mandi dan usha muka lam cermin.. DamN!! nak pergi kedai ngan mata macam ada ketumbit! Hah lantaklah.. aku pakai celak sikit.. terus je pergi beli air oren (untuk berbuka la bang...) hehehe..

Dah!! Apa pnya semut? Memang suka sgt kat organ muka aku.. Dia ingat boleh cari kat pasar borong ke.. Cuba la pergi kacau tikus ke, kucing ke.. haish!!

------


Eh nk tengok mak aku tak? Semalam dok edit2 rasa mcm nk bg mak aku gelemer la plak..
Jap2 nk upload pic terbaru hasil tangan anak dia yg tercinta.. ngeh2..


Ish mesti mak aku terharu aku publish gambar dia nih.. Comel kan? Hehe.. Nama mak aku ye? Ala nak buat apa nama penuh2 kan, ni aku bg nama glamor dia .. Jeng2!!!

Kak Ton ~ nak lebih sweet? ~ Kak Ton Kayu ~ hahaha nak tau ke sebab pe ada part kayu kat belakang tu.. Kata sweet kan.. Yelah mak aku ni dah berbelas2 tahun haaaaa keja kat kedai hardware tu.. So pendek kata, she knows everything la lau pasal nk buat 1 rumah ni..
Yg peliknya, ada gak jual simen, pasir .. kenapa mak aku orang tak panggil Kak Ton Pasir ke Simen ke.. dah nama pun macam2 ada kan.. hehe entahlah le kat kome!

Ok.. tengok gambar please.. !!
Aku tengah boring2 ameklah selendang nk test tuk raya day so mak aku la jd model tp tu bukan selendang yg aku nk pakai raya nti.. X beli lg pun! Cumanya dok test cmne la aku nk pakai nti kan? hehehe..

Lepas dah siap make up kan kepala mak aku tu, muka x make up la..sbb mak aku tak nak Botox.. xpelah, risau jugak aku takut plak mak aku lebih comel.. hik2..
Lepas make up tudung tu, aku pun masuk la bilik ksygn aku ni.. tiba2.. mak aku panggil,

Zura!!!
Zura!!!

Dia suruh aku g depan tgk tv.. Aku pelik ah.. Malas la nak tengok tv aku pun buat bodoh.. tapi lepas seploh minit kemudian, aku g jugaklah..

"Awat?"

Mak aku kata "Tu tadi, Ust Siti Nur Bahyah pakai tudung mcm mak pakai.. Segak no.. Takpalah dia muda..."

Hehee aku gelak dalam ati je lah.. gelak kuat2 terguris plak kecantikan mak aku..


Wednesday, August 17, 2011

Dia Kembali Kepada YME

Innalillahi

17/08/2011 – Rabu , Jam 9.45 Malam

Encik Ahmad ( merupakan bekas bapa mertuaku, iaitu ayah Along) telah disahkan meninggal dunia pada waktu tersebut di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar , Kedah.

Beliau merupakan seorang bapa mertua yang baik dan tidak mungkin aku lupakan kenangan-kenangan sewaktu bergelar menantunya dulu. Layanan yang diberikan membuatkan aku rasa sudah tiba masanya aku menerima kasih sayang seorang ayah. Maklumlah, semenjak dari kecil lagi aku hanya merasai kasih sayang emak semata-mata. Walaupun ada ayah yang masih hidup (berpisah dengan emak ketika usiaku 6 tahun) tetapi jarang bersua.

Ayah Mat! Yes.. Itulah nama pengirim mesej setiap kali musim perayaan. Dia tidak pernah melupakan aku walaupun aku sudah berpisah dengan Along. Aku dan Along masih lagi berkawan. Maka, sudah pastinya aku ketahui cerita Ayah Mat yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

aku&ayah

Ayah Mat bersama Along ketika masih muda.

Along ada bersama dengan aku malam itu. Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada seorang teman, aku dan Along bergegas ke tempat kejadian iaitu simpang tiga menuju ke Stadium Utama, Kangar dan berdekatan dengan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Dari jauh kami lihat lampu biru berkelip-kelip, orang ramai mengerumuni kawasan kejadian. Kami berhenti di bahu jalan dan hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku waktu itu. Dua buah motorsikal terbalik dan tiada sesiapa (mangsa) di tempat kejadian. Ayah Mat dibawa ke hospital dan katanya masih boleh berbual lagi. Walaupun agak terketar dengan keadaan tempat kejadian, kami gagahkan diri lagi menuju ke hospital dengan harapan Ayah Mat hanya luka ringan.

Dua buah motorsikal bertembung! Itulah yang tergambar oleh fikiranku. Moga-moga Ayah Mat selamat. Masuk sahaja ke hospital, Along sahaja dibenarkan masuk ke Wad Kecemasan. Aku memang takut darah. Tapi kalau dibenarkan masuk, memang aku nak masuk! Aku tunggu di luar.

Along masuk dan keluar dengan memberitahuku bahawa ayahnya mungkin patah kaki, luka sana sini dan aku anggap mungkin ayahnya tidak cedera parah. Aku pun mengharapkan begitu sebab aku tak mahu kehilangan Ayah Mat lagi.

Ketika menunggu di hadapan hospital bahagian Kecemasan, sebuah trak polis tiba dengan membawa jenazah yang dibungkus dengan plastik hitam.

Itulah seorang lagi mangsa kejadian yang telah pun meninggal dunia di tempat kejadian. Aku pelik, bagaimana dua motorsikal bertembung boleh mengakibatkan kematian? Ayah Mat tidak mungkin laju! Siasat punya siasat, rupa-rupanya sebuah kereta lain telah melanggar mangsa (yang telah meninggal dunia) ketika mangsa tergolek di atas jalan raya.

Dengar khabar, ada kesan tayar di dada (selain remuk tulang-temulang) dan juga di muka. Muda lagi, baru 33 tahun. Polis pun ramailah yang datang nak menyoal siasat Ayah Mat tapi Ayah Mat tak mampu memberi keterangan.

Esoknya, Ayah Mat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Di sanalah bermacam-macam pembedahan dilakukan termasuklah menebuk di bahagian tengkuk untuk tujuan memudahkan saluran pernafasan. Aku dah mula risau.

Along cakap, dia saja tak nak beritahu aku yang Ayah Mat dah teruk sebab dia tak nak aku risau. Kalau aku risau nanti dia lagi risau. Along.. Along..

Masa di Kangar lagi, air liur Ayah Mat bukan berwarna putih dah, masa tu memang darah! Malah kat telinga pun! Ayah Mat teruk masa tu…image201103150003

Ayah Mat meracau, masuk ICU, sedar, meracau lagi, masuk ICU, periksa itu ini, tidak sedar, sedar dan disahkan kembali ke rahmatullah.

Pada hari-hari terakhir Ayah Mat tidak ada, Along selalu ada dengan dia. Along kata dia tak mahu kalau ayah dia buka mata dia tak ada di sisi ayahnya. Along mula nak ganti untuk jaga Ayah Mat dan malam ni aku pun bercadang nak pergi tengok Ayah Mat tapi tak sempat.

Aku tak tahu nak kata apa-apa dah. Aku hanya terbayangkan kebaikan Ayah Mat.

"Maafkan Zura tak dapat nak melawat ayah kerana beberapa sebab. Zura doakan roh ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Ayah pernah wujud dalam hati Zura dan sampai bila-bila pun (walaupun Zura dan Along bukan sesiapa) ayah akan tetap ada dalam hati"

Al Fatihah~

surah-al-fatihah2

Monday, August 15, 2011

Semut Hitam

images

Memey arh! Panas hati betul aku dengan semut hitam ni. Apa tidaknya, sedang asyik beradu boleh pulak dia redah gua aku bermula daripada gua kanan dan terus pulak ke gua kiri. Mana ada aku sedut semut tu pun!! Dia yang laju macam Mat Rempit buang brek tu, memang time penamat tu, gila hangus (pedih macam ada benda mencucuk je) hidung aku dibuatnya. Tapi nak buat macam mana, dah hayatnya nak mati dalam gua aku kan, selamat tinggallah semut hitam! Aku rasa kalau mak bapak dia cari pun mungkin suspeknya tetap aku tetapi punca kematian masih belum ditemui. Memang bangkai pun x jumpa la hahahahaha…

Ha moral of the story.. tido nanti spray ridsect kat hidung atau pun letak je belerang kat kawasan muka, yerlah mana tahu masuk telinga pulak..

Sunday, August 14, 2011

Laman Sosial –Kesan kepada Rumahtangga (Kes 1)

JANGAN terkejut jika ada fakta mengatakan bahawa laman sosial yang paling popular masa kini iaitu Facebook mempunyai pengguna lebih daripada 750 juta pengguna aktif sehingga Julai 2011 (sumber : Wikipedia). Laman web sosial ini mula dilancarkan pada bulan Februari 2004 dan telah mendahului laman sosial yang lain dek kerana keistimewaannya yang tersendiri.
FAKTA lain yang juga ada kaitannya dengan laman sosial popular ini tidak lain tidak bukan adalah mengenai isu keretakan rumahtangga di Malaysia. Menurut Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie mengaku sepanjang tahun 2010, 4 : 10 kes berpunca daripada internet atau dengan lebih tepat lagi iaitu pengguna Facebook.
Jika ditinjau secara kasar, kebebasan berkomunikasi atau berkenalan dengan pengguna-pengguna Facebook yang lain sehingga menjalinkan kemesraan yang tidak terbatas membuatkan pengguna Facebook semakin dibuai keasyikan.
BUKTInya, jika diperhatikan album-album gambar kaum wanita, banyak yang memberikan gaya atau ‘pose’ yang sangat berani, mengiurkan dan seksi. Hal ini mengundang perhatian kaum lelaki yang memuja kecantikan wanita semata-mata. Maka, bermadah pujanggalah kaum lelaki demi memikat hati wanita yang mereka ingini tidak kiralah berstatus bujang atau isteri orang. Sementelah jika lelaki-lelaki ini juga bersatus suami orang. Perkara seperti inilah yang membuka jejak isteri/suami curang.
KECURANGAN atau tidak setia kepada pasangan masing-masing merupakan satu virus dalam kehidupan rumahtangga yang boleh menyebabkan penceraian. Pasangan yang curang atau tidak setia boleh mencetuskan konflik dalaman kepada pasangannya.
Berbalik kepada isu gambar dalam Facebook, ada juga kaum wanita yang mengalami masalah rumahtangga dengan suami menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium untuknya meluahkan rasa tidak puas hati, bengang dan banyak lagi sebagai satu langkah memprotes tindak-tanduk suami kepada mereka.
Maka, mereka (wanita) meletakkan gambar-gambar yang menarik untuk mencari kenalan lelaki baru sebagai penawar terhadap masalah yang dialami.
Senario seperti di bawah ini sebenarnya sudah dikaji dan pastinya akan anda temui secara sedar atau tidak.
GAYA A : Yang berbadan besar tetapi mempunyai wajah yang lawa hanya menangkap gambar wajah semata-mata.
GAYA B : Yang berbadan kurus tetapi berwajah biasa akan menangkap gambar satu badan tetapi jarak jauh dengan mimik muka yang tidak jelas (yang boleh menampakkan mereka comel)
GAYA C : Yang jelas-jelas lengkap pakejnya tentu sekali tidak mempunyai masalah untuk beraksi di depan kamera walau bagaimana keadaan sekalipun.
e19773a1d_19311crying20man
Muka dalam PROFILE PICTURE macam Aaron Aziz, tapi bila jumpa macam MAMAT tu! Ha amek…..
lisa-surihanimiss_fat_and_beautiful_12
Ni pula muka dalam FACEBOOK ala-ala macam Lisa Surihani, bila jumpa?? Lisa Tak Berani!
KES 1
Pasangan suami isteri yang usia perkahwinan mereka sekitar tiga hingga empat tahun dan mempunyai seorang anak. Si suami yang bernama Lokman (nama samaran) dan si isteri bernama Nora (nama samaran) mempunyai masalah seperti campur tangan keluarga mertua (pihak lelaki) dan masalah hubungan seksual. Hal ini tidaklah meruncingkan pada awalnya dan masih boleh diperbaiki tetapi Nora yang mula mengenali Facebook (FB) mula menjadikan laman sosial ini sebagai satu tempat untuk dia meluahkan setiap perkara yang berlaku dalam rumahtangganya.
Nora memberikan gaya A (sila rujuk di atas) dan berjaya memancing lelaki bermata keranjang dengan banyaknya. Nora menganggap lelaki-lelaki yang memujinya itu sentiasa menghargai kecantikannya tidak seperti suaminya. Malah, nasihat-nasihat ‘alim’ lelaki-lelaki tersebut menggugat imannya dan mula tawar hati kepada suaminya sendiri. Setiap perlakuan suaminya dianggap tidak kena pada matanya jika dibandingkan dengan lelaki-lelaki di Facebook.
Mulalah detik percintaan Nora dengan lelaki Z. Hanya berhubung melalui ruangan komen, Chat dan sekadar berbalas mesej membuatkan lelaki Z sangat teruja untuk melihat Nora secara berdepan. Nora yang agak ragu-ragu tetapi percaya dengan keikhlasan lelaki tersebut cuba untuk berinteraksi dengan menggunakan Webcam. Selepas beberapa hari, hubungan itu menjadi hambar. Lelaki itu mula menjauhkan diri daripada Nora selepas melihat tubuh sebenar Nora.
Nora yang sedih tetapi masih tidak sedar mula mencari lelaki lain sebagai pengganti lelaki Z. Suaminya diabaikan. Dapur di rumah tidak berasap dan Nora mula berhias siang dan malam malah lebih agresif lagi, Nora mula berdiet.
Lelaki demi lelaki dikenali sehinggalah satu peristiwa yang paling ditunggu Nora apabila terjadi perang besar di antara dia, suami dan keluarga mertua. Nora tekad melarikan diri dan tidak mahu kembali lagi ke rumah itu.
Nora semakin liar dan gembira dengan kehidupan barunya. Dia tidak perlu lagi menyembunyikan diri setiap kali bermesej atau melayari FB sebaliknya menganggap semua ini sebagai satu bonus untuknya. Dia sudah berani keluar dengan lelaki yang baru dikenalinya menerusi FB. Suaminya yang tidak bersalah itu dihubunginya sekadar untuk meminta wang.
Suaminya pula menjadi buntu. Isteri dan keluarga sama-sama penting dan dia tidak tahu membuat keputusan. Dia cuba memujuk Nora tetapi semua itu hanya sia-sia apabila Nora berkeras untuk memohon cerai daripadanya.
Nora pula sibuk ‘speaking English’ walhal hanya menamatkan pelajaran di peringkat sekolah rendah. Dia membuat semua itu hanya untuk menjadikan dia wanita yang nampak hebat pada mata lelaki. Usaha berdiet semakin menampakkan hasil. Dia semakin ligat memadu kasih siang malam walaupun berstatus isteri orang.
Dan kini Nora telah pun berpisah dengan suaminya. Nora masih juga di alam bulan madu dengan gelaran ‘Janda’. Seronoknya bukan kepalang apabila tidak lagi menjadi hak orang dan dia bebas! Seperti burung terbang di angkasa.
Janda atau Miss J merupakan gelaran yang sangat disukai lelaki. Inilah sebenarnya hakikat yang tidak diketahui Nora. Gelaran inilah jika tidak dijaga atau dipelihara maruahnya akan membawa Nora ke kancah yang lebih hina.
_-Tamat Kes 1-
Kes di atas menunjukkan betapa penggunaan Facebook disalahgunakan. Nora terasa dirinya dihargai dengan pujian yang melambung tinggi sehingga tidak lagi berminat kepada suami sendiri selain menggunakan masalah yang sedia ada sebagai satu alasan untuk mereka berpisah.
Dia juga turut menggunakan gaya A iaitu menampilkan wajah jelitanya sebagai umpan dan seterusnya terjerumus dalam cinta alam maya.
Sama-samalah kita renungkan kebaikan dan keburukannya. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan.
Jangan pergi sempadan Siam kalau tiada Border Pass!

 Assalamualaikum.. Salam Sejahtera
Babai.. hehe..

Friday, August 12, 2011

Remaja Koma : Siasatan Baru

(klik sini)


(Petik/Sedut) :

Menurut Mohd. Nashir, dia difahamkan kejadian itu berlaku apabila dua anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu mendapati remaja ini bersama seorang rakannya menunggang motosikal (secara berasingan) tanpa memakai topi keledar.

"Kedua-dua motosikal yang ditunggangi oleh remaja tersebut dan rakannya dalam keadaan laju dan apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dikatakan terlanggar topi keledar yang dipegang oleh seorang anggota polis yang berada di situ menyebabkan dia hilang kawalan dan terbabas," katanya.



Memerlukan imaginasi yang tinggi. Ahaks.. Apakah? Bagaimanakah?

Blog ini sangat menggembirakan aku. Cuba baca.


Thursday, August 11, 2011

Remaja Koma : Dia Budak Baik


Sedihnya, setiap kali aku menyelongkar kenyataan-kenyataan dan komen-komen dalam blog, forum dan sebagainya, majoriti meletakkan kesalahan kepada remaja ini walhal mereka-mereka tersebut langsung tidak mengenali beliau.

Mat rempitkah remaja ini?
Kurang ajarkah dia?
Betulkah tindakan yang dilakukan pihak polis tersebut?
Adakah matlamat menghalalkan cara?


Kekesalan bersarang dalam dada. Penilaian dan kata-kata hina dilemparkan sewenang-wenangnya kepada remaja ini seakan pihak-pihak tersebut ditunjukkan bukti yang sangat jelas bahawa remaja ini liar dan terbabit dengan kegiatan tidak sihat.

Tahukah kalian, dia berkorban untuk tidak meneruskan pelajaran demi adik-adiknya yang ramai dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Bukan tidak beribu, bukan tidak berbapa, tetapi dia sendiri rasa bertanggungjawab ke arah itu. Malah, berkemungkinan dia sedar dia tidak mampu pergi jauh dalam pelajaran. Dia membuat apa sahaja pekerjaan yang sesuai dengan fizikal dan kemampuannya asalkan mendapat wang.

26494_108476295859675_100000919167858_55710_7691495_n

Sebetulnya dia tidak mempunyai masa untuk mengubahsuai motorsikal, atau mungkin bertaruh dalam sebarang perlumbaan haram. Tugasnya menghantar adik-adiknya ke sekolah, mengambil upah apabila orang menyuruhnya mencari itu dan ini, dan yang paling menyentuh hati aku, apabila tiap-tiap malam dia akan datang ke kedai untuk memesan makanan yang nilainya kadang-kadang mencecah rm50.00. Dia tidak kisah langsung berulang-alik sementara menunggu makanan siap.

Cuba bayangkan, dia mengambil masa yang lama untuk mengingati sesuatu pesanan makanan. Sekali dia terlupa dan tersilap, dia pasti akan menelefon untuk memperbetulkannya.

Dia bukan budak kacak, dia berkulit hitam dan badannya montel tetapi disebabkan mulutnya yang agak peramah, maka ramai yang senang dengannya. Malahan, kalau pun berlawak kasar dengannya, dia tetap tersengih, orang marah pun dia sengih. Masih terbayang-bayang dalam minda aku, gigi putihnya menyaingi segala-gala yang dia ada. Setiap kali aku bayangkan semuanya tentang dia memang air mata ini seakan mahu luruh. Ini bukan cerpen atau karya sedih yang selalu aku coretkan. Ini kisah benar. Kisah pengadilan manusia kepada hamba Allah yang lurus bendul dan masih mentah. Berumur 14 tahun dan berhenti belajar sejak umur 12 tahun, apalah yang boleh dijangkau oleh pemikirannya.

Kenangan aku dan dia banyak berlatarkan kedai makan aku. Sampaikan mak aku sendiri pun tersayat hati mengenangkan keadaannya yang terlantar tidak sedarkan diri langsung. Entah untuk yang ke berapa kali dia di bilik bedah. Lidahnya terjelir, tekanan darahnya semakin rendah. Banyak orang memberitahu harapannya untuk hidup tipis. Bukan mereka mendoakan, tetapi sesiapa yang melawatnya pasti berkata begitu. Jauh di sudut hati, aku mendoakan dia kembali pulih dan ceria seperti dulu.

Diceritakan pula oleh teman-teman rapatnya yang berusia 25 tahun ke atas, dek rasa tanggungjawabnya kepada adik-adik dan ibunya, setiap kali adik-adiknya merengek laparkan burger, dengan segera dia menghidupkan enjin motorsikal dan terus pergi mencari burger. Malah, sebagai tukang masak tetapnya aku sudah bisa menghafal selera mereka anak-beranak yang tidak sukakan pedas.

Lelaki yang aku samarkan namanya sebagai K ini juga turut berkongsi rasa sedih dan amat terasa dengan perubahan perangai remaja ini sejak kebelakangan ini. Dia sudah tidak banyak bercakap dan kalau ada pun orang bergurau kasar dengannya, secara sedar atau tidak dia banyak mengulangi ayat seakan mengetahui insiden sebegini akan berlaku kepadanya.

“Ha, kalau nak buat, buat sampai mati!” beginilah seperti yang diberitakan oleh K.

Sebelum kejadian juga, dia sibuk menempel di bawah ketiak K.

“Ish, tepi sikit. Beratlah.” gurau K seperti selalu tetapi remaja ini tetap juga nak berbuat demikian. Kemudian, setelah beberapa kali ditolak, dia kemudiannya duduk termenung di satu sudut.

Cerita di atas mungkin aku lakarkan seolah-olah rekaan tetapi sebenarnya tidak. Itu bukan rekaan! Itu sebuah kehidupan realiti yang patut semua nilai. Nilailah dia yang tidak seberapa.

Kehidupan di kampung bukan sama dengan kehidupan di bandar. Penduduk akan memakai topi keledar apabila keluar ke jalan besar. Hanya polis-polis yang meronda kawasan sahaja yang memakai topi keledar. Selebihnya, anggota polis yang tinggal di dalam kampung juga tidak akan memakai topi keledar jika hanya menunggang motorsikal di sekitar kampung. Percaya atau tidak senario ini, geledahlah mana-mana kampung terdekat. Andai kata masih ragu-ragu, datanglah ke sini dan perhatikanlah.

Aku menulis bukan untuk menghukum kesalahan ini terletak pada bahu sesiapa kerana aku bukan saksi kejadian. Aku menulis perihal Solihin sekadar memperbaiki pandangan masyarakat yang menuding jari kepada anak ini bahawa dia berlumba haram. Tidak popular pun dalam kalangan ‘penggiat motorsikal’ di kampung aku akan nama remaja ini dalam ‘lumba haram’. Harus di manakah label yang sesuai untuknya?

Andainya benar dia dibaling topi keledar seperti yang digembar-gemburkan pihak media, orang kampung, sahabat-sahabatnya, apakah dia mampu mendapat pengadilan yang sewajarnya?

Secara warasnya, di Malaysia ini ada sudah digubal undang-undang sebagai garis panduan mengadili pesalah. Tindakan sebegitu sedikit sebanyak memberi tempias kepada PDRM. Namun, janganlah pula kita hilang rasa percaya kepada pihak ini memandangkan pepatah Melayu ada menyebut ‘ jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

(Klik Sini) untuk berita siasatan.

Tidak semua anggota polis begitu, dan setakat ini pihak berkuasa juga sedang membuat siasatan. Apa yang boleh kita harapkan, pengadilan dibuat dengan adil dan saksama.

Takut pula aku, “terlepas di dunia, di akhirat sana terima juga”.

Pesanan terakhir untuk mereka-mereka di luar sana, bercakaplah dengan menggunakan otak dan bukan ‘kepala lutut’. Uh! Kasar kan?..

Apa perasaan anda jika semua ini berlaku kepada orang yang terdekat dengan anda?

Dia bukan ada pertalian darah dengan aku tetapi saudara seIslamku. Aku akan cuba mengikuti perkembangannya yang ketika ini masih di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan akan berkongsi lagi di lain entri.


P/S : Tenkiu Cik Nad dan Cik Aliaa.. :-)

kartun-lucu-hore-aku-selamat1


Wednesday, August 10, 2011

Remaja Koma : Entri Berita Harian

Remaja koma dibaling topi keledar


2011/08/10

 MOHAMMAD Solehin   koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah selepas didakwa terbabit dalam kemalangan Sabtu lalu.
MOHAMMAD Solehin koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah selepas didakwa terbabit dalam kemalangan Sabtu lalu.
ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis, koma sejak empat hari lalu selepas terjatuh daripada motosikal, didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh anggota polis yang cuba menahannya pada malam minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, Mohd Solihin Che Kassim sedang menunggang motosikal bersama rakannya di perkampungan itu apabila dua anggota polis yang melakukan rondaan cuba menahannya tetapi mangsa dikatakan tidak berhenti.
Tindakan remaja itu menyebabkan seorang daripada anggota polis terbabit membaling topi keledar ke arah motosikal mangsa yang menunggang tanpa memakai topi keledar, menyebabkan dia terjatuh.
Bapa mangsa, Che Kassim Darus, 47, berkata ketika kejadian dia sedang solat terawih di surau kampung itu apabila diberitahu anaknya cedera kerana terjatuh motosikal dan bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di situ, dia mendapati Mohd Solihin yang juga anak kedua daripada sembilan beradik dan tidak lagi bersekolah terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah serta belakang kepalanya bengkak.

Beliau berkata, rakan anaknya memberitahu dua anggota polis yang melakukan rondaan di situ membaling topi keledar ke arah motosikal Mohd Solihin, menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh.

“Saya kesal dengan kejadian ini dan jika anak saya melakukan kesalahan, polis boleh mengambil tindakan lain dan bukan membahayakan nyawanya.
“Kami sekeluarga sedih kerana dia masih koma, sedangkan tidak lama lagi Aidilfitri akan menjelma,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Berikutan kejadian itu, Che Kassim membuat dua laporan di Balai Polis Kaki Bukit dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

Beliau turut menafikan anaknya berlumba haram atau lari daripada sekatan polis ketika kejadian itu.












Wednesday, July 13, 2011

Julai ~ Bulan Kikis Wang

Yeah.. Aku sedang menggunakan Windows Live Writer untuk menulis blog. Senang saja kalau nak masukkan gambar. Wah suka gitu!

Kenapa ada logo astro kat sini? Ha.. disebabkan filem2 Melayu boleh ditonton di sini, maka dengan senang hati aku pun melangganlah cerita Melayu sebulan 2 kali cerita. Dan dengan bajet yang hampir lari beserta dengan himpitan kos-kos lain seperti roadtax kereta, elektrik, streamyx dan sbgnya lagi menyebabkan bulan Julai ini sebagai bulan mengikis wang aku. Tapi jangan risau sebab berat badan aku tidak pula susut memandangkan pemakanan aku dijaga baik oleh ibu tercinta.

Astro

streamyx_logo imagesCA0IQV86

imagesCAFAVONK

Kalau orang lain sibuk dengan Tragedi Oktober nyanyian Awie tu, nampaknya aku dengan tragedi Julai. Memang senget dan sengkek gila la aku bulan ni. Masa ni la baru beringat2 nak simpan duit dari awal. Tapi macam biasalah sudah terhantuk baru tergadah.

p1_marta_0926 Eh, tiba2 pulak si Martha pemain Brazil ni ada di sini!

Ha inilah ‘player’ kesukaan aku. Tapi sudah takdir Brazil tak dapat mara tahun ni. Itupun hanya kerana kalah penalti.. Mak Aiii.. Memang wajiblah..

CIMG6291

Ni pulak masa team kami menang masa street soccer kat Penang dulu. Aku tak ada la main lama pun, main sekejap ja. Yg penting semangat dan macam2lah dugaan sebelum bawa balik RM750. Lepas habis game kat situ, esoknya kami main futsal lagi di Penang jugalah. Kami campur dengan budak-budak di Penang jadi banyaklah yang jadi simpanan dan tak sempat nak bagi rasa kaki pun. Semua dah bintang2.. Memang skor jugaklah mereka2 tersebut! Bagi sokongan pun tak mengapalah janji ada semangat kesukanan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...