Wednesday, January 5, 2011

Aku Benar-benar Tak Puas Hati!

Ha.. Tengok topik pun dah panas badan.

Mana tidaknya, semangat la aku ni menaik taraf blog aku sampai jadi PINK nie.. Alih2, bila je terpandang satu blog ni, aku sangat beranginlah. Jeles aku tahap Suria Perkasa Hitam.




Ni antara yang meninggalkan kesan emosi kepada aku. Kredit to Nad!



Ha.. Nk tengok?


Klik Link nie..

http://qaisaranadia.blogspot.com/

Fuh.. Angin betul aku tengok blog dia yang semakin meriah dan berteknologi. Hahaha..

Bukan apa, saja nak suruh jawab Soal Selidik beliau dalam blog tersebut.

Jawablah ye..



P/s : Nad.. Anta coklat cpt! Aku bagi alamat! :P

2010 Punya Hal



Sedutan sepanjang 2010 - Teknik Imbas Kembali ni.. (hehe..)

  • Awal tahun aku diduga dengan sebuah pengakhiran dalam satu perhubungan sah. Maka tamatlah sudah kisah aku dan dia dalam erti kata yang telah tersebut. Kecekalan menghadapi semua yang telah tertulis, aku pelajari daripada emak tersayang. Malahan, beliau jugalah yang banyak memberikan sokongan yang padu sepanjang aku menjalani penderitaan yang telah tersebut dalam sejarahku.
  • Berat badan turun sehingga 5kg dan kekal hingga sekarang dengan tidak mengambil nasi hampir setahun. Nampak sangat lemak tepu! Haha..
  • Menghabiskan kelas tuisyen dengan yuran masih berbaki RM 100.00 tidak berbayar. Hmm.. Seratus pun boleh pergi makan KFC ooo..Ok2 Serius.. Tet~...............
  • Lebih kurang pertengahan tahun, hasrat untuk membeli kereta tercapai walaupun setakat ViVA Elite semata-mata. Tidak mengapalah, asal mampu memudahkan pergerakan dan kos bulanan yang berbaloi, aku bersyukur dengan apa yang ada.


  • Kemudian, selang beberapa hari, mungkin tuah kereta 5420, aku mendapat pekerjaan di salah sebuah syarikat pengangkutan eksport import berdekatan dengan rumah. Jarak perjalanan dengan kadar 100-120 km/j hanyalah 10 minit. Tidaklah jauh sangat. Memang aku akui bidang ini agak jauh tersasar dengan bidang aku. Malah tidak pernah termimpi pun hendak bekerja dengan syarikat seperti ini.
    Nama Jawatan : Customer Service
    Bidang Tugas : Jawab emel, telefon customer, pendek kata 'org tengah'
    Kelulusan : SPM


  • Asalnya aku tak berminat pun nak minta tetapi dah orang cari sampai depan rumah, cuba sajalah nasib. Akhirnya dapat. Biasalah juga, apabila kita mempelajari sesuatu di luar skop ternyata proses pembelajarannya sangat lambat. Aku yang sedikit kabur dengan semua ini sering melakukan kesalahan dan kadang kala hampir tewas dengan semangat sendiri tetapi syukur kerana rakan-rakan setugas banyak membantu. Aku cuba untuk bangkit dan kuatkan semangat. Cuba untuk perbaiki kelemahan diri. Sayangnya, ketika aku hampir menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan tersebut, adalah beberapa golongan ini yang aku klasifikasikan sebagai golongan mentaliti ........... . Faham-faham sajalah. Jika sebelum ini aku mendengar khabar angin tentang golongan ini, akhirnya aku sendiri diberi pengalaman berdepan dengan ragam orang seperti ini. Bukanlah perkara luar biasa sangat kerana rakan-rakan seperjuangan lain, di tempat lain juga mengalami atau menghadapi perkara yang sama. Mungkin sedikit berbeza. Segan pula hendak memperincikan kisah-kisah di tempat tersebut tetapi dapat aku simpulkan di sini, mereka ialah golongan yang memijak orang lain untuk naik ke atas, menggunakan kelemahan orang lain untuk menampakkan kelebihan mereka, memberikan kemasyuran akan nama sendiri dengan melaungkan slogan bahawa hanya mereka yang bekerja kuat padahal hakikatnya orang-orang bawahan sahaja yang tahu.

  • Senang cerita, dunia ini berputar ibarat roda. Kadangkala kita di atas dan kadangkala kita di bawah. Aku sebenarnya tidaklah terdesak nak bekerja di situ memandangkan aku sendiri pun ada kedai makan walaupun kecil-kecilan.
  • Tangan pun masih bisa menulis.
  • Hmmmmm.. Pengalaman sangat bagus untuk mematangkan kita. Aku sangat setuju!

Next post : Tahun Baru ~ Perancangan dan Azam..




Zura @ Citra Zura ~ Citra Dinda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...