Wednesday, July 13, 2011

Julai ~ Bulan Kikis Wang

Yeah.. Aku sedang menggunakan Windows Live Writer untuk menulis blog. Senang saja kalau nak masukkan gambar. Wah suka gitu!

Kenapa ada logo astro kat sini? Ha.. disebabkan filem2 Melayu boleh ditonton di sini, maka dengan senang hati aku pun melangganlah cerita Melayu sebulan 2 kali cerita. Dan dengan bajet yang hampir lari beserta dengan himpitan kos-kos lain seperti roadtax kereta, elektrik, streamyx dan sbgnya lagi menyebabkan bulan Julai ini sebagai bulan mengikis wang aku. Tapi jangan risau sebab berat badan aku tidak pula susut memandangkan pemakanan aku dijaga baik oleh ibu tercinta.

Astro

streamyx_logo imagesCA0IQV86

imagesCAFAVONK

Kalau orang lain sibuk dengan Tragedi Oktober nyanyian Awie tu, nampaknya aku dengan tragedi Julai. Memang senget dan sengkek gila la aku bulan ni. Masa ni la baru beringat2 nak simpan duit dari awal. Tapi macam biasalah sudah terhantuk baru tergadah.

p1_marta_0926 Eh, tiba2 pulak si Martha pemain Brazil ni ada di sini!

Ha inilah ‘player’ kesukaan aku. Tapi sudah takdir Brazil tak dapat mara tahun ni. Itupun hanya kerana kalah penalti.. Mak Aiii.. Memang wajiblah..

CIMG6291

Ni pulak masa team kami menang masa street soccer kat Penang dulu. Aku tak ada la main lama pun, main sekejap ja. Yg penting semangat dan macam2lah dugaan sebelum bawa balik RM750. Lepas habis game kat situ, esoknya kami main futsal lagi di Penang jugalah. Kami campur dengan budak-budak di Penang jadi banyaklah yang jadi simpanan dan tak sempat nak bagi rasa kaki pun. Semua dah bintang2.. Memang skor jugaklah mereka2 tersebut! Bagi sokongan pun tak mengapalah janji ada semangat kesukanan.

Monday, July 11, 2011

Berhibur dengan karenah anak-anak kecil

 

CIMG6567

Kerja di tengah malam tidak lain tidak bukan menyelongkar kecanggihan teknologi yang sekarang ini ada di depan mata. Alahai, macamlah sebelum ni tak ada internet tapi biasalah internet di rumah saya ni sekejap ada sekejap tiada memandangkan kadang-kadang salah bajet. Hahaha.. Nampak sangat boros..!

Ni gambar yang sedang berkejar-kejaran tu secara tidak langsung menjadi gambar bertuah kerana berjaya dinobatkan sebagai latar belakang kepala blog. Nak cari kamera DSLR tu rasanya entah kapan dapat dicapainya.

CIMG6583

Ini ialah anak saudaraku yg no 2. Namanya Haziq Iqbal.. Panggilan mesranya Dik Bal @ Ebal.. Kalau dengan saya memang tak berani lebih-lebih tapi yang penting ketegasan Acik mereka ni langsung tidak memudarkan kasih sayang mereka. Wah3.. Semangat memuji diri sendiri. Yalah, blog sendiri mmg la kena angkat diri sendiri.. Ngeh3..

CIMG6580

Ini pula si kakaknya yang sulung. Saya tak banyak anak saudara (anak nakan dalam loghat Perlis).. Kakaknya memang dari kecil lagi menjadi pengikut setia punyalah.. Namanya Nurul Hafiefa dan dimesrakan dengan panggilan Fifi.

CIMG6519

Ha ni pula anak Pak Su merangkap sepupu saya la.. Kadang-kadang tengok muka macam Rozita Che Wan.. Betul ke hehe.. Tudia bajet tinggi! hahaha..

OK lah.. saja ja nak buat cerita tengah malam. Cuba benda baru yang ada di laptop baru lebih senang rupanya memasukkan gambar dan tulis saja. I like..

Saturday, July 2, 2011

cinta tak semestinya bersatu ~ Jun 2011~


Segala yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Diam-diam ubi berisi. Haha.. Apapun segala-galanya sudah berakhir seperti yang dijangkakan. Namun ia jauh lebih cepat daripada apa yang direncanakan memandangkan ketidaksanggupan untuk meneruskan semua ini. ( Pergh! Ayat cari makan ni..)

Yang pasti, sesiapa yang pernah wujud di hati ini akan sentiasa ada dan tidak mungkin dapat aku lupa'in... (lupakan). Tu versi Indonesia @ Sinetron. Ngeh3...

Janganlah dibuat ujian DNA pada pemilik tangan di atas (aku telah memadamnya kerana bimbang identiti terbongkar.. hehe) kerana lelaki tersebut telah pun berpindah ke Paris. Hahaha... Biarlah ianya rahsia dan kekal menjadi rahsia. Wah, risau jugak kot2 hot kat MELODI. hahahaha.. kononlah!


Kekecewaan dalam apa juga yang datang bukanlah satu alasan untuk terus maju. Bagi aku, setiap kegagalan yang aku alami akan dijadikan sumber kekuatan untuk mendepani hari-hari yang mendatang.

Malah pada usia muda begini, setiap tindakan harus diiringi dengan kematangan. Tidak ada cara muda untuk berjaya. Benar CIK NAD menasihat, cepat dan lambat sahaja sesuatu itu akan berlaku.

Si Dia yang pernah bertakhta di hati aku ini pun masih ada untuk aku. Membakar semangat dan sentiasa mendoakan yang terbaik untukku. "Eh, betul ke.. haha.. harap2 camtula"..

Tidak ada erti permusuhan selepas berpisah dalam konsep perhubungan aku dengan mana-mana insan lain sekalipun. Lepas berpisah masih boleh berkawan dan itulah yang sedang aku lakukan waktu ini.

Yang paling penting untuk anda yang baru lepas putus cinta, tabah dan ingat cinta kepada DIA adalah cinta hakiki. Kita dilahirkan di dunia memang berpasang-pasangan tetapi tidak semua yang kita temui itu adalah pasangan kita. Kalau kita tahu apa yang berlaku di depan hari, iaitu siapa pasangan kita, maka senanglah mak aku masuk meminang dari kecik!! ngeh2..

Kita harus lalui kehidupan ini dengan hati yang terbuka dan setiap dugaan itu membuktikan ALLAH SWT sentiasa bersama kita.

Yang paling penting ialah pengorbanan. Kalau kita menyayangi seseorang itu, tidak bermakna harus juga memiliki, dan kalau pun memiliki bermakna kita insan yang bertuah. Pengorbanan kasih sayang untuk melihat dia gembira bersama insan lain adalah pengorbanan hati yang besar. Dia gembira kita pun gembira! Tak gitu??????


aRIossssssssssss!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...