Tuesday, August 23, 2011

Bermesra2 Di FeSebOk!

 

 

Mood nak tidur tiba-tiba diragut ganas padahal dah 20 jam tak melelapkan mata sambil dibuai mimpi2 indah. Apa tidaknya, hajat hati nak terus buat terjunan ke tilam tapi mata tertancap (wah, indahnya) pada FB dan mereka2 ini menyentap naluri kewanitaan aku.. Eh, apa kaitannya jangan dipersoalkan kerana aku suka hiperbola dalam setiap tindakan sopan aku.. tet!~

 

Bermula pukul 2 pagi tarikh 23/8/11 aku terjaga daripada tidur dan sampai jam ini 1200 malam tarikh 24/8/11 aku masih lagi x tidur menyebabkan urat2 saraf yg berselirat dalam otak aku telah set bahawa sememangnya aku tak perlu tidur! merajuk la konon.. Argh! Urat tidur buatlah kerja kau ..

 

Dr pagi sibuk kat rumah, lepas tu bawa mak pergi ronda2 town.. Ecewah.. bunyi macam bandar besar padahal Kangar je pun.. Kemudian pergi memeriksa keadaan baju raya dan terus ke Padang Besar mencari buah-buahan, bedak Siam dan periuk! Taktik memanggil pelanggan dengan panggilan ‘Yang’ telah diciplak oleh peniaga Siam membuatkan kaki mak aku langkah tak pergi. Kemudian balik dan dikerumi pula oleh anak2 saudara. Terus lagi lepak kat rumah kawan mak aku sampai nak tertidur dah di situ.. Maka mereka semua ku bawa pulang demi nak tidur.. Jumpa FB terus layan kawan2 tercinta di bawah..

 

Disebabkan aku ni jenis menghargai sumbangan ikhlas korang, maka terbitlah sekelumit post khas untuk meng’glamor’kan kawan2 aku.. hehe.  Thanks sume.. Terharu sgt!

cats

cats1

cats2

cats4

cats5

Best!

 

Best!

 

 

Best!! Love u All lah.. but Love ALLAH is number ONE!

Thursday, August 18, 2011

Semut Merah Serang Mata



Sialan semut merah! Bukan sialan lagu ni tau.. lagu ni peberet mak aku..
Aku dah lah spnjg malam x boleh tido smpaikan blog nie pun aku adjust len sbb yg lama pnya x menarik dan ada part xde function! buat apa nampak je cntik tp xde function..

So aku tdo lebih kurang pkul 10 pagi camtu lepas Along dah gtaw jenazah Ayah Mat dah dibawa balik dan dia pun nak cas h/phone..

Dengan mata yg x boleh pejam aku prgi la amek sekor anak kucing buat belai2 time tdo.. Terlupa plak kucing tu ada skil yg tidak sihat! Cukup time pkul 12 mula ah hidung aku tgkap bau2 'sedap' nie.. DamN!!!!

Bangunlah aku dengan segeranya dan membuang kucing tersebut di luar bilik dengan penuh 'kasih sayang'.. Hehe.. Aku pun mana tahan nk tdo dibuai mimpi2 indah kat dlm bilik, malas sama nk cri port kenakalan kucing aku tu.. !

Aku beransur dengan bantal ke ruang tamu...

Tido dah nak kenyang tiba2 rasa pedih2 je kat mata ni.. tenyehlah takut naik benda hama tu!! yg tu lagi kAwww! nasib bek semut.. dah digigitnya bawah mata dia naik pulak ke atas kelopak mata.. Uh!!! Dia nak main Aci Ligan ngan aku ye.. Nah amek!! Aku tenyeh 1 mata secara Israel!! Habis mati semut tu.. Dan...

Memang xde mood dh nak tido, terus mandi dan usha muka lam cermin.. DamN!! nak pergi kedai ngan mata macam ada ketumbit! Hah lantaklah.. aku pakai celak sikit.. terus je pergi beli air oren (untuk berbuka la bang...) hehehe..

Dah!! Apa pnya semut? Memang suka sgt kat organ muka aku.. Dia ingat boleh cari kat pasar borong ke.. Cuba la pergi kacau tikus ke, kucing ke.. haish!!

------


Eh nk tengok mak aku tak? Semalam dok edit2 rasa mcm nk bg mak aku gelemer la plak..
Jap2 nk upload pic terbaru hasil tangan anak dia yg tercinta.. ngeh2..


Ish mesti mak aku terharu aku publish gambar dia nih.. Comel kan? Hehe.. Nama mak aku ye? Ala nak buat apa nama penuh2 kan, ni aku bg nama glamor dia .. Jeng2!!!

Kak Ton ~ nak lebih sweet? ~ Kak Ton Kayu ~ hahaha nak tau ke sebab pe ada part kayu kat belakang tu.. Kata sweet kan.. Yelah mak aku ni dah berbelas2 tahun haaaaa keja kat kedai hardware tu.. So pendek kata, she knows everything la lau pasal nk buat 1 rumah ni..
Yg peliknya, ada gak jual simen, pasir .. kenapa mak aku orang tak panggil Kak Ton Pasir ke Simen ke.. dah nama pun macam2 ada kan.. hehe entahlah le kat kome!

Ok.. tengok gambar please.. !!
Aku tengah boring2 ameklah selendang nk test tuk raya day so mak aku la jd model tp tu bukan selendang yg aku nk pakai raya nti.. X beli lg pun! Cumanya dok test cmne la aku nk pakai nti kan? hehehe..

Lepas dah siap make up kan kepala mak aku tu, muka x make up la..sbb mak aku tak nak Botox.. xpelah, risau jugak aku takut plak mak aku lebih comel.. hik2..
Lepas make up tudung tu, aku pun masuk la bilik ksygn aku ni.. tiba2.. mak aku panggil,

Zura!!!
Zura!!!

Dia suruh aku g depan tgk tv.. Aku pelik ah.. Malas la nak tengok tv aku pun buat bodoh.. tapi lepas seploh minit kemudian, aku g jugaklah..

"Awat?"

Mak aku kata "Tu tadi, Ust Siti Nur Bahyah pakai tudung mcm mak pakai.. Segak no.. Takpalah dia muda..."

Hehee aku gelak dalam ati je lah.. gelak kuat2 terguris plak kecantikan mak aku..


Wednesday, August 17, 2011

Dia Kembali Kepada YME

Innalillahi

17/08/2011 – Rabu , Jam 9.45 Malam

Encik Ahmad ( merupakan bekas bapa mertuaku, iaitu ayah Along) telah disahkan meninggal dunia pada waktu tersebut di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar , Kedah.

Beliau merupakan seorang bapa mertua yang baik dan tidak mungkin aku lupakan kenangan-kenangan sewaktu bergelar menantunya dulu. Layanan yang diberikan membuatkan aku rasa sudah tiba masanya aku menerima kasih sayang seorang ayah. Maklumlah, semenjak dari kecil lagi aku hanya merasai kasih sayang emak semata-mata. Walaupun ada ayah yang masih hidup (berpisah dengan emak ketika usiaku 6 tahun) tetapi jarang bersua.

Ayah Mat! Yes.. Itulah nama pengirim mesej setiap kali musim perayaan. Dia tidak pernah melupakan aku walaupun aku sudah berpisah dengan Along. Aku dan Along masih lagi berkawan. Maka, sudah pastinya aku ketahui cerita Ayah Mat yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

aku&ayah

Ayah Mat bersama Along ketika masih muda.

Along ada bersama dengan aku malam itu. Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada seorang teman, aku dan Along bergegas ke tempat kejadian iaitu simpang tiga menuju ke Stadium Utama, Kangar dan berdekatan dengan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Dari jauh kami lihat lampu biru berkelip-kelip, orang ramai mengerumuni kawasan kejadian. Kami berhenti di bahu jalan dan hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku waktu itu. Dua buah motorsikal terbalik dan tiada sesiapa (mangsa) di tempat kejadian. Ayah Mat dibawa ke hospital dan katanya masih boleh berbual lagi. Walaupun agak terketar dengan keadaan tempat kejadian, kami gagahkan diri lagi menuju ke hospital dengan harapan Ayah Mat hanya luka ringan.

Dua buah motorsikal bertembung! Itulah yang tergambar oleh fikiranku. Moga-moga Ayah Mat selamat. Masuk sahaja ke hospital, Along sahaja dibenarkan masuk ke Wad Kecemasan. Aku memang takut darah. Tapi kalau dibenarkan masuk, memang aku nak masuk! Aku tunggu di luar.

Along masuk dan keluar dengan memberitahuku bahawa ayahnya mungkin patah kaki, luka sana sini dan aku anggap mungkin ayahnya tidak cedera parah. Aku pun mengharapkan begitu sebab aku tak mahu kehilangan Ayah Mat lagi.

Ketika menunggu di hadapan hospital bahagian Kecemasan, sebuah trak polis tiba dengan membawa jenazah yang dibungkus dengan plastik hitam.

Itulah seorang lagi mangsa kejadian yang telah pun meninggal dunia di tempat kejadian. Aku pelik, bagaimana dua motorsikal bertembung boleh mengakibatkan kematian? Ayah Mat tidak mungkin laju! Siasat punya siasat, rupa-rupanya sebuah kereta lain telah melanggar mangsa (yang telah meninggal dunia) ketika mangsa tergolek di atas jalan raya.

Dengar khabar, ada kesan tayar di dada (selain remuk tulang-temulang) dan juga di muka. Muda lagi, baru 33 tahun. Polis pun ramailah yang datang nak menyoal siasat Ayah Mat tapi Ayah Mat tak mampu memberi keterangan.

Esoknya, Ayah Mat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Di sanalah bermacam-macam pembedahan dilakukan termasuklah menebuk di bahagian tengkuk untuk tujuan memudahkan saluran pernafasan. Aku dah mula risau.

Along cakap, dia saja tak nak beritahu aku yang Ayah Mat dah teruk sebab dia tak nak aku risau. Kalau aku risau nanti dia lagi risau. Along.. Along..

Masa di Kangar lagi, air liur Ayah Mat bukan berwarna putih dah, masa tu memang darah! Malah kat telinga pun! Ayah Mat teruk masa tu…image201103150003

Ayah Mat meracau, masuk ICU, sedar, meracau lagi, masuk ICU, periksa itu ini, tidak sedar, sedar dan disahkan kembali ke rahmatullah.

Pada hari-hari terakhir Ayah Mat tidak ada, Along selalu ada dengan dia. Along kata dia tak mahu kalau ayah dia buka mata dia tak ada di sisi ayahnya. Along mula nak ganti untuk jaga Ayah Mat dan malam ni aku pun bercadang nak pergi tengok Ayah Mat tapi tak sempat.

Aku tak tahu nak kata apa-apa dah. Aku hanya terbayangkan kebaikan Ayah Mat.

"Maafkan Zura tak dapat nak melawat ayah kerana beberapa sebab. Zura doakan roh ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Ayah pernah wujud dalam hati Zura dan sampai bila-bila pun (walaupun Zura dan Along bukan sesiapa) ayah akan tetap ada dalam hati"

Al Fatihah~

surah-al-fatihah2

Monday, August 15, 2011

Semut Hitam

images

Memey arh! Panas hati betul aku dengan semut hitam ni. Apa tidaknya, sedang asyik beradu boleh pulak dia redah gua aku bermula daripada gua kanan dan terus pulak ke gua kiri. Mana ada aku sedut semut tu pun!! Dia yang laju macam Mat Rempit buang brek tu, memang time penamat tu, gila hangus (pedih macam ada benda mencucuk je) hidung aku dibuatnya. Tapi nak buat macam mana, dah hayatnya nak mati dalam gua aku kan, selamat tinggallah semut hitam! Aku rasa kalau mak bapak dia cari pun mungkin suspeknya tetap aku tetapi punca kematian masih belum ditemui. Memang bangkai pun x jumpa la hahahahaha…

Ha moral of the story.. tido nanti spray ridsect kat hidung atau pun letak je belerang kat kawasan muka, yerlah mana tahu masuk telinga pulak..

Sunday, August 14, 2011

Laman Sosial –Kesan kepada Rumahtangga (Kes 1)

JANGAN terkejut jika ada fakta mengatakan bahawa laman sosial yang paling popular masa kini iaitu Facebook mempunyai pengguna lebih daripada 750 juta pengguna aktif sehingga Julai 2011 (sumber : Wikipedia). Laman web sosial ini mula dilancarkan pada bulan Februari 2004 dan telah mendahului laman sosial yang lain dek kerana keistimewaannya yang tersendiri.
FAKTA lain yang juga ada kaitannya dengan laman sosial popular ini tidak lain tidak bukan adalah mengenai isu keretakan rumahtangga di Malaysia. Menurut Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie mengaku sepanjang tahun 2010, 4 : 10 kes berpunca daripada internet atau dengan lebih tepat lagi iaitu pengguna Facebook.
Jika ditinjau secara kasar, kebebasan berkomunikasi atau berkenalan dengan pengguna-pengguna Facebook yang lain sehingga menjalinkan kemesraan yang tidak terbatas membuatkan pengguna Facebook semakin dibuai keasyikan.
BUKTInya, jika diperhatikan album-album gambar kaum wanita, banyak yang memberikan gaya atau ‘pose’ yang sangat berani, mengiurkan dan seksi. Hal ini mengundang perhatian kaum lelaki yang memuja kecantikan wanita semata-mata. Maka, bermadah pujanggalah kaum lelaki demi memikat hati wanita yang mereka ingini tidak kiralah berstatus bujang atau isteri orang. Sementelah jika lelaki-lelaki ini juga bersatus suami orang. Perkara seperti inilah yang membuka jejak isteri/suami curang.
KECURANGAN atau tidak setia kepada pasangan masing-masing merupakan satu virus dalam kehidupan rumahtangga yang boleh menyebabkan penceraian. Pasangan yang curang atau tidak setia boleh mencetuskan konflik dalaman kepada pasangannya.
Berbalik kepada isu gambar dalam Facebook, ada juga kaum wanita yang mengalami masalah rumahtangga dengan suami menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium untuknya meluahkan rasa tidak puas hati, bengang dan banyak lagi sebagai satu langkah memprotes tindak-tanduk suami kepada mereka.
Maka, mereka (wanita) meletakkan gambar-gambar yang menarik untuk mencari kenalan lelaki baru sebagai penawar terhadap masalah yang dialami.
Senario seperti di bawah ini sebenarnya sudah dikaji dan pastinya akan anda temui secara sedar atau tidak.
GAYA A : Yang berbadan besar tetapi mempunyai wajah yang lawa hanya menangkap gambar wajah semata-mata.
GAYA B : Yang berbadan kurus tetapi berwajah biasa akan menangkap gambar satu badan tetapi jarak jauh dengan mimik muka yang tidak jelas (yang boleh menampakkan mereka comel)
GAYA C : Yang jelas-jelas lengkap pakejnya tentu sekali tidak mempunyai masalah untuk beraksi di depan kamera walau bagaimana keadaan sekalipun.
e19773a1d_19311crying20man
Muka dalam PROFILE PICTURE macam Aaron Aziz, tapi bila jumpa macam MAMAT tu! Ha amek…..
lisa-surihanimiss_fat_and_beautiful_12
Ni pula muka dalam FACEBOOK ala-ala macam Lisa Surihani, bila jumpa?? Lisa Tak Berani!
KES 1
Pasangan suami isteri yang usia perkahwinan mereka sekitar tiga hingga empat tahun dan mempunyai seorang anak. Si suami yang bernama Lokman (nama samaran) dan si isteri bernama Nora (nama samaran) mempunyai masalah seperti campur tangan keluarga mertua (pihak lelaki) dan masalah hubungan seksual. Hal ini tidaklah meruncingkan pada awalnya dan masih boleh diperbaiki tetapi Nora yang mula mengenali Facebook (FB) mula menjadikan laman sosial ini sebagai satu tempat untuk dia meluahkan setiap perkara yang berlaku dalam rumahtangganya.
Nora memberikan gaya A (sila rujuk di atas) dan berjaya memancing lelaki bermata keranjang dengan banyaknya. Nora menganggap lelaki-lelaki yang memujinya itu sentiasa menghargai kecantikannya tidak seperti suaminya. Malah, nasihat-nasihat ‘alim’ lelaki-lelaki tersebut menggugat imannya dan mula tawar hati kepada suaminya sendiri. Setiap perlakuan suaminya dianggap tidak kena pada matanya jika dibandingkan dengan lelaki-lelaki di Facebook.
Mulalah detik percintaan Nora dengan lelaki Z. Hanya berhubung melalui ruangan komen, Chat dan sekadar berbalas mesej membuatkan lelaki Z sangat teruja untuk melihat Nora secara berdepan. Nora yang agak ragu-ragu tetapi percaya dengan keikhlasan lelaki tersebut cuba untuk berinteraksi dengan menggunakan Webcam. Selepas beberapa hari, hubungan itu menjadi hambar. Lelaki itu mula menjauhkan diri daripada Nora selepas melihat tubuh sebenar Nora.
Nora yang sedih tetapi masih tidak sedar mula mencari lelaki lain sebagai pengganti lelaki Z. Suaminya diabaikan. Dapur di rumah tidak berasap dan Nora mula berhias siang dan malam malah lebih agresif lagi, Nora mula berdiet.
Lelaki demi lelaki dikenali sehinggalah satu peristiwa yang paling ditunggu Nora apabila terjadi perang besar di antara dia, suami dan keluarga mertua. Nora tekad melarikan diri dan tidak mahu kembali lagi ke rumah itu.
Nora semakin liar dan gembira dengan kehidupan barunya. Dia tidak perlu lagi menyembunyikan diri setiap kali bermesej atau melayari FB sebaliknya menganggap semua ini sebagai satu bonus untuknya. Dia sudah berani keluar dengan lelaki yang baru dikenalinya menerusi FB. Suaminya yang tidak bersalah itu dihubunginya sekadar untuk meminta wang.
Suaminya pula menjadi buntu. Isteri dan keluarga sama-sama penting dan dia tidak tahu membuat keputusan. Dia cuba memujuk Nora tetapi semua itu hanya sia-sia apabila Nora berkeras untuk memohon cerai daripadanya.
Nora pula sibuk ‘speaking English’ walhal hanya menamatkan pelajaran di peringkat sekolah rendah. Dia membuat semua itu hanya untuk menjadikan dia wanita yang nampak hebat pada mata lelaki. Usaha berdiet semakin menampakkan hasil. Dia semakin ligat memadu kasih siang malam walaupun berstatus isteri orang.
Dan kini Nora telah pun berpisah dengan suaminya. Nora masih juga di alam bulan madu dengan gelaran ‘Janda’. Seronoknya bukan kepalang apabila tidak lagi menjadi hak orang dan dia bebas! Seperti burung terbang di angkasa.
Janda atau Miss J merupakan gelaran yang sangat disukai lelaki. Inilah sebenarnya hakikat yang tidak diketahui Nora. Gelaran inilah jika tidak dijaga atau dipelihara maruahnya akan membawa Nora ke kancah yang lebih hina.
_-Tamat Kes 1-
Kes di atas menunjukkan betapa penggunaan Facebook disalahgunakan. Nora terasa dirinya dihargai dengan pujian yang melambung tinggi sehingga tidak lagi berminat kepada suami sendiri selain menggunakan masalah yang sedia ada sebagai satu alasan untuk mereka berpisah.
Dia juga turut menggunakan gaya A iaitu menampilkan wajah jelitanya sebagai umpan dan seterusnya terjerumus dalam cinta alam maya.
Sama-samalah kita renungkan kebaikan dan keburukannya. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan.
Jangan pergi sempadan Siam kalau tiada Border Pass!

 Assalamualaikum.. Salam Sejahtera
Babai.. hehe..

Friday, August 12, 2011

Remaja Koma : Siasatan Baru

(klik sini)


(Petik/Sedut) :

Menurut Mohd. Nashir, dia difahamkan kejadian itu berlaku apabila dua anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu mendapati remaja ini bersama seorang rakannya menunggang motosikal (secara berasingan) tanpa memakai topi keledar.

"Kedua-dua motosikal yang ditunggangi oleh remaja tersebut dan rakannya dalam keadaan laju dan apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dikatakan terlanggar topi keledar yang dipegang oleh seorang anggota polis yang berada di situ menyebabkan dia hilang kawalan dan terbabas," katanya.



Memerlukan imaginasi yang tinggi. Ahaks.. Apakah? Bagaimanakah?

Blog ini sangat menggembirakan aku. Cuba baca.


Thursday, August 11, 2011

Remaja Koma : Dia Budak Baik


Sedihnya, setiap kali aku menyelongkar kenyataan-kenyataan dan komen-komen dalam blog, forum dan sebagainya, majoriti meletakkan kesalahan kepada remaja ini walhal mereka-mereka tersebut langsung tidak mengenali beliau.

Mat rempitkah remaja ini?
Kurang ajarkah dia?
Betulkah tindakan yang dilakukan pihak polis tersebut?
Adakah matlamat menghalalkan cara?


Kekesalan bersarang dalam dada. Penilaian dan kata-kata hina dilemparkan sewenang-wenangnya kepada remaja ini seakan pihak-pihak tersebut ditunjukkan bukti yang sangat jelas bahawa remaja ini liar dan terbabit dengan kegiatan tidak sihat.

Tahukah kalian, dia berkorban untuk tidak meneruskan pelajaran demi adik-adiknya yang ramai dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Bukan tidak beribu, bukan tidak berbapa, tetapi dia sendiri rasa bertanggungjawab ke arah itu. Malah, berkemungkinan dia sedar dia tidak mampu pergi jauh dalam pelajaran. Dia membuat apa sahaja pekerjaan yang sesuai dengan fizikal dan kemampuannya asalkan mendapat wang.

26494_108476295859675_100000919167858_55710_7691495_n

Sebetulnya dia tidak mempunyai masa untuk mengubahsuai motorsikal, atau mungkin bertaruh dalam sebarang perlumbaan haram. Tugasnya menghantar adik-adiknya ke sekolah, mengambil upah apabila orang menyuruhnya mencari itu dan ini, dan yang paling menyentuh hati aku, apabila tiap-tiap malam dia akan datang ke kedai untuk memesan makanan yang nilainya kadang-kadang mencecah rm50.00. Dia tidak kisah langsung berulang-alik sementara menunggu makanan siap.

Cuba bayangkan, dia mengambil masa yang lama untuk mengingati sesuatu pesanan makanan. Sekali dia terlupa dan tersilap, dia pasti akan menelefon untuk memperbetulkannya.

Dia bukan budak kacak, dia berkulit hitam dan badannya montel tetapi disebabkan mulutnya yang agak peramah, maka ramai yang senang dengannya. Malahan, kalau pun berlawak kasar dengannya, dia tetap tersengih, orang marah pun dia sengih. Masih terbayang-bayang dalam minda aku, gigi putihnya menyaingi segala-gala yang dia ada. Setiap kali aku bayangkan semuanya tentang dia memang air mata ini seakan mahu luruh. Ini bukan cerpen atau karya sedih yang selalu aku coretkan. Ini kisah benar. Kisah pengadilan manusia kepada hamba Allah yang lurus bendul dan masih mentah. Berumur 14 tahun dan berhenti belajar sejak umur 12 tahun, apalah yang boleh dijangkau oleh pemikirannya.

Kenangan aku dan dia banyak berlatarkan kedai makan aku. Sampaikan mak aku sendiri pun tersayat hati mengenangkan keadaannya yang terlantar tidak sedarkan diri langsung. Entah untuk yang ke berapa kali dia di bilik bedah. Lidahnya terjelir, tekanan darahnya semakin rendah. Banyak orang memberitahu harapannya untuk hidup tipis. Bukan mereka mendoakan, tetapi sesiapa yang melawatnya pasti berkata begitu. Jauh di sudut hati, aku mendoakan dia kembali pulih dan ceria seperti dulu.

Diceritakan pula oleh teman-teman rapatnya yang berusia 25 tahun ke atas, dek rasa tanggungjawabnya kepada adik-adik dan ibunya, setiap kali adik-adiknya merengek laparkan burger, dengan segera dia menghidupkan enjin motorsikal dan terus pergi mencari burger. Malah, sebagai tukang masak tetapnya aku sudah bisa menghafal selera mereka anak-beranak yang tidak sukakan pedas.

Lelaki yang aku samarkan namanya sebagai K ini juga turut berkongsi rasa sedih dan amat terasa dengan perubahan perangai remaja ini sejak kebelakangan ini. Dia sudah tidak banyak bercakap dan kalau ada pun orang bergurau kasar dengannya, secara sedar atau tidak dia banyak mengulangi ayat seakan mengetahui insiden sebegini akan berlaku kepadanya.

“Ha, kalau nak buat, buat sampai mati!” beginilah seperti yang diberitakan oleh K.

Sebelum kejadian juga, dia sibuk menempel di bawah ketiak K.

“Ish, tepi sikit. Beratlah.” gurau K seperti selalu tetapi remaja ini tetap juga nak berbuat demikian. Kemudian, setelah beberapa kali ditolak, dia kemudiannya duduk termenung di satu sudut.

Cerita di atas mungkin aku lakarkan seolah-olah rekaan tetapi sebenarnya tidak. Itu bukan rekaan! Itu sebuah kehidupan realiti yang patut semua nilai. Nilailah dia yang tidak seberapa.

Kehidupan di kampung bukan sama dengan kehidupan di bandar. Penduduk akan memakai topi keledar apabila keluar ke jalan besar. Hanya polis-polis yang meronda kawasan sahaja yang memakai topi keledar. Selebihnya, anggota polis yang tinggal di dalam kampung juga tidak akan memakai topi keledar jika hanya menunggang motorsikal di sekitar kampung. Percaya atau tidak senario ini, geledahlah mana-mana kampung terdekat. Andai kata masih ragu-ragu, datanglah ke sini dan perhatikanlah.

Aku menulis bukan untuk menghukum kesalahan ini terletak pada bahu sesiapa kerana aku bukan saksi kejadian. Aku menulis perihal Solihin sekadar memperbaiki pandangan masyarakat yang menuding jari kepada anak ini bahawa dia berlumba haram. Tidak popular pun dalam kalangan ‘penggiat motorsikal’ di kampung aku akan nama remaja ini dalam ‘lumba haram’. Harus di manakah label yang sesuai untuknya?

Andainya benar dia dibaling topi keledar seperti yang digembar-gemburkan pihak media, orang kampung, sahabat-sahabatnya, apakah dia mampu mendapat pengadilan yang sewajarnya?

Secara warasnya, di Malaysia ini ada sudah digubal undang-undang sebagai garis panduan mengadili pesalah. Tindakan sebegitu sedikit sebanyak memberi tempias kepada PDRM. Namun, janganlah pula kita hilang rasa percaya kepada pihak ini memandangkan pepatah Melayu ada menyebut ‘ jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

(Klik Sini) untuk berita siasatan.

Tidak semua anggota polis begitu, dan setakat ini pihak berkuasa juga sedang membuat siasatan. Apa yang boleh kita harapkan, pengadilan dibuat dengan adil dan saksama.

Takut pula aku, “terlepas di dunia, di akhirat sana terima juga”.

Pesanan terakhir untuk mereka-mereka di luar sana, bercakaplah dengan menggunakan otak dan bukan ‘kepala lutut’. Uh! Kasar kan?..

Apa perasaan anda jika semua ini berlaku kepada orang yang terdekat dengan anda?

Dia bukan ada pertalian darah dengan aku tetapi saudara seIslamku. Aku akan cuba mengikuti perkembangannya yang ketika ini masih di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan akan berkongsi lagi di lain entri.


P/S : Tenkiu Cik Nad dan Cik Aliaa.. :-)

kartun-lucu-hore-aku-selamat1


Wednesday, August 10, 2011

Remaja Koma : Entri Berita Harian

Remaja koma dibaling topi keledar


2011/08/10

 MOHAMMAD Solehin   koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah selepas didakwa terbabit dalam kemalangan Sabtu lalu.
MOHAMMAD Solehin koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah selepas didakwa terbabit dalam kemalangan Sabtu lalu.
ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis, koma sejak empat hari lalu selepas terjatuh daripada motosikal, didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh anggota polis yang cuba menahannya pada malam minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, Mohd Solihin Che Kassim sedang menunggang motosikal bersama rakannya di perkampungan itu apabila dua anggota polis yang melakukan rondaan cuba menahannya tetapi mangsa dikatakan tidak berhenti.
Tindakan remaja itu menyebabkan seorang daripada anggota polis terbabit membaling topi keledar ke arah motosikal mangsa yang menunggang tanpa memakai topi keledar, menyebabkan dia terjatuh.
Bapa mangsa, Che Kassim Darus, 47, berkata ketika kejadian dia sedang solat terawih di surau kampung itu apabila diberitahu anaknya cedera kerana terjatuh motosikal dan bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di situ, dia mendapati Mohd Solihin yang juga anak kedua daripada sembilan beradik dan tidak lagi bersekolah terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah serta belakang kepalanya bengkak.

Beliau berkata, rakan anaknya memberitahu dua anggota polis yang melakukan rondaan di situ membaling topi keledar ke arah motosikal Mohd Solihin, menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh.

“Saya kesal dengan kejadian ini dan jika anak saya melakukan kesalahan, polis boleh mengambil tindakan lain dan bukan membahayakan nyawanya.
“Kami sekeluarga sedih kerana dia masih koma, sedangkan tidak lama lagi Aidilfitri akan menjelma,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Berikutan kejadian itu, Che Kassim membuat dua laporan di Balai Polis Kaki Bukit dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

Beliau turut menafikan anaknya berlumba haram atau lari daripada sekatan polis ketika kejadian itu.












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...