Friday, September 30, 2011

Sakit Pinggang!

Baru aku sedar bahawa aku lama tak buat kerja rumah! hahaha..

Selepas proses pembaharuan dapur daripada kecil ke besar membuatkan beberapa pokok yang membahayakan keselamatan seisi keluarga terpaksa ditebang dan mangsanya ialah pokok nyoq!!

POKOK KELAPA la tu.

Dua pohon kelapa yang mengeluarkan hasil banyak saban tahun terpaksa dikorbankan. Aduhai..
Sebelah rumah aku ada parit atau longkang besar tau, jadi nak dijadikan cerita pokok nyoq @ nyiur @ kelapa tersebut ditumbangkan dan buah2 tersebut berselerakan di dalam parit besar itu.
Maka, sebelum hujan lebat menghanyutkan hasil2 terakhir sentuhan pokok kelapa tersebut lebih baik aku menyelamatkan kelapa2 muda dan tua dengan penuh kekuatan 'wanita'.

Kekuatan tersebut dapat dibuktikan dengan melontar buah kelapa yang sangat besar dan berat ke atas. Ya bayangkan la sekejap!

Aku dalam parit melontar sesuatu yang berat. Selipar memang aku buang siap2. Lama rasanya tak turun parit. Kalau kecil2 dulu di situlah tempat aku dan kawan2 bermain sampaikan tak takut langsung bahaya yang bakal menimpa.

Berpuluh2 biji jugalah hasilnya. Daun2 nyiur @ kelapa itu juga dibawa naik ke atas untuk dibuat penyapu lidi. Wah,... hasilnya !! Rasa kecewa ada sedih pun ada. Pokok kelapa tu banyak baktinya.

Dan ..

Apabila selesai proses membaling dan melontar buah kelapa tersebut ke atas, pinggang aku mula respon tua!!! Argh!! Aku dah tua rupanya!

Pinggang sakit macam nak tercabut. Nak jalan pun dah tak boleh dah. Dahlah malam nak buka kedai.

Hmm.. Perlahan2 aku berambus pergi rehatkan badan tidur kat sofa. Wah..nyaman! Sambil mengaduh kesakitan..

Macam nak makan ubat!

Tapi jangan layan sangat ubat! Bertahan.. Akhirnya legaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Penat masih terasa tapi kena kuatkan semangat jugalah.


Tiba2 pula aku terfikir kalau ada sukan rakyat bolehlah main acara lontar kelapa dari dalam parit ke atas dengan jarak yang ditetapkan. Selain menguji kekuatan tangan, kita juga akan diajar untuk menghargai sungai iaitu di situ juga kita boleh menjaga kebersihan alam sekeliling dengan menjadikan keadaan persekitaran itu selamat dan bersih.

-Bersihkan parit.
- Elak banjir
- Adakan aktiviti
- Keadaan selamat dan bersih
- Di samping memupuk semangat bersatu padu dalam sesuatu acara yang dipertandingkan
- Buah tu berat oi!!! hahaha...

Kesimpulannya???

Kami seisi keluarga dan keluarga jiran yang seangkatan dengannya di samping mereka2 yang terpandang kelapa hijau akan merayakan pesta menyiapkan PENYAPU LIDI dan AIR KELAPA MUDA!! nyum3....


Sekian . Salam lewat malam
CZ

Thursday, September 29, 2011

Jam Aku Hilang :(

Pertama :

Aku sangat sedih mengenangkan jam tangan yg dihadiahkan oleh seseorang hilang. Along yg hadiahkan kat aku! Argh.. Macam mana nak cari ni?? Tolonglah beri aku kata2 semangat seperti :-

a) Carilah jam di segenap penjuru atau penjara!
b) Carilah jam mungkin menjadi milik Mat Pit!!
c) Pergilah jumpa bomoh kasi santau je pencuri tu!
d) Cuba tengok kat Dashboard kereta seribu kali!
e) Dah pergi tengok 4 ribu kali tp masih x jumpa. Apa kata pergi jumpa Doraemon suruh dia putar balik masa!!


Argh. .. . .

Tensen ah!! Kedua?
Kedua?
Ketiga?

Tak ada kedua dan ketiga sebab aku tensen! :(

Waaaaaaaaaaaa nak jam tu!!!

Friday, September 23, 2011

Cermin Keretaku!

Hmm dalam seronok berfutsal, terjadi la satu insiden yang menyedihkan aku! Mau tak sedih bila cermin kereta retak sedepa.

Weh, sedepa tu satu tangan ke dua tangan?? Haha bunguksss kan..
Kiranya sebelah tangan aku jugalah retaknya.

Asalnya kereta tu macam retak sikit je kat depan tu. Kena batu! Bukan ikut lori batu atau menggeletek orang menembak batu tetapi kes ikut belakang kereta orang lain je pun. Dia langgar batu kena kereta kita! Hmm takkan nak salahkan dia pulak. Lagipun bukan dia berniat macam tu.

Kemudian, ada kawan2 cakap boleh pergi layur tapi dah terlambat. Nasi dah jadi bubur. Benda kecil dah merebak jadi besar dan memang aku kena tukar je cermin tu! Masalahnya nak claim insurans ke nak baiki sendiri ha??

Baiki sendiri la.. Hmm... Cian aku. Banyak sangat dugaan bertali arus datangnya.

Yang pasti aku percaya Dia tarik yang itu untuk Dia beri yang ini. Itu yang kita tahu tapi yang INI kita belum tahu.

Redha sajalah dengan dugaan Dia. Lagipun kudrat yang ada masih mampu mencari wang.

Keghairahan nak bermain futsal tu menyebabkan aku langsung tak fikir yang aku parking kereta tempat terik!!! Pergh!! Nanti kalau senang2 aku amek foto kasi lu olang tengok!

Memey arh!! hehe..

Thursday, September 22, 2011

Tangguh Pengajian :(

Al-kisah memang aku berniat untuk sambung belajar bulan September dan dengan penuh lemah longlai aku pun apply! Wah pantun BM BI bergabung!. hehe...

Sesudah mohon aku pun tunggu dan tunggu. Member aku dah cakap
"Budak2 Master dah masuk, ko tak dapat offer letter lg ke?"

Aku cakap belum lagilah. Aku pun rasa macam hati ditusuk sembilu. Kecewa keciwi semua ada! Mahu tak gitu, umur dah 26 tahun, kalau buat Master 2 tahun umur jadi 28 tahun. Hah, tahun bila la nak habis Phd??? Cewah bajet n angan mau ada bhaii..

Ketika aku sibuk mengejar populariti mencari pekerjaan tiba2 aku terasa gembira sekali hendak buka emel GOOGLE. Maka, dengan penuh keseronokan yang melebihi had aku pun buka dengan rasa macam malas nak layan sebab GOOGLE punya emel jarang ada mesej kan kecuali yang penting2 saja. Dan....

Dan....

Dan terlihatlah aku sebuah emel yang menyentak naluri aku yang memang agak sweet ni. Hmm.. Approved!!Aku pun senyum sampai telinga dan akhir sekali ke leher. Memang tak boleh nak buat serius dah time tu. Rasa macam nak kejut mak yang pada waktu tersebut ialah lebih kurang jam 4 pagi!!! hehe.. dah memang sinonim aku tidur lewat.

Pagi esoknya mak aku datang ke bilik aku, nak ambil duit ais untuk letak kat kedai, aku yang memang tak tidur pun cakap,
"Kak kena p daftar Master."

Kepala aku dah mula serabut. Nak tahu kenapa?

Mak aku dah gunakan duit yang dia bajet tu untuk dia buat dapur baru!! Wargh.. Pastu mak aku cakap dia boleh usahakan. Dan Mak Lang aku pun hulurlah demi pelajaran aku.

Mak aku pening lagi. Dia fikirkan aku nak makan apa di sana? Dia bukannya sihat pun. Nak kerja pun tak sihat. Kencing manis, jantung bengkak, darah tinggi, dan berbagai2 lagi penyakit memang mak aku kaut semua. Selalu sangat sakit. Yalah umur pun dah nak masuk 50 tahun.

Aku pun makin la keliru nak buat keputusan. Bukan sebab aku nak makan apa di sana. Aku boleh cari duit kalau setakat nak makan tu sebab kalau bab belajar aku sanggup je kerja biasa2 pun untuk sara diri. Bukannya tak biasa susah kan?

Masalahnya mak aku pulak yang tolong peningkan untuk aku. Dia kata dia kesian dan tak boleh tengok aku tak cukup makan sebab aku memang memonopoli makanan sedap2 sedunia. Haha..
Dia tak tahu anak dia dah besar dan boleh hidup punya.

Kemudian, rasa kesian pulak nak tinggal mak. Siapa nak hantarkan dia ke klinik ke hospital ke? Abang dengan family dia. Abang nombor 2 tak berapa sihat. Adik pulak tak pandai drive.

Aku la kena jaga mak! Aku seorang ja anak perempuan dia. Takkan aku tak boleh korbankan peluang ni untuk jaga dia. Lagipun banyak Universiti lain kat sini. UUM n USM tu target aku. Tapi kalau dapat USM pun lagi best. Itupun mengikut galakkan daripada Dr Kamariah jugalah. Memang Dr Kamariah sentiasa dengan pelajar. Tak pernah jemu pun dia beri nasihat dan galakkan.

Ok kembali kepada cerita tu, keputusan yang dibuat adalah menangguhkan pelajaran!!

YES!! DEFER!!

TANGGUH!

Sebabnya :
1. Tarikh terima tawaran dan tarikh pendaftaran terlalu pendek dan segala persediaan tak dapat dilakukan dengan sempurna. Mesti ada yang tertinggal dan kelam kabut.
2. Kesihatan mak!
3. Kewangan yang malar2 hijau. Hehe..Tapi yg ni aku ingat kalau awal sikit boleh diusahakan. Memang aku nak pergi daftar dah tapi bila tanya kawan2 Medical Check Up dan segala2nya kena buat. Kereta kena servis dan minyak, tol semua kena set.
4. Tempat tinggal, memanglah Nad ajak hidup semati dengan dia tapi macam menyusahkan dia je.. hehe.. wah ayat baik nampak.. Tak de la masalah sangat bab tempat tinggal.. Sebab ada kawan2 serupa NAD tersebut!
5. Sebabnya yang terakhir.. aku tawar hati time aku call pihak yg berkaitan diorang boleh plak pass2 telefon macam tak reti nak jawab je soalan2 aku yang tahap profesor tu! Kalau aku memang kena buang kerja dah. Haii.. takkan makan gaji rabun malam kot!

Benda yang paling best dalam waktu singkat aku dapat tawaran ni adalah mereka2 di bawah :

Kakak iparku yang tetiba je hadiah kain untuk aku buat baju .
Konon2 nak pergi kuliah ler.. Hehe..Ha ni bukan kakak ipar!! haha..
ni la Nad yg dr sebelum2 masuk memang dia nyibuk
tanyakan sal master aku siap ajak tumpang kat bilik dia..
Hehe.. Kangan sama budak ini..
Sekarang dia dah top model kat UPM @ KTDI..
dah hampir jadi bahan kat muzium.. haha..
Thanks la Nad.. walaupun ko x hadiahkan kain or tudung tp ko hadiah sesuatu yg bermakna dalam persahabatan.. :)


Hmm.. ada lagi manusia2 lain yg berhati mulia.. X dapat pulak aku nk upload pic semua orang nanti penuh pulak kan?

Ha sila kenali diri anda di bawah ni ::::

1. Din (info dan semangat)
2. Pia (serupa dengan din hehe)
3. Mak Lang (sanggup je dia keluarkan duit nk tolong aku)
4. Jiran aku (support)
5. Sera n Kak Long ( asyik tanya je..)
6. Along ( support)
7. Nas ( support)
8. Ajib dan semua laaaaa.. banyak sgt!


Nah topup! hehe 6% tak jadi! hehe..


Monday, September 19, 2011

Kawan Lama Aku

Baru-baru ni ada la jumpa dengan kawan sekolah rendah dulu. Dia ni budak pandai la. Memang dia yang skor masa musim peperiksaan dan budak2 lain pun berlumba-lumba belajar sebab nak saing dengan dia.

Budak ni budak lelaki la. Agak lama jugalah aku tak jumpa dia dan selalu jugalah aku tanya kawan2 lain kot2 terserempak ke apa ke dengan dia. Bukan apa teringat la zaman sekolah rendah dulu. Dia ni pun budak alim2 gitu. So nak tahu juga la apa dia buat sekarang kan. Nak tahu jugalah dia kerja apa.. Hm..

Nak dijadikan cerita, dalam keadaan aku mengidam nak tahu pasal dia alih2 aku terjumpa dia dekat stesen minyak! Lu taw apa dia buat??

Dia yang pam minyak kat kereta aku!!!!




Aku macam tergamam jugalah. Eh, biar betul!!

Budak pandai tu!

Tanya punya tanya bukanlah apa sangat pun. Dia pun grad macam aku jugak tapi masih belum ada pekerjaan yang sesuai. Sebab tu la demi mencari duit, dia buat saja apa yang mendatangkan pendapatan halal. Baguslah camtu kan daripada dok goyang kaki, korek hidung di rumah!

Entah2 bila dia datang je kedai aku, mesti dia cakap, la Zura jadi tukang masak je???



OMG!! Apa2 aja la.. Janji duit masuk. Lagipun aku sendiri yang uruskan kedai tu walaupun kecil2. Dan aku tahu dia faham sebab dia pun senasib dengan aku. Banyak lagi la yang macam kami, ye tak?

Apapun.. Aku tahu ada yang pekerjaan yang baik sedang menunggu! hehe..


Amin.. Doakan kejayaan aku dan aku doakan kejayaan korang jugak!!

Thursday, September 15, 2011

Semak!

Geram kan.. orang buat kita tak dihargai. Suka2 datang.. Lepas tu blah macam tu ja!
Mentang2 la aku ni pemaaf asyik nak minta maaf sampai dah berguni2 aku campak maaf tu ke laut. Kalau simpan kat rumah rasa macam dah tak muat.

Sekarang ini pun aku masih juga memaafkan tapi untuk aku melupakan susah la juga kan. Biasalah benda berperasaan bukan senang nak diubati.

Kalau dia suka main campak2, aku pun senang saja buat keputusan. Tak payah apa2. Diam ja. Tak payah nak cakap lebih2 sebab setiap kali aku lekat pada mata kail, aku sudah terluka. Dan dia lepaskan aku dengan kelukaan tu. Dan dia datang balik pancing, aku juga yang bodoh2 tak faham orang tu hanya memancing, aku kena lagi. Lepas luka dia buang aku balik. Tak tahu berapa banyak luka aku tak tahu. Luka yang berparut sudah, jadi luka lagi. Kesian kan jadi ikan bodoh..

Eh apakah????!! Buat2 tak faham sudahlah.

Sakit hati ni tau!! Ish.. Biarlah kalau kali ini aku biarkan dia bebas dengan dunianya. Dan jangan menyesal kalau suatu hari nanti aku buat keputusan ikut pemancing lain. Ha....amek kau! hehe..

Bodohlah kan ... Luah hati kat sini.. Maaf.. Memang yang ni saja la cara kita buang semak..

Yeah semak!! Potong sekarang! BUshhhh!! Kasi potong!! Yeah SEMAK!! Sila semak keputusan peperiksaan anda..

Wednesday, September 14, 2011

Suka Bisnes Sejak Kecil

Baguslah hari demi hari sedang berlalu dan telah aku ajar diri ini menjadi seorang wanita yang cekal, tabah dan kuat semenjak dari dulu lagi. Alhamdulillah..

Untungnya aku tidak mahu bekerja dengan orang lain kerana minat berniaga sedari kecil lagi. Aku ingat lagi masa di sekolah dulu, aku belajar Kemahiran Hidup. Masa tu cikgu ajar tanam sayur-sayuran. Aku pun jumpa biji benih kacang panjang tapi masa tu aku tak tahu pulak kacang tu warna ungu. Aku tanam, aku pacakkan kayu. Wah!! Berbuah beb!

Tapi yang pelik kenapa kacang panjang warna ungu? KTDI ke.. Hehe tema kolej aku dulu ungu la.
Aku pun fikir nak untung banyak! Budak-budak kan lagi.. Jadi aku rangkulkan beberapa batang je kemudian aku kerah tenaga budak2 yang main ngan aku tiap2 hari tu pergi jual. Konon seringgit la satu! Haha.. Mana ada sesiapa pun yang beli! Macam main masak2 haaaa....

Aku kecewa sikit je la. Lepas tu aku pergi rumah Mak Su aku. Aku jumpa satu alat permainan yang masuk duit dapat sesuatu. Aku buat la. Modal 20 sen je. Tapi disebabkan kad yang aku dapat tu cantik, aku balik buat bisnes ngan budak2 nie. Ha.. berhutanglah juga sebab nakkan kad tu. Jual pulak seringgit lebih camtu! hahaha.. macam nak pergi lagi je kedai tu tikam banyak2 dan jual.. Tapi ada juga yang kencing aku! padanlah.. Harga pun tak sebesar mana.. hehehe..

Banyak sebenarnya pengalaman berniaga kecil2 ni. Mak cakap darah Cina. Suka berniaga. Alah, darah Cina apanya, aku nie dah menjadi Melayu sejati dah. Mak mungkin la.. Aku ni generasi keempat dah aih..

Tapi benda yang baik aku terima je la. Kalau pun darah orang berniaga mengalir dalam tubuh aku, harap sangat suatu hari nanti aku akan berjaya berniaga.

Berniaga tu memanglah aku suka tapi kerja profesional pun aku nak. Aku berniaga untuk pendapatan sampingan dan mengisi kekosongan tapi aku belajar untuk aku berbakti kepada anak bangsa. Bilalah agaknya kan?

Sekarang ni aku teruskan hari-hari macam biasa dan atur strategi lagi untuk hari2 depan.
InsyaAllah..

Tuesday, September 13, 2011

Budak Dibaling Topi Keledar Meninggal Dunia

klik 1
klik 2
klik 3


Hari ini bersamaan 14 September 2011, Hari Rabu.. Solihin Che Kassim telah diberitakan menghembuskan nafas terakhirnya.
Baru-baru ini aku baru sahaja mendapat khabar daripada abangnya bahawa dia stabil tetapi Tuhan lebih menyayanginya. Semoga dia mendapat keadilan yang sewajarnya dan aku mengharapkan kuasa Tuhan, kuasa Yang Maha Besar untuk memberi petunjuk dan hidayah kepada keluarga arwah Solihin supaya mereka menemui jalan dalam menyelesaikan kes anak mereka ini.

Allah hu Akbar!

Al Fatihah untuk arwah.

Aku Ingin Kuat

Bila je ada masalah mesti badan aku tak sihat, termasuk mood sekali la. Semua orang mesti ada masalah kan? Cuma cara masalah dan penerimaan dalam diri setiap orang itu yang lain.

Aku ni nampak saja macam kuat tapi sebenarnya itulah topeng sakti yang aku gunakan untuk hapuskan segala liku yang datang. Bercakap soal hati, aku juga tak lepas daripada sering dikecewakan. Kadang-kadang menjadi pemaaf itu baik tapi kadang-kadang memberi maaf serta membuka peluang itu tidak baik juga. Akhir sekali kita juga terluka sekian kalinya.

Aku pun tak tahulah alasan kukuh apa lagi yang dia nak berikan kepada aku. Tapi hati ni dah set untuk menjadi keras hati jika dalam masa terdekat ni aku mampu bebas daripada dibelenggu manusia bernama lelaki. Jika dulu aku boleh kenapa tidak sekarang?

Sekarang juga aku boleh!

Banyak lagi laluan aku kan? Tapi bolehkah aku menghadapinya sedangkan bayang2 dia sentiasa mendekati aku. Mana kata2 manis dia ucapkan dulu. Sama saja!! Dia ulang ayat manis dan tidak pernah mengotakannya. Dia selalu pergi dengan membiarkan hati aku terluka.

Dan sekarang aku mahu menjadi manusia kuat. Ingat tu!!

Ya Tuhan bantulah aku!

Monday, September 12, 2011

Merungut

Masalah tidak pernah lepas daripada terus membelenggu manusia. Sekejap aku bahagia sekejap aku derita. Bengkak mata sekalipun belum tentu dapat selesaikan badai yang melanda.

Iciiieewah!

Apa dikenal pada diri sendiri melainkan sentiasa mencari dan bermuhasabah diri.
Apa dikenal pada mereka melainkan manusia sentiasa berubah-ubah.

Argh..

Tak mahu menangis lagi! Tolonglah..

Monday, September 5, 2011

Titik Peluh Kedai Makan

Hari Isnin bersamaan 6 September 2011..

haaaaaaaahhhhhhh...!! aiceywah.. bukan pe.. baru lepas tutup kedai.. penat giler.. punya la rancang tak nak buka kedai dh, nk g belajar.. tp apakan daya kan, sape suruh hantar borang lewat!! eleh.. ckp dlm tu sebelum 12 Aug 2011.. aku anta n smpai kat dorang 11 Aug 2011.. kira ok la tu.. pe benda lg nk proses ntah.. hehe.. salah aku jgk.. buat keja smbil lewa.. dah nk terberak baru nk korek lubang!!

hari ni la.. dr tengahari dh mula mengemas habuk2 yg penuh segenap alam kedai aku tu.. mak aku tukang basuh je.. aku tukang ngemas.. penat yg tu.. petang skit kuar g carik barang kedai.. balik dkt maghrib dh.. pas maghrib terus bukak kedai n ya Tuhan.. byk giler brg nk kena siap.. seb baik awal2 xde org sgt.. pastu dh lewat mlm sikit mulalah ada org.. Alhamdulillah rezeki..

dh lama jugakla tak merasa kena percikan minyak panas nie!! pergh!! dugaan pertama kena kat muka.. haha.. tiba2 je rasa mcm nk g belaja n nk suh dorang approve cpt2.. n nak sgt posmen anta offer letter.. ini tidak .. posmen anta surat elektrik dan katalog nutrimetics je.. hehe
seb baik tak anta surat PUBLIC bank hehe.. mau semput aku..!!

Bukak kedai sbb tak de sumber nk byr keta dh!! Haha.. bukalah demi diri sndiri.. hehe.. dan kerana Allah swt kita mncari rezeki.. tak gitu... esok nk g Thailand cari benda2 yg bleh bakar tu.. nk jual la... katanya tak halal!! tp ada sesetengah je la tak halal.. insyaAllah aku yakin dengan apa aku pilih nti.. lgipun Metro pun dh keluarkan berita cakap dah xde BABI pnya laknat dlm tu.. hehe..

OK.. Mood ry.. tadi ada lgi yg dtg beraya haha.. Salam je la.. hehe


CZ mau tido la~ Miss UPM sgt3....!!

Ucapan Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini.

Mohon maaf dipinta dan halalkan segala makan minum mahupun tutur kata yang terkasar sehingga mengguris hati kalian..

Biasalah aku juga manusia yang tidak lepas daripada membuat kesalahan.

Maaf Zahir Batin.


CZ

Thursday, September 1, 2011

Sambal Belacan Goreng

 

Pic2 sambal belacan

Sebenarnya ni menu sahur yang paling meletup buat aku dan famili. Biasalah, tak pedas tak sedap makan. Menu ni sebenarnya kegemaran ayah aku. Wajiblah anak2 dia pun menggemari makanan istimewa macam ni..

OK .. Resepi tu macam biasalah :

1. Belacan (sikit dah la, nanti hangus hidung pulak)

2. Cili ( biar banyak baru pedas)

3. Cili besar ( dalam 2-3 biji pun cukup )

4. Perisa seperti garam, ajinamoto dan gula ( gula biar banyak dan bagi manis baru seimbang dengan kepedasan… Nyum3)

5. Perahan asam jawa

 

Mesin je semua bahan2 nie dan kemudian panaskan minyak biar sesuai dengan sambal yang telah dikisar kemudian goreng je dan jangan tinggal dapur. Nanti bila hangit tak sedap. Goreng sampai pecah minyak.

Jeng3.. Sudah siap untuk dimakan!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...