Friday, December 23, 2011

Burung :: Biarlah Ia Terbang =)




Usah terlalu egois dalam kehidupan. Adakala kita harus tunduk pada suratan.

Mungkin selesa pada mata kasar kita bahawa burung dalam sangkar itu gembira bertuankan kita yang sangat mencintainya. Membelainya sehabis hati, memberikannya kasih dalam setiap juadahnya, malah mungkin menjadikannya teman untuk berbicara.

Begitu juga sebagai tuannya, kita sentiasa terikat untuk mengingatinya. Dia masih dalam sangkar yang kita bina. Kita rasa ia selesa. Ya, selesa. Kita rasa ia gembira. Ya, gembira.

Padahal apabila ia bisa berbicara.. Sebenarnya ia derita. Katanya, "Aku burung!"

Meski masih kabur dengan kata-katanya, kita tetap mahukannya berada di sangkar. Harapannya, kita masih boleh beri yang terbaik. Kita masih boleh terus menjaganya. Malah, jika dia menjeling pada ayam, kita usir ayam, dia menjeling pada lalat, kita halau lalat.

Kita terus menganggap bahawa ia gembira. Ya, gembira. Kita terus menganggap ia bahagia. Ya, bahagia.

Makanya, kita teruskan hari-hari kita dengan merinduinya selalu.

Apabila pulang, ia berbicara lagi, "Aku burung! Aku burung!"

Lantas semakin laju otak ini cuba memerangkap maksudnya. Tidak bahagiakah ia di dalam sangkar? Dia mahu terbangkah?

Mulalah beranalogi. Mulalah menghayati.

Tutur dan kandungannya harus dikaji. Harus kita telaah sampai ke akar umbi agar antara burung dan tuannya tidak ada yang rasa dipenjara lagi. Mungkin niat si tuan untuk terus hidup bersama dengan si burung tidak sampai maksudnya lagi.

Kita semakin kelam dengan hipotesis-hipotesis beku.

Namun, apabila melihatkan ia sihat terasa lega seluruh sanubari. Tidak ada lagi rasa ragu-ragu yang mencengkam diri.

Usai menghiaskan sangkarnya dengan dedaun dan bebunga segar, kita mendoakan lagi bahawa ia tenang dan sentiasa ingin bersama dengan kita, tuannya. Yang tidak pernah atau tidak endah pun pada pekikan burung Cenderawasih!

Sekali lagi untuk kali yang terakhirnya, ia menjerit lagi.

"Aku BURUNG wahai manusia. Aku ingin bebas dan menjadi diriku. Sekalipun kasihmu bergunung, makanku terjaga, tidurku lena tetapi aku tidak enak di dalam sangkar. Sungguhpun cintamu kutahu, aku tidak gembira atau bahagia pun kerana aku di dalam sangkar."

Justeru untuk kali ini, terdetik dan sedarlah kita sebagai tuannya bahawa niat kita itu tidak kena. Kasih kita tidak sesuai. Cinta kita tidak bernilai. Dan kenapa kita lupa bahawa ia biasa terbang bebas menghirup angin-angin segar di luar sana, melebarkan sayap sepuas-puasnya malah mungkin mendapat makanan yang lebih berkhasiat daripada sebelumnya.

Gerombolan mimpi dan angan sepertinya disambar petir! Hancur.

Siang hingga berlabuhnya malam, kita berfikir. Alangkah lebih elok membahagiakan burung itu di luar sana seperti kemahuannya. Alangkah lebih baik menyegerakannya agar kita tidak berubah fikiran.

Maka sesudah segala perhitungan dibuat, kita sebagai tuannya memejam mata rapat-rapat. Kita menyapa paginya dengan senyuman tawar. Kita buka pintu sangkarnya yang sudah bertukar seperti besi buruk itu perlahan-lahan. Kita sentuh kepalanya lembut-lembut.

"Bebaslah kau wahai burung yang aku kasihi. Bebaslah bersama dirimu yang sebenar dan carilah kebahagiaan yang kau mahukan."

Burung itu berpaling, "Yang penting hati!"

Hati? Apakah terlaksana kepentingan itu jika burung itu di alamnya dan tuannya, oh, bekas tuan! Ya, bekas tuannya ini di alam lain. Bersatukah tuan dan burung jika sama-sama berfikir akan alam bahagia masing-masing?

Tuan burung hanya diam.

Kita sebagai tuan burung hanya memikirkan yang terbaik tetapi jika sudah burung ingin juga menjadi burung sejati, kita relakan saja.

Tidak guna memenjarakan burung yang terseksa. Tidak guna melipat usaha untuk memberinya cinta.

"Ya, yang penting hatimu!" kata terakhir itu menjelaskan keluhuran tuan burung.

Kita sebagai tuan burung! Oh, sekali lagi terlupa, bekas tuan burung.

Singgahlah bertandang andai kelaparan.
Singgahlah menenggek andai kerinduan.
Singgahlah berbicara andai keseorangan.




Burung itu pun mengepak jauh.
Tuan burung juga , oh ! Bekas!
Bekas tuan burung mengemaskan serabut di hati, menolak jauh-jauh kepincangan lalu menjemput tenang.

Mungkin di waktu yang sedikit ini, tidak mungkin berpenghuni sangkar itu kerana bekas tuan burung tidak mahu lagi berburu.

Yang dicarinya kini KEJAYAAN dirinya pula =)


p/s : Halusssssssssssssssss... haha..

Monday, December 19, 2011

Tukar Fikiran

Persiapan untuk melanjutkan pelajaran sepatutnya sudah selesai. Malangnya fikiran tiba-tiba ingin beralih angin untuk berada dekat dengan keluarga. Lantas tergerak hati ini untuk memohon universiti terdekat selain mencuba angin baru di tempat baru.

Segala dokumen semua hampir siap. Mungkin esok boleh diposkan. Ada juga yang sanggup berkorban wang ringgit untuk aku. Terima kasih =)

Perjalanan penulisan masih malap dan belum menunjukkan cahaya. Bukannya tidak berminat tetapi minda sarat dibebani dengan permasalahan sekitar termasuklah serabut yang sengaja dicari. Hmmm.. Biarlah tahun depan tahun kebangkitan kembali. Harap-harap begitulah selaras dengan desakan teman seperjuangan =) hehe..

Entah mungkin umur sekarang sesuai atau tidak melanjutkan pelajaran.. Aku tidak peduli langsung kerana yang penting minat untuk menerima sesuatu yang mencabar sementelah aku memang mengidamkan status kehidupan yang baik-baik sahaja. Jika pun bukan rezeki di masa hadapan, sekurang-kurangnya Normaizura Md Zain dibekalkan dengan ilmu.

Cuma harapannya biar seimbang ilmu di dunia dan di akhirat. Bawalah aku jauh menjalani kehidupan di bawah keredhaan-Nya kerana aku tidak mahu kembali dalam keadaan yang tidak 'elok'. Aku mahu menemui kehidupan sejati sebagai seorang yang solehah. InsyaAllah.. Itulah perjuangan kita yang sebetulnya. Peperiksaan di dunia membawa kelulusan dan kecemerlangan dunia semata-mata tetapi peperiksaan akhirat memberikan kata dua iaitu Syurga dan Neraka.

~ Apa aku buat sekarang??
:: Aku tengah menyiapkan segala keperluan universiti terbabit dan semoga dapat!!

~ Apa aku fikir?
:: Nak buat Full Time atau Part Time? Sebab tak tahu macam mana nak cari duit untuk tampung kehidupan. Boleh kerja part time tapi sesuai ke kalau kita buat Full Time study????
Tapi kalau Full Time study pun ada banyak masa.. Tak salah kalau buat Part Time kerja..

Wednesday, December 14, 2011

Bersawang ke?

Bak kata member "DAH BERSAWANG!!"

Aku ingat belum lagi.. Alih2 bila nak buka dan update tak tau pulak mana bahagian untuk SIGN IN

Jadi mood nak update sekadar berbahasa basi sebab mood dah LARI

Kadang2 terfikir jugak kalau2 perlu ada BLOG KHAS untuk benda yang tak ilmiah macam ni..

Tapi macam RAJIN sangat la aku nak berbuat demikian..

PATUT ke TIDAK??

BLOG KHAS utk benda ilmiah!! BLOG MEREWANG utk benda yg biasa maksudnya khabar2 biasa.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...