Monday, November 12, 2012

Diari November - Awal Disember

TUGASAN
~ Peningnya nak cari kanak-kanak kat sini. Nak buat kajian implikatur. Dugaan. Mungkin esok atau lusa atau mungkin juga malam ini dipermudahkan segala-galanya.

CUTI
~ Sekian lama berhasrat nak pergi Port Dickson akhirnya sampai juga ke sana bersama dua orang teman. Segala-galanya ditanggung beres. Siapa kata tak ada duit tak boleh pergi bercuti? Hihi =) Merasalah juga pengalaman dihempas ombak walaupun main di gigi air sahaja. Pandai layan ombak, wah macam ombak rindu kan.. Setiap kali ombak datang, lompat! Bukan susah pun. Siap layan tidur lagi.
~ Ada la sikit kenangan, nak kata manis pun tidak, pahit pun tidak. Saya nie memanglah peminat binatang kan termasuklah si monyet. Maka berjalan si apek tua bersama monyetnya di tepi pantai. Saya ushar la. MINAT! =) Haha dengan penuh terujanya, akhirnya monyet tu macam faham-faham je kita ni admire kat dia kan. Dia pun datang dekat dan pegang tangan. Maka naiklah si monyet tu sampai ke puncak bahu saya. Memang tak dapat la tengok monyet ni secara face to face kan, sebab dia kat bahu. Yang terasa cuma panas-panas air mengalir!!! Oh...!! Dia kencing... !!! Adoii.. Memang tak hadaplah nak tengok audiens kat tepi pantai tu.. Sedekah baliklah di monyet tu kat apek tu dengan muka ikhlas sikit-sikit. Haha.. Nak buat macam mana monyet tu bajet serasi dengan kita kan.. Haha..
Terus terjun balik laut! Cewah... terjun setakat air di betis je dan rebahkan badan sebab nak basuh balik air kencing tadi. Fiyuuu..

KERJA
~ Alhamdulillah saat sesak nak dapat scholarship, akhirnya dapat juga jadi SGRA. Walaupun masih blur, tapi saya percaya saya boleh buat. =) sebab ada member yang boleh tunjuk ajar.

CINTA
~ Eh, bercinta ke? Macam tak..  Tapi macam ye.. =) Ah, malulah... Ahaks! Nak lari-lari pusing pokok kejap la.. Malu nie. adoii..

Sunday, October 21, 2012

Sekadar Tunjuk Muka :)

Assalamualaikum, 

Salam ceria penuh keberkatan Ilahi.. InsyaAllah..

Sekadar singgah pada hari AHAD / 21 Oktober 2012.

Apa khabar rakan-rakan blogger? 

Salam tahniah untuk Helmi :) Tidak berkesempatan nak menulis komen TAHNIAH di blog TETAMU ISTIMEWA.. hehe..

Cuaca di Seri Kembangan hujan. 
Keadaan kereta sangat lemah.
Tiada kaitan dengan cuaca.
Kaitannya jelas sekali pada baterinya!

=)) 

Tulis BESAR2 baru nampak macam BANYAK sangat ILMU dia nie.. hihi.. 

Wednesday, September 26, 2012

Bicara Hati

Haii...

Saya masih belum tidur lagi. Sibuk menyiapkan bahan untuk seminar PMR dan SPM. Peluang yang saya sendiri tak pernah jangka. Apapun, saya akan cuba membuat yang terbaik. Permulaan langkah kena bekerja keras, betul tak?

Selagi kita bernafas, kita tidak lekang daripada memikirkan jalan untuk ke hadapan serta halangan-halangannya. Titik fokus kadang-kadang lari juga, tetapi Allah itu sentiasa memberi petunjuk kepada kita selain terus mencurahkan rezeki yang kita sendiri tidak sangka.

Dia uji kita dengan mengambil 'cinta' yang bukan milik kita seperti dalam suratan-Nya tetapi Dia memberikan 'cinta' yang lain. Dia memberikan saya fokus untuk 'cinta' baru saya iaitu alam pekerjaan dan ilmu pengetahuan.

Hati? Bahagia? Tak tahu nak ekspresikan dengan cara apa dan bagaimana kerana terasa mendatar seolah-olah tawar. Saya harus menelan perit dan pahit lantas mendiamkannya dalam keredhaan. Itulah sebabnya saya katakan cinta yang takkan lari dan kekal abadi itu ialah cinta kepada Allah swt.

Dia yang menciptakan dan Dia tahu segala perkara yang terbaik untuk kita. Usahlah terlalu berfikir siapa, kenapa, bagaimana kerana semua itu hanya mendera hati. Jalan di hadapan ini harus ditempuhi juga dengan hati cekal dan kental.

Biarkan mereka dengan dunia mereka, kita dengan dunia kita. Biarkan hati kita kekal begini dan hati mereka kekal begitu. Siapa kita hendak mengubah melainkan dengan keizinan-Nya.


Jom! Sambung buat kerja. Salam sayang <3 br="br">

Tuesday, September 18, 2012

Kenduri Ex-Ex

Apa guna akal jika tidak mahu berfikir? Tuhan memberikan kita daya fikir yang membezakan kita dengan makhluk-makhluk-Nya yang lain. Kadang-kadang mungkin kalah oleh desakan hati yang tidak menentu tetapi jika duduk bermuhasabah, insyaAllah, hati pun akan tunduk malu.

- CZ

Cerita demi cerita yang didengar. Musim orang berkahwin sekarang ni kan? Ex-dan Ex bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat. CZ ucapkan selamat berbahagia hingga ke anak cucu. Tidak meriah hidup saya tanpa kehadiran kalian dulu. Kalian ibarat penyeri yang muncul dalam hidup saya dan pergi kerana takdir yang ditentukan-Nya.

Kita hanya manusia biasa. Yang mungkin berjumpa dan bercinta tetapi pada suratan yang ditulis, kita tidak akan bersama. =)

Saya tidak pernah berdendam sebaliknya menganggap kalian merupakan insan yang rapat dengan saya. Kita tak bermusuh atau memusuhi. Talian persahabatan atas dasar kita redha dengan kehendak-Nya itu yang membuatkan kita rasa tenang. Alhamdulillah, saya tidak terkilan sedikit pun sebaliknya saya mendoakan kalian bahagia dengan pasangan kalian.

Doakan kebahagiaan untuk saya juga. Jika bukan pada pasangan, cukuplah mendoakan kebahagiaan hati dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan menjadi hamba-Nya yang beriman. InsyaAllah..


* Selamat berkahwin kawan2.. <3 br="br">

Monday, September 10, 2012

Suara Yang Tersirat

Setiap perkara yang tertulis dalam perjalanan takdir kita ialah rahsia YME. Oleh sebab itu, seadanya kita harus menerima walaupun kita tidak mampu. Hanya sekadar mampu menunggu sedikit cahaya yang mungkin mengubah perit yang ada.

"Tempat terjatuh lagi kan kita ingat!"

Semester baru sudah muncul. Berbekalkan semangat yang tertinggal, CZ harus juga melangkah. CZ hanya ada emak sebagai pendorong. Namun begitu, tidak tertanggung juga kadang-kadang apabila mengingatkan setiap dugaan yang datang. Menstabilkan hati bukan senang.

Senyuman dan keceriaan bukan kepura-puraan tetapi untuk memujuk hati supaya tidak terlalu memikirkan setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. Itu yang orang tak tahu. Senyuman, gelak tawa bukan penentu kehidupan seseorang itu bahagia sebaliknya hati yang berada di dalam itu yang sebenarnya menyimpan segala ribuan rahsia.

Ada yang tidak mampu dikongsi dengan semua orang kerana tidak semua orang memahami kita. Jika mereka faham pun sekejap sahaja, kemudian dijuihnya kita. Percayalah.. Maka simpanlah selagi ia berbaloi untuk disimpan. Jika tidak mampu luahkanlah ia mungkin dalam bentuk yang lebih tersirat.

Contohnya melalui hasil-hasil karya, tempelan-tempelan status yang agak umum tetapi 'berisi', atau mungkin lagu. Hahaha..

Mungkin lagu ini sesuai kot "SAMPAI SYURGA-Faizal Tahir"



# 11/9/2012 : Jentik telinga sendiri, rasalah sakitnya!

Sunday, August 12, 2012

Jangan Mengalah!

Hidup ini bukan senang. Ada waktu kita ditimpa musibah dan dugaan berturut-turut. Percayalah kita bahawa setiap dugaan yang datang itu ada hikmahnya.

Hikmah itu kita tidak akan dapat lihat sekarang. Janganlah kita sesali dan terus meratapi atas apa yang berlaku dalam hidup kita sekarang. Ambillah ia sebagai pengajaran, dan buka langkah baru dalam hidup kita.

Sebenarnya selagi kita masih terus melayan dengan belenggu masalah yang tidak pernah habis ini, selama itulah kita tidak akan mampu menyelesaikan apa-apa masalah pun. Sebaliknya semakin hari semakin terbeban kita dengan masalah-masalah tersebut.

Kita muhasabah diri kita. Cari di mana letaknya kita sekarang. Jika berada di bawah, panjatlah untuk ke satu takuk dan kemudian satu takuk lagi. Itulah kehidupan yang normal. Kita tidak boleh mengalah dan terus menyalahkan takdir. Semua itu sebenarnya merugikan kita. Langkahlah!

Jika hari ini kita tidak menekan huruf M, maka tidak akan muncul huruf A, dan tidak akan muncul juga huruf J, yang penghabisnya huruf U.

M . A. J. U.

Tidak ada perkara yang mudah. Nak minum pun kena bangun cari air. Sekalipun air di depan mata, kena suapkan ke mulut. Organ-organ dalam pun harus bekerja.

Jika kita lemah, kita carilah kekuatan dan kelebihan yang kita ada. Ingatlah yang kita mampu untuk hidup dan merubah kehidupan. Biarpun tidak senang dengan cepat tetapi bertatihlah dahulu baru boleh berjalan atau berlari =)

Doa Untuk Penyakit Mak ~ 3 Serangkai

DOA RAWAT DARAH TINGGI, KENCING MANIS DAN SAKIT JANTUNG

Cara-caranya:

Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.

DOA 1.
(Surah Yunus : Ayat 57)

Maksudnya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

DOA 2.
(Surah Fushillat: Ayat 44)

Maksudnya:

“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).”

Thursday, August 9, 2012

Burung Mati

Terkejut yang amat CZ malam ni. Burung kecil yang selalu menempek kat rumah tu masuk bilik. CZ tau dia takut. Tambah-tambah bila tengok muka CZ.. Konpem dia konpius. Neolofa ke nie.. Weh.. Betul ke eja ni..?

Burung tu pusing sampai kat tingkap tak pulak dia keluar. CZ tengok dia pusing lagi. Dia kona baring bawah kipas yang sedang berpusing-pusing. CZ risau la tapi banyak kali dia lepas. CZ cuba tenteramkan dia tapi dia takut jugaklah! Adoi.

Dalam hati ni, janganlah kena kipas! ZASSSSSSSSSSS!!
Terkejut kali kedua dah macam Maya Karin dah! Memang KIOKKK la burung kecil tu! Jatuh tepi katil bujang CZ.. Ulang sekali lagi, bujang! Hehe.. Ok..Ok.. Suspen balik.. Yang tak tahan tu kepala dia hilang!! CZ tengok kaki dia tergedik-gedik dah..CZ kata ni mesti bercerai kepala dan badan dah ni.. Tobat tak dok dekat aih..

CZ ketuk bilik Sera (kawanygtakutlipastu). DOOOMMMM!! DOOOMMM!! DOOMMMM!!
Bukak! Bukak!

Dia kata "Heeii orang dah makan ubat ni."
Hah, ada aku kesah? Kalau dia tak tolong memang CZ tak tidur la malam ni kat bilik tu.

Dia dengan beraninya, "TAKPA, abang ada!"

Hah hah hah.. Selamat! Memang CZ tak pandang pun bangkai burung tu sebab CZ takut! Siap suruh dia carikan kepala lagi. Adoi.. Stimm sungguh panorama pukul 1 pagi nie..

Maaf.. tak ada gambar. Memang tak hadap la nak ambil gambar macam tu!


Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan - Syok memasak

Tak boleh nak tidur langsung! Memang saja la mata ni hukum karmakan CZ..

Dah la tak kena PAWANA.. Todea... Amy Search nampak pagi-pagi buta ni.

Pukul 4 pagi pada bulan Ramadhan bermakna CZ tidak keseorangan. Adalah hamba-hamba Allah yang sedang meningkatkan pahala mereka. Malangnya tidak di kawasan perumahan CZ yang kiri kanan depan belakang semua bukan Melayu. =)

Apa yang berselirat dalam kotak fikir CZ sekarang ialah semester hadapan.
** Siapa nak bayar yuran weyyyy!! Adoiii.. (Macam status dalam FB plak)

Terasa kerdil saat ini. Serius. Rezeki masih belum mencurah-curah. Syukurlah masih diberi nyawa, masih boleh meneruskan kehidupan walaupun tidak sesenang dulu.

CZ percaya akan ada rezeki. Sekarang pun CZ sedang berusaha mencari mana-mana rezeki terpijak untuk meneruskan pengajian. Jika tidak ada, CZ tangguhkan saja dulu dan bekerja pengalaman.
Itu mood belajar. Kena ada duit dunia sekarang. Tak ada duit kena la cari duit. Umur dah 27 tahun, eloklah maju sikit kan, kena berdikari. Takkan nak harapkan mak dan orang kan..

Mood Ramadhan sekarang selain berpuasa, CZ seronok memasak. Serius cakap, seronok sangat. Tambahan lagi, apabila kita masak ada yang menghargai dan masakan menjadi!
Sekarang ni, tengah tambah ilmu di dada. Nak cari lagi resepi-resepi yang best untuk dicuba.

Ada cadangan?

Hantarkan ke 33321 hehe.. jangan la oiii.. On Cadangan dan UNDI.. Hah,merepek dah..

Jom.. Pagi ni ada tomyam semalam, daging masak kunyit semalam dan ikan goreng semalam. Yang nak goreng pun telur hari ini. Hehe..


Assalamualaikum

Monday, July 30, 2012

Cari Kerja

Kenapa hidup kita banyak liku? Ada sahaja yang datang. Uji hati, uji otak, uji ketabahan.. uji duit poket!

Mungkin sikap sendiri yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Fikir nak seronok saja. Orang lain dah melangkah beberapa tapak ke depan, kita ni masih juga merangkak-rangkak. Serius sekarang tak ada mood nak menulis.

Semester depan bakal bermula. GRF terlepas sebab tak tengok pun tarikh akhirnya. 30 JULAI 2012.. Bukan senang, nak cari orang yang nakkan GRF... MyBrain pun atas angin.

Mengajar tuisyen pun entah sampai bulan berapa pun tak tahu. Budak-budak ambil peperiksaan, terus berhenti. Kemudian, tunggu tahun depan la pulak. Itu hal tahun depan, insyaAllah ada rezeki. Masalahnya, semester yang nak masuk ni! Mana nak 'cekau' duit..

Dulu tak apalah, ada juga orang hulur-hulur. Sekarang ni.. ??

Lepas satu, ada lagi satu yang datang. Memanglah sehabis sabar sebab tak tahu nak reaksi macammana dah.

Ya Allah, murahkanlah rezeki hamba-Mu ini.. Amin..

Mood : tengah cari kerja.

Kalau tak ada duit terpaksa tangguh la.. Nak buat macammana, merantau di negeri orang. Kalau balik kampung pun tak ada apa yang berubah juga. Menyusahkan mak lagi adalah.

Doakan CZ ok.. Terima kasih =))

Thursday, July 19, 2012

Sebelum Ramadhan ~ Apa salahku?

Esok .. eh dah masuk Jumaat 1224 am..

Hari ni seawal mungkin lepas bangun tidur, CZ akan bertolak balik ke Perlis. Menyambut puasa bersama dengan ibu tercinta (Puan Reton). Heehe.. dia mesti rindu nak bersahur dengan CZ tu.. Dah agak dah..

Sebelum menjengahnya bulan Ramadhan, CZ dah diuji dengan pelbagai dugaan. CZ tak tahu di mana salah CZ tetapi yang pastinya CZ dihukum untuk kesalahan yang kita tak buat. CZ tak tahu apa! Langsung tak faham dan tak tahu. Sampaikan CZ sendiri tak tahu nak memberitahunya di mana puncanya.
Orang yang baca lagilah tak faham.. Haha..

Selama CZ hidup tak pernah orang tuduh CZ hidup berpura-pura sebab CZ bukan jenis orang macam tu. Serius cakap, selama ni mak yang selalu marah sebab dia kata CZ ni lurus bendul sangat! Ye ke? Taklah.. Taklah sampai teruk sangat tapi yang CZ tahu CZ jenis yang suka bercerita sebab CZ tak nak salah faham berlaku.

Entahlah.. CZ pun sebenarnya hilang punca nak cakap itu salah nak cakap ini pun salah. Serius tak tahu punca tiba-tiba dituduh bukan-bukan. Cuma yang CZ tahu semua itu mungkin balasan terhadap diri sendiri, mungkin untuk dosa-dosa lepas dan sebagai dugaan agar CZ lebih tabah. CZ tidak bijak bermain dengan kata-kata, dan kalaulah menganggap CZ begitu, mungkin pada karangan-karangan kreatif. Itupun hanya melahirkan apa-apa yang benar sahaja.

Kalau tidak mampu menilai diri CZ dari sudut itu, nilailah daripada pandangan mata CZ. Selamilah hati kecil CZ yang sering disalah tafsir itu.

CZ dah cuba membetulkan, bersabar dan berusaha untuk meluruskan segala yang kusut tetapi CZ tidak ada kuasa melembutkan hati orang, Sejujurnya jika hati ini masih bersisa kasih untuk si dia, hari yang mendatang pun CZ terima dia seadanya tetapi jika hati ini sudah jauh pergi, CZ tak mampu nak kembalikan apapun yang telah menjadi miliknya.

CZ tahu dia baca nukilan nie. Sebab CZ terpaksa mengorbankan rahsia peribadi untuk tatapan orang lain juga. Biarlah. Mungkin tidak ada  yang lebih baik daripada ini. Semoga hati kita sama-sama tenang menghadapi bulan Ramadhan.

Sekeping kata hati :

Pabila jasad dan hatiku kau pijak
Remuk hancur luluh segala
Terasa tidak beribu tidak berbapa
Hanya kerna kasihku yang kau curiga

Jika luhurku yang kau judikan
Memang sengaja itu alasan
Untuk kau buang
Untuk kau rejam
Dalam laut perpisahan

Mutiaraku tegar menitis
Meskipun mengerti
Diri ini dihina selayaknya
Konon 
Hidup dalam kepuraan

Bukan itu diriku
Bukan itu jiwaku
Bukan itu bau perutku
Hanya ikhlas mengisi rahsia
Yang pasti kau takkan percaya

Apalah kiranya aku sekadar
Sepi dalam penjelasan
Diam dalam perhitungan
Pergi dalam pertimbangan


SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA =) Jom berpuasa! Tingkatkan keimanan biarpun dugaan datang berganda. InsyaAllah.. Tuhan tidak akan menguji hamba-Nya melainkan Dia tahu yang hamba-Nya itu mampu menerima ujian tersebut.

Tuesday, July 17, 2012

Serabut

Serius tak tahu perkara apa yang menyerabutkan kepala ni?!
Letihlah macam ni.. Mungkin sebab perkara yang kita inginkan tidak menjadi kenyataan atau mungkin masalah wang.. haduiii.. susah la.. hidup pun susah mati lagi susah! =)

Berusahalah menghadapi selagi termampu. Kalau tak mampu juga, alamatnya nak duduk diam saja. Biarlah orang nak kata apapun, kita yang menanggung. Orang lain bukan tahu apa-apa.

Monday, July 16, 2012

I will =)

Sekian lama tidak melapangkan masa di blog, rasa rindu pula. Sekadar menjengah dunia blog dan memberi sedikit khabar.=)

1- Pertama sekali, CZ seronok sangat dapat menghabiskan masa pada hujung minggu lalu di Melaka sambil menyaksikan Grand Final Imetro- Kompleks Sukan Bukit Berendam.

~ Al-kisah nak dijadikan cerita, perjalanan ke sana hanya mengambil masa satu jam setengah sahaja tetapi pusing punya pusing, nak jumpa kompleks tu punyalah lama. Tak jumpa papan tanda pun. Nasib baik ada 'MAP" kat FB. Berpandukan orang CHECK IN la yang membolehkan kami sampai.
~ Pergi Pantai Klebang! Lama dah tak sampai situ, semuanya dah berubah. Laut jauh ke sana. =) Seronok tengok macam-macam aktiviti : layang-layang dsb.
~ Nak singgah makan asam pedas pun tak sempat. Mungkin lain waktu sebab tak cukup rehat.
~ Apapun, jumpa kawan-kawan futsal rasa hilang rindu. Puas layan GAME. Siapa menang itu bukan persoalan tetapi semangat kesukanan tu yang  kita mahukan.

2. Hari Jumaat, CZ akan balik kampung lagi. Seronok menanti kedatangan Ramadhan bersama dengan keluarga terutama sekali EMAK. Ingat kan emak kami yang comel itu? hehe..

3. Rambut CZ sudah pendek sangat. Memang teringin nak buat rambut macam Alyah tetapi tidaklah sampai nak ianya betul2 terjadi sehinggalah satu kisah bermula apabila CZ sengaja potong rambut memandangkan rambut CZ dah rosak. Potong pun paras bahu, masih nampaklah ciri2 keperempuanan tu. Sekali melayan perasaan, emosi yang tak tentu, CZ bertindak potong sendiri rambut sampai jadi tak terurus dan tak ada fesyen langsung!

~Maka CZ pun bertekad nak pergi kedai suruh dia potong dan sesuaikan dengan muka. Semoga mereka lebih tahu. Sembang dengan ramah di kedai baru buka sangat menyenangkan dan meyakinkan. Siap rambut, ya Tuhan, FAILED!

~ CZ dan jadi macam budak perempuan siam umur 7 tahun tu! Fesyen rambut yang paling CZ hangin satu badan!...$%%^^^&&!!
~ CZ bayar rm20.00 terus cari kedai lain. Kedai yang biasa. CZ suruh dia potong pendek terus sebab rambut tadi tu memang dah tak boleh buat apa dah! AKHIRNYA, bukan macam ALYAH, macam abang ALI haaaaaaaaaaaaaaaa... huahuahuaa.. dah! Janji puas hati walaupun malu juga la sebab bila keluar geng pengkid usha bajet geng la tapi CZ dressing ladies ok!! Dah lama dah tinggal zaman macam tu.. I am 27 years old already!! =)
~ My dudu : Boleh berubah dah kot.!! kahkahkah..



I will.. Willingly.. =)

Saturday, June 9, 2012

Wink..Wink

Kalau sehari banyak entri itu bermakna ada perkara yang sedang berlaku. =) Ubatnya, menulis!

Kita bermula dengan tidak tahu, terus kepada tahu, dan untuk tidak tahu kita perlukan Dia dan perancangan-Nya..
Kita bermula dengan tidak sayang, terus kepada sayang, dan untuk tidak sayang kita perlukan Dia dan kekuasaan-Nya.

 Pokok pangkalnya, setiap orang akan merasainya. =) Maknanya, kita bukan makhluk ajaib! Wink..Wink..


Friday, June 8, 2012

Cuti Semester

Cuti semester akan bermula sebaik sahaja tamatnya peperiksaan akhir. CZ akan terus pulang ke kampung Jumaat ini bukan kerana terlalu gembira tetapi ada majlis kahwin di rumah nanti.

Adik bongsu dan itulah satu-satunya adik yang ada akan menamatkan zaman bujangnya pada 17hb Jun 2012. Kenduri di sebelah pihak perempuan pada tarikh tersebut dan rumah pengantin lelaki pada 24hb Jun 2012 (Ahad). Jemput datang ke pondok kecil CZ di Perlis. =)

Lama juga rumah saya sunyi daripada sebarang majlis. Alhamdulillah, anak-anak mak semua dah kahwin! Hanya tinggal abang kedua sahaja yang tidak memenuhi syarat untuk berkahwin. Semoga dia kembali sihat seperti sediakala. Namun, apalah kuasa kita melainkan kuasa Dia semata-mata.

Wednesday, June 6, 2012

Minggu Ulangkaji

Minggu ulangkaji =)
Mood masih atas pagar.
Selak buku penulisan kreatif dan kata-kata motivasi daripada penulis tersohor Faisal Tehrani. Semoga terbangun daripada tidur.
Seterusnya membuka emel dan mendapat jemputan =) Tunggu respons teman seperjuangan. Selalunya dia yang akan mesej. Bripp.. bripp.. Nak pergi ke tak?? Macam teringin nak ikut sekali. =)

Mood selebihnya, seronok pula baca buku ni. Santai habis!

Jom..

Thursday, May 31, 2012

Musim Cuti Sekolah

Dalam kesibukan kaum lelaki mengejar waktu Zohor sekaligus menunaikan sembahyang Jumaat, saya mengambil peluang untuk mencoretkan sesuatu di blog 'kepunyaan sendiri' yang juga 'hak sendiri'.
Hasrat untuk menyiapakan Abang Karat sekadar hasrat. Huruf A masih belum bermula!
Kesibukan mengajar dan belajar diselitkan dengan aktiviti liburan yang melampau menyebabkan banyak perkara tidak dapat diselesaiakan seperti yang sepatutnya.

Kembali ke pangkal jalan! Bahagikan masa ye CZ...

Seronok orang lain bercuti. Saya masih di sini menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar yang baru sahaja menamatkan sesi kuliah semester pertama pukul 12.01 pm sebentar tadi. Menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik di pusat tuisyen membuatkan saya terpaksa bekerja lebih keras dalam menelaah kembali pelajaran-pelajaran lepas. Hal ini seterusnya membuat otak saya kembali berfungsi dan beberapa bab yang selama ini diabaikan akhirnya melekat dalam otak. Ada hikmah juga. Kesediaan sebagai pelajar sarjana muda dulu rasanya masih belum lengkap sepenuhnya. Mengejar tugasan dan tarikh hantar, mengejar peperiksaan dan skornya. Malangnya ilmu di dada masih tipis.

Mungkin atas sebab itulah, CZ masih belum ada rezeki bekerja tetap dan terus mematangkan minda dengan meneruskan pengajian. Apapun dugaan dalam pengajian sarjana sekalipun Bahasa Melayu tidak boleh dipandang sebelah mata. Cuba dahulu baru tahu ketegarannya.

Peperiksaan akhir bermula 15 Jun nanti. Semoga terisi dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang. CZ tidak ada wang RM600 tetapi saya ada usaha. Semoga dengan usaha itu mendapat keredhaan dan keberkatan daripada YME.


Thursday, May 24, 2012

Entri Lewat : SHG!!

Rezeki mencurah-curah tetapi tidak semua kita mampu terima. Ada juga batasannya. Setakat yang termampu itulah rezeki seadanya =)
Sedikit sebanyak berbekalkan ilmu yang ada dan keyakinan diri yang masih tersisa serta muka serius yang ala kadar ini dapatlah mencurah bakti kepada anak bangsa. Walaupun kadang-kadang soalan-soalan mereka menguji pengetahuan 'Cikgu' yang agak 'tua' tetapi masih 'muda' ilmu namun semua itu dianggap cabaran. Berbeza kehidupannya dengan rakan-rakan yang mendapat bimbingan dalam pendidikan, ternyata mereka lebih profesional.

Walaupun agak lewat tetapi saya ingin juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik =)

Tuesday, May 8, 2012

Kelas Tambahan

Tadi saya dapat panggilan daripada tuan punya tempat tuisyen. Ada kelas tambahan =) pagi-pagi!! oh..
Redah saja la pagi pun. Bermula musim cuti sekolah nanti! Alhamdulillah rezeki tapi itulah kerja di universiti pun kena seiring juga.
Kadang-kadang duduk di rumah tak ada kerja pun bosan juga. Tambahan kalau tak ada aktiviti. Walaupun sedikit terbeban, tapi itu kan pengalaman!
Tak tahu tahun bila hendak habiskan Master. Gaya macam lambat lagi tapi tekad hendak habis awal. Lengai!! Banyak sangat berlibur. Hati terus tepu! Tak tahulah..


Monday, May 7, 2012

Terharu dan sayu

Sudah beberapa hari tidak melayari laman sosial mahupun membuka Notebook yang agak 'tua' ini. Juga tidak sempat melakarkan cerita-cerita indah dan pahit yang dilalui. =)
Sebaik sahaja Log In ... Terlihat satu post istimewa drpd idola. Walaupun watak utama bukan diri sendiri, tetapi berbaloi apabila Dr Kamariah tetap mengingati dan menyebut diri yang kerdil ini. Mungkin watak dalam bidang pengkaryaan masih belum timbul, maka diingatkannya lagi. Tahniah buat teman seperjuang Hilmi Ahmad semakin hari semakin meriah karyanya di lapangan penulisan kreatif.
Sejenak terharu dan rasa berkobar-kobar. Bila mahu mula? Diam menyepi! InsyaAllah.. pasti cuma belum tahu keadaanya.. InsyaAllah dengan satu tekad yang pasti! Terima kasih idola saya! Dr. Kay..

Sejurus beberapa minit perasaan terharu menyelubungi diri, tiba-tiba perasaan ini berubah. Biarpun tidak hilang tetapi diganggu dengan suatu bunyi yang agak sayu.
Hidup berjiran dengan kaum-kaum bukan Melayu (1 Malaysia) tidaklah menjadi satu masalah. Amalkan sikap terbuka dan sentiasa berprasangka baik, InsyaAllah sentiasa akan rasa senang.
Namun begitu, terdapat juga beberapa masalah yang terpaksa untuk kita terima dan cuba bertolak ansur. Kalau dulu, anjing itu merupakan binatang yang susah untuk didekati tetapi tidak sekarang. Walaupun terpaksa 'samak' kerapkali akibat najis-najis yang disimbah ke luar rumah dan terkena kaki kita, harus diterima dan samaklah. Andai pun terpaksa masuk dari pintu tempat penumpang ke tempat pemandu, itu akan saya buat untuk elakkan daripada terkena najis anjing. Hmm ..

Anjing pun manja dan kenal kita yang selalu 'slow talk' dengan dia.. hahaha..
Yang sayu itu belum diceritakan lagi.
Sayu! Ya, sayu. Anjing yang hari-hari tergedik-gedik melihat kita, mahu merapati kita, berebut makanan apabila diberi ayam-ayam, tiba menjerit sakit! Kenapa?? Saya tak tahu! Takkan nak turun bilik kemudian mencari arah bunyi itu kan? Yang pasti kedengaran bunyi seperti dipukul... Ah, anjing itu menjerit lagi. Makin mahu luruh jantung ini. Terpaku saya di jendela sambil hati ini rasa meronta-ronta hendak melihat kejadian apakah itu?!! Anjing lain pun terkejut. Semua pandangan menghala ke rumah anjing yang dipukul..
Dan setelah beberapa kali menerima hukuman yang menyakitkan barangkali, anjing itu diam.. Jantung saya mula bergerak stabil.. Namun.. terus tersayat dengan bunyinya yang seperti anak kecil 'menangis itu.

Janganlah dihukum sebegitu! Terlalu jelas bunyi sebatan demi sebatan sepertinya dihukum kerana benda yang berat-berat sahaja.



Friday, April 27, 2012

Hari-hari Makan Pisang

Pisang dan kehidupan seharian bukanlah suatu perkaitan yang besar dan bukan juga isu penting untuk diperbesar. Perkaitannya dengan diri CZ tidak lain tidak bukan untuk mengurangkan pengambilan makanan lain yang boleh menambahkan berat badan. Nak sedap cerita, elakkan daripada santap makanan-makanan yang menggemukkan.

Perkaitan yang kedua, saat kepala keliru dengan pilihan, CZ harus menyumbat makanan seberapa banyak yang boleh bagi merangsang keaktifan minda. Hahaha.. tidak ada dalam ilmu sains. Jangan dicari pun!

Pensyarah oh pensyarah! Tidak perlu sebut siapakah gerangannya. Yang paling penting CZ menganggap penilaiannya sangat tidak adil. Belum sesuai untuk CZ ceritakan kisahnya di sini waktu ini memandangkan CZ harus mengemudi sehingga ke akhir semester ini.

Apapun semoga Tuhan menyedarkannya dan membantu CZ mencapai target yang diinginkan. =)
Esok rasanya nak bertandang ke tempat yang 'kayoo buku'... InsyaAllah

Wednesday, April 25, 2012

CZ sudah kembali bernafas

Bukan mati tidak bernyawa! Ini merupakan penegasan. =)

Alhamdulillah berkat kesungguhan mencari papan kekunci akhirnya dengan harga RM 49.90, CZ telah dapat membeli huruf-huruf yang senang ditekan dan memudahkan kerja-kerja CZ.

Mulai dengan inilah segala urusan yang berkaitan dengan blog akan terus bergerak lancar tanpa semput lagi. Tengok la nie ada noktah ................................ malah ada juga no 1 1 1 1 1 1 dan tanda !  ! ! ! ! !!

Kadang-kadang apabila kita kehilangan sesuatu barulah kita tahu menghargainya.

Selamat kembali buat CZ =) dalam dunia blog. Sekarang sibuk menyiapkan tugasan. huhuhu..
Assalamualaikum

Wednesday, March 28, 2012

Entri tidak bernoktah

Entri tidak mungkin mampu meletakkan tanda noktah atau nombor satu kerana keuzuran notebook yang sangat kritikal
Saya hanya mampu menaip dan Enter sahaja
Backspace pun rosak tetapi masih boleh goyangkan jari pada ruang backspace yang sudah tercabut itu
makanya entri ini tidak bernoktah

Hahahaha

Mengimbas kembali perjalanan ke sini (UPM) terasa ada pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi terutama sekali perkara-perkara yang berkaitan dengan WANG

Sebulan yang pertama saya sibuk mencari mana-mana tempat yang mampu memberikan gaji dan memerlukan khidmat pekerja spt saya tetapi biasalah bukan senang sehinggalah Cik Sera sanggup melepaskan tugasnya sbg guru BM di pusat tuisyen kpd saya

Alhamdulillah bulan April nanti rezeki mungkin akan bertambah
Syukur Ya Allah dan terima kasih yang tidak terhingga kpd Sera

Kerunsingan yang berakar umbi semakin diuji apabila :

~ dapat duit TC saya cari Broadband Celcom dengan penuh gembiranya tetapi selepas 2 hari laptop meragam dan kemungkinan besar Motherboard rosak
~ Saya telefon kat kampung minta hantar notebook lama dan inilah hasilnya apabila kelajuan notebook semenjak 2006 ini hanya sekadar membuahkan penyakit hilang sabar
~ Saya pinjam laptop housemate saya tetapi charger laptopnya rosak di tangan saya huhu nasib baik ada yg sudi menghulur sedikit bantuan wang kalau tidak dot3
~ Saya juga telah secara tidak sengaja merosakkan balang blender apabila terlanggar balang blender yang sudah basuh itu lalu menyebabkan ia pecah haduhh masih belum berganti
~ kereta saya disekat dan bakal dikejar otai2 kerana duit tidak penuh di bank hahahaha nasib baik mak tolong
~ duit almari kantoi lagi sebab mak belum dapat duit dividen katanya tunggu pru pulakkk aduyaiiii

macammmmm2

Monday, February 13, 2012

Saya Pelajar! =)

Dah selamat sampai ke Selangor beberapa hari lalu dan hari ini sudah selamat mendafar. Rabu nanti ada taklimat di FBMK. Perubahan cuaca menyebabkan saya jadi tidak sihat tiba-tiba.

Namun begitu, bolehlah kiranya hari ini saya mengiktirafkan diri kembali sebagai pelajar walaupun otak kian blurr =)

YA, SAYA SUDAH JADI PELAJAR.

Terima kasih emak, kawan-kawan dan semua yang banyak menyokong saya. Love u all la..

P/s : Nad.. tolong mis col nombor aku ok!! susah betul nk jmpa Ziana Zain nie.. :)

Monday, February 6, 2012

Hai laa Bomoh...

Lebih kurang lepas Isyak, Bonda ajak aku pergi jumpa bomoh. Katanya, sakit tangan. Mak aku dengan bomoh memang 'rapat' sebab pantang sakit bomohlah nombor 1. Doktor pun sudah jadi ala kadar.

Aku? Malas sebenarnya nak berbomoh-bomoh ni tapi orang berniaga adatlah kan, mesti jumpa bomoh punya sebab takut dikhianat ceritanya. Berbekalkan ayat Kursi, ayat besar inilah yang aku amalkan setiap hari. Itu lebih penting.

Dijampilah segala jampi, semoga dengan ikhtiar begini Bonda mampu sihat. Psikologi juga kadang-kadang tetapi ada juga yang diizinkan-Nya. Alhamdulillah, selagi tidak berniat untuk mengkhianati orang lain, dan selagi tidak menyimpang jauh, aku rasa tidak apa-apa.

Sekali Bonda aku bawa keluar cerita aku.
"Tolong tengok sat pasai apa tak dapat kerja lagi nie?"

Wah, dah jadi peramal masa depan tok bomoh tu! Mulalah tak suka. Nak tahu apa dia cakap selepas mengira nama aku? Sebelum itu dia ada tanya, berapa tahun belajar? Maksudnya, sambung master ini la kan.. hmm..

Lepas aku cakap dia kira lagi, lepas tu, "Pakcik cakap jangan marah la no.. Hang pi nie berdasarkan apa yang pakcik kira, setahun awai ja berjaya lepas tu hang gagal. Bab lelaki hang tolak tepi dulu no.. Hang kena sabar, tempuh jugak!!"

Adeh! Macam nak tersandar aku dengar perkataan GAGAL.

Terfikir juga pasal kawan-kawan yang berjuang teruk untuk viva dan tesis. Takkan aku nak gagal kot!! Fikir rasional, tak ada sesiapa pun tahu nasib kita di masa depan. Berjaya kita atau gagal kita Allah swt yang tentukan bukan tafsiran bomoh.

Memang terasa jugalah bahang ketakutan untuk gagal tetapi itukan lebih bagus daripada kita terlalu yakin dengan perjuangan kita. Takut untuk gagal akan membantu kita supaya lebih bersedia pada masa depan. Apapun, kawan-kawan, ibu bapa, jika aku sedang menuju ke arah kegagalan atas sebab-sebab tertentu, tolonglah bangunkan aku. Hati aku tidak kuat sebenarnya. Hanya coretan sahaja yang menggambarkan kekuatan tetapi dalaman tidak begitu.

Apapun, aku berdoa agar Dia sentiasa melapangkan dadaku dan memudahkan perjalananku.

Amin..

Sunday, February 5, 2012

Kurangkan FB!!




Betul kata Cik Nad.. Dia mahu berpuasa daripada melayari FB! Matlamat puasa FB Cik Nad dan aku mungkin berbeza tetapi caranya akan sama. Aku akan cuba mengenepikan FB buat sementara waktu.

Setelah berfikir panjang untuk berada jauh daripada seseorang, aku rasa langkah yang seterusnya adalah fokus dan tidak lagi menoleh ke belakang. Maksudnya, aku ingin mengubati hati dengan kesibukan dan dunia baru aku nanti.

Mudahkah bagi seseorang itu memujuk hatinya dengan memberi kata-kata nasihat dan motivasi setiap hari termasuklah mencari tips-tips untuk melupakan kenangan demi kenangan? Cubalah.. Atau anda sendiri akan lebih rasa stres daripada saya. Namun, tak semua yang kita lalui harus dilayan sehabis hati, sebaik-baiknya carilah langkah yang terbaik untuk meredhainya selain daripada terus memanjat doa kepada Yang Maha Esa.

Satu keluhan berat pasti akan terasa tetapi kalau kita amati betul-betul, kita takkan pernah terlepas daripada permainan perasaan melainkan kita tidak menempuhinya.

 ada video yang telah dipadam kerana CZ tak bertudung. Jaga aurat! =))


hahahaha... aku bukan najwa latif mahupun gadis tuturial selendang!! haahaha...
Tapi inilah percubaan pertama untuk gantikan heroin GK!!! kahkahakha...
tak faham??
no 1: akulah tuan blog
no 2 : tulah blackberry aku yg aku guna untuk col je.. so apa2 hal bb col aku =)
no 3 : gud!! kat sapa yg tengok nie.. thanks haha
no 4 : aku sewel sekejap .. kih3..
no 5 : bye2 dalam keadaan yg sangat pemalu wakakakaka...

Saturday, February 4, 2012

Blog dan Diari

Hari-hari melawat blog sendiri rasa macam nak tulis saja. Mungkin hendak mengasah otak barangkali. :)

12 Rabiul Awal.. hari keputeraan Nabi Muhammad saw.. seperti yang ditulis semalam.
Salam Maulidur Rasul semua. Jom berselawat ke atas nabi.

'Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim'

Blog ini sebenarnya kadang-kadang berperanan sebagai diari kehidupan kita. Bezanya kita tidak perlu memperincikan setiap data. Akhir-akhir ini banyak luahan perasaan dicoretkan dalam blog yang bersifat terbuka ini. Tidak semua. Hanya sipi-sipi kehidupan yang mampu dikongsi secara umum.

Aku berniaga sehingga minggu depan hari Rabu. InsyaAllah..

Isnin : buat X-ray , servis kereta dan cari perfume
Selasa : kemas barang
Rabu : periksa keperluan yang lain-lain
Khamis : gerak ke rumah sepupu
Jumaat : gerak ke Serdang dengan bantuan kawan

Penting untuk hari Isnin - Khamis : Gemersik Kalbu!!! hahaha..

Friday, February 3, 2012

Feb 2012

Februari 2012 ~ Selepas cuba memujuk hati untuk berubah angin di tempat lama akhirnya bakal juga memberi kenyataan. Ya, aku datang Encik UPM. Walaupun desas-desus menunjukkan bahawa aku ingin dekat di samping Bonda tetapi apakan daya kita hanya merancang. Tak sanggup tunggu untuk semester depan, kerana umur semakin bertambah. Maka, perjalanan diteruskan dengan menerima saja tawaran awal. Memang takdir di situ agaknya =)

Adakah otak mampu berfungsi seperti yang sepatutnya? Belum teruji lagi untuk diberikan jawapan.

Apapun, kehidupan baru bakal bermula. Orang kata, kejayaan itu apabila ada karier dan rumahtangga. Ya kah? Aku masih belum berjaya lagilah. Sekurang-kurangnya apabila sudah ada karier ada juga sedikit kriteria kejayaan. =)

Secara keseluruhannya, aku masih belum buat ujian X-Ray atau pun menyiapkan barang-barang dengan penuh bersemangat. Kereta banyak masalah. Tayar tiga biji kena tukar. Kos? RM140 X 3 = RM420!! Servis kereta lagi. Duit rumah. Duit yuran.

Macam-macam perlu dibuat dalam masa terdekat ini. Berusaha tangga kejayaan. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian!
Ya memang parah duit sekarang. Makan ribu.

Kalau aku tidak kentalkan hati manakan mungkin aku keluar dari kampung yang tidak mungkin menjanjikan apa-apa untuk aku. Aku tidak mahu menyesal di kemudian hari. Apa yang aku lakukan selama ini adalah impian aku. Aku tolak tepi soal kahwin sebab impian.

Kadang-kadang macam kelakar, Bonda cakap, "Pi belajaq tak payah dok bercinta-cinta dah. Belajaq betui-betui.."

Umur anak sudah 27 tahun kot! =)

Bonda (Mak) diam. Lepas itu dia cakap, " Mak tak mau dah orang dok kecewakan anak mak!"

Fuh! Macam nak nangis pun ada. Begitulah kasih emak kepada anak sampaikan soal hati pun dia ambil peduli. =)

Buat masa sekarang, belum lagilah tapi tak berani janji depan-depan. =) Haha... Yang paling penting, mereka bahagia. Tiba-tiba rasa teringat kepada mereka-mereka tersebut. Wah, seronok pula sebab sekurang-kurangnya aku dah memberi laluan untuk mereka bahagia. Selebihnya pandai-pandailah nak hidup.

Tinggal yang seorang inilah yang selalu ada memberi bantuan baik sokongan moral dan kewangan. Tak pernah kedekut pun! Jangan risau, aku sentiasa ingat jasa baik orang dan sekalipun dia beranak pinak nanti, aku akan sentiasa ada untuk membantunya pula. Amin.. Mudah-mudahan.


AHAD -
Hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. bersamaan 12 Rabiul Awal.
Nabi Muhammad s.a.w lahir pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.

Wednesday, February 1, 2012

Kes Man dan Nina

Hidup ini kadang-kadang menyeronokkan untuk sesetengah orang tetapi bagi yang memikul bebannya pasti keperitan yang dirasa. Secara ekslusifnya, saya merasmikan GOSIP SETEMPAT ini dengan sebuah cerita yang mungkin pernah berlaku di sekitar anda.

Kebiasaannya kita tidak akan menamakan pelaku dengan nama sebenar apatah lagi lengkap dengan nombor MyKad! Jadi cukuplah sekadar anda faham bahawa pelaku itu bernama sekian-sekian yang membolehkan anda tahu bahawa dia itu lelaki atau perempuan. Nama yang dipilih adalah berpandukan 'suka hati' penulis semata-mata. Haha.. Tak lawak jangan gelak! =)

Ok.. Terus kepada cerita.

Kenakalan di usia remaja memerangkap mereka dalam sebuah perkahwinan. Si perempuan berkahwin ketika usianya belum cukup 16 tahun! Perkahwinan mereka yang berunsur 'menyelamatkan' antara satu sama lain berlangsung seperti yang sepatutnya.

Nakal si suami (Man) dan nakal si isteri (Nina) tidak ada banyak bezanya. Jika si suami gemarkan dadah dan kehidupan tidak sihat seperti itu, si isteri pula rela ditiduri lelaki lain. Cerita demi cerita didengar. Anak semakin bertambah. Si suami setiap tahun ada saja kes, malah penjara ibarat rumah kedua. Si isteri pula semakin ligat.

Semua ini berlarutan hingga kini. Sementelah Man telah dikurung di dalam penjara beberapa bulan, Nina bertindak mencari lelaki lain malah terfikir untuk berpisah dengan suaminya. Nina sendiri rasa tidak bahagia, kewangan yang tidak terurus, kasih sayang yang diharapkan tidak sampai malah kebahagiaan rumahtangga yang diidamkan juga tidak pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan tidak pernah terjadi !

Ya, pernah. Waktu itu ketika Nina dan Man baru berkahwin dan cinta mereka masih berbunga-bunga. Apabila umur semakin meningkat dan Nina rasa tidak dihargai serta keperluannya tidak cukup, mulalah dia keluar daripada masalahnya dengan cara begitu. Man masih tidak mahu berusaha untuk memulihkan hubungan mereka sebaliknya ralit dengan dunianya sehinggalah fizikalnya makin susut dan otaknya seakan tidak berfungsi dengan aktif. Man tidak gila. Hanya otaknya saja yang lembab!

Sekarang ini Nina sedang bersekedudukan dengan teman lelakinya yang pada hematnya mereka akan berkahwin selepas dia bercerai dengan Man. Malangnya, Man seolah-olah mementingkan diri sendiri. Man tahu tiada sesiapa pun mahukan dirinya! Man tidak mahu menceraikan isterinya. Antara kasih atau kepentingan sendiri, Nina terpaksa akur dengan keputusan Man. Dia semakin bingung. Teman lelakinya mampu memberi bahagia. Sedangkan jalan kembalinya ini pasti mengundang derita apabila sekali lagi tubuh badannya akan menjadi bahan sepak terajang suaminya yang panas baran.

Man mengugut untuk melakukan sesuatu kepadanya. Mungkin dirinya atau teman lelakinya akan terkorban. Nina tidak mampu meloloskan diri daripada Man. Perbicaraan akan mengambil masa yang panjang. Dia akan terseksa terlebih dahulu sebelum kes permohonan cerainya selesai. Kali ini, Man merayu-rayu dan berjanji akan memberikan kemewahan kepadanya.

Nina buntu. Dia dan Man sama-sama bermasalah. Dia tidak boleh hidup puas jika hanya bersama dengan Man.

Mungkin Nina dan Man akan bersama kembali. Tetapi di manakah berakhirnya permasalahan mereka??

Monday, January 30, 2012

Bakal Adik Ipar



Ini kesedihan lama yang sengaja dimuatkan dalam entri blog. =) Sekarang muka sudah ada senyum. Adik bongsu, dan memang dialah satu-satunya adik yang saya ada telah pun selamat ditunangkan dengan 'gefren' dia Jamilah @ Mila..

Berapa belanja dan mas kahwinnya biarlah rahsia. InsyaAllah tahun ini juga kita bina istana mereka. Kakaknya?? Hahaha.. Belum terfikir lagi kot! Bagi laluan kepada adik dulu.

Tuesday, January 24, 2012

Perangsang

Semalam dikunjungi bapa saudara dari Pahang. Lama tidak berjumpa tapi syukur dia masih mengingati aku yang nakal nie. Dia ingat lagi tindakan tak cerdik aku dulu. Kelakar pun ada! Maklumlah, aku bukan sempurna. Kadang-kadang bila tak dapat kawal emosi, macam-macam berlaku. Apabila dah sedar, barulah berfikir yang tindakan kita itu sebenarnya salah. Apapun, lebih baik sedar akan kesalahan sendiri daripada menuding jari pada kesalahan orang lain.

Dia masuk tengok aku masak! Auch! Maluuu..
Lepas tu mulalah dia cerita yang dia lima kali ambil m-test!! KPLI.. Dia pesan jangan putus asa. InsyaAllah, setakat ini aku masih belum berputus asa cuma kadang-kadang saja rasa stres.
Sekarang dia dah dapat. Ustaz lagi tuuue.. Malah melanjutkan pelajaran di UKM peringkat sarjana. Katanya sekarang proses viva. Tak lama lagi la tue.. Seronok, isteri dia pula sambung Degree..

Tengok orang bersembang pasal perjuangan macam nie, mulalah rasa semakin bersemangat. Mujur masih ada saki baki kawan dekat KOLUMPO tu =) Terubat sunyi la nanti walaupun masing-masing sudah menggenggam dan bakal menggenggam Master.

Biasalah ;

Apabila kita ingin melangkah ada yang berkata ya, ada yang berkata tidak, ada yang berkata ikut suka..

Kekuatannya kita cari. Kecekalannya kita diri. InsyaAllah, kesusahan awal begini ibarat bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian. Amin..


p/s : Ya, saya pakai tudung nanti!!

Saturday, January 21, 2012

Angkara Drama TV



Slot Akasia TV 3 punya angkara!!

Baru-baru nie layan Tentang Dhia, itu pun disebabkan ada orang suruh tengok kan.. Kalau tidak malas nak layan tv sangat. Sebab memang dari dulu lagi, tv dibelakangkan. Bila dah tengok memang tak boleh tinggal. Sebab itulah saya malas menjadi penonton setia, tak pasal-pasal setiap hari makan tv, tidur tv, minum tv.. bla.. bla.. bla..

Pukul 7 - 8 malam memang wujudlah seorang manusia berjantina perempuan kat depan tv tu! Campur dengan mak, makanya kami dua dah mencukupkan kaum perempuan terbanyak di rumah tu. Dua pun dikira banyak ok! =)

Kenakalan Aqasya dan kelurusan Ayu Raudhah memang memikat hati suciku. Eh, suci ke? Haha.. Sebelum ni, tak adalah pula rasa nak minat dengan mamat Aqasya tu kan.. Gila memang tak berapa minat pun! Aa...kalau dia baca mahunya sedih. Tapi lepas Gemersik Kalbu ni, pehlamak!!! Minat terus. Jatuh cinta pun ya.. Tapi bukan pada Aqasya .. hanya pada watak nakal tersebut. Ha, baru sesuai dengan jiwa.

Mak kata, bilalah nak merasa kena mengorat macam tu! Wah, mak pun layannnnnn.. hahaha..

Aura tersebut menggoncang duit poket yang semenjak kebelakangan ini terpaksa dijimatkan. Maka keluarlah duit RM 19.90 kat kedai tepi dalam bangunan The Store tu! Nampak Ombak Rindu tapi itu boleh nanti-nanti sebab GK harus didulukan.

Balik rumah beria-ia je saya cerita dengan mak. "Kak dah beli Gemersik Kalbu."

Terusss... Dia mintak! Tak boleh.. Tak boleh.. Tak boleh..

Masuk dalam bilik, dia pakai kabel anak buah pula suruh minta dengan MaCik!!
Tak boleh.. Tak boleh.. Tak bagi!

Hmm.. timbullah sikit rasa kesian. Alah, setakat novel apalah salahnya beralah. Mak lagi banyak beralah dan berkorban untuk kita. Keluar saja dalam pukul 830 malam macam tu, terus bagi mak. Pukul 1 pagi mak dah siap khatam!!

Pergh!!! ........

Dah agak dah mesti dia skip!! Konpem..!!

Apapun, terbaiklah! Semangat berkobar-kobar nak baca ni. =) jommm..
Fakta penting : Sayalah Ayu Raudhah malam ni...

Friday, January 20, 2012

Simptom

Penguat semangat! Haha..

Di sebalik perjuangan masih ada yang sayang. =) Apapun, penyakit lama datang balik. Memang sebelum ni jarang-jarang tapi semenjak hendak memasuki alam kampus ni, ada pula rajinnya datang bertandang.

Sudah lama hari-hari saya macam tenang dan sihat. Kenapa sakit datang? Ujian la tu! Jangan sampai tengah malam menyerang macam dulu dah.. Apabila difikirkan balik, salah makan ke? Cara hidup tidak sihat ke? Oh.. Mungkin tidak jaga tidur dengan baik! Tapi dulu pun macam ni..

Migrain!! Serang macam nak bagi demam!

Dulu masih ingat, pukul 3 pagi saya bangun sebab benda ni la. Nangis! Sebab tak mahu makan ubat dan berasa kuat untuk bertahan. Stok ubat tu ada tapi saja tak mahu biasakan. Makin lama makin mencengkam. Memang kena makan ubat.

Sekarang ni, tengah memandu, tengah masak.. Semua waktu dia serang!..

Tiap-tiap hari pulak!! Hmm tak mengapalah.. Mungkin dugaan dan sebagai persediaan agaknya.

Terbayang FBMK, perpustakaan, food court tapi kenapa masih tak terbayang bilik tidur????
Harapnya mendapat tempat tinggal yang baiklah.
Malah yang paling diharapkan adalah pekerjaan. Gila kot!! Nak makan apa kalau tak kerja?? Kereta! Sewa bilik! Buku! Minyak kereta!

Saya yakin Allah swt berada dengan saya. Amin.. Permudahkanlah segala urusan hamba-Mu.

Perasan Tak???

Hahaha.. Tajuk pun dah macam perasan kan?

Menunggu masa untuk berniaga, apalah salahnya menyumbang sekerat dua dalam blog tercinta.
Perasan tak?

Perasan tak blog ni dah lain? =)

Mahunya tidak, sudah lama tidak update.. Nak Sign In pun tak tahu di mana tempatnya. Tragis kan??

Ok.. Malam ini InsyaAllah.. blog sudah manis dipandang dan Simple!! Senanglah hendak mengkaryakan idea.. =)

Friday, January 6, 2012

Jom Hatyai ~ Ada Kisah di Sebaliknya =)

Pertama sekali, macam biasa saya alah apabila berbicara hal perasaan. Macamlah orang lain tidak ada perasaan kan? =) Bezanya, beginilah saya cuba mengusir perit, pahit, sedih yang masih berbaki. Tambahan, jika masih ada rindu. Hahaha..

Jom.. Layan sekerat dua. Khas untuk insan istimewa dalam hidup ;


Saatku meminta
Kau tidak mahu
Saatku bersuara
Kau tetap membisu
Saatku setuju
Kau keliru
Saatku perlukanmu
Kau berlalu

---------------------------------->>
Taman hati ini masih bersisa kasih
Namun jika sudah ada yang memilih
Tiada daya terus menagih

<<------------------------------------------

Tawa
Riang
Senyum
Mesra
Bakal bertamu
Dalam peti kenangan
sebagai
Buah-buah kemanisan

<<------------------------------>>


Citra Zura ~ 2012, Jan 07


Hmm.. sudah selesai beberapa baris ayat-ayat hati. Kenapa saya bilang itu ayat-ayat hati? Tentulah kerana segala yang terlahir itu terus datangnya daripada hati yang tulus. Wah.. =)

Kalau hendak membariskan madah-madah itu di Facebook rasanya macam terlalu 'geli' sebab banyak yang boleh meneka! Malah, tidak sesuai rasanya berkasih-kasih, berputus-putus, bercinta-cinta, bercincang-cincang di dalam laman sosial sebegitu.

Ok.

Berhenti!
Sebenarnya esok nak pergi Hatyai!!!
Tak adalah seronok sangat pun sebab macam dah pernah pergi saja =) Kenangan lagi! Ah, kenapalah terlalu banyak kenangan. Tak ada kenangan tak seronoklah bukan?
Esok ikut Bonda! Bonda belanja semua. Inilah kenangan yang paling menyeronokkan. Hahaha..

Balik esok, saya akan mula fokus dengan dunia penulisan dan bersiap-sedia, mental dan fizikal untuk menuntut ilmu. Amin..

Jadikan saya seorang yang tabah dan kuat! Saya tidak mahu terlalu bersedih kerana takut menambah duka lagi =) JOm senyum

Doakan saya selamat sampai dan selamat pulang.





Thursday, January 5, 2012

Di Awal 2012

Antara rela dengan tidak, akhirnya sekali lagi teruji dengan dugaan berat. Sekalipun cuba bertengkar dengan hati agar tidak terlalu melayan rasa-rasa itu, tetapi siapa kita untuk menolak kewujudan kasih sayang. Siapa kita untuk mengusir perasaan yang bertandang.

Letih juga menangis. Namun, siapa yang peduli. Hal kita adalah hal kita. Hati kita adalah hati kita. Sekali lagi dikecewakan tidak bermakna kehidupan kita mati di situ. Mungkin ada yang lebih baik dan semestinya HIKMAH itu ada di sebalik setiap kejadian.


Tak senang untuk kita menyerahkan hati. Tapi senang untuk dilukai.

Sugul! Muram! Sedih! Menangis!

Itu semua lumrah. Jika tidak lalui memang tidak sah. Seperti kebiasaannya, menulis adalah penawar saya. Memang berbaloi. =)

Ingatkan 2012 lebih baik tapi rupa-rupanya ada sesuatu yang sangat perit menunggu. Mahu atau tidak, harus hadapi juga. Biarlah Dia yang tahu segala-galanya. Beri saya kekuatan dan ketabahan, itu sudah memadai.


Tik! Tok! Tik! Tok!

Masa berlalu sesaat demi sesaat. Air mata pun takkan nak selalu gugur. Kering jugalah nanti.

Siap satu kes Tahun Baru 2012.

-----------

Apapun syukur Alhamdulillah apabila diberitakan oleh Helmi Ahmad mengenai Tunas Cipta Jan 2012. Sejujurnya bukan senang hendak dapatkan majalah tersebut di Perlis, malah sampai ke Sungai Petani mencari pun tidak ketemu.

Sekali lagi, dipelawa untuk turut menyumbang cerpen bersama penulis-penulis Perlis. InsyaAllah, semoga lembaran yang teruji ini akan menjadikan saya lebih berpacu ke depan. Mungkin sudah tiba masanya saya kembali bangkit dan mengasah bakat penulisan yang sudah lama tidur.

Tambahan, setiap kali ralit ada sahaja yang mengejutkan saya supaya tidak terlalu lena. Terima kasih kawan-kawan.

Syukur kepada Allah s.w.t. kerana selalu memberi peringatan kepada saya. Menghantar insan-insan yang sering memberi dorongan dan galakkan yang tidak pernah putus. Ya, sebenarnya saya masih dihargai cuma saya yang memilih untuk menyendiri.

Sebulan lebih lagi, saya akan berperang dalam perjuangan menuntut ilmu. Di mana saya menapak itu bukan lagi perkiraan, kiranya jika terpaksa jauh daripada Bonda, saya harus akur dan saya mengharapkan Bonda sihat-sihat saja. Dan jika dekat dengan Bonda, Alhamdulillah, saya terasa lega sangat dan memang itulah harapan saya. Dapatlah saya jenguk Bonda selalu =)

Di mana lokasinya, kita tunggu sajalah. Sekarang buang derita, buang sengsara dulu! =)

Panaskan jejak kepengaranganmu. InsyaAllah, saya percaya saya boleh buat. Amin.

Mohon petunjuk dan hidayah-Mu, ya Allah..
Mohon dimurahkan rezeki, Ya Allah...
Mohon ampun atas segala dosa-dosaku, Ya Allah..
Mohon diberikan yang terbaik untukku, Ya Allah..
Mohon keredhaan dan keberkatan-Mu, Ya Allah..


Amin, yarabbal'alamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...