Monday, January 30, 2012

Bakal Adik Ipar



Ini kesedihan lama yang sengaja dimuatkan dalam entri blog. =) Sekarang muka sudah ada senyum. Adik bongsu, dan memang dialah satu-satunya adik yang saya ada telah pun selamat ditunangkan dengan 'gefren' dia Jamilah @ Mila..

Berapa belanja dan mas kahwinnya biarlah rahsia. InsyaAllah tahun ini juga kita bina istana mereka. Kakaknya?? Hahaha.. Belum terfikir lagi kot! Bagi laluan kepada adik dulu.

Tuesday, January 24, 2012

Perangsang

Semalam dikunjungi bapa saudara dari Pahang. Lama tidak berjumpa tapi syukur dia masih mengingati aku yang nakal nie. Dia ingat lagi tindakan tak cerdik aku dulu. Kelakar pun ada! Maklumlah, aku bukan sempurna. Kadang-kadang bila tak dapat kawal emosi, macam-macam berlaku. Apabila dah sedar, barulah berfikir yang tindakan kita itu sebenarnya salah. Apapun, lebih baik sedar akan kesalahan sendiri daripada menuding jari pada kesalahan orang lain.

Dia masuk tengok aku masak! Auch! Maluuu..
Lepas tu mulalah dia cerita yang dia lima kali ambil m-test!! KPLI.. Dia pesan jangan putus asa. InsyaAllah, setakat ini aku masih belum berputus asa cuma kadang-kadang saja rasa stres.
Sekarang dia dah dapat. Ustaz lagi tuuue.. Malah melanjutkan pelajaran di UKM peringkat sarjana. Katanya sekarang proses viva. Tak lama lagi la tue.. Seronok, isteri dia pula sambung Degree..

Tengok orang bersembang pasal perjuangan macam nie, mulalah rasa semakin bersemangat. Mujur masih ada saki baki kawan dekat KOLUMPO tu =) Terubat sunyi la nanti walaupun masing-masing sudah menggenggam dan bakal menggenggam Master.

Biasalah ;

Apabila kita ingin melangkah ada yang berkata ya, ada yang berkata tidak, ada yang berkata ikut suka..

Kekuatannya kita cari. Kecekalannya kita diri. InsyaAllah, kesusahan awal begini ibarat bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian. Amin..


p/s : Ya, saya pakai tudung nanti!!

Saturday, January 21, 2012

Angkara Drama TV



Slot Akasia TV 3 punya angkara!!

Baru-baru nie layan Tentang Dhia, itu pun disebabkan ada orang suruh tengok kan.. Kalau tidak malas nak layan tv sangat. Sebab memang dari dulu lagi, tv dibelakangkan. Bila dah tengok memang tak boleh tinggal. Sebab itulah saya malas menjadi penonton setia, tak pasal-pasal setiap hari makan tv, tidur tv, minum tv.. bla.. bla.. bla..

Pukul 7 - 8 malam memang wujudlah seorang manusia berjantina perempuan kat depan tv tu! Campur dengan mak, makanya kami dua dah mencukupkan kaum perempuan terbanyak di rumah tu. Dua pun dikira banyak ok! =)

Kenakalan Aqasya dan kelurusan Ayu Raudhah memang memikat hati suciku. Eh, suci ke? Haha.. Sebelum ni, tak adalah pula rasa nak minat dengan mamat Aqasya tu kan.. Gila memang tak berapa minat pun! Aa...kalau dia baca mahunya sedih. Tapi lepas Gemersik Kalbu ni, pehlamak!!! Minat terus. Jatuh cinta pun ya.. Tapi bukan pada Aqasya .. hanya pada watak nakal tersebut. Ha, baru sesuai dengan jiwa.

Mak kata, bilalah nak merasa kena mengorat macam tu! Wah, mak pun layannnnnn.. hahaha..

Aura tersebut menggoncang duit poket yang semenjak kebelakangan ini terpaksa dijimatkan. Maka keluarlah duit RM 19.90 kat kedai tepi dalam bangunan The Store tu! Nampak Ombak Rindu tapi itu boleh nanti-nanti sebab GK harus didulukan.

Balik rumah beria-ia je saya cerita dengan mak. "Kak dah beli Gemersik Kalbu."

Terusss... Dia mintak! Tak boleh.. Tak boleh.. Tak boleh..

Masuk dalam bilik, dia pakai kabel anak buah pula suruh minta dengan MaCik!!
Tak boleh.. Tak boleh.. Tak bagi!

Hmm.. timbullah sikit rasa kesian. Alah, setakat novel apalah salahnya beralah. Mak lagi banyak beralah dan berkorban untuk kita. Keluar saja dalam pukul 830 malam macam tu, terus bagi mak. Pukul 1 pagi mak dah siap khatam!!

Pergh!!! ........

Dah agak dah mesti dia skip!! Konpem..!!

Apapun, terbaiklah! Semangat berkobar-kobar nak baca ni. =) jommm..
Fakta penting : Sayalah Ayu Raudhah malam ni...

Friday, January 20, 2012

Simptom

Penguat semangat! Haha..

Di sebalik perjuangan masih ada yang sayang. =) Apapun, penyakit lama datang balik. Memang sebelum ni jarang-jarang tapi semenjak hendak memasuki alam kampus ni, ada pula rajinnya datang bertandang.

Sudah lama hari-hari saya macam tenang dan sihat. Kenapa sakit datang? Ujian la tu! Jangan sampai tengah malam menyerang macam dulu dah.. Apabila difikirkan balik, salah makan ke? Cara hidup tidak sihat ke? Oh.. Mungkin tidak jaga tidur dengan baik! Tapi dulu pun macam ni..

Migrain!! Serang macam nak bagi demam!

Dulu masih ingat, pukul 3 pagi saya bangun sebab benda ni la. Nangis! Sebab tak mahu makan ubat dan berasa kuat untuk bertahan. Stok ubat tu ada tapi saja tak mahu biasakan. Makin lama makin mencengkam. Memang kena makan ubat.

Sekarang ni, tengah memandu, tengah masak.. Semua waktu dia serang!..

Tiap-tiap hari pulak!! Hmm tak mengapalah.. Mungkin dugaan dan sebagai persediaan agaknya.

Terbayang FBMK, perpustakaan, food court tapi kenapa masih tak terbayang bilik tidur????
Harapnya mendapat tempat tinggal yang baiklah.
Malah yang paling diharapkan adalah pekerjaan. Gila kot!! Nak makan apa kalau tak kerja?? Kereta! Sewa bilik! Buku! Minyak kereta!

Saya yakin Allah swt berada dengan saya. Amin.. Permudahkanlah segala urusan hamba-Mu.

Perasan Tak???

Hahaha.. Tajuk pun dah macam perasan kan?

Menunggu masa untuk berniaga, apalah salahnya menyumbang sekerat dua dalam blog tercinta.
Perasan tak?

Perasan tak blog ni dah lain? =)

Mahunya tidak, sudah lama tidak update.. Nak Sign In pun tak tahu di mana tempatnya. Tragis kan??

Ok.. Malam ini InsyaAllah.. blog sudah manis dipandang dan Simple!! Senanglah hendak mengkaryakan idea.. =)

Friday, January 6, 2012

Jom Hatyai ~ Ada Kisah di Sebaliknya =)

Pertama sekali, macam biasa saya alah apabila berbicara hal perasaan. Macamlah orang lain tidak ada perasaan kan? =) Bezanya, beginilah saya cuba mengusir perit, pahit, sedih yang masih berbaki. Tambahan, jika masih ada rindu. Hahaha..

Jom.. Layan sekerat dua. Khas untuk insan istimewa dalam hidup ;


Saatku meminta
Kau tidak mahu
Saatku bersuara
Kau tetap membisu
Saatku setuju
Kau keliru
Saatku perlukanmu
Kau berlalu

---------------------------------->>
Taman hati ini masih bersisa kasih
Namun jika sudah ada yang memilih
Tiada daya terus menagih

<<------------------------------------------

Tawa
Riang
Senyum
Mesra
Bakal bertamu
Dalam peti kenangan
sebagai
Buah-buah kemanisan

<<------------------------------>>


Citra Zura ~ 2012, Jan 07


Hmm.. sudah selesai beberapa baris ayat-ayat hati. Kenapa saya bilang itu ayat-ayat hati? Tentulah kerana segala yang terlahir itu terus datangnya daripada hati yang tulus. Wah.. =)

Kalau hendak membariskan madah-madah itu di Facebook rasanya macam terlalu 'geli' sebab banyak yang boleh meneka! Malah, tidak sesuai rasanya berkasih-kasih, berputus-putus, bercinta-cinta, bercincang-cincang di dalam laman sosial sebegitu.

Ok.

Berhenti!
Sebenarnya esok nak pergi Hatyai!!!
Tak adalah seronok sangat pun sebab macam dah pernah pergi saja =) Kenangan lagi! Ah, kenapalah terlalu banyak kenangan. Tak ada kenangan tak seronoklah bukan?
Esok ikut Bonda! Bonda belanja semua. Inilah kenangan yang paling menyeronokkan. Hahaha..

Balik esok, saya akan mula fokus dengan dunia penulisan dan bersiap-sedia, mental dan fizikal untuk menuntut ilmu. Amin..

Jadikan saya seorang yang tabah dan kuat! Saya tidak mahu terlalu bersedih kerana takut menambah duka lagi =) JOm senyum

Doakan saya selamat sampai dan selamat pulang.





Thursday, January 5, 2012

Di Awal 2012

Antara rela dengan tidak, akhirnya sekali lagi teruji dengan dugaan berat. Sekalipun cuba bertengkar dengan hati agar tidak terlalu melayan rasa-rasa itu, tetapi siapa kita untuk menolak kewujudan kasih sayang. Siapa kita untuk mengusir perasaan yang bertandang.

Letih juga menangis. Namun, siapa yang peduli. Hal kita adalah hal kita. Hati kita adalah hati kita. Sekali lagi dikecewakan tidak bermakna kehidupan kita mati di situ. Mungkin ada yang lebih baik dan semestinya HIKMAH itu ada di sebalik setiap kejadian.


Tak senang untuk kita menyerahkan hati. Tapi senang untuk dilukai.

Sugul! Muram! Sedih! Menangis!

Itu semua lumrah. Jika tidak lalui memang tidak sah. Seperti kebiasaannya, menulis adalah penawar saya. Memang berbaloi. =)

Ingatkan 2012 lebih baik tapi rupa-rupanya ada sesuatu yang sangat perit menunggu. Mahu atau tidak, harus hadapi juga. Biarlah Dia yang tahu segala-galanya. Beri saya kekuatan dan ketabahan, itu sudah memadai.


Tik! Tok! Tik! Tok!

Masa berlalu sesaat demi sesaat. Air mata pun takkan nak selalu gugur. Kering jugalah nanti.

Siap satu kes Tahun Baru 2012.

-----------

Apapun syukur Alhamdulillah apabila diberitakan oleh Helmi Ahmad mengenai Tunas Cipta Jan 2012. Sejujurnya bukan senang hendak dapatkan majalah tersebut di Perlis, malah sampai ke Sungai Petani mencari pun tidak ketemu.

Sekali lagi, dipelawa untuk turut menyumbang cerpen bersama penulis-penulis Perlis. InsyaAllah, semoga lembaran yang teruji ini akan menjadikan saya lebih berpacu ke depan. Mungkin sudah tiba masanya saya kembali bangkit dan mengasah bakat penulisan yang sudah lama tidur.

Tambahan, setiap kali ralit ada sahaja yang mengejutkan saya supaya tidak terlalu lena. Terima kasih kawan-kawan.

Syukur kepada Allah s.w.t. kerana selalu memberi peringatan kepada saya. Menghantar insan-insan yang sering memberi dorongan dan galakkan yang tidak pernah putus. Ya, sebenarnya saya masih dihargai cuma saya yang memilih untuk menyendiri.

Sebulan lebih lagi, saya akan berperang dalam perjuangan menuntut ilmu. Di mana saya menapak itu bukan lagi perkiraan, kiranya jika terpaksa jauh daripada Bonda, saya harus akur dan saya mengharapkan Bonda sihat-sihat saja. Dan jika dekat dengan Bonda, Alhamdulillah, saya terasa lega sangat dan memang itulah harapan saya. Dapatlah saya jenguk Bonda selalu =)

Di mana lokasinya, kita tunggu sajalah. Sekarang buang derita, buang sengsara dulu! =)

Panaskan jejak kepengaranganmu. InsyaAllah, saya percaya saya boleh buat. Amin.

Mohon petunjuk dan hidayah-Mu, ya Allah..
Mohon dimurahkan rezeki, Ya Allah...
Mohon ampun atas segala dosa-dosaku, Ya Allah..
Mohon diberikan yang terbaik untukku, Ya Allah..
Mohon keredhaan dan keberkatan-Mu, Ya Allah..


Amin, yarabbal'alamin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...