Thursday, May 31, 2012

Musim Cuti Sekolah

Dalam kesibukan kaum lelaki mengejar waktu Zohor sekaligus menunaikan sembahyang Jumaat, saya mengambil peluang untuk mencoretkan sesuatu di blog 'kepunyaan sendiri' yang juga 'hak sendiri'.
Hasrat untuk menyiapakan Abang Karat sekadar hasrat. Huruf A masih belum bermula!
Kesibukan mengajar dan belajar diselitkan dengan aktiviti liburan yang melampau menyebabkan banyak perkara tidak dapat diselesaiakan seperti yang sepatutnya.

Kembali ke pangkal jalan! Bahagikan masa ye CZ...

Seronok orang lain bercuti. Saya masih di sini menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar yang baru sahaja menamatkan sesi kuliah semester pertama pukul 12.01 pm sebentar tadi. Menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik di pusat tuisyen membuatkan saya terpaksa bekerja lebih keras dalam menelaah kembali pelajaran-pelajaran lepas. Hal ini seterusnya membuat otak saya kembali berfungsi dan beberapa bab yang selama ini diabaikan akhirnya melekat dalam otak. Ada hikmah juga. Kesediaan sebagai pelajar sarjana muda dulu rasanya masih belum lengkap sepenuhnya. Mengejar tugasan dan tarikh hantar, mengejar peperiksaan dan skornya. Malangnya ilmu di dada masih tipis.

Mungkin atas sebab itulah, CZ masih belum ada rezeki bekerja tetap dan terus mematangkan minda dengan meneruskan pengajian. Apapun dugaan dalam pengajian sarjana sekalipun Bahasa Melayu tidak boleh dipandang sebelah mata. Cuba dahulu baru tahu ketegarannya.

Peperiksaan akhir bermula 15 Jun nanti. Semoga terisi dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang. CZ tidak ada wang RM600 tetapi saya ada usaha. Semoga dengan usaha itu mendapat keredhaan dan keberkatan daripada YME.


Thursday, May 24, 2012

Entri Lewat : SHG!!

Rezeki mencurah-curah tetapi tidak semua kita mampu terima. Ada juga batasannya. Setakat yang termampu itulah rezeki seadanya =)
Sedikit sebanyak berbekalkan ilmu yang ada dan keyakinan diri yang masih tersisa serta muka serius yang ala kadar ini dapatlah mencurah bakti kepada anak bangsa. Walaupun kadang-kadang soalan-soalan mereka menguji pengetahuan 'Cikgu' yang agak 'tua' tetapi masih 'muda' ilmu namun semua itu dianggap cabaran. Berbeza kehidupannya dengan rakan-rakan yang mendapat bimbingan dalam pendidikan, ternyata mereka lebih profesional.

Walaupun agak lewat tetapi saya ingin juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik =)

Tuesday, May 8, 2012

Kelas Tambahan

Tadi saya dapat panggilan daripada tuan punya tempat tuisyen. Ada kelas tambahan =) pagi-pagi!! oh..
Redah saja la pagi pun. Bermula musim cuti sekolah nanti! Alhamdulillah rezeki tapi itulah kerja di universiti pun kena seiring juga.
Kadang-kadang duduk di rumah tak ada kerja pun bosan juga. Tambahan kalau tak ada aktiviti. Walaupun sedikit terbeban, tapi itu kan pengalaman!
Tak tahu tahun bila hendak habiskan Master. Gaya macam lambat lagi tapi tekad hendak habis awal. Lengai!! Banyak sangat berlibur. Hati terus tepu! Tak tahulah..


Monday, May 7, 2012

Terharu dan sayu

Sudah beberapa hari tidak melayari laman sosial mahupun membuka Notebook yang agak 'tua' ini. Juga tidak sempat melakarkan cerita-cerita indah dan pahit yang dilalui. =)
Sebaik sahaja Log In ... Terlihat satu post istimewa drpd idola. Walaupun watak utama bukan diri sendiri, tetapi berbaloi apabila Dr Kamariah tetap mengingati dan menyebut diri yang kerdil ini. Mungkin watak dalam bidang pengkaryaan masih belum timbul, maka diingatkannya lagi. Tahniah buat teman seperjuang Hilmi Ahmad semakin hari semakin meriah karyanya di lapangan penulisan kreatif.
Sejenak terharu dan rasa berkobar-kobar. Bila mahu mula? Diam menyepi! InsyaAllah.. pasti cuma belum tahu keadaanya.. InsyaAllah dengan satu tekad yang pasti! Terima kasih idola saya! Dr. Kay..

Sejurus beberapa minit perasaan terharu menyelubungi diri, tiba-tiba perasaan ini berubah. Biarpun tidak hilang tetapi diganggu dengan suatu bunyi yang agak sayu.
Hidup berjiran dengan kaum-kaum bukan Melayu (1 Malaysia) tidaklah menjadi satu masalah. Amalkan sikap terbuka dan sentiasa berprasangka baik, InsyaAllah sentiasa akan rasa senang.
Namun begitu, terdapat juga beberapa masalah yang terpaksa untuk kita terima dan cuba bertolak ansur. Kalau dulu, anjing itu merupakan binatang yang susah untuk didekati tetapi tidak sekarang. Walaupun terpaksa 'samak' kerapkali akibat najis-najis yang disimbah ke luar rumah dan terkena kaki kita, harus diterima dan samaklah. Andai pun terpaksa masuk dari pintu tempat penumpang ke tempat pemandu, itu akan saya buat untuk elakkan daripada terkena najis anjing. Hmm ..

Anjing pun manja dan kenal kita yang selalu 'slow talk' dengan dia.. hahaha..
Yang sayu itu belum diceritakan lagi.
Sayu! Ya, sayu. Anjing yang hari-hari tergedik-gedik melihat kita, mahu merapati kita, berebut makanan apabila diberi ayam-ayam, tiba menjerit sakit! Kenapa?? Saya tak tahu! Takkan nak turun bilik kemudian mencari arah bunyi itu kan? Yang pasti kedengaran bunyi seperti dipukul... Ah, anjing itu menjerit lagi. Makin mahu luruh jantung ini. Terpaku saya di jendela sambil hati ini rasa meronta-ronta hendak melihat kejadian apakah itu?!! Anjing lain pun terkejut. Semua pandangan menghala ke rumah anjing yang dipukul..
Dan setelah beberapa kali menerima hukuman yang menyakitkan barangkali, anjing itu diam.. Jantung saya mula bergerak stabil.. Namun.. terus tersayat dengan bunyinya yang seperti anak kecil 'menangis itu.

Janganlah dihukum sebegitu! Terlalu jelas bunyi sebatan demi sebatan sepertinya dihukum kerana benda yang berat-berat sahaja.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...