Sunday, August 12, 2012

Jangan Mengalah!

Hidup ini bukan senang. Ada waktu kita ditimpa musibah dan dugaan berturut-turut. Percayalah kita bahawa setiap dugaan yang datang itu ada hikmahnya.

Hikmah itu kita tidak akan dapat lihat sekarang. Janganlah kita sesali dan terus meratapi atas apa yang berlaku dalam hidup kita sekarang. Ambillah ia sebagai pengajaran, dan buka langkah baru dalam hidup kita.

Sebenarnya selagi kita masih terus melayan dengan belenggu masalah yang tidak pernah habis ini, selama itulah kita tidak akan mampu menyelesaikan apa-apa masalah pun. Sebaliknya semakin hari semakin terbeban kita dengan masalah-masalah tersebut.

Kita muhasabah diri kita. Cari di mana letaknya kita sekarang. Jika berada di bawah, panjatlah untuk ke satu takuk dan kemudian satu takuk lagi. Itulah kehidupan yang normal. Kita tidak boleh mengalah dan terus menyalahkan takdir. Semua itu sebenarnya merugikan kita. Langkahlah!

Jika hari ini kita tidak menekan huruf M, maka tidak akan muncul huruf A, dan tidak akan muncul juga huruf J, yang penghabisnya huruf U.

M . A. J. U.

Tidak ada perkara yang mudah. Nak minum pun kena bangun cari air. Sekalipun air di depan mata, kena suapkan ke mulut. Organ-organ dalam pun harus bekerja.

Jika kita lemah, kita carilah kekuatan dan kelebihan yang kita ada. Ingatlah yang kita mampu untuk hidup dan merubah kehidupan. Biarpun tidak senang dengan cepat tetapi bertatihlah dahulu baru boleh berjalan atau berlari =)

Doa Untuk Penyakit Mak ~ 3 Serangkai

DOA RAWAT DARAH TINGGI, KENCING MANIS DAN SAKIT JANTUNG

Cara-caranya:

Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.

DOA 1.
(Surah Yunus : Ayat 57)

Maksudnya:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

DOA 2.
(Surah Fushillat: Ayat 44)

Maksudnya:

“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).”

Thursday, August 9, 2012

Burung Mati

Terkejut yang amat CZ malam ni. Burung kecil yang selalu menempek kat rumah tu masuk bilik. CZ tau dia takut. Tambah-tambah bila tengok muka CZ.. Konpem dia konpius. Neolofa ke nie.. Weh.. Betul ke eja ni..?

Burung tu pusing sampai kat tingkap tak pulak dia keluar. CZ tengok dia pusing lagi. Dia kona baring bawah kipas yang sedang berpusing-pusing. CZ risau la tapi banyak kali dia lepas. CZ cuba tenteramkan dia tapi dia takut jugaklah! Adoi.

Dalam hati ni, janganlah kena kipas! ZASSSSSSSSSSS!!
Terkejut kali kedua dah macam Maya Karin dah! Memang KIOKKK la burung kecil tu! Jatuh tepi katil bujang CZ.. Ulang sekali lagi, bujang! Hehe.. Ok..Ok.. Suspen balik.. Yang tak tahan tu kepala dia hilang!! CZ tengok kaki dia tergedik-gedik dah..CZ kata ni mesti bercerai kepala dan badan dah ni.. Tobat tak dok dekat aih..

CZ ketuk bilik Sera (kawanygtakutlipastu). DOOOMMMM!! DOOOMMM!! DOOMMMM!!
Bukak! Bukak!

Dia kata "Heeii orang dah makan ubat ni."
Hah, ada aku kesah? Kalau dia tak tolong memang CZ tak tidur la malam ni kat bilik tu.

Dia dengan beraninya, "TAKPA, abang ada!"

Hah hah hah.. Selamat! Memang CZ tak pandang pun bangkai burung tu sebab CZ takut! Siap suruh dia carikan kepala lagi. Adoi.. Stimm sungguh panorama pukul 1 pagi nie..

Maaf.. tak ada gambar. Memang tak hadap la nak ambil gambar macam tu!


Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan - Syok memasak

Tak boleh nak tidur langsung! Memang saja la mata ni hukum karmakan CZ..

Dah la tak kena PAWANA.. Todea... Amy Search nampak pagi-pagi buta ni.

Pukul 4 pagi pada bulan Ramadhan bermakna CZ tidak keseorangan. Adalah hamba-hamba Allah yang sedang meningkatkan pahala mereka. Malangnya tidak di kawasan perumahan CZ yang kiri kanan depan belakang semua bukan Melayu. =)

Apa yang berselirat dalam kotak fikir CZ sekarang ialah semester hadapan.
** Siapa nak bayar yuran weyyyy!! Adoiii.. (Macam status dalam FB plak)

Terasa kerdil saat ini. Serius. Rezeki masih belum mencurah-curah. Syukurlah masih diberi nyawa, masih boleh meneruskan kehidupan walaupun tidak sesenang dulu.

CZ percaya akan ada rezeki. Sekarang pun CZ sedang berusaha mencari mana-mana rezeki terpijak untuk meneruskan pengajian. Jika tidak ada, CZ tangguhkan saja dulu dan bekerja pengalaman.
Itu mood belajar. Kena ada duit dunia sekarang. Tak ada duit kena la cari duit. Umur dah 27 tahun, eloklah maju sikit kan, kena berdikari. Takkan nak harapkan mak dan orang kan..

Mood Ramadhan sekarang selain berpuasa, CZ seronok memasak. Serius cakap, seronok sangat. Tambahan lagi, apabila kita masak ada yang menghargai dan masakan menjadi!
Sekarang ni, tengah tambah ilmu di dada. Nak cari lagi resepi-resepi yang best untuk dicuba.

Ada cadangan?

Hantarkan ke 33321 hehe.. jangan la oiii.. On Cadangan dan UNDI.. Hah,merepek dah..

Jom.. Pagi ni ada tomyam semalam, daging masak kunyit semalam dan ikan goreng semalam. Yang nak goreng pun telur hari ini. Hehe..


Assalamualaikum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...