Wednesday, September 26, 2012

Bicara Hati

Haii...

Saya masih belum tidur lagi. Sibuk menyiapkan bahan untuk seminar PMR dan SPM. Peluang yang saya sendiri tak pernah jangka. Apapun, saya akan cuba membuat yang terbaik. Permulaan langkah kena bekerja keras, betul tak?

Selagi kita bernafas, kita tidak lekang daripada memikirkan jalan untuk ke hadapan serta halangan-halangannya. Titik fokus kadang-kadang lari juga, tetapi Allah itu sentiasa memberi petunjuk kepada kita selain terus mencurahkan rezeki yang kita sendiri tidak sangka.

Dia uji kita dengan mengambil 'cinta' yang bukan milik kita seperti dalam suratan-Nya tetapi Dia memberikan 'cinta' yang lain. Dia memberikan saya fokus untuk 'cinta' baru saya iaitu alam pekerjaan dan ilmu pengetahuan.

Hati? Bahagia? Tak tahu nak ekspresikan dengan cara apa dan bagaimana kerana terasa mendatar seolah-olah tawar. Saya harus menelan perit dan pahit lantas mendiamkannya dalam keredhaan. Itulah sebabnya saya katakan cinta yang takkan lari dan kekal abadi itu ialah cinta kepada Allah swt.

Dia yang menciptakan dan Dia tahu segala perkara yang terbaik untuk kita. Usahlah terlalu berfikir siapa, kenapa, bagaimana kerana semua itu hanya mendera hati. Jalan di hadapan ini harus ditempuhi juga dengan hati cekal dan kental.

Biarkan mereka dengan dunia mereka, kita dengan dunia kita. Biarkan hati kita kekal begini dan hati mereka kekal begitu. Siapa kita hendak mengubah melainkan dengan keizinan-Nya.


Jom! Sambung buat kerja. Salam sayang <3 br="br">

Tuesday, September 18, 2012

Kenduri Ex-Ex

Apa guna akal jika tidak mahu berfikir? Tuhan memberikan kita daya fikir yang membezakan kita dengan makhluk-makhluk-Nya yang lain. Kadang-kadang mungkin kalah oleh desakan hati yang tidak menentu tetapi jika duduk bermuhasabah, insyaAllah, hati pun akan tunduk malu.

- CZ

Cerita demi cerita yang didengar. Musim orang berkahwin sekarang ni kan? Ex-dan Ex bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat. CZ ucapkan selamat berbahagia hingga ke anak cucu. Tidak meriah hidup saya tanpa kehadiran kalian dulu. Kalian ibarat penyeri yang muncul dalam hidup saya dan pergi kerana takdir yang ditentukan-Nya.

Kita hanya manusia biasa. Yang mungkin berjumpa dan bercinta tetapi pada suratan yang ditulis, kita tidak akan bersama. =)

Saya tidak pernah berdendam sebaliknya menganggap kalian merupakan insan yang rapat dengan saya. Kita tak bermusuh atau memusuhi. Talian persahabatan atas dasar kita redha dengan kehendak-Nya itu yang membuatkan kita rasa tenang. Alhamdulillah, saya tidak terkilan sedikit pun sebaliknya saya mendoakan kalian bahagia dengan pasangan kalian.

Doakan kebahagiaan untuk saya juga. Jika bukan pada pasangan, cukuplah mendoakan kebahagiaan hati dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan menjadi hamba-Nya yang beriman. InsyaAllah..


* Selamat berkahwin kawan2.. <3 br="br">

Monday, September 10, 2012

Suara Yang Tersirat

Setiap perkara yang tertulis dalam perjalanan takdir kita ialah rahsia YME. Oleh sebab itu, seadanya kita harus menerima walaupun kita tidak mampu. Hanya sekadar mampu menunggu sedikit cahaya yang mungkin mengubah perit yang ada.

"Tempat terjatuh lagi kan kita ingat!"

Semester baru sudah muncul. Berbekalkan semangat yang tertinggal, CZ harus juga melangkah. CZ hanya ada emak sebagai pendorong. Namun begitu, tidak tertanggung juga kadang-kadang apabila mengingatkan setiap dugaan yang datang. Menstabilkan hati bukan senang.

Senyuman dan keceriaan bukan kepura-puraan tetapi untuk memujuk hati supaya tidak terlalu memikirkan setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita. Itu yang orang tak tahu. Senyuman, gelak tawa bukan penentu kehidupan seseorang itu bahagia sebaliknya hati yang berada di dalam itu yang sebenarnya menyimpan segala ribuan rahsia.

Ada yang tidak mampu dikongsi dengan semua orang kerana tidak semua orang memahami kita. Jika mereka faham pun sekejap sahaja, kemudian dijuihnya kita. Percayalah.. Maka simpanlah selagi ia berbaloi untuk disimpan. Jika tidak mampu luahkanlah ia mungkin dalam bentuk yang lebih tersirat.

Contohnya melalui hasil-hasil karya, tempelan-tempelan status yang agak umum tetapi 'berisi', atau mungkin lagu. Hahaha..

Mungkin lagu ini sesuai kot "SAMPAI SYURGA-Faizal Tahir"



# 11/9/2012 : Jentik telinga sendiri, rasalah sakitnya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...