Thursday, February 28, 2013

Buta Jalan

Kisah si buta jalan bukan sebab dia buta mata tak nampak tapi memang dia tak kenal sangat walaupun 4-5 kali pergi melainkan memang dia selalu sangat lalu kat situ. Itu la kisah budak ini - nama dia Zura @ Normaizura Md Zain @ Citra Zura @ Mai @ K.Z @ K. Raa @ Raa @ maciq @ maklong@ kak.. hihi ada lagi ke alias.. Nama panggilan mcm2 sampai kena cam semua.

Ada orang yang tak faham kisah orang buta jalan ni, dia ingat kita sama dengan dia. Paksa2 suruh faham jalan. Hey, ini Zura la. Paksa2 p jauh2.. =) Sy kena belajar dengan kelembutan, kesopanan dan kesusilaan.

Semenjak panjang kaki nie, merata-rata keluar. Kalau drive sendiri memang boleh la repair bab buta jalan tu, kalau orang drive memang takkkkkkkkk la.. hihi..

Ok, pencapaian baru masa pergi ambil dudu kat Hentian Duta. Wow.. direction dia bg Alhamdulillah walaupun tersalah masuk Kompleks Belia dan Sukan tapi sampai juga sebab keluar sikit, depan tu je. Itu pun sebab pergi Mid Valley dengan si Sera hari tu!! Boleh jugak la ingat-ingat jalan. Balik kampung tau la hihi..

Damn.. kalau orang lain tahu memang kena gelak tapi memang camtu la citernyer.. hihi.. Dok kampung pun boleh blur sebab tak ingat jalan. Pergi UPM pun sebab hari2 lalu jalan yang sama.

Teruk kan? Tak apa, setiap orang ada kekurangan dan kelebihan.

Tengok barang mak kirim, sampai boleh cakap camni, "Mak Aiiiii!!! Banyaknyaaaaaaa..."

Hihi.. milo, gula, beras siam, ikan kering, sabun basuh baju, sabun basuh pinggan, kopi apa bla bla bla semua ada. Pastu mak dudu bagi belimbing dan mempelam.. Rajinnya saya masak. =) hihi..

Semalam punya cerita agak penat, sebab bisnes kecil-kecilan dah mula. Giler kau masak bihun 9 bungkus sorang2!! Nak buat macam mana partner ada hal urgent jadi terpaksa la kan. Lagipun balik dia pun macam rushing  juga siapkan buah la apa la kan. Apapun semoga semua usaha berjalan lancar.

Tak sia-sia mak ajar masak. Love u mom!! =)



p/s : dutdut plak hantar lagu Geisha - Cinta dan Benci.. perli letteww... 

Tuesday, February 26, 2013

D.u.2

HARI

G
E
M
B
I
R
A


KAU 

A
D
A
?
?


P/S : Rindu kampung halaman FLS =)

Kelas sem baru hari Jumaat sahaja. Hari lain fokus kerja dan tesis. Sekejap lagi curi masa cari kerja. Lepas tu belek2 buku yang beli tadi. Nak masuk gambar susah sebab laptop tua dan tak boleh transfer. Ah, bosan kan?

Tadi banyak beli buku Ramlee Awang Murshid. Nak jadi peminat tegar boleh tak? Hihi.. Thriller novel..
Lain-lain belajar sikit2.. Tak tahu nak post apa sebab rasa GEMBIRA. Thanks to my dudu.

Wednesday, February 20, 2013

Dr Gigi

Ting tong! Hihi.. Assalamualaikum geng..

Sekarang ni stok perangai baru. Tidur lepas Isyak dan bangun pukul 11 lebih-lebih macam tu untuk buat kerja. Kalau berterusan macam ni alamatnya nanti pukul 9 je dah hanyut. Nak datang rumah boleh tapi sebelum pukul 9 malam atau selepas 12 malam.. Hahaha.. Trend kan?

20/2/2013 - Pergi jumpa dr gigi lagi. Nama dr tu Dr. Kamarul. Baik sangat. Biasalah orang yang fobia dengan hal-hal gigi dan bersembunyi hampir ENAM tahun ni, dah berani pun! Dulu kalau nurse bawa kad pergi panggil budak-budak, saya ambil kad tu masuk dalam baju kurung sekolah, selit kat kain bahagian perut..Cakap dengan nurse, pergi toilet kejap. Ha, kad hijau tu akhirnya jadi koleksi kat rumah. Memang ada la kad baru tapi sama jugak la nasib kad tu. Tengok kawan-kawan kena, dalam hati ni ya Tuhan, memang lega habis sambil cakap, "haha..padan muka. nasib la.."

Kesannya sekarang. Fobia tahap tak nak kenal pun doktor gigi. Sekarang nie asyik ulang-alik pulak kan..
Itu pun sebab si Sera tu asyik2 ajak pergi PK (pusat kesihatan). Mula-mula pergi tampal dua lubang kecil, tak rasa sangat ngilunya, sekali yang dua lagi tu dalam hati ni mak aiii.. Macam dah serik! Nasib baik tu yang last punya.

Tarikh ni pulak pergi cuci gigi. Orang kata tak sakit sangat, biasa-biasa je. Ngilu sikit. Sekali kena hamekkk kau!! Memang semua benda aku pegang, sebab tak tahan. Jerit kot.. Lagu Apo Kono Eh Jang pun tak tersempat nak layan masa tu! Ishhh berdarah-darah gusi ni.. Fuh! Nasib baik 6 bulan sekali.. Asst. tu mengadu kat dr sebab saya pegang haper tah... Mana saya tau! Saya pejam mata lepas tu sakit kan. Cari la apa-apa je buat pemegang. Dia ngadu tapi dr buat bodoh! Dr gelak-gelak je. Baik kan dr tersebut.. ngeeeeeeeee...

Sekali buka mata, bukan pegang handle, tapi pegang alat-alat dr untuk tampal dan sebagainya tu. Boleh jatuh kalau aku bagi tekanan masa pegang tu. Haha.. patutlah asst tu macam cuak je. Hihi.. Dr gelak lagi.. Vote la kat Dr Kamarul.

Smileeeeeeee... =)

Hah, comey pun!


p/s : BR1M 2.0 nie entah dapat entah tidak. Banyak yang dah dapat. Dudu pun dapat dah. Mak pun dapat. Kawan-kawan lain dah post dalam fb. huhu.. Tak kisahlah, kalau dapat rezeki Allah swt. Tak dapat bukan rezeki kita.


Monday, February 18, 2013

Blog Usang

Hujan lebat sini. Kilat dan guruh tu yang takut.. Fiyuu tapi boleh plak online kan? =) Kalau tak online memang bosan la hidup ni. Nama pun zaman teknologi maklumat.

Sekian lama berhempas pulas menyiapkan proposal ala-ala draf kasar, akhirnya siap walaupun ada sedikit lagi yang perlu dibaiki. Lagi pun lepas ni mesti banyak pembetulan yang perlu dibuat. Hidup dan kesilapan ini adalah dua perkara yang berkaitan. Tidak ada kesilapan bermakna tidak ada pengajaran. Jika kesilapan itu dibiarkan menjadi kesilapan maka hidup tidak akan berjaya. Jika kesilapan itu dibaiki insyaAllah kita akan temui apa yang kita cari.

Semenjak mengadap buku dan kerja2 awal tesis saya mula aktif melahirkan buah fikiran. Sudah hampir macam dulu. Semoga dengan perubahan ini akan menerbitkan semula diri saya yang telah 'hilang'. Bergaul dengan buku memberikan semangat yang luar biasa, bukan?

Melawat blog Cik Nad, Hilmi, Dr. Kay, Cik Alia dan sbgnya membuatkan diri terasa kerdil dengan keadaan blog yang agak kusut masai. Tak berseri. Nak buat bagi cantik pun laptop tua sangat. Hilang mood rasa. Setakat menyiapkan kerja-kerja fakulti dan tesis dah memadai.

Slow-slow la kan? =) Allah swt beri ujian sebelum memberi nikmat. Nikmat yang sedia ada pun bersyukur seadanya dah. Kalau tidak diberi nafas, apapun tak boleh. Alhamdulillah..


Friday, February 15, 2013

18hb sem baharu 2013-2014

Assalamualaikum geng!

18 hb merupakan hari pertama untuk semester baharu. Bukan baru ye.

Baharu - New
Baru - Just

Contoh ayat :
1. Baju baharu saya sudah rosak kerana terkena dakwat pen.
2. Dia baru saja bertolak ke Kuala Lumpur.

______________________________________________________________

Tahun 2013 ni tak tahu la di mana kedunguan terselit sampaikan banyak job part time ditolak mentah-mentah. Tahun ni saya tak mengajar lagi sebab dah mula demand. Jalan sesak, meeting kerap, jauh, parking susah, dsb sekadar alasan yang dicari padahal jika buat juga kemungkinan besar pulangannya agak berbaloi.

Itulah, kalau dah mula rasa diri tu hebat. Sekarang nie mula gelabah nak tukar itu ini kena bajet2. Alahai manusia. Bagus juga kalau tersedar sendiri kan. =) Depan2 nanti tak adalah buat lagi.

______________________________________________________________

Saya sudah menjadi orang yang dulu iaitu sedang fokus dan kurangkan masa liburan. Saya betul2 memberi masa untuk diri sendiri saya sekarang. Serius dah mula selesa dengan hidup berbuku-buku ini. Hahaa.. Nak grad awal. Master je pun.. GIleR kau.. Master pun semput gak wei!!

Zaman dulu, maksudnya zaman pensyarah saya, orang yg ada master itu hebat. Serius pun! Masing-masing dah master bidang. Muka memang nampak ilmiah.

Zaman sekarang, ada master pun macam KOSONG. Sekadar penuhi keperluan universiti semata-mata. Bila tanya pasti ada yang terlopong. Tak caya? Tangkap budak master dan cuba sembang ala bidang sikit. Tergaru-garu dan memang rasa nak blah awal. Lepas tu tersengih-sengih. Sama la yang menulis nie pun.

Ok. Nak taip benda lain pulak.. Wassalam

Monday, February 11, 2013

12 Feb 2013 -Jogging

Assalamualaikum geng! 

Penat! Penat! Terpadam entri kot. Adoiiiii...................

Yang awal tadi nampak la ilmiah sikit kan. Apa tidaknya, ada satu pesanan yang agak memberi kesan kepada diri sendiri. Malas nak cerita dari mana ia bermula, saya terus saja taip pesanan itu yang sememangnya untuk diri sendiri dan perkongsian bersama.

" Selama kita tinggal dalam kegelapan, kita tidak pernah sedar bahawa selama ini kita mampu bernyawa dalam kepekatan debu-debu dosa sehinggalah suatu masa sedikit Nur memperlihat kita segala-galanya sampaikan terbayang pada pandangan mata kita telah terlontar jauh ke laut neraka!"

________________________________________________________

Ok, sambung cerita bab lain. Dua tiga hari lepas pergi jogging di Tasik Tun Hussein Onn dengan dudu. Mula-mula bajet 1 round, alih2 dudu kata 2 round. Perghhh!! Memang perit la sebab dah hampir setahun tak bersukan. Masa mula2 sampai ke UPM selepas sekian lama meninggalkan dunia UPM ni, terjumpalah geng futsal UPM, sempat join sekejap sebab masa tu sibuk dengan part time. Lepas tu dah stop sebab diorang pun bukan selalu sangat training situ. Asal ada game baru training, normal la kan.

Dulu kalau duduk kampung, seminggu 2-3 kali main. Memang stamina tu ada la even tak pergi jog kan. Lagipun saya malas nak jog. Tapi demi stamina yang makin hari makin teruk, rasa tak selesa badan sangat sebab asyik terperap dalam bilik, pergi karok, pergi tengok wayang, lepak maulana, makan, minum, tidur, library, bilik kaca, lepak dengan dudu. Haaaaa... mahu tak letih badan.

Lepas jog tu badan rasa free sikit. Sakit urat tu biasalah sampaikan saya post di FB "sakit urat keting".
Member komen, dia gelak-gelak, dia kata lain maksudnya urat keting dalam bahasa Sarawak. Eh, mana la saya tahu kan? Tapi dia gelak macam ada sesuatu ja. Saya suruh PM (private message) maksudnya.

Kalau dalam Kamus Dewan, "urat keting" - urat yang ada di bahagian kaki di belakang buku lali.
Fahaman saya, betis.
Bahasa Sarawak, "urat keting" - kemaluan wanita!!

Oh damn! Mana la saya tau. Patut dia gelak semacam. Hahaha.. awas jangan guna lagi.

________________________________________________________

Ok, mood studi. 

Walaupun agak ralat terpaksa taip banyak kali untuk cerita yang sama tak apalah. Janji ada post kan..

Saya sedang usaha gigih nak translate BI ke BM sebab semua buku rujukan dalam BI. Fuyohhhh! Perit jugalah sebab otak macam dah merajuk tak nak studi.

Ok.. Wa cau dulu.. Malas nak taip panjang2 dah.

Wassalam...... Muahhhhhhhhhhhhhh :*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...