Monday, March 25, 2013

F1 dan Jogging

Fuh.. Sekian lama tidak ada internet. =)

Laptop rosak. Aduh! Dugaan lagi.. Memang mengharapkan rezeki turun dari langit sebab duit yang ada memang tak cukup la. Bersabar saja la yang mampu.

Tesis memang tak mampu nak gerak lagi kalau macam ni. Lambatlah gayanya nak habis belajar.

"Kemoonnn Zura!! Awak ada target," kataku kepada diriku sendiri =)

Ok. Ahad lepas 24 Mac 2013, sepatutnya mengajar tuisyen. Tapi member Wsapp ajak pergi tengok F1. Hehe.. Pucuk dicita ulam mendatang. Masa tu pukul 1 lebih dah. Berbaju kurung kot! Dari Bangi terus pecut laju balik tukar baju. Hihi.. Gerak dari Bangi ke Sepang dah dekat pukul 3 petang dah. Lantaklah..

Nak tengok tiket? Hihi.. Tiket free je. Tapi mahal jugakla. Parking pun harga RM200. Tiket tu kalau tak silap RM533. Kalau keluar duit sendiri memang takkkk la!! Baik simpan beli laptop.  Rezeki jangan ditolak.

Sampai saja situ, agak panas jugaklah. Bingit telinga. Tak bawa apapun nak sumbat telinga. Fuh, macam nak pecah telinga. Member pun terlupa bawak. Tak dapat la nak layan lama-lama kan? Beli ice-cream pun harga RM5. Tak ada beli apapun. Bawa diri balik pun diri juga.

Hari ni kena jogging seorang diri. Kalau nak tunggu orang lain memang tak dapat nak jogging selalu. Masing-masing ada kerja dan komitmen lain. Jadi daripada membiarkan badan lemau, lebih baik pergi juga beranikan diri.

Hari ni dapat jogging satu bukit sahaja. Adoii! Bukan tak larat. Masalahnya ada mat bangla yang kerja bahagian belakang bukit tu berkumpul tiga orang. Hah!! Nampak saja diorang terus saya u-turn! Hihi.. Giler kau.. Tak pasal-pasal nanti.

Saya nak keluarkan peluh cepat dengan satu bukit dengan jogging? Tak boleh la. Kena LARI. Lari dalam jogging la, maksudnya beri tekanan sikit pada kaki. Lajukan sikit langkah. Ha, memang berpeluh la. Best!

Ok.

Wednesday, March 13, 2013

Projek Khamis

Hari Khamis yang agak letih. Mungkin letih. Hihi.. Belum letih dah cakap letih sebab hari ni kena pastikan segala-gala yang berkaitan dengan bengkel disiapkan kerana esok bermula sudah bengkel tersebut.

Dalam kesibukan bekerja, sempat juga siapkan makanan hasil permintaan dudu. Penuh tekun dan sabar. Hihi sebab sebelum ni tak minat pun buat cucur-cucur ni.

Setakat makanan lain, selain cucur bolehlah cara-cara orang baru belajar kan.. Apapun kredit untuk Mak Lang saya dan Google Search. Juga untuk empunya gambar cucur udang yang lebih kurang sama dengan saya ni. =)

Petang ni insyaAllah, masak lagi. Tapi hari Khamis kena masak banyak. Ada tempahan. Cik Nad yang memasarkan produk. Saya masak je! Haha.. Janganlah tinggal saya masak sorang2 lagi. Letih kot..

Ok. Ini Fried Mushrooms. Gambar daripada GS (Google Search) juga. Yang nak diceritakan kat sini bukan pasal Mushrooms tapi cuba lihat gambar tu. Nampak rangup kan. Saya dapat resepi ni daripada seorang abang yang berniaga kat area Serdang ni.

Dia pakai breadcrumbs. Masa tu saya order udang goreng tepung. Memang beginilah rupa udang tersebut apabila campur dengan breadcrumbs. Boleh cari dekat kedai jual barang burger atau mungkin kedai jual western food tu.

Nak resepi penuh? =) Eleh, ingat orang nak bagi senang-senang ke? Hihi.. Tak susah.

Campur breadcrumbs tu dengan tepung gandum dan telur. Sedikit perasa (garam, gula). Goreng je la..
Ok. Masa untuk bekerja.



p/s : Masaklah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. InsyaAllah.. 

Tuesday, March 12, 2013

Jemput Tengok

Semangat nak tukar tarikh bagi normal, alih-alih tertukar template design sekali. Chat Box dan semua benda alah tu hilang! Malas nak cari lagi. Kurang berselera nak layan hari ni. Hihi.. Lain kali la..

Buku yang dibeli dengan duit Br1M = baucar buku la. Memang kena beli buku pun kan.. Cari Kamus Dewan Edisi Keempat tapi kedai tu tak ambil stok, jadi beli buku lain sebab malas nak simpan-simpan baucar dah.

Belum ada yang habis dibaca. Tak sempat cik abang cik kak oiii... Kalau sempat pun tidur je =P

Malam ni berjaga sebab tadi lepas Maghrib terus tidur. Itu pun bertahan kalau tak memang dari awal petang dah tidur. Sanggup duduk bawah, kemas rumah tak nak tidur. Masak itu ini.. Tapi tak tahan jugak!


Nampak tak lauk banyak? Hihi.. Saya punya stail makan tak da lauk memang tak selera! Tadi kat kafe fakulti pun rasa lemah nak makan sebab ayam 2-3 hiris saja. Adoi.. RM3.50 kot.. Esok masak bawa bekal. Lagi meletup!

Boleh letak telur dengan sewenang-wenangnya.

Oklah.. Nak kemas bilik pulak. Nak baca buku macam kurang berselera jugak! Hihi.. Selamat tidur semua. 


Entri Salah Tarikh






Entri kat bawah tu saya post hari ni iaitu Selasa. Bukan Isnin! Kenapa semua entri saya naik pada hari sebelumnya? Kejap, nk kodek-kodek setting.

Monday, March 11, 2013

Rindu Mak

Ya Allah, rindunya kat mak. Cepatlah oh PRU... Nak balik kampung ni. Tak pernah jauh-jauh dengan mak lama-lama. Rindu ketiak makkkkkkkkkk!! Rindu nak pegang2 mak.. Rindu nak bagi mak latah2.. Rindu nak p jalan2 dengan mak. Rindu mak masak. Rindu semua semua semua semua semua...

***

Semalam ada la sikit cerita kelakar. Pergi minum-minum dengan dudu kat Baby Tomyam. Biasalah kan kalau lidah dekat dengan negara jiran memang stok2 kedai pun ke arah tu. Si lelaki yang nak ambil pesanan ni tanya la seperti berikut. Letak nama Boboi la sebab tak tahu nama. 

Boboi : Minum apa kak?
CZ : Limau suam.
Boboi : Panas ke ais?
CZ : Limau suam la.
Boboi : Tak. Maksud saya limau suam panas ke ais?

Saya dah hilang akal. Saya usha je muka mamat tu. Usha pun tak da la ganas sebab macam kesian. Memang nampak dia tengah blur dan tak bersalah langsung. Terus dudu kata "Panas!"

Hahahaha.. "Eh, limau suam tau. Tak mau panas."

Dia macam sedar dia salah tanya. Aik.. Macam tu pun ada! Dia punya la malu sampai nak ambil pesanan pun macam nak langkah seribu ja. Makan pun dah tak nak tanya. Usha jauh lepas tu gelak-gelak. Adoii.. Pening la doneaaaa... (dunia)

***

Sekarang ni tesis belum gerak. Sibuk dengan projek Dr sebab Jumaat dan Sabtu ada bengkel Game. Pada masa yang sama tengah fikir status DROP yang dikeluarkan universiti sebab tak bayar yuran. Tunggu MyBrain la.. Hihi.. Letih la keluar duit sendiri.

***


Saturday, March 9, 2013

Hari Wanita

Sebetulnya saya bukan jenis yang peka pada hari-hari sebegini kerana yang paling penting ialah hari lahir dan hari .... wink2..

Dengar Suria fm terus tahu bahawa semalam ialah Hari Wanita. hihi.. Alhamdulillah, memang berbaloi. Walaupun dudu sibuk tetapi dia tetap luangkan masa. We are rock! Tapi ada sesuatu yang istimewa. =)

Ahad ni angan nak ke Kg Gajah tengok race tapi apakan daya, rezeki mengajar jatuh pada hari Ahad. Memang kena mengajar la. Apapun saya doakan minat dia. Usaha tangga kejayaan!

Apapun, bagi wanita-wanita di muka bumi, yang tulen je k..


 SELAMAT HARI WANITA. 


Thursday, March 7, 2013

Stressnya

Agak stress dengan tesis. Normal laaaaa... Tapi stress jugak!!


Stress kena ekspresikan macammana ye?


STRESS
STRESS
STRESS


Orang lain yang baca perkataan stress pun jadi stress.. Yes the word i bold here is STRESS!!

Sempat juga berbincang pasal tesis tadi, tukar objektif dan sedang cuba untuk menyelami SISTEM yang dimaksudkan. Harap tesis Nad dan Una boleh bagi gambaran. Fuh..Fuh.. Fuh..

Tak sempat nak rindu sesiapa kalau keadaan tengah serabut walaupun memang rasa juga kerinduan itu hihi..
Kejap lagi pergi ambil kasut dudu lepas tu balik hilangkan stress. Lepas tu..lepas tu.. ada la.. hihi..

Boleh mula dah menyelami LITERATURE REVIEW. New one is about motivation training. Kat mana nak cari benda alah tu? Usaha tangga kejayaan. Saya yakin!! Dengan niat ikhlas dan suci.. InsyaAllah.


Menulis ialah terapi. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...