Sunday, April 21, 2013

Jadual Penuh

1.52 am

Tadi Ahad.. Hihi.. Macam biasa seharian dengan kelas tuisyen di Bangi. Bulan depan tambah kelas persendirian di Alam Sari, Kajang. Nak kena pergi cari tempat tu dulu. Adoii.. Eh, mengeluh pulak.. Rezeki Ahad yang sangat padat. Alhamdulillah..

Hari ni hari Isnin. Baru dapat info pasal abstrak yang perlu dihantar pada hari ini. Fuh! Memecut perah otak, perah ibu jari dan segala jari. Sekarang ni cuba ambil mood nak buat kerja. Ikutkan hati nak tidur saja tapi fikir kerja mula la rasa serabut. Apapun, memang kena siapkan hari ni juga.

Kemudian nak sediakan teks ucapan Dekan. Tengok emel, tapi kertas kerja tak terima lagi. Macam mana nak buat? Tak apalah, yang tu esok kita selesaikan.

Ada lagi! Tugasan Sosio yang MESTI siapkan dalam minggu ni sebab minggu ke-10 kena bentang. Fuh! Fuh!

Ada lagiiiii.. hihi minggu ke-12, bentang proposal tesis. Yeah! Sangat sibuk. Sesibuk pilihan raya nie. Gantung bendera sana sini sampai kacau pandangan orang.

Ok.. Apa lagi? Sebelum buat kerja senaraikan benda-benda penting dulu..

Oh.. 25hb hingga 3hb nie kena jaga budak-budak exam lagi kat kolej INTI.Memang Jumaat tu calowww awal la balik kampung. Aduh.. rindu nak balik kampung.

Aktiviti? Ok. Sekarang petang-petang macam biasa joging kat Tasik Tun Hussein. Ada pulak aktiviti main sepak raga bulat. Ada juga test timbang, tak lepas banyak. Setakat 3-4 bolehlah. Kaki perempuan keras. Gian nak sepak bola boleh juga lepaskan kat situ. Hihi.. Ada orang ajak pergi main kat Ampang Sports Planet, tapi tak berapa nak kenal sangat jadi slow2 la cari geng kan.


3hb balik kampunggggggggggggggggggggggggggggg!! hihihi entah berapa bulan dah tak jumpa rumah ni..


Ok. Enough is enough. Kerja lain pulak nak buat. Cayokkk Zura.. Papaiiii =)

p/s : tak sempat nak pergi DBP :'(



Tuesday, April 16, 2013

Lepat Pisang vs Dodoiiii

Hari ni setelah teringin sangat nak makan lepat pisang, dapat juga merasa di Cheras. Bolehlah tahan tapi mak buat lagi sedap kot. Tak tahu la sejak bila suka makan cucur macam tu tapi lepas mak buat pengat pisang sebelum masuk sini (UPM) memang seharian asyik angkut je. Lepas tu, mak dah perasan anak dia suka makan pengat pisang ok. Hihi.. Pengat pisang, ikan keli, ayam.. benda wajib kalau balik kampung. Yang memang mak akan beli tiap-tiap kali saya balik.

Kalau ada yang datang rumah, mesti dia cerita. Macamlah orang nak tau sangat pasal anak dia ni kan. Haha.. biasalah mak saya. Nama pun Kak Ton, mestilah comel. =) Saya tau mak saya rindu sangat-sangat dah tu. Saya pun! Tak pernah pisah lama-lama oooo..

Ok.. Lepas tu sekarang minat makan dodoiiiiii.. hihi. Dudu pergi Melaka bawa balik dodoii.. sedap! Selalunya rasa tak sedap tapi kali ni dodoiiii tu rasa macam orang kampung yang buat. Secukup rasa. Melekit pun rasa sedap. =)

Perkembangan terbaru memasak? Hihi.. Sup tulang! Saya tak boleh makan sangat nanti sakit kepala, tapi buat untuk orang makan la kan. Berkali-kali rasa takut ada yang kurang. Sampai pening! Makan ubat dan tidur. Nasib baik air sup tak kering. Fuh.. memang seronoklah. Fokus seterusnya kuih dangai. Tunggulah.. nak belajar sampai boleh jugak! Ada cikgu.. hihi..


Tarikh mengundi jatuh pada 5.5.2013. Anak buah pun akan keluar bulan 5 juga. Tunggu ok. Maciq balik nanti.. Tak sabar nak tengok! Tak tahu la anak buah yang ni nak panggil apa kan? Kalau ikut kena panggil mak long sebab saya anak sulung ayah dan mak. Tapi nanti hairan pulak anak buah yang si kakak dan adik. Apapun, maciq takkan bezakan anak-anak buah maciq. Maciq sayang semuanya ok.. Muahhh.. Rindu kat budak dua orang tu. Maciq garang pun tetap jugak sayang.

Ok. Sebenarnya curi masa ni, dah siapkan soalan SPM pusat tuisyen. Yang lain-lain dah hantar, yang ni saja kena bahagikan sikit sebab masa tak cukup. Haa.. Nak dengar cerita? Budak-budak UPSR baru-baru ni ada menyanyi dalam kelas, dengar punya dengar, tau lagu apa?

"Jom kita mengundi, jom kita mengundi.. "

Adoii.. Macam-macam. Lalat terbang pun bising satu kelas. Nakal sangat. Habis kelas, masuk seorang budak, "Nah, cikgu. Air."

=) Teringat dekat anak murid kat  Perlis dulu. Sayu hati tau! Sweet-sweet sangat.. Kalaulah ada anak kan? Best!!

"Cikgu mengundi apa?"
Saya jawab, "Undi itu rahsia."
"Eleh, saya tau. Muka cikgu pun dah macam orang UMNO!"

Hahahhahaa.. pening...pening..



Wednesday, April 10, 2013

Jam 5.08 petang

Masih banyak masa lapang sebelum pergi joging. Ah, stres !! Hihi... dah banyak orang tegur badan yang 'makin sihat' ni.. =) Kan dah cakap nafsu makan meningkat tiba-tiba. Makan itu nak ini, makan ini nak itu. Fuh.. Pelik benar. Nasi pun kalau letak separuh memang habis, walaupun dulu separuh pun ada lagi separuh yang tinggal. Nampak kedai makan nak singgah. Nak rasa kononnya.

Banyak dah tegur. Dudu pun tegur perut dah buncit. Ayoooo!! Memanglah buncit kalau malam-malam keluar makan. Buat-buat tanya pulak kan. Apapun, kalau nak mula dengan rutin makan yang dulu agak susah sikit. Hihi.. Asyik lapar. Tak susah. Puasa saja gantikan apa yang patut diganti.

"Cayokkk Zura!!" kataku kepada diriku. Hihi

Cabaran :

Kekangan masa dan hilang arah tujuan. Fuh.. Apa yang saya buat pun tak tahu la sampaikan banyak masa terbuang begitu saja. Sekarang ni mula nak cari hala. Damn.. Tesis.. Assignment.. Kerja.. Yuran.. Roadtax.. Timing Belt la itu ini itu ini bla bla bla..


"Letih la maciq!!" kataku lagi kepada diriku sendiri.. =)

Kadang-kadang keluar jog tu bukan semata-mata nak jaga stamina atau jaga badan tapi untuk cerdaskan otak sekali. Lemau cik oiiii.. Hah?? Sekali tengok luar macam ada tanda-tanda nak hujan. Oh, sangat jeles kepada diriku hujan ini. Kataku lagi.. (perlu ke?) toink3#

Apapun kena planning hidup dengan teratur dan pastikan semuanya berjalan lancar. Isnin depan angan-angan nak ke DBP. Hihi.. Ada kerja sikit. Kita tengok menjadi ke tidak. Itu pun satu cabaran jugak.



Sunday, April 7, 2013

Sudah Cuti Semester

Eh dah masuk hari Isnin. Minggu ni cuti semester. Hujung minggu dengar cerita ada research di Sekinchan.  Kira-kira balik hari Ahad merupakan hari mengajar. Erm.. macam mana tu?

Sekarang ni nafsu makan makin menjadi-jadi. Lepas makan rasa nak makan lagi! Hihi.. Elok-elok diet dah jadi macam tu. Apapun tak ada nak risau sangat sebab asyik joging. Kalau bukan di Putrajaya, selalunya di Tasik Tun Hussein Onn. Janji keluarkan peluh. Agaknya sebab ni kot yang selera makan makin bertambah.

Sudah minggu ke-7 untuk semester ni. Mulalah rasa sedikit kelam-kabut fikirkan tesis. Sekarang harus lebihkan masa untuk pelajaran. Entahlah, kenapa selalu sangat lalai berlibur. Otak pun jadi menyampah nak layan.

Apapun kuatkan semangat. Hanya diri kita mampu mengubah diri kita. Allah s.w.t ada untuk kita. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...