Tuesday, July 23, 2013

Cerita Zaman Baru Nak Up

Minggu depan balik rayaaaaaaaa walaupun belum raya lagi.. Hihi...

Tahun ni mak cakap tak ada kuih. Eh, macamlah selalu dia yang buat kuih kan? Memang tak laaaaaa.. Dia kalau suruh tolong buat kuih pun, mula la nak jadi artis. Berlakon mengantuklah konon. Hehe.. Nasib baik dia kahwin muda, ada jugalah anak menantu nak tolong. Kalau dulu sebelum abang dan adik kahwin, memang seorang diri la berhempas pulas nak siapkan kuih-muih. Kiranya kuih WAJIB seperti Almond London, biskut makmur, semperit ke samperit? hihi.. dan sebagainya menjadi kuih yang dibuat berbalang-balang sampai ke seminggu dua raya pun boleh jamu lagi. 

Teringat zaman ROCKERS dulu. Kawan perempuan memang jarang didapati ye. Haha.. Maka yang tolong buat kuih dulu tu pun semuanya lelaki. Celup cokelat, susun itu ini. Manis sangat masa tu. Yela masa tu memang agak 'lelaki' sikit. Pukul 4-5 pagi penuh kawan-kawan kat rumah. Nak pelik pun macam tak pelik sebab abang-abang dan adik lelaki. Jadi, semua kawan abang dan adik merupakan kawan saya juga. 

Alhamdulillah, sekarang dah berubah cuma 'jiwa' tu kadang-kadang tak dapat lari jugalah. Kadang-kadang saja ok. Cerita zaman sekolah, biasalah budak-budak akan ada krisis identiti. Saya pun masa tu macam ye macam tak. Hahaha.. Pergi sekolah slumber badak letak bedak sejuk. Haha memang muka kering tak hadap la nak layan kritikan. Perfume Dashing Style!! Ingat lagi. Walaupun tak mampu tapi wangi tetap menjadi kewajipan. Kehkehkeh.. Memang kalau lalu tepi orang, semua tanya pakai apa? Balik rumah tidur sampai petang dengan baju sekolah, pergi rumah jiran, masih bau lagi.. Hihi.. Memang terbaek la.. Dulu langsung tak minat bau perempuan. Geliiiiii siuttttttt... 

Masa zaman form 6 tu, dekat2 nak exam, kawan-kawan ajak lepak asrama. Maka, bermulalah episod duduk di asrama seminggu dua. Masa tu, kurus la kan. Memang tak ada la macam sekarang. hihi.. 46-48kg la kot masa tu. Bila dah kurus, badan memang flat la. Suruh member gunting rambut, sekali dia ambil pisau cukur KETIAK tu, tapi yang BARU la.. hihi... tekan rapat ke kepala.. Belakang tinggal ekor sikit, tepi kiri kanan pun tinggal. Hihi masa tu rasa macam macho sangat sampaikan member2 pun tak nak mandi sekali. Adoiii.. sanggup mandi dalam jamban! 

Ushar dari atas katil pun masing-masing dah tutup kepala.. Adeh! Hahaha.. Sekarang jumpa semua dah jadi ibu orang. Comel sangat ingat zaman dulu-dulu. Ni kalau nak cerita lagi memang jauh la perginya.

Kalau nak tau tunggu la 'kemunculannya' nanti. Wish me luck.. 

Berbalik cerita kuih tadi, mak kata malas nak buat sebab KENCING MANIS. Hihi.. tapi betullah saya sendiri pun dah kurang teringin dah. Naik geli geleman pulak kalau benda manis macam kuih tu. Ok. Kita masak je apa yang ada ok. 

Jemputlah datang ke rumah di PERLIS INDERA KAYANGAN, dekat sangat dengan GUA KELAM dan PADANG BESAR. 

Ariosssssss...

P/s : Balik dgn dudu =)


Friday, July 19, 2013

11 Ramadhan - Baru ingat PASSWORD

Ting! Tong! .. Ting! Tong!....

Assalamualaikum..w.b.t.

Sekian lama tidak menjengah blog tercinta =) Sebenarnya asyik lupa PASSWORD!! Hihi.. Sana sini lain kata laluannya.

Hari ini hari Sabtu. Jam 4.06 am. 11 Ramadhan sudah

Apa projek sebelum ni? Hihi tak terlayan kalau nak cerita tapi semuanya happening la. Apa pun sekarang cuti sem, jadi banyak masa dihabiskan macam tu saja. Macamlah tak ada kerja nak buat. Dalam 2 minggu lagi nak balik kampung. Teringat ooo lama tak balik.
Nak pulak mak cerita si Daniel Ajril tu macam-macam fiil dia. Asyik nangis. Mandi nangis, itu nangis, ini nangis, sampaikan kentut pun nak nangis!! Uh.. itu bukan habit maciq ok. Sekarang ni dah ok la lepas mak ayah dia (adik saya la) buat kenduri sikit. Ada la tu niat tak lepas.

Tet~ 

Sebelum ni ada saja yang terkarang dalam kepala ni, tapi entah pagi-pagi buta ni jugak teringat nak usha blog. Hajat nak buat bengkel pengukuhan nampaknya tak menjadi lagi untuk tahun ni. Saya sibuk dengan hal saya, Pito pun sibuk juga. Tak sempat nak bincang tentang modul. Tengoklah depan-depan mungkin kita akan lebih bersedia.

Tet~

Perkara yang boleh saya katakan dalam bulan Ramadhan ialah semoga doa-doa saya dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Apa-apa yang terkandung dalam doa saya biarlah rahsia. Apa-apa kebaikan yang berlaku di hari depan mungkin salah satu doa yang diperkenankan oleh-Nya.

Hidup ini ya sahabat, ada pelbagai pilihan. Kita kadangkala buta dan kabur. Hanya Allah swt yang mampu membantu kita, dan jika itu pula yang tertakdir dan tertulis dalam suratan Ilahi, kita harus terima. Waktu ini hati saya tidak ke mana-mana. Hati saya tetap ada menunggu seseorang yang ditulis untuk saya.

Bercakap soal-soal agama ini bukan kepakaran saya, tapi setiap kali terbabas, saya akan cari landasan-Nya. Baru-baru ni pun mak ada komen perubahan saya. Sungguh, dalam setiap doa saya, sentiasa saya selitkan supaya Tuhan melembutkan hati saya. Mak pun sama. Alhamdulillah, saya pun tak tahu kenapa saya boleh cool dalam banyak hal. Kadang-kadang macam tak percaya itu ialah saya! Syukurlah, sedikit sebanyak walaupun saya banyak berdosa dengan Dia, tapi dikabulkan juga doa-doa saya. Mungkin doa ibu saya.

Fuh.. Kalau menulis lagi, memang habis yang keluar ni. Haha.. Saya tidak menulis secara terang-terangan kerana kita manusia yang boleh berfikir. Maka banyak perkara dalam hidup ini perlu ada tapisannya, ada kiasannya. =)


Salam Ramadhan. Terima kasih kerana sudi membaca. Saya hargai kunjungan anda. 

p/s : rezeki dudu melimpah ruah sekarang.. good! vroooommm...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...