Sunday, September 29, 2013

Feedback NUF

Isnin muncul lagi. Sekarang nie masa semakin cepat berlalu. Tau-tau umur dah 28 tahun. Fuh! Memang masih rasa 18 tahun.

Cerita pasal NUF, baru-baru nie kawan baik saya di Perlis datang sini. Ada urusan kerja. Memang hujung minggu padat dengan dorang je la. Tak kisah pun. Pagi-pagi pukul 530 macam tu dah pergi Duta, lepas tu pergi Pasar Karat. Nak cari 'barang panas' katanya. Memang masa tu saya malas nak pakai krim atau apa-apa sebab pagi-pagi elok kena cahaya matahari. =) 

Alhamdulillah semenjak pakai NUF nie memang rasa tak kisah pun walaupun tak ada krim. Muka segar je! Lepas tu, lepak punya lepak, yang sorang ni perasan muka dah lain. Dia pun tanyalah rahsianya. Aicewah!
Saya balas NUF je. 

"Ooo.. yang produk dengan air zam-zam tu ke?" dia tanya lagi.

Saya senyum. Ambil 2 botol NUF tunjuk kat dia. Terus nak hari tu. =) Stok dah habis la sayang. Kalau nak tunggu saya order Isnin tapi tunggu kat rumah je. Nanti sampai la produk tu. Saya bagi dia cuba NUF, seronok bukan main. Hehe. 

Ok.. Yang bagi feedback pun ada juga. Bekas demam campak pun dah berkurang. Campak besar pulak tu. Hehe.. Sel kulit mati semua tu. 

Baiklah.. saya ada kerja nak buat. Nanti sembang lagi.

Kalau berminat cari saya di FB atau 0194959885 (wsap)

Wednesday, September 25, 2013

Rezeki NUF

Assalamualaikum..

Curi peluang nie nak taip blog. Rindu lama tak 'melepaskan' cerita. Setiap hari sibuk dengan NUF SKIN LIFE. Ada saja orang bertanya dan membuat pesanan. Alhamdulillah, rezeki.Tambah-tambah musim orang dapat gaji. Bertalu-talu orang nak bank in duit. Nak cantik kan.. Hehe..

Tapi yang stressnya, hari ni gaji tak masuk lagi. Aduhhh!! Takpelah, tunggu 28hb tengok. Kalau tak masuk memang nangis tak berlagu la.. hukk3..Nak cover bayar itu ini.. Tuhan ada. Jangan risau ok!

Ok.. berbalik kpd cerita NUF, seronok sangat sebab banyak yg bagi feedback positif. Fuyooh! Saya sendiri pun nak bagi feedback. Memang halus kulit drp dulu. Pegang pipi macam pegang kulit baby =P

Tak caya? Cuba sendiri la..



Jomlah.. Nak buat kerja lain pulak. Papaiiiiiii...


Thursday, September 12, 2013

Tajuknya Jumaat

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Hari ni hari Jumaat. Mood bersemangat nak habiskan minggu nie, tapi Dr cakap ada benda nak kena siapkan jadi hujung minggu nie kena siapkan jugalah. Tak apalah, sekarang nie bukan ada apa-apa program pun. Dudu pun hari nie cuti, esok-esok kerja lagi. Rezeki melimpah ruah.

Hari ni tentang NUF, saya rasa muka macam gebu-gebu sikit. Hehe.. Licin je. Yang paling best masa pakai serum, rasa tegang macam pakai telur putih tu. Wowwwwwww!! Awesome.

Ok, semalam ada satu insiden sikit la. Agak geli hati sikit pun ada. Tapi dah nama pun Malaysia, banyak bahasa. Ada la satu kumpulan budak Cina perempuan nie, kat kedai alat tulis. Saya tengah belek-belek buku (saya peminat buku tulis kosong... hehe), lepas tu dengar macam speaking English.

"I already use this. But, don't know la, guling-guling sikit.."

Saya ushar je, apa benda yang guling-guling?? Pelik. Yang best tu, bahasa ibunda dah hilang, guna bahasa Inggeris, campur bahasa Melayu. Perkataan guling-guling tak ada ke dalam bahasa Inggeris? =)

Tak adalah nak menyindir, tapi terfikir. Jika mudah untuk menyampaikan dalam sesuatu bahasa yang kita fasih, kenapa menyukarkan diri. Terutama sekali di tempat-tempat awam. Orang dengar tu. Hehe. Sekarang ni pun banyak hasil ilmiah dalam bahasa Inggeris, yang lemah bahasa Inggeris memang akan tunggu sehingga buku tersebut diterjemah atau mungkin merangkak-rangkak untuk faham. Padahal orang Melayu kita yang buat.

Bukan anti bahasa asing tau! Saya pun dari kecil memang minat bahasa Inggeris ni cuma tak adalah pandai sangat. Dengar boleh, nak cakap kena cari perkataan dulu. Tapi kalau marah tiba2 jadi terer!! hahaha... Mamai pun speaking English ok.. Tak caya, tanya Kak Ton!

Kita nak majukan bangsa kita dengan ilmu tersebut atau kita nak majukan bangsa lain? Biarlah mereka menterjemah. =) Alhamdulillah, penterjemah bahasa Melayu pun dah ramai. Bersyukurlah..



Mak Saya

Hari ni nak cerita pasal emak. Emak buat saya menangis! Dia tak marah pun. Tapi saya yang sensitif. 

Nak tahu kenapa? 

Semua orang ada emak ada ayah. Untunglah kalau berada dalam keluarga yang cukup lengkap. Bukan mengeluh, tapi sekadar mengingatkan. Saya duduk dengan mak dari umur 6 tahun sampai sekarang. Jumpa ayah tu jumpa tapi tak selalu. Sebagai anak perempuan tunggal, memang saya banyak menghabiskan masa dengan mak. Tak kiralah dalam apa jua keadaan, saya mesti dengan mak.

Dulu, masa zaman remaja, saya degil yang amat. Sepatah kata mak, sepuluh saya balas. Memang waktu tu tak tahu nak fikir kot! Malah saya rasa lebih daripada tu kot. Lebih sangat-sangat sampaikan saya rasa nak ulang balik masa budak-budak saya. Saya nak jadi anak yang baik. Sumpah, bila dah umur besar macam ni, mula rasa berdosa sangat-sangat. Mujurlah mak faham. Dia faham sangat anak dia yang ni. 

Mungkin saya terlebih manja kot! Entahlah, nak kata manja, semua orang manja. Tapi saya sangat rapat sebab saya akan tidur dengan mak. Tiap2 kali balik pun memang saya tak tidur sendiri. Bilik tu macam bilik tumpang mandi, tukar pakaian, simpan pakaian. Ada suatu hari, baru-baru ni la.. Saya penat kemas rumah sampai tertidur dalam bilik. Esoknya mak perli-perli, "semalam tak ada orang peluk mak pun!"... =)

Caption : Comel tak Kak Ton?

Tak tahu macam mana nak gambarkan, tapi mak tu ibarat nyawa dan semangat saya. Saya sedih, sakit, semuanya saya ada dia. Ketabahan dan kekuatan yang saya peroleh pun melalui dia. Tuhan berikan emak yang terbaik untuk saya.

Dulu tak nak sambung studi pun sebab mak. Sekarang jauh sebab ada adik ipar dan kak ipar yang boleh jaga mak. Belakangan ni, mak selalu sakit. Saya tak senang duduk. Nak balik selalu pun susah. Tapi hari-hari mesti telefon, kalau selang pun dua hari sekali. Tak boleh tak dengar suara mak! 

Caption : Mak yang malu2.. Hehe

Semalam, mak cakap dia nak pergi jumpa makcik. Nak suruh makcik jaga saya kalau dia tak ada! Masa taip ni pun air mata dah nak melimpah ruah. Masa mak cakap memang saya nangis kuat!! Saya cuba nak gelak tapi tak mampu. Saya gelak dan saya menangis. Saya tak kuat tambah2 fikirkan keadaan mak yang asyik sakit-sakit. 
Caption : Yeayyy!! Dah ready.... 

Hari-hari dia bercerita pasal saya. Hari-hari dia mengadu dia sakit. Fuh!! Air mata nie.. Kenapa? Adoiiii...
Itulah.. Saja nak cakap, hargailah ibu bapa anda. Doa mereka sentiasa bersama kita. Panjangkanlah umur mak saya, Ya Allah. Saya nak balas jasa-jasa dia selama nie. 


Amin.

Monday, September 9, 2013

NUF Skin Life (Sesi Pengenalan)

Assalamualaikum..

Pembaca blog yang sangat dihargai.. Hehe

Hari ni saya cerita dulu pasal produk NUF Skin Life yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati kaum hawa. Bukan sebab promosi besar-besaran tetapi kesan NUF itu sendiri yang mampu merawat kulit muka yang bermasalah.

Orang lelaki pun boleh cuba! =) 

Saya jenis yang kuat tidur. Kulit muka nampak kusam, lesu, kering dan kadang2 berminyak tak tentu hala. Bila pakai cream macam tak sekata, sebab sangkut sana sini. Haha.. Lepas tu, saya cuba produk NUF nie, so far sepanjang penggunaan dah nampak perubahannya. Pegang pipi pun rasa lembut, licin dan kulit muka nampak lebih sihat je. Kesan jerawat yang kadang-kadang tumbuh tu pun cepat mengecut dan hilang!

Atas sebab itulah saya dengan penuh gila-gila dan bersemangatnya terlibat terus dengan NUF. Memang terbaik. Nak tahu tentang NUF? Nanti saya kongsikan di entri lain. Tapi hari nie, boleh tengok2 dulu.. Jamu mata bak kata orang.







Ok.. produk NUF nie diformulasikan dengan AIR ZAM-ZAM dan merupakan produk PERTAMA yang menggunakan air zam-zam. Suci kan? Hari-hari disucikan dengan air Zam-zam!! 

Kalau berminat boleh PM/INBOX di fb saya Citra Zura atau boleh juga hubungi saya di 019-4959885 (wsapp)


Terima kasih semuaaaaaaaaaaaaa.. =)

Just Upgrade

Upgrade la sangat! Haha...

Tukar template. Template lama loading lama sangat. Berat la kot, sampaikan nak buka pun susah. Nak cerita untuk hari ni? Tak ada. Penat sangat kodek benda alah nie.

Cerita apa eh?

Yang best pun hari nie pasal dudu je # ikan keli # hehe.. malas nak cerita panjang-panjang sebab dah masukkan dalam instagram dah.

Actually, banyak sangat cerita nak kongsi.

* Bukit Broga
* NUF Skin Life
* Macam2 la..


Letih sangat dah nie. Tapi larat lagi nie nak p downtoen Cheras. Hehe.. Temankan orang je. Duit gaji dah habis. Buwerkks! =P

Ok.. Assalamualaikum.. Daaaaaaaaaa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...