Thursday, September 12, 2013

Mak Saya

Hari ni nak cerita pasal emak. Emak buat saya menangis! Dia tak marah pun. Tapi saya yang sensitif.

Nak tahu kenapa? 

Semua orang ada emak ada ayah. Untunglah kalau berada dalam keluarga yang cukup lengkap. Bukan mengeluh, tapi sekadar mengingatkan. Saya duduk dengan mak dari umur 6 tahun sampai sekarang. Jumpa ayah tu jumpa tapi tak selalu. Sebagai anak perempuan tunggal, memang saya banyak menghabiskan masa dengan mak. Tak kiralah dalam apa jua keadaan, saya mesti dengan mak.

Dulu, masa zaman remaja, saya degil yang amat. Sepatah kata mak, sepuluh saya balas. Memang waktu tu tak tahu nak fikir kot! Malah saya rasa lebih daripada tu kot. Lebih sangat-sangat sampaikan saya rasa nak ulang balik masa budak-budak saya. Saya nak jadi anak yang baik. Sumpah, bila dah umur besar macam ni, mula rasa berdosa sangat-sangat. Mujurlah mak faham. Dia faham sangat anak dia yang ni. 

Mungkin saya terlebih manja kot! Entahlah, nak kata manja, semua orang manja. Tapi saya sangat rapat sebab saya akan tidur dengan mak. Tiap2 kali balik pun memang saya tak tidur sendiri. Bilik tu macam bilik tumpang mandi, tukar pakaian, simpan pakaian. Ada suatu hari, baru-baru ni la.. Saya penat kemas rumah sampai tertidur dalam bilik. Esoknya mak perli-perli, "semalam tak ada orang peluk mak pun!"... =)

Caption : Comel tak Kak Ton?

Tak tahu macam mana nak gambarkan, tapi mak tu ibarat nyawa dan semangat saya. Saya sedih, sakit, semuanya saya ada dia. Ketabahan dan kekuatan yang saya peroleh pun melalui dia. Tuhan berikan emak yang terbaik untuk saya.

Dulu tak nak sambung studi pun sebab mak. Sekarang jauh tapi ada yang sudi jaga mak. Belakangan ni, mak selalu sakit. Saya tak senang duduk. Nak balik selalu pun susah. Tapi hari-hari mesti telefon, kalau selang pun dua hari sekali. Tak boleh tak dengar suara mak! 

Caption : Mak yang malu2.. Hehe

Semalam, mak cakap dia nak pergi jumpa makcik. Nak suruh makcik jaga saya kalau dia tak ada! Masa taip ni pun air mata dah nak melimpah ruah. Masa mak cakap memang saya nangis kuat!! Saya cuba nak gelak tapi tak mampu. Saya gelak dan saya menangis. Saya tak kuat tambah2 fikirkan keadaan mak yang asyik sakit-sakit. 
Caption : Yeayyy!! Dah ready.... 

Hari-hari dia bercerita pasal saya. Hari-hari dia mengadu dia sakit. Fuh!! Air mata nie.. Kenapa? Adoiiii...
Itulah.. Saja nak cakap, hargailah ibu bapa anda. Doa mereka sentiasa bersama kita. Panjangkanlah umur mak saya, Ya Allah. Saya nak balas jasa-jasa dia selama nie. 


Amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...