Friday, October 25, 2013

Keluhan

Betapa saya mengenal erti kerugian setelah menjangkau usia 28 tahun ini tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Orang lain memandang saya sebagai seorang yang periang dan seolah-olah tidak mempunyai masalah. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan hati yang melampau-lampau. 

Bukan tidak mahu bercerita tetapi jika bercerita pasti mengundang air mata dan kesedihan yang sukar dikawal. Menangis teresak-esak dan berendam dengan air mata. Semua itu menyakitkan kepala sahaja. Lebih baik saya berfikir positif dan saya harus redha dengan qada dan qadar seperti yang telah tersusun dalam rukun iman. 

Siapa saya hendak mengubah takdir? Saya hanya mampu berusaha dan berusaha selagi termampu untuk menjalani kehidupan yang akan datang. Bukannya cuba untuk mengembalikan keindahan cerita semalam. Tuhan sudah aturkan perjalanan saya ke sini dengan hikmah yang tersendiri. 

Ada perkara yang membuat hati saya ikhlas mengatakan saya gembira tetapi dalam masa yang sama ada sesuatu yang telah mengoyak-ngoyak maruah saya. Ya, saya perempuan. Perempuan yang sedikit sebanyak akan berubah nalurinya. Allah hu Akbar! Selagi saya masih mengingati-Nya, selagi itulah saya tahu bahawa saya mampu menghadapi ujian-ujian-Nya. 

Sangat sensitif untuk diperkatakan. Biarlah saya yang memahaminya walaupun agak perit. 


Friday, October 4, 2013

Cerita NUF 2

Pagi Sabtu yang menyamankan. Tapi tak semua orang rasa nyaman, ada yang sakit, ada yang sihat. Yang sakit saya doakan cepat2 sembuh ok. =) 

Hari ini saya tetap ambil pesanan NUF SKIN LIFE seperti biasa. Feedback yang bercambah dalam wsapp tak akan saya padam sebaliknya, saya akan mengikuti perkembangan pengguna NUF sehinggalah saya sendiri mampu berpuas hati.

Apa tidaknya, baru-baru ni ada yang mengejutkan saya :

Customer NUF : Uitt.. x putih lagi nie.. hihi.. Mengelupas pun x. Sel mati habis dh nie. haha

Macam mana nak jawab nie? NUF tak menjanjikan kulit putih. NUF hanya boleh mencerahkan dan merawat masalah kulit. NUF juga mampu mengembalikan seri dan wajah natural anda. Kalau muka putih, badan gelap susah juga sebab rata-rata tak mahu muka putih badan gelap. Semua nak nampak natural. Memang pilihan mereka tepatlah! 

Customer NUF : Hehe.. ya ka? Baru pakai 3 ari tp jadi licin. Kulit ja x cerah lagi. Awal lg kot..

Fuh! Barulah rasa lega sikit. Memang NUF mampu membuatkan kulit selembut kulit bayi. Saya pun rasa 'sedap' memakai NUF nie. Memang berbaloilah dengan harga tu. Lagipun, konsep pemakaian NUF tidak sekuat produk lain. PAGI dan MALAM. Dua bulan pun boleh tahan.. 


Ok nanti kita cerita lagi pasal NUF.
Kalau berminat dengan NUF SKIN LIFE, produk kecantikan pertama dengan AIR ZAM-ZAM nie, boleh hubungi saya di fb - citra zura atau boleh wsapp saya di 019-4959885. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...