Friday, October 25, 2013

Keluhan

Betapa saya mengenal erti kerugian setelah menjangkau usia 28 tahun ini tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Orang lain memandang saya sebagai seorang yang periang dan seolah-olah tidak mempunyai masalah. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan hati yang melampau-lampau. 

Bukan tidak mahu bercerita tetapi jika bercerita pasti mengundang air mata dan kesedihan yang sukar dikawal. Menangis teresak-esak dan berendam dengan air mata. Semua itu menyakitkan kepala sahaja. Lebih baik saya berfikir positif dan saya harus redha dengan qada dan qadar seperti yang telah tersusun dalam rukun iman. 

Siapa saya hendak mengubah takdir? Saya hanya mampu berusaha dan berusaha selagi termampu untuk menjalani kehidupan yang akan datang. Bukannya cuba untuk mengembalikan keindahan cerita semalam. Tuhan sudah aturkan perjalanan saya ke sini dengan hikmah yang tersendiri. 

Ada perkara yang membuat hati saya ikhlas mengatakan saya gembira tetapi dalam masa yang sama ada sesuatu yang telah mengoyak-ngoyak maruah saya. Ya, saya perempuan. Perempuan yang sedikit sebanyak akan berubah nalurinya. Allah hu Akbar! Selagi saya masih mengingati-Nya, selagi itulah saya tahu bahawa saya mampu menghadapi ujian-ujian-Nya. 

Sangat sensitif untuk diperkatakan. Biarlah saya yang memahaminya walaupun agak perit. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...