Tuesday, December 30, 2014

Pembantu Rumah Sambilan Diperlukan di Cheras 2015

Kata kunci:
Maid / pembantu rumah / bibik secara sambilan / part time / hujung minggu diperlukan.

Bukan nak berlagak bagai tapi buat kerja sikit dah sakit pinggang sangat. Rumah memang tak teruk sangat sebab suami boleh dikatakan rajin mengemas cuma bab lipat kain dan mop semua tu dia tak rajin. Haha..

Search sana sini dah.. Tak tahu dah nak cari kat mana. Kalau berminat boleh hubungi saya di FB Citra Zura. Kerja hujung minggu satu hari sekali je.. Kerja memang over dos ringan.

Saya je jenis naik semak tengok kain bersepah. Nak buat sendiri boleh tapi memang lepas tu tak boleh bangun. Haha.. Kena panggil jentera berat la nak angkat muatan berat nie hihi

Monday, December 29, 2014

Biar Kaya Jiwa

Bencana banjir yang melanda negeri2 di pantai timur sekitar hujung tahun 2014 ini ternyata agak teruk. Betapa ramai yang turun padang menghulurkan bantuan. Ada yang menemui ajal dalam kekalutan mengharungi arus banjir. Semua itu sudah tertulis dan sebagai hamba-Nya kita harus menerima segala ujian ini dengan hati yg tenang. Mujurlah kita tidak dikejutkan dgn ombak besar tsunami utk ke sekian kalinya. Duga banjir besar ini sedikit sebanyak masih mampu memberi ruang dan peluang utk kita menginsafi dosa2 lalu dan berfikir akan kekuasaan-Nya.

Alhamdulillah.. Banyak manusia yg mempunyai hati budi dan akhlak terpuji yg sanggup turun padang membantu mangsa banjir dan seterusnya menyumbang segala bentuk keperluan kpd mereka. Apa yg disedihkan, bangkai2 haiwan yang tidak mampu menyelamatkan diri bergelimpangan kembung di sekitar kawasan banjir. Tidak mengapalah.. Kita bukan siapa2 utk mengawal apa yg kita mahu drp tidak berlaku. Hanya Dia. Ya.. DIA shj yg berkuasa menentukan semua ini.

Harta yg banyak sekalipun takkan mampu diheret . Kalau ada 500 ribu sekalipun.. Tak nak beli audi r8 haha.. Tak ke mana.. Baik beli 4wd.. Dpt jugak bantu org.. =)
Selingan gurau.. Pendek kata usah bermegah sekalipun harta berduyun.. Biar kaya jiwa daripada kaya harta

Friday, December 26, 2014

Selamat Bercuti

Selamat bercuti!

Alhamdulillah.. Cuti kali ni.. Kunjungan tetamu yg tidak putus. Semalam sepupu, hari kawan-kawan Dudu. Kalau fokus masyarakat kat luar rumah, makkk aiii.. Meriah.. Meriah dgn COC..

Aku pulak biasa la. Dgn dunia aku.. Hehe.. Tak kacau org dan buat hal sendiri. Memang stok menyendiri org kata. Dah biasa dr kecik.. Tak suka diganggu..

Kecoh la baru-baru nie dgn status fb aku pasal nurse. Ada kawan sekolah kerja nurse sentap. Aku terpaksa delete sbb nak jaga hati kawan2.. Tapi yg panas, orang lain yg over acting. Bak kata member aku keyboard warrior. Berani la komen2.. Aku pm mintak no fon nak cakap terus tak balas tapi komen bagai nak rak sampai ungkit aku nie pakai tudung litup bagai..

Masalahnya aku tak maki lagi pun.. Aku cakap benda lain dia pusing benda lain. Macam dia sorang kerja nurse. Aku memang jenis tak minat nak tekak cara camtu.. Tak puas hati apa2.. Jumpa atau aku direct je call. Jadi senang. Umur dah 30 tapi lagak macam budak2.. Tak hadap aku..

Yg bestnya.. Siap doa aku bukan2.. Lantaklah.. Kalau depan mata pecah muka jugak aku bagi. Aku bertudung pun salah.. Tak bertudung pun salah.. Tu semua nak dijadikan point yg entah apa2..

Padahal aku nie tak kenal dan tak tau pun dia tu kerja apa. Sekalipun kerja nurse.. Takkan setiap post nak terasa bagai. Ces.. Over!!

Tuesday, December 23, 2014

Ilmu 2014

Hari ni off kerja, mungkin waktu pagi je kot. Entahlah.. Kot terasa nak lajak sampai petang. Hihi.. Ada appointment dgn Tuan Doktor.

Bangun pagi lapar, terus ke dapur masak cucur lenggang atau pun kat sini panggil lempeng.

Makan dgn sardin memang terangkat habis. Ada juga yang makan dgn susu.. Pun ok!😝

Adeh! Mata semakin layu.. Hihi maklumla baru lepas makan. 😁 

Apa yg menarik nk dikongsi? 13 Dis 2014, baru saja mengikuti satu bengkel penulisan skrip drama. Alhamdulillah.. Sedikit sebanyak membantu saya memahami corak penulisannya. 

21 Dis 2014, sepatutnya di UPM tapi atas faktor kesihatan ibu mengandung, terpaksa dibatalkan. 

Ada orang kata, "eh you sanggup keluar beratus ringgit untuk pergi belajar?"

Bagi saya nilai ringgit kalau berbaloi bukan masalahnya. Yg penting ilmu. Lagipun itu semua ibarat pelaburan dlm kehidupan. 😁 

Ok bye.. 

Sunday, December 14, 2014

Perangai Pelik Ketika Hamil

Memang selalu sangat kalau ibu-ibu mengandung bertukar cerita pasal benda nie. Aku nie nak kata mengidam sangat pun tidak tapi kalau bab makan semua sapu. Tak ada satu pun yang agak keterlaluan macam pelanduk ke rusa ke apa ke.. Apa je nampak depan mata semua nak makan. Maka tak hairan la berat dah hampir 80kg!!! 

Mula-mula tu rasa menyampah tengok suami sendiri. Rasa meluat habis tapi control je sebab tak nak suami kecik hati. Hehe lepas dah okay baru cerita. Bukan apa, suami tu masih baru belajar. Nanti dia tak faham itu semua 'pembawa budak'.

Ok. Lepas fasa tu, ada satu fasa gila bau kayu, perabot dan apa-apa yang sama macam tu. Buku pun sedut macam nak makan. Sampai suatu masa rasa teringin sangat nak makan kayu dan mintak Dudu carikan kayu. Malangnya rasa keras semacam pulak kan. Mungkin perlukan habuk kayu. 

Dia tak bagi tapi mintak untuk kunyah lepas tu luah balik. Haha.. Dia kata okay nanti dia cari. Sumpah, rasa macam kecur air liur nie ha... 

Sampailah satu masa apabila terperasan bau beras tu lebih kurang sama dengan kayu. Sedut beras cap Rambutan tu bau hapak-hapak sedap semacam je. Makanlah.. Wah.. Menepati citarasa. Haha.. Bermula dari situ, curi beras sendiri dan makan.

Bila balik kampung, beras dalam beg dah habis. Singgah rumah kazen tanya dia ada beras tak, nak buat bekalan. Dia kata pelik-pelik betuiii hang nie.. Hahaa.. Aku masuk dan selongkar. Dia bagi beras wangi dan beras bau hapak. Aku cium dulu. Aku kata tak nak beras wangi. Tak de bau yang aku nak tu. 

Aku ambil la beras bau hapak tu. Memang puassssss!! Dia cakap beras mahal tak nak.. Haha.. Bukan mahal ke murah, masalahnya tak bauuuu.. 

Baru-baru ni beli beras, bukan beras biasa. Beras cap Masjid kot. Kurang sikit bau tapi okay la sebab beras cap Rambutan dah habis stok. Aku pulak dah macam gian.. Memang beli jugaklah. Cuma kepuasan tu berkurang sikit. 

Dalam kelas, aku curi-curi makan. Haha.. Macam makan gula-gula =) Wut ever.. 

Aku balik cerita kat mak. Mak kata masa mengandung kat aku dulu, lagi teruk. Siap makan arang. Haha.. Aku terfikir mungkin aku patut cuba arang. Dia kata aku dulu tak suka makan benda murah.. Makan sotong, ayam bla-bla-bla.. 

Dia ingat aku keluar nanti hitam.. Nasib baik cerah jugak hehe.. Nak aranglah!

Wednesday, December 10, 2014

Kejutan 10 Dis 2014

Hujung minggu lepas, kami balik kampung. Ambil angin kampung, kenduri, lepas rindu dan sebagainya. Terpaksa ambil cuti sehingga Isnin walaupun kerja yang menanti banyak. Alhamdulillah, semalam selesai menanda kertas. Rasa macam beban di kepala ni berkurang sikit.

Bila nak balik, call suami sebab takut dia tidur. Maklumlah player COC kan tak cukup tidur. Hehe.. Memang agak risau la bila call tak dapat. Takut terlajak tidur atau apa-apa jadi ke sebab selalunya dia tak macam tu.

Ok. Dia pun sampai macam biasa. Naik motor balik beli barang nak masak. Lepas tu lepak depan TV sementara nak masak dan hilangkan penat. Maklumlah dalam keadaan sekarang ni, sakit pinggang je..

Dia pun sibuk jugaklah mengemas dapur. Tengah tunggu cerita pukul 7 tu, tiba-tiba Dudu kata, "Nah.." sambil menghulurkan plastik biru. Eh?? Apa benda? Alah, barang dia kot. Bukaklah, tapi hati rasa macam henpon. Takkan pulak!

Bukak lagi dan bukak lagi.. Eh, macam henpon ni!! Takutnya nak bagi harapan.. Haha.. Sebab sebelum ni dia pernah tanya nak henpon ke nak selesa bila bersalin nanti? Adeh.. Bukak lagi.. Eh!!!! Memang henpon la!!




Hehe.. Ini la henpon yang dihadiahkan suami tu. So lepas nie tak pakai dah Samsung yang memang telah berbakti sejak sekian lama. Samsung tu pun bukan ada rosak apapun tapi rasanya dah 2-3 tahun kot dengan dia. Nak main game, nak instagram bla-bla-bla pun dah tak boleh.

Banyak notes dalam tu. Maklumlah.. Setiap kali ilham datang kena la cari tempat untuk mencatat dan sememangnya hari ni terpaksa salin note tu satu demi satu.

Patutlah sebelum ni Dudu tanya nak Note 4 ke? Alah, tak nak Note.. Dah bosan tengok member pakai. Dalam kereta dia cakap, takpe beli pun sebab isteri dia nie bukan jenis gasak sangat dengan telefon. Asal ada.. Hehe.. Maklumlah kerja lain banyak lagi..

Alah, isteri dia ni lagi tak kisah. Tapi sekian lama dia teringin si Xperia Z ni, akhirnya dia belikan jugak. Terharu giler ah semalam! Lepas nie zip zap telefon besar.. Ada yang siap ajak selfie dalam air.. Keciwiii jap..

Dudu kata okay la kan, nak beli mahal lagi tak mampu. Aku senyum je.. Rasanya ini dah lebih daripada cukup kot. Aku pun bukan jenis yang demand sangat.

Yang paling berharga ialah keikhlasan dan kasih sayang dia. Itu yang membuatkan aku nak bercerita kepada seluruh dunia.

Dengan kepala yang kosong, dikejutkan dengan pemberian comel yang dijangka akan dapat selepas beranak nanti, tentu sekali merupakan sebuah kenangan terindah.


Terima kasih sayang!










Monday, December 1, 2014

Awal Disember 2014

Ramai peminat saya sedang menunggu-nunggu entri sosial yang tiada berfaedah. Tapi biasalah.. Sekian melayani karenah orang, terhasil satu puisi untuk kalian. Kalau berkenan di hati editor, tersiarlah nanti. =) 

Setiap perkara yang berlaku itu ilham! 

Entri 1 :
Masuk kerja - mengantuk dan tidur di kerusi tanpa rasa bersalah sebab semenjak belakangan ini badan memang tak sesihat orang lain. Belon dah makin besar. Kejap ok kejap tak ok. Hanya tinggal Disember, masuklah tahun hadapan. Pastinya 2015 membuka sinar baharu dan permulaan status kedua iaitu sebagai 'ibu'.

Entri 2 :
Telefon ke keselesaan bersalin - Hihi.. diberi dua pilihan oleh dudu. Ah, bersalin dulu baru fikir telefon. Tak pasal-pasal dari Serdang kena tendang pergi Kajang, mahu menangis duduk berselerak beranak dekat geng-geng 'antarabangsa' tu. Dah macam hilang keistimewaan sebagai warganegara pulak jadinya. Kalau kat Perlis, tak perlu pun nak pergi berbayar ribu riban, masuk je hospital kerajaan dah rasa selesa. 

Telefon tu tak penting sangat. Masih boleh wsap, wechat bla-bla-bla dah okay dah. Lagipun bila dah mengadap kerja, mengadap tesis, mengadap laptop, tak sempat nak melayan apa-apa aplikasi lain. Kalau dah boring sangat, telefon dudu la jadi mangsa. So, saya pilih BERANAK dengan SELESA.

Entri 3 :
Sebelum berakhirnya 2014, banyak buku telah dibeli. Malah, tak terlepas beberapa bengkel penulisan dan ceramah penulisan yang akan disertai. Berbayar dan tidak berbayar, asalkan hujung minggu, semuanya rasa nak pergi sebab sedikit lengang dengan tugas di pejabat.

Semoga pelaburan yang dibuat itu mendatangkan faedah. Bukan senang nak cari duit, tapi untuk mendapatkan ilmu, sanggup!




Wednesday, November 26, 2014

Ragu-ragu Jenis Darah

Setelah hampir 29 tahun, akhirnya aku mengetahui bahawa aku bukan darah jenis O. Agak terkejut sebab selama ni bila tanya mak, tanya ayah, kedua-duanya jenis O. Maka, aku membuat kesimpulan aku juga darah O.

Baru-baru nie ketika mengambil ujian darah, telah didapati aku sebenarnya darah jenis A. Aku pelik. Aku suruh klinik buat lagi ujian darah sebab aku cakap mak dan ayah darah jenis O. Aku call mak, tanya. Memang confirm mak ayah darah O.

Aku teringat mak pernah cerita, doktor konpius dengan kelahiran aku. Ayah aku berkulit kaler hitam hehe.. macam orang India. Mak aje putih. Masa aku dilahirkan, kebetulan dekat dengan seorang ibu berketurunan Cina. Peliklah tengok aku cerah sedangkan bila tengok ayah, gelap.

Aku tanya mak, entah-entah aku anak Cina tu. Tertukar! Haha.. Tak kecik hati pun. Kalau ye pun, aku malas ah nak pergi cari macam sinetron Indonesia asyik tertukar anak pulak. Haha.. 

Selepas seminggu, aku call klinik dan mendapat jawapan memang aku darah jenis A. Aku tanya doktor, kenapa? Mula-mula doktor berkerut kening jugak tapi dia cakap mungkin ada kebarangkalian salah seorang mak ayah tu ada darah jenis AO gitu. 

Fuh! Walaupun aku tak faham sangat huraian darah tu tapi sekurang-kurangnya aku lega, aku masih dalam drama Melayu! Hehe..  

Aku pun gatal tangan pergi search kumpulan darah dan rahsianya. 
Kebanyakan memang betul dan sama. Tengok boleh percaya jangan.. 

Kredit kat tuan blog. 

Apapun, jangan gelabah kalau darah tak sama dengan mak ayah. Tengok muka pun dah tau sama. Hehe. (Ayat sedapkan hati)


Sunday, November 23, 2014

Isu Kapchai - Ramai Salah Anggap

Pagi ni masuk kerja, aku tengok di FB kawan aku ada keluarkan status mengenai isu kapchai. Takde la rasa nak baca sangat pun. Tapi tertarik dengan satu komen yang agak panjang. Ha, ini mesti kes besar. Hehe.. barulah baca. Maka, aku dengan inisiatif sendiri terus menyalin maklumat tersebut untuk disebarluaskan juga. Kredit tu Encik Palie =)

Ini kes memaki hamun dan salah anggap serta fikiran negatif rakyat kepada pemimpin. Adakala aku rasa beliau salah, ada kala aku rasa beliau betul. Yang salah aku cakap salah dan yang betul aku cakap betul.

Isu kapchai yang disebarluaskan menerusi facebook baru-baru ini iaitu dengan durasi 0:27 saat telah mencetuskan pandangan serta suara yang  tidak sepatutnya. Kalau aku pun tengok video yang sependek itu, agak 'terasa' dengan kata-kata PM. Padahal setelah mendapat penjelasan daripada orang yang berada di situ, ternyata kita semua telah disogokkan dengan bahan berdurasi pendek 'benar tetapi palsu'!!

Video Kapchai Durasi Pendek

Ini penjelasan daripada saksi kejadian :

Isu kapchai...
Sebenarnya PM mahu menggunakan bahasa yang mudah apabila bercakap dengan audiens yang sesuai. Tapi nampaknya dah disalah faham. Ini masalahnya bila semua benda dipandang negatif.
Maksud PM selama ni minyak diberi subsidi secara pukal, subsidi di pam. Bila di pam banyak sangat ketirisan, orang tak layak yang berkereta besar pun dapat.
Katakan sekali isi petrol RM100, berapa banyak subsidi yang dinikmati orang berkereta besar ni. Kalau yang naik kapcai pulak, sekali isi minyak katakan RM7 penuh tangki, hanya berapa sen sahaja yang naik kapcai ni dapat subsidi.
Itu perbandingan yang mudah untuk difahami.
Saya ada dimajlis ni.
Tidak sesekali PM berniat menghina orang bawa kapcai, sekadar menerangkan dengan bahasa mudah.
Dengan harga minyak kita yang murah sebelum ni sebab subsidi, banyak yang diseludup kat sempadan2, kaum mana yang jadi tokey besar ambil untung besar buat kerja ni? Org negara lain, pelancong dtg sesekali ke Malaysia, pun dpt rssa subsidi yg patutnya untuk org yg layak saje.
Subsidi masih ada tp diberi terus kpd golongan yang layak....
Saya adalah: Rozilan Salleh


Cerita Hujung Minggu

Orang mengandung selalunya buat alasan malas dan tak larat tapi aku bangun je kalau dah masuk dapur, macam-macam rasanya nak masak. Malah lebih rajin dari zaman sebelum kahwin haha.. Sebab masa tengok orang mengandung dulu naik menyampah dengan orang yang mengada-ngada. Itu malas ini malas. Ikut sangat hati tu.. Entahlah, mungkin sebab pembawa anak dalam perut ni rajin gamaknya.

Mak semua pelik. Katanya, anak perempuan kot! Hehe.. Entahlah, aku dan suami terima je perempuan ke lelaki.

Petang tadi sambil melepak, teman si suami tengok cerita peberet dia tu, Arianna Rose, terus minta dia doa supaya tahun depan dapat grad Master. Lagipun semester depan, aku dah boleh relaks sebab ada guru ganti. Pergi kerja semata-mata siapkan apa yang patut dan bolehlah run tesis yang hidup segan mati tak mahu tu.

Ting! Ting! Dia jampi.. hehe..

Sebenarnya, kalut-kalut nak siapkan tesis sebab risau kalau-kalau secara tiba-tiba kami ambil keputusan untuk berhijrah balik ke kampung. Dapatlah balik dengan tenang. Phd tu boleh sambung kat mana-mana je. Yang pelaburan duit untuk Master ni harus berbaloi. Sanggup dukung anak masa hari konvo tu! =) 

Kuih sagu gula melaka tu memang menjadi. Siap keluar pergi tambah sagu dan tambah semuanya lagi sebab permintaan tinggi. Dudu saya makan selama empat hari berturut-turut. Dah agak naik jemu, diamlah dia. Samalah macam laksa, kami makan sampai kembung perut lepas tu dua-dua dok diam. Haha..

Petang tadi layan pisang goreng rangup-rangup. Adeh! Terasa nak buat bisnes pisang goreng je. Kalau la ada orang tolong jaga gerai, boleh aje.. Resepi memang tip top. Dapat dari orang kampung. Hehe.. Selalunya kalau buat lembik dan tak sedap tapi guna resepi ni memang puas hati! 



Wednesday, November 19, 2014

Isteri Kuat Makan!

Aku tertarik dengan gambar ni.. hehe.. 




Kahwinilah perempuan yg kuat makan. 
Sebab kalau yg jenis diet ni, kalian boleh nampak 'masa depan' kalian berseorangan di meja makan.

Sedih kan? 

Kehidupan Berumahtangga

Aku menulis entri sambil makan burger McD. Murah sgt! rm2.85 sebijik.. hehe
Jangan marah aku sebab kedai ni bukak awal dan murah. Kedai lain nasi lemak sebungkus yang takde isi tu pun dah rm5.00!

Ok. Cerita pasal rumahtangga, adakala manis adakala pahit. Sekiranya bijak mengemudi, manislah jadinya. Apapun apa yang nak ditekankan dekat sini, kematangan. 

Setiap orang ada impian tersendiri. Nak itu nak ini. Nak serba-serbi lengkap dan dituruti. Aku pernah menjadi orang seperti itu. Haha.. Nak semuanya sempurna. Nak semuanya nampak cantik. Biasalah, nama pun kehidupan. Manusia penuh dengan angan-angan. Maka atas sebab itu aku menjadi orang suka memaksa. Aku akan memberontak pada setiap kemahuan yang aku tidak dapat. Sehinggalah semuanya hancur.

Atas kehancuran itu, aku belajar untuk sabar dan diam. Aku belajar untuk berdikari dan mencari segalanya sendiri.

Akhir sekali, aku temui bahawa kehidupan ini sebenarnya untuk saling melengkapi. Bukannya menuding jari. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Alhamdulillah, dengan setiap lafaz doa yang lahir daripada hati yang ikhlas, Allah swt telah membuka jalan dan memadamkan perangai lamaku. 

Petuanya, makan tahun. Harus bersabar. 

Manisnya ada. Sabar dan redha telah membuahkan hasil apabila Allah swt mengurniakan sebuah perkahwinan bahagia dan bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi. Jika sebelum ini aku seakan sudah pasrah dan redha kerana tidak dikurniakan zuriat, ternyata Allah swt penuh rahsia. Hadirnya si kecil ini membuatkan aku rasa nikmat sebenar sebuah kesabaran.

Meskipun ramai yang mengharapkan dan asyik kecewa, aku selalu berpesan dan menyuruh mereka sabar. Aku pernah merasai tekanannya suatu masa dahulu. Usahlah terlalu berharap atas sesuatu kerana bukan kuasa kita pun menentukan semuanya. Kuasa Dia Yang Maha Pencipta!


Tuesday, November 18, 2014

Hai November!!

Selesai sudah program bahasa di kolej. Fuh! Lega macam buang batu daripada kepala..

Sorang je lec bahasa kat sini. Memang serabut la nak uruskan itu dan ini. Jadi program kecil sahaja tapi dari mula sampai habis semua kena buat la termasuklah program penutup.

Dalam tengah sibuk tu si suami buat lawak pulak. Adeh! Hilang stres.. Hari ni 19/11, saja je dia post Happy Birthday, macam tiap-tiap hari je hari lahir kita. Sekurang-kurangnya rasa hilang stres gitu.
Terlalu banyak kejutan yang diterima sepanjang sambutan 141114 tu. Memang best la! Siap call nyanyi2 lagi..



Lepas ni terbang ke Kelantan. Makan kenduri sambil buang angin ambil angin hehe.. Angin kerja banyak tapi kena keluar juga sehari dua. Dah lama tak bercuti! Yeayyyy...



Monday, November 3, 2014

Musim Sibuk Okay!

Letihnyaa.. Tapi nak jugak update blog sebab lama sangat diam.. Bukan tak pernah menaip tapi tak jadi pos sebab rasa macam banyak je nak tulis. Nie pun sekadar melepaskan lelah. Kepala dah sarat sangat menanggung stres.

Stres betul mengadap kerenah pelajar yang tak berkesudahan. Tak hairanlah pensyarah saya dulu asyik merungut. Kadangkala benda yang remeh pun terpaksa ditelan. Sekarang ni proses mengadap kuiz dan ujian yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar. Nak buat soalan macam sedap je tapi bab nak menanda memang menuntut kesabaran. Rasa nak termuntah. Sampaikan terpaksa bawa balik kerja ke rumah.

Semalam, kami suami isteri kena tipu! Haha.. Dah lama tak menziarah abang ipar, sekali dia call suruh pergi makan-makan. Ingat ada kenduri apa-apa. Sekali kena tipu. Haha.. Dia kata dah lama sangat tak nampak muka. Lalalala~ Tapi nak dijadikan cerita, memang dah jadi majlis makan-makan pun. Siap cendol bagai.. balik dari Shah Alam, kami tapau Pizza. Entah.. Si kecik nak makan pizza. Layankan aje..

Ok. Tak larat la nak taip banyak2.. Bye!

Monday, October 20, 2014

Kenyang Gua!

WoW!!


Asyik dijamu makan percuma je gua ni! Rezeki murah betul.. Hihi.. Alhamdulillah..

Tiba-tiba tengah menaip mata stimm.. Ngantuk ler gamaknya, tapi semalam dah tidur cukup. Letih la. Dari pagi sampai petang kelas. Aduhai.. Perlukan suplemen untuk tenaga la macam ni. 

Lebih kurang 2 jam lagi nak berambus.. Hehe.. Gua tak sabar dah nak hayun kaki balik rumah ni. Memang gua rasa kenyang sangat sampaikan asyik menguap je sepanjang hari. Belum pun berak dah kena makan lagi.. Hari ni dah ada yang tegur, muka dah nampak bambam.. Kehkehkeh.. Ada gua kesah?

Gua lu gua lu.. Gua makan sebab gua dah tak perlu diet. Hihi.. Nanti lepas ni gua diet balik hokay.. Laki gua pun asyik jamu makan je.. Dia pun kuat makan, gua lagi la.. Perut dia dah macam perut gua dah..

K ah.. gua punya otak manyak mereng hari nie.. Gua tersampuk hantu cina tadi gamaknyer.. Keyyyy.. Bai.. 


* Please dont try this at home.. Kang mak bapak lu lempang lu sampai kubur UPM tu!! 

Sunday, October 19, 2014

Cuti Masak!

Siang tadi dikunjungi kosmet Pito dan Din yang datang jauh dari Muar. Lama tak berjumpa. Masih tetap macam dulu. Berkongsi cerita jalan hidup masing-masing. Seronok mendengar pengalaman demi pengalaman. Dah besar pun kami.

Walaupun mereka muda setahun tapi semua tu langsung tak membuatkan kami rasa jauh. Malah sejak di bangku pengajian, kami sering kelihatan bersama-sama. Rasa lebih selesa dengan budak-budak tu. Aiseh! 

Nasib baik ada saki baki laksa semalam yang boleh dimakan. Janjinya, semalam datang tapi tak jadi. Dah goreng koey teaw dah tapi hari ni makan je la apa yang ada. Semangat teringin laksa tanpa daun kesum dan bunga kantan. Teringin.. hihi..

Malam pulak, tiba-tiba kawan-kawan dudu planning nak makan di rumah. Nasi masak periuk besar. 

Yang bestnya.. 


Malam ni tuan badan rehat je tengok chef-chef masak. Nak masuk tolong-tolong pun tak bagi, disuruhnya kita berehat. Tapi hasil masak memang tip top!! 

Menu sambal udang, kari ikan dengan ayam goreng. Sekali dudu jadi penunggu setia dapur dan jadi pemantau tetap pun ada jugak. Tukang buat air pun ye jugak.. Hehe.. 

Gambar malas nak upload sini sebab suami saya 'tough' sangat di dapur. Kehkehekeh.. Meriah rumah malam hujung minggu. Hajat nak jalan-jalan di downtown pun terpaksa dibatalkan. Dah tak larat dah masing-masing.. 


Sekarang ni kalau tak larat, boleh je cuti masak tapi kita pulak yang kesian.. Biar masak satu jenis pun dimakannya penuh berselera. Penat pun masak jugaklah. Serius.. Tak pernah letih seorang isteri apabila melihat suaminya gembira dengan hasil air tangannya. Biar demam sekalipun.. digagahnya jugak.. 

Ok cau!

Thursday, October 16, 2014

Hilang Stres!

Assalamualaikum.. 

Yeahhhhhhhhhh!!! Selepas berhempas pulas selama seminggu lebih mengharungi kertas-kertas soalan peperiksaan, akhirnya mampu bernafas lega. Itu belum masuk bab marking paper lagi. Hihi.. Apa-apa je lah janji dah siap bab nie.. 

Tidur malam tak lena, mandi basah laaaa.. Tapi bab tidur tu memang tak tentu. Dapur semalam berasap habuan kucing nak makan je. Nasib baik dudu bagi cuti masak kehkehkeh.. Dia pun kesian tengok wife dia dah terhuyung-hayang mengharungi saat-saat genting tu. Sampaikan ada waktu dia tolong kejutkan bangun tidur sebab dah terlalu letih, alarm pun tak dengar hokay!!

Dah jadi trend pulak tidur sejam dua pastu bangun buat kerja. Okay Zura, lepas nie sambung bab lain pulak.. 

Ok.. saja tumpang lalu sebab dah lama diam-diam rindu. =) 

Sunday, October 12, 2014

Ahad Okt 2014

Hari Ahad yang agak lengang. Mengisi masa dengan menyiapkan kerja-kerja yang akan dihantar esok. Cakap dengan dudu, hujung minggu ni makan luar. Hehe.. Malam je makan kat rumah sebab isteri dia sibuk nak fokus soalan-soalan exam.

Semalam pun, kami tidur lewat. Lebih kurang jam 5 pagi. Dia teman. Hehe.. Hari ni layan nasi kandar. Puas katanya. Susah nak dapat nasi kandar yang sedap macam tu. Paling tak tahan bila dia ushar periuk mamak tu pun dia kata dah sedap. 

Walaweh! Dah Oktober.. Sikit masa lagi nak 2015. Tahun 2015 merupakan tahun Annur. Tahun bercahaya buat kami. Sekarang ni pun, syukur Alhamdulillah.. cahaya kebahagiaan itu sedikit sebanyak 'menggemukkan' kami suami isteri. =) 

Ok cau!

Thursday, October 9, 2014

Mengejar Deadline

Kadang-kadang kesibukan mengajar kita erti pengurusan masa yang baik. Memang rasa tak cukup 24 jam tu tapi sekurang-kurangnya terisi dengan benda-benda yang berfaedah. Lenguh tangan, lenguh kaki, sakit belakang, badan letih tak bermaya dan sebagainya itu biasa sahaja. Pastikan tidur mencukupi pada malam hari. =) 

Mengejar deadline!!

Ketegangan! Set masa untuk siapkan ikut target sendiri. Ok. Menghampiri jam 10.


Untung dudu boleh faham. Yang penting, dia bukan jenis yang suka sibuk. Cuma semalam macam comel je bila dia tanya orang tu mesej apa, cakap apa, kemudian dia tergelak sendiri."Eh, macam pompuan pulak!" Dia tersedar sendiri. Padahal kita okay je nak bercerita. Yang bestnya, perempuan je pun mesej. Hilang stres mengadap perangai 'emonasional' dia.. Haha..

Bab makan, memang tip top.. Sanggup tahan lapar nak tunggu isteri muncitt dia balik. Hehe.. Menu semalam, sambal ikan bilis kering dan paprik (telur separuh gulung sebab kuali kecik) hehe.. Habis licin nasik. 

Setiap hari cuba untuk senaraikan kerja untuk esok hari. Esoknya, padam senarai yang dah siap. Dan planning untuk kerja pada esoknya lagi. Ada waktu terluang sahaja mesti menulis. Dah banyak karya tersimpan. Tunggu masa untuk dilepaskan je. Alhamdulillah.. Idea mengalir tenang. Setenang kehidupan sekarang.

Yang tersangkut si Tesis dan Jurnal. Semua bahan dah ada, masa je tak ada. Ya Allah, permudahkanlah jalanku.







Monday, October 6, 2014

Cerita Raya Haji 2014

Sebelum memulakan pekerjaan pada hari ini,
sebelum memeningkan dan membebankan otak pada hari ini,
sebelum memasukkan stres ke dalam diri,
lebih baik menulis di papan putih yang bisu ini..
Ecewah!

Yeayyyyy!! Jom la haa kita cerita pasal raya Haji..

Tahun ni tak balik beraya di kampung. Kali pertama rasanya beraya di Kolompo bersama si suami yang juga sukarela tak nak balik. Mana tidaknya, cuti 1 hari.. Memang balik untuk penat je la..

Call mak, mak pun macam tak bersemangat. Call mak mertua, sana hujan. So, takdelah sangat sambutan raya Haji. Sama macam sini la jugak. Ramai yang asyik tanya, Zura tak balik ke? Alahai, kesiannya.. Kita pun rindu jugak kat kampung hokay..

Dah terbiasa dengan juadah di kampung, maka dengan sedikit mood raya tersedialah Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah. Hajat hati nak tambah laksa dan roti jala tapi dah lewat sangat pergi cari barang. Dudu saya sibuk kerja. Buatlah sekadar yang ada.

Pagi, kami berdua sibuk mengemas rumah bla-bla-bla..

Petang barulah gerak menziarah rumah kak ipar - dijamunya nasi impit dan masak lodeh. Ketupat dan macam-macamlah. Masa nak balik dikirimkan pulak bekalan makanan. Hehe.. Rezeki murah masa hari raya. Peti ais pun tak muat dah!

Hari raya Haji, tak lupa juga Jusco. Pergi buat lawatan sosial sambil jamah-jamah MCD. Aisey! teringin aiskrim.. Balik budak-budak tu beli donut Jco.. Lepak lagi, tengah melepak raya, ada pulak bawak ketupat nasi (yg dibalut dgn daun kelapa tu), lepas tu kuah tak tahu nak sebut, hehe.. pastu rendang daging yg mabeles!!

Ingat nak goreng bihun pada malamnya. Takut tak cukup nasi tomato. Kak ipar dan famili datang beraya ke rumah petangnya. Memang meriah la rumah. Luar dalam ada orang. Lepas tu, dalam pukul 9-10 malam, ada lagi orang bawakan mee kari!!

Bila ditanya, semua dah tepuk perut kenyang.. kehkehekeh.. simpan dalam peti.

Fuh! Esok pagi tak payah masak dah. Panaskan yang tu dan memang hadap yang tu la sampai ke malam semalam. Memang terbaekkk.. Sengih je dudu.. Rezeki murah katanya.. Rumah tempat tumpuan orang. Alhamdulillah, niat ikhlas.. hasilnya pun ikhlas..


Thursday, October 2, 2014

Menghampiri Aidil Adha

Kelabu mata setelah sekian lama menyelongkar. Betapa manusia hidup merela biarpun sekaliannya merasakan jijik. Kelakar pun ada. Nak dikatakan kejutan budaya, mungkin juga. Tapi budayakah itu? Tepuk dada tanya selera..

Dah tinggal beberapa hari sebelum menjelangnya Aidil Adha, persiapan masih belum nampak. Baju raya? Pun tidak berbayang. Sepatutnya mak datang sambut raya di rumah kami tapi apakan daya, adik-beradik lain kebanyakannya balik ke rumah mertua masing-masing. Ayam, itik, kucing tak ada orang bagi makan, katanya. 

Biasalah kan, orang kampung. Mak siap bagitau kucing dah menjangkau 23 ekor. Wah! Prestasi mak lebih unggul. Hehe.. Kat rumah tu macam mini zoo. Ada sangkar kucing 3 pintu, ada sangkar burung 2 pintu. Itu belum termasuk itik yang sudah disembelih. Ayam-ayam dikurung berdasarkan perangai. Kalau pandai bawa diri, dibiarkan merayau sahaja. Kalau jenis yang asyik-asyik jadi habuan, terpaksa la dikurung.

Masih terfikir apa juadah sempena raya nanti. Bak kata suami, dia nak buat ketupat. Hehe.. semangat. Dia cakap tak payah beli, kita belajar buat. 'Kita' ??? 

Comel je! Takpelah, kalau nak makan ketupat buatan sendiri kita buat je la sampai jadi. Janji boleh dimakan. Dia dah siap praktis cara balut. Daunnya belum beli lagi. Haha..

Untungnya, orang lain selalu mengadu suami masing-masing tak suka makan di rumah. Kalau masak pun tak dijamah. Beza sangat dengan si Dudu. Sanggup tahan lapar dari pagi  hingga petang semata-mata nak tunggu saya balik. Bawa motor laju-laju sebab lapar sangat. Bila ditanya kenapa tak makan? Katanya, dah biasa makan di rumah. Tersenyum bangga je kita nie.. Air tangan isteri yang dihargai.

Apapun, esok dah mula bercuti. Mungkin entri terbaru lepas raya nanti.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA. MAAF ZAHIR BATIN untuk semua! =)






Monday, September 29, 2014

Hari Gaji!

Hooray!! Hari ni setelah hampir sebulan menunggu, gaji datang lagi. Hehe.. Tersepit di tengah bulan. Nasib baik bab makan, pergi balik kerja ditanggung beres oleh si suami. Kalau tidak, meraung kat mak la! 

Kerja :
Dah kena submit soalan exam iaitu 12 papers untuk 6 subjek. Wooooo.. memang menangis tak berlagu la sepanjang 2 minggu ni. Seram.. 

Syukur Alhamdulillah.. hari ini dah tandatangan surat confirmation.. Selepas tempoh percubaan, segala rintangan dapat ditempuhi dengan baik.. 

Cinta :
Aiceceh! Tiba-tiba je.. Cinta hati ada di rumah. Haha.. Untung kerja tidak tetap masa, ada waktu dia sibuk, ada waktu dia lapang. Yang penting, pukul 9pg dan 6ptg dia jadi 'driver' manja. Nak bawa motor sendiri, katanya bahaya. Hehe.. Dia tak tau bini dia pun merempit dulu. Cuma sekarang, dah lama tak bawa motor jauh-jauh.. Rasa la jugak kerisauannya..

Malam ni rasa macam nak dating cari barang rumah. Maklumlah rasa panas je bank kalau tak belanja. Hehe.. Memang macam tu la rutin setiap kali dapat gaji, enjoy dalam seminggu, lepas tu dua-dua terduduk sebab dah kena save bajet. Hehe.. Janji dalam sebulan, ada hari bahagiaaaaaaaaaaaaaa... kehkehkeh.. 


Kucing :
Kucing sihat! Yang berkurap pun dah nampak lain dan semakin sihat. Letaklah kat mana pun, beraknya tetap di toilet. Syukur sangat-sangat. Dah jarang letak dalam sangkar sebab kesian. Yang paling penting, pandai bawa diri. Pagi-pagi time Subuh dah tunggu depan pintu bilik sambil menjerit kuat!! Ah.. Bunyi jam lagi.. Tapi itulah anak-anak yang kelaparan. 

Pagi dah diberi makan, petang makan.. Stok makan pagi akan bertahan hingga petang dan petang akan bertahan hingga lewat malam. Kadang-kadang si Bobo cuba berlagak berani menyerang kucing asing yang datang ke rumah. Dah bagi nasihat, kongsi makanan tetap tak nak jugak! Hehe..

Malam nie rasa macam nak carikan hadiah untuk anak-anak bulus ni! Mesti kembang hidung menunggu.. 

Sunday, September 28, 2014

Kunjungan Tetamu Istimewa

Bermula lagi minggu baharu. Hai, Isnin!

Betapa riuhnya 'pondok kecil' kami apabila dikunjungi rakan taulan. Terasa berbesar hati menerima tetamu yang sudi melapangkan waktu singgah ke rumah kami.
Terima kasih Helmi, Pito, Cadut, Deqwan dan lain-lain kerana memeriahkan keadaan dan hujung minggu kami berdua.. Memang mereka ini tetamu istimewa, sesuai dgn buku Helmi. Haha..

Antara perbincangan mengenai masa depan, penulisan dan karya berlangsung di dalam rumah.
Antara pertandingan mengejar skor, membina nama dan mencari  line internet berlangsung di luar rumah.

Hidangan hari Sabtu - nasi goreng, mi goreng, pengat pisang dan segala keropok dijadikan modal untuk meneruskan perbualan bermula seawal pagi hingga lewat pagi.

Hidangan hari Ahad - nasi putih, kari ayam, ikan goreng, sambal belacan goreng, kacang panjang dan roti jala.. Sekian malam ada orang sudi belanja KFC, katanya orang ramai. Buat kenduri.. Hehe..

Hari ini tetamu sudah pun berangkat ke kampung halaman masing-masing. Malah ada yang menyambung tugas di tempat masing-masing.

Alhamdulillah.. Kata orang, tetamu itu pembawa rezeki. =)

Esok gaji! Planning dgn my husband nak berlibur-libur. Destinasi sekitar Selangor, sekadar beli-belah secara manja-manja. Sebelum ni gaji dah habis terus, mujur ada si suami. Apa yang kita nak makan, semua dilayankan. Untungnya badan.. hihi..

Nak cari barang rumah lagi. Bagi comel-comel.

Wednesday, September 24, 2014

Klinik Kesihatan Tak Efisien!

Semua orang dah tahu bahawa zaman sekarang zaman serba canggih dan berteknologi. Semua perkara dapat disiapkan dgn cepat.

Al-kisah pergi buat check up dekat Klinik Kesihatan kerajaan..

Pukul 730 pagi sehingga jam 12 tengahari!!
1- Aku tukar kad dari swasta ke klinik kerajaan
2- Buat test air kencing
3- Tunggu nama dipanggil - test darah
*** Ini paling aku tak suka. Sakit tau x? Ingatkan nak cucuk jari je.. Dia cucuk pelipat tangan nie. Dah sakit, kerut muka disuruh kita relax sebab takut urat kecut. Meh aku cubit, agak-agak boleh bertenang tak muka tu? Masa ingat pengorbanan mak :( Oh, sedihnya..
4- Tunggu nurse panggil pun dah dekat 1 jam lebih..

Ok masa jumpa nurse ni, macam-macam ditanya. Ok. Jawab la. Jawab la.. Bla bla bla..
Nurse sembang-sembang macam takde orang menunggu. Menyanyi (yelah, bosan sebab hari-hari buat kerja yang sama kot)
Itu bukan masalah lagi, masalahnya apabila setiap data yang ditulis akan disalin semula sebijik ke kad lain. Satu untuk simpanan aku, satu untuk simpanan mereka. SALIN BALIK!!

Bayangkanlah kalau satu hari 50 orang pesakit dia?? Atau paling sikit 20-30 orang.. Dengan tulisan tangan yang agak lambat tu, dengan nak bersembang lagi.. Nak ambik details lagi.. SALIN BALIK!!

Aku tanya, memang kena copy ke?

Dia jawab, "tempat ni masih old school.. terpaksalah.."

Aku tak kesian kat dia. Aku kesian kat orang-orang kat luar. Haha.. Termasuk aku! Aku jenis tak suka menunggu dan paling tak suka sesuatu kerja yang boleh dibuat secara efisien tetapi menjadi lembab kerana hal-hal remeh macam tu.

Mungkin terlalu makan modal untuk buat sistem key in data pesakit. Mungkinlah kan? Tapi boleh je kalau nak sediakan mesin fotostat pada setiap meja. Ishhh!! Aku tak fahamlah.. Apa masalah orang atas ni? Atau sebab anda kerajaan, nak save bajet sampai tak mampu buktikan bahawa kerajaan boleh buat kerja supaya lebih nampak teratur.

Tak hairanlah ramai pilih swasta!! Cepat je.. Ini dah ganggu masa kerja aku.

Tuesday, September 23, 2014

Hari Letih Sedunia

Hari letih sedunia ke?? Semalam rasa macam kuat lagi tapi hari ni macam dah hilang bateri. Hilang tenaga, hilang fokus!

Terlalu banyak kerja sehinggakan tak tahu nak mulakan yang mana dan di mana. Letihnya menjadi seorang pengajar yang belajar. Dalam kepala ni macam-macam benda kena fikir.

Sekurang-kurangnya tenaga sangat dikerah di sektor swasta apabila terpaksa mengajar 6 subjek 6 kelas dan setiap kelas, saya perlu sediakan aktiviti untuk menarik perhatian pelajar agar tidak bosan. Atas niat memberikan yang terbaik kepada mereka, saya buat macam-macam aktiviti dan semester pendek di kolej menyebabkan pengajar terpaksa memperuntukkan masanya untuk menyiapkan soalan-soalan kuiz, soalan peperiksaan dan sebagainya. Ya Allah, letihnya otak.

Bukan merungut tapi sekadar melepaskan lelah..

Saat menulis entri ini, kepala terasa sangat berat.

24 jam itu tidak cukup. Tesis masih belum bergerak lagi minggu ini. Jurnal belum direncanakan lagi. Karya-karya masih banyak tertangguh. Letihnyaaaaa...

Bangun seawal jam 630 pagi - 630 petang dan fokus dengan kerja di pejabat.
7-1200 malam fokus dgn hal-hal di rumah..


Tuntutan kerja dan tanggungjawab memenuhi kehidupan. =) Syukur.. Aku sekadar mencari keberkatan.

p/s : Roti jala, cucur keria dan lepat manis/liat di hujung jari hehehe... belajar untuk mengikat perut suami =)

Wednesday, September 17, 2014

Muda Sangat Ke? Hihi

Pagi tadi jumpa mak cik Cina dalam lif. Dia tegur, cikgu ke? Saya anggukkan dan senyum. Dia senyum jugak lepas tu dia cakap,  kecik muda je dah jadi cikgu. Haha.. dalam hati dah biasa orang cakap macam tu. Nie statement perasan ke ha? haha..

Satu geng kerja, ramai yang tak percaya aku dah kahwin. Sekarang ni je ramai dah tegur, dah kahwin ke? Hehe.. maklumlah badan dah makin hari makin berisi. Bila cakap ye, semua kata kahwin muda!! Adoiii.. Dengan angkuhnya haha.. saya balas.. I am 29 already la.. =)

Beli dress kat Times Square, dia tanya belajar sini ke? Eh, mengajar la. Terus dia cakap-cakap dengan pekerja dia, wah kecik-kecik macam ni lecturer? Haha..

Apa-apa je lah.. Sekarang dah besar. Yeay!! Muka dah macam Mickey Mouse. Semua dah lebar-lebar. Takpe, lepas ni kuruskan diri balik.

Hari ni marking paper students yang resit exam. Untunglah boleh resit. Kalau saya dulu, memang repeat terus la kalau gagal. Sistem tak sama, bayar duit boleh resit paper.

Apapun, kehidupan di rumah berlangsung seperti biasa. Si suami banyak minta menu yang comel-comel sebab wife dia memang tak pandai buat cucur. Tapi si isteri ni kalau suami nak makan, sanggup je belajar dan buat berkali-kali hingga jadi. Janji makan!

Semalam goreng talapia merah. Bertambah-tambahlah nasikkkkk yang sedia macam nasi tambah tu. Hehe.. Anak-anak pun dah hepy sebab pagi petang siang malam dapat makan nasik. Tak perlu makanan kucing yang keras dan sedikit berbahaya menurut kelab kucing lah.. Hehe.. Lagipun kucing tak obes kalau makan makanan macam tu. Kucing kat rumah kalau angkat je konpem berat.

Si Rooney pun dah kurang kurapnya. Bulu dah naik balik. Berkat usaha minyak lauk dan izin-Nya. Alhamdulillah.

Tuesday, September 16, 2014

Cuti Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia 2014..

Pelajar-pelajar saya apabila ditanya mengenai tarikh Hari Malaysia semua menjawab dengan betul. Saya sekadar ketawa lucu. Saya kata saya tahu kenapa awak semua tahu. Semua gelak.

Cutiiii la Miss.. Hehe..

Ok. Soalan cepumas. Tahun bila? Semua diam. Hanya seorang mampu menjawab dengan betul. Bila ditanya lagi apa itu Hari Malaysia, diam lagi. Dan akhirnya ada la seorang dua yang mampu menjawab dengan betul. Tahniah!

Selama beberapa semester mengajar subjek kenegaraan, rasa sedikit jitu terpahat segala peristiwa bersejarah. Syukur Alhamdulillah, saya betulkan niat saya mengajar untuk menyedarkan mereka dan bukan semata-mata mahu mereka lulus peperiksaan. Jika saya tidak mampu menyelitkan apa-apa kesedaran kepada mereka, saya akan menjadi lebih gagal dalam erti kata yang sebenar.

Buat apa cuti? Plan nak menulis. Tapi bangun pagi hingga waktu ini masih lagi dengan kerja-kerja rumah yang tidak sudah. Biarpun tidak sebanyak mana, tapi rasa tak boleh duduk diam tengok itu ini yang masih belum kena dengan tempatnya.

Lepas tu masak dan masak. Untunglah si suami memang jenis suka makan. Makin bertambah semangat tukang masak. Dia sanggup tak makan kat luar sebab nak balik makan kat rumah. Masak simple pun tak apa asalkan ada makanan.

Sama-sama orang kampung. Selera pun sama. Itu yang mudah. Tapi bab sayur-sayur terpaksa ikut pantang dia. Kesian. Orang tak sihat. Banyak pantangnya. Mujur juga saya jenis tak gilakan sayur. Saya memang stok protein je. Jadi, tak ada masalah bab-bab makan ni.

Oklah.. Selamat hari Malaysia semua =) 'Pelantar Kerja' sedang menanti saya.

Monday, September 15, 2014

Aku Tidak Sendiri Lagi


Alhamdulillah.. Semua dilakukan bersama. Syukur Alhamdulillah.. Memang boleh berdikari, tapi sekarang ni semuanya ditemani oleh si suami. Cuma bab menguruskan anak je belum tahu lagi. Hehe.. Dua-dua tak pernah ada pengalaman uruskan adik atau anak. Adik sendiri pun tak pernah pulak dijaga macam budak-budak sebab kami membesar sama-sama. Selang 3 tahun, dia dah besar sebelum sempat dipakaikan lampin. Hehehe.. kakak masa tu masih kencing malam, macam mana nak uruskan adik.

Hujung minggu lalu, teringin sangat nak buat laksa nak makan-makan. Buat kenduri kecik-kecik orang kata. Ingat nak buat sebungkus je.. Malamnya lepas pergi balik Equine, aku terus ajak dudu pergi pasar borong. Lepas ni hujung minggu kami dekat pasar borong je sebab murah. Beli ikan 2 kilo dan bla bla bla.. Pinjam periuk kawan balik buat laksa.. Sekali esoknya, laksa tu lepas ke Sungai Chongkak dengan kawan-kawan. Setel laksa aku 1 bungkus.

Nasib baik kuah ada sikit lagi. Balik tambah air tambah perasa, tambah lagi sebungkus laksa. Habis terus kuah!! Haha.. Puas.. Boleh jadi kenduri.

Seronok tengok pakat mandi di Sungai Chongkak tu. Air sejuk gedikk.. Dudu dan yang lain je mandi. Aku tak.. Takut tergelincir. Jadi masalah lain pulak nanti. Apapun sekarang ni rasa lega sikit sebab semua kerja berat ada orang buat dan sukarela nak buat. Hehe.. Maklumlah dia kan kuat. Hero Malaya..

Kat rumah pun tak perlu panggil orang tu orang ni untuk baiki apa-apa sebab semua benda dia boleh buat. Ruginya bila nak claim dia tak nak. Takpelah.. Murah rezeki suami saya nanti.

Barang rumah insyaAllah minggu nak siap sampai semuanya. Nak beli nanti-nanti pun, tetap nak pakai jugak barang rumah tu. So, beli je siap-siap.

Mak pun kata nak mai raya nanti. Siap nak bawak itu ini... Macam la sini tak ada pasar borong. Dia ingat Perlis je kot jual barang mentah. Kalau semua jadi beraya di sini, syoknyaaa RAYA... hehe..

Okla.. Banyak kerja nak buat. Caucicauuu!!

Thursday, September 11, 2014

Fahaman Apa?

Dari semalam pemilik FB tu asyik memberi komen pasal aurat dan tudung. Apa benda yg dia cuba nak sampaikan pun aku x tahu. Tapi semakin dilayan semakin pelik kenyataan-kenyataan dia. Adakah ini juga mungkin salah satu daripada fahaman Syi**??

Risau takut ramai yang terpesong. Dia kata tutup rambut TIDAK WAJIB. Alahai.. baca sendiri la.. Tapi jangan terpengaruh.






Wednesday, September 10, 2014

Kembalinya Sepupuku ke Rahmatullah

Terkejut dan masih dalam keadaan tidak percaya menerima khabar daripada emak bahawa sepupuku, Kak Cik Malia telah pun kembali ke rahmatullah malam semalam kira-kira jam 1130 malam macam tu.

Kak cik merupakan sepupu yang sama umur denganku. Pernah mendapat keputusan UPSR yang sama. Kemudian sama-sama buat rancangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Malangnya, lain bidang. Dia anak kepada abang ayahku. 

Seorang yang comel dan kami tidak pernah bersengketa sejak dari kecil lagi. Mempunyai senyuman yang manis dan konfiden yang sangat tinggi walaupun orangnya kecil sahaja. Anak bongsu dan manja. Dia menjadi kebanggaan keluarga, mungkin kerana jawatannya di sektor kerajaan. Tidak meninggi diri dan seorang yang periang serta gemar membuat jenaka. 

Sebulan yang lepas kami bergurau senda. Pasal telefon, pasal keberanian dan lain-lain. Aku sekadar tahu Mak Lang dan Pak Lang sakit. Lepas tu katanya kak cik juga sakit tapi macam demam-demam biasa. Tadi bila tanya mak, katanya perut kak cik besar macam busung.. kak cik muntah dan batuk berdarah! 

Doktor sendiri tak tahu apakah penyakitnya. Ya Allah! Sungguh terkejut dan aku sedar bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Maka, tidaklah kita hidup bertongkatkan langit kerana kita juga akan pergi ke alam yang sama. 


Mungkin terasa usianya begitu muda, padahal sebaya denganku. Sesungguhnya Allah swt mengirimkan khabar bahawa masa kita juga sudah tidak lama lagi. Menunggu giliran untuk dijemput-Nya juga. 

Apapun sedikit terkilan kerana sejak bermastautin di bumi KL ni, banyak saudara mara yang kembali ke rahmatullah tidak dapat dikunjungi. Apapun jauh di sudut hati, aku kirimkan doa dan kasih sayang ini sentiasa mekar walaupun kita tidak akan berjumpa lagi di dunia. Namun suatu masa nanti, kita semua pasti akan berjumpa. 

Semoga roh kalian tenang di sana. 

Hambatan Kerja

Hambatan kerja yang sangat banyak dan laju! Tak tahu kat mana nak curi masa menyiapkan semua hal tersebut. Tak kerja tak ada duit. Bila dah kerja, tak ada masa!

- kerja di kolej (semester ni 3 subjek yang berlainan sangat memberi tekanan)
- tesis (nak kena siapkan dan submit sem ni jugak)
- tuisyen (konon nak isi masa lapang, tapi entahlah.. macam tak mampu dah)
- menulis (curi-curi masa tidur je..)
- isteri (24 jam kecuali waktu bekerja)

Nampak tak? Betapa saya memerlukan masa. Kadang-kadang tidur dalam keadaan lelah dan penat yang sangat melampau. Alah bisa tegal biasa. Kalau orang lain mampu, saya pun mampu. Inilah masanya untuk mengerah kudrat cuma bersaing dengan masa sahaja. Tuhan ada untuk bantu kita. =)


Sunday, September 7, 2014

Siap Mengemas Selepas 3 Hari

Assalamualaikum.. selamat pagi..

Pagi-pagi mood hepy nak update blog dengan cerita picisan. Sekadar entri kehidupan yang ingin dikongsikan.

Pagi-pagi masuk kerja tak perasan ada kelas pagi. Nasib baik first class so bolehlah bagi alasan yang munasabah sarawak sikit. Semester ni sedikit terbeban sebab banyak subjek kena ajar. Nak siapkan tesis lagi. Adeh! Dugaan untuk seorang bakal ibu. Ups! =)

Rumah dah 95% siap kemas. Tinggal baju-baju je yang masih belum sempat dibasuh. Barang-barang dapur macam pinggan tu semalam kak ipar dah bagi 'selori'. Sampai kena simpan dalam almari. Dudu dah cuci pinggan tu sekali, bila balik rumah cuci sekali lagi katanya. Biar nampak berkilat. Hehe..

Semangat suami saya dah boleh makan kat rumah. Satu hari 3-4 kali dia makan. Memang berbaloi masak. Nasib baik la wife awak memang suka masak. Kami sedang tunggu peti ais. Susah betul takda peti ais. Beli barang mentah stok untuk 1 hari dan tak boleh biar lama-lama. Harus segera masak.

Bayangkan first menu, sup ayam dan ayam masak halia. Ayam ayam ayam.. Sebab ayam tu tak boleh simpan. Hmm.. Ini konsep pasrah dan wajiblah habiskan. Mujur ada kawan-kawan yang sentiasa 'cuci dapur'..

Apapun pindahnya kami dari satu kehidupan bujang ke satu kehidupan orang berkahwin dalam erti kata yang sebenar ini amatlah bermakna. Alam kehidupan berumahtangga akan bermula apabila berada di rumah sendiri. Syukurlah kepada Allah swt kerana mempermudahkan impian dan jalan kami.

Biar perit sikit nak memulakannya, pengakhirannya pasti indah. Biasalah duit dah banyak habis nak masuk rumah baru. Sekarang nie terpaksa berjimat sehingga hujung bulan. Janji bahagia..



Thursday, September 4, 2014

Uteh hilang!

Bukan senang nak pindah rumah. Dalam kos yang ciput macam kami nie semuanya kena teliti. Maklumlah pindah dengan tergesa-gesa sebab rumah tu dalam kondisi yang baik dan boleh dikatakan murah. Tempat parking pun tak ada masalah. Memang kawasan parking sangat fleksibel.

Dah tiga hari tidur lewat dan bangun awal pagi. Terkedek-kedek tolong suami walaupun badan tak berapa nak sihat. Dia suruh duduk diam-diam. Tak bagi buat kerja berat. Tapi saya bukan reti duduk diam. Dah biasa buat kerja berat, rasa nak tolong saja angkat semua barang tu. Angkatlah jugak. Yang mana termampu dibuat. Baju yang berlonggok di dalam bilik pun tunggu masa je nak kemas.

Penat kan? Pikir barang-barang yang masih belum lengkap. Sekadar cari yang keperluan dulu. Kehendak letak tepi sebab bulan ni dah keluar dekat rm5000 untuk pindah. Nasib baiklah kedua-dua jenis menabung. Haha..

Rasa nak mengalir air mata bila tengok si suami bekerja keras dari pagi sampai pagi buta. Semalam, sinki putih tu jatuh pecah atas tangan dia. Serpihan sinki tu tikam pergelangan tangan dia. Dalam betul! Darah mengalir dari atas sampai bawah. Entahlah, hari ni kalau terbuka lagi, kena pergi jahit ke gam ke.. Tapi hero saya memang relaks. Dia pulak suruh kita relaks. Kita risau tengok dia, dia risau tengok kita.

Tak habis repair itu, dia repair pintu. Memang tak reti duduk diam! Kalau tak suruh tidur, rasanya dia buat kerja 2 hari 2 malam jugak tu. Hmmm..

Cerita sedih lagi? Dudu balik lepas kucing kat belakang rumah. Masa saya pergi belakang tengok, Uteh hilang! Saya dah mula susah hati. Mana Uteh nie?? Saya berjalan dari belakang rumah baru ke rumah lama.. Saya jerit nama Uteh. Dah tak peduli orang lain dah. Saya tawaf satu taman. Sampai la ke rumah lama. Saya bagitau anak uncle India tu kucing hilang. Saya masuk cari lagi, tak ada!

Saya pusing belakang lagi sekali. Mustahil Uteh tak kenal suara saya. Saya sampai kat belakang rumah, terus nangis!! Kuat hokay.. Anak uncle tu datang bawak lampu suluh tolong carikan. Dudu pun dah mula risau tengok saya nangis. Dia kata dia akan cari Uteh sampai dapat. Dia janji! Saya rasa lega sikit. Cuma sedikit risau.

Dalam pukul 12 macam tu, anak uncle datang rumah. Kak.. Kucing tu ada kat rumah lama. Tengah lepak depan ruang tamu. Dudu pun bagitau benda yang sama. Haaaaaaaaahhh.. LEGAAAAA...

Terus dudu ambil Uteh bawak balik. Biasalah kucing. Dia bau rumah lama dan dia tahu jalan balik. Syukur sangat-sangat. Sekurang-kurangnya Uteh selamat.

Wednesday, September 3, 2014

Pindah Malam Jumaat

Kesiannya diberi harapan palsu. Terpaksa ikhtiar cara lain gara-gara orang yang hendak meraih perhatian. Mujurlah segala-galanya dapat berjalan dengan sempurna. Tapi serikkk.. Perangai macam tu pun ada.

Semalam barang-barang berat dan besar dah dibawa ke rumah baru. Suami pun sibuk buang rumput. Dulu masa saya duduk rumah sewa dengan kawan-kawan, semuanya akan upah orang untuk mesin rumput dan bersihkan halaman rumah. Terbawa-bawa perangai tu, saya pun penuh konfiden suruh suami cari orang untuk mesin. Sekali dia cakap, tak payah kot! Haha.. Krik..krik.. Eh! Betul jugak..

Landskap air terjun buatan di laman rumah pun dah berfungsi dan air mencurah-curah di kolam kecil. Tunggu sikit masa mesti ada lampu di situ. Teringat masa di kampung, ayah buat satu kolam nak bela ikan di depan rumah. Kolam tu muat-muat untuk kami dua beradik mandi. Haha.. Ayah redha je kami masuk mandi dalam kolam tu dan tersangatlah seronok kerana depan rumah ada kolam mandi macam di Gua Kelam. Hehe..

Di tepi kolam tu ada pokok bunga kertas yang merimbun. Dalam masa enam bulan macam tu, kolam tu retak dan air cepat je kering. Mak bising sebab membazir air. Haha.. Ayah cakap pergi mandi dekat parit belakang rumah. Masa tu orang tak ramai lagi dekat kampung. Air bersih turun dari bukit. Kami angkat batu besar dan buat bagi tinggi. Air jadi tinggi dan turun macam air terjun jugak. Hehe.. Alangkah indahnya apabila masa tu tak kenal erti takut ular ke biawak ke.. Lubang-lubang parit pun dah tersumbat sekarang.

Malam nie malam Jumaat. Kami pindah secara rasmi malam ni. Lebih afdal kata orang-orang tua. Family masing-masing tak sabar nak datang rumah. Hehe.. mohon meriah raya nanti.

Tuesday, September 2, 2014

Rumah Sewa Baru

Sekian lama menaruh harapan untuk mendapatkan rumah biarpun bukan rumah sendiri, tetapi adat berkeluarga mestilah nak ada privacy kan? Hehe.. Finally, kami dah pun menjumpai rumah tu. Tak sangka impian suami untuk tinggal kat tempat tu tercapai dengan harga yang berpatutan dan Allah swt memudahkan pekerjaan kami apabila hajat untuk mencari rumah yg siap kabinet dapur juga tercapai.

Rumah terpaksa disamak. Semalam masing-masing penat sebab balik dari kerja, terus ke rumah tu bersihkan rumah lepas tu dengar pulak cerita penyewa lama ada bela anjing. Hmm.. Terpaksalah hari ni samak lagi. Malam ni dah boleh angkat barang slow-slow.

Syukur juga kawan dudu ramai. Boleh juga tolong itu ini. Laman rumah kami cantik. Landskap yang dibuat sebelum ni memang cantik dan hanya perlu dibaiki sikitlah. Yang lain-lain? Entah, rasanya tempat tidur anak-anak bulus semuanya terjamin selamat dan selesa. Wah... Bahagianya hidup mereka.

Nantilah kalau rajin saya upload gambar rumah.

Monday, September 1, 2014

Kucingku Sayang


Masuk dalam paper Metro pasal kucing ni. Kesian.. Sape la manusia yang hilang akal dan hina dina sangat tu. Entah makanan apa yang meresap ke darah mereka sehingga mematikan perikemanusiaan. Bodohnya mereka walaupun diberi akal tetapi tidak dapat berfikir.

Semalam saya ada tanya suami saya, apa yang menyebabkan kita kasihan melihat anjing atau kucing? Kawasan rumah kami memang penuh anjing dan kucing. Dia pun pening. Haha.. Saya cakap tengok mata. Mata kucing dan anjing tu sayu. Tak sanggup rasanya nak pukul teruk-teruk walaupun salah. Sekadar jentik telinga manja-manja untuk beri peringatan pun dah cukup.

Binatang kesayangan Rasulullah saw diperlakukan dengan kejam begini. Maka tanggunglah manusia-manusia durjana itu di sana kerana mereka akan tuntut segala perbuatan aniaya itu dengan pembalasan yang setimpal.

Kucing tidak mampu menangis dengan suara yang kuat seperti manusia. Mereka tidak mampu menunjukkan sakit dengan reaksi wajah yang berkerut-kerut seperti kita. Mereka nampak tabah dan pasrah dengan apa yang telah mereka terima.

Entahlah.. Semoga Allah saw memberi petunjuk kepada manusia-manusia kejam seperti ini.

Allahhualam..

Thursday, August 28, 2014

Hasrat Ikuti Bengkel Penulisan Skrip

Sekian lama menyepi, akhirnya saya memulakan langkah pertama tahun ini. Apapun terbit hasrat untuk mengikuti bengkel penulisan skrip drama tv & radio yang masih belum dipelajari. Format dan teknik penulisannya amatlah didahagakan kerana genre lain kebanyakannya telah pun diketahui. Asyik terlepas pandang tarikh dan adakala mengalami kekangan masa menyukarkan saya untuk mencari bengkel yang bersesuaian.

Jika ada kursus atau bengkel penulisan skrip drama hujung tahun ini, sudilah kiranya memanjangkan khabarnya kepada saya. Betapa saya mengidamkannya sejak beberapa tahun dahulu lagi. Semoga dipermudahkan.

Ya, saya mencari bengkel penulisan skrip drama!

Wednesday, August 27, 2014

Madah Pujangga - Redha


Sekian meneliti luahan-luahan yang meratap nasib masih tidak ditemukan jodoh di FB, rasanya ini yang terbaik untuk dijadikan jawapan. Apa-apa yang dikatakan sungguh dan benar sekali bagi orang yang telah melaluinya. Siapa kita untuk menentukan biarpun kita telah merancang. Tidak semestinya rancangan kita itu telah baik dan cukup dengan kesempurnaan. Allah swt lebih tahu kerana Dia Maha Mengetahui. Apa yang kita rasakan terbaik untuk kita belum tentu baik di mata Allah swt. Ada perancangan yang Dia sedang aturkan. 


Keperitan
Kesusahan
Kesedihan
Kehilangan
Kesengsaraan
Kesakitan
Dan segala ujian yang kita terima itu datangnya daripada Allah swt
Yang pastinya 
Segala bentuk ujian itu diturunkan untuk kita menginsafi dan terus mendekatkan diri kepada-Nya
Dan jika kita sekadar melaluinya dengan tidak memikirkan-Nya
Maka sebenarnya kita sedang jauh daripada-Nya
Dan entah apa ujian lagi yang akan diturunkan-Nya 
hanya untuk menyedarkan kita yang lena.

Monday, August 25, 2014

Sexual Harassment

Pagi tadi masuk kerja memang rasa semangat. Duduk tengok fb bagai.. Hilang fokus dan ralit dengan dunia yang entah apa-apa tu. Pelik! FB jadi keutamaan yang perlu dibuka dan dibelek-belek setiap hari. Menjejaskan fokus. Banyak kerja sebenarnya tapi hari ni dah jadi hari yang lemau.

Masuk kerja 'sign in' dan 'sign out'.. Alah.. bosannya.

Sempat jugalah baca banyak benda hari ni. Termasuklah bersiap sedia dengan sebuah sajak yang bakal disumbangkan untuk Gaza.

Teringat pasal Sexual Harassment! Tengah-tengah malam sambil lepak-lepak dan dating-dating, tiba-tiba dengar bunyi mesej. Ah, selalunya daripada Celcom. So, bangun bukalah nak tengok bil bulan ni. Sekali nombor asing.

Baca punya baca, dia kenalkan diri semua. Oh, from India, pelajar kolej di tempat aku mengajar sekarang. Tapi aku tak pernah ajar dia. Tanya punya tanya, dia bagitau dia secret admirer aku. Hm.. Antara nak layan ke tidak, tapi tanya jugaklah apa benda yang dia nak ? Kotla ada hal penting sebab agak terkejut celah mana dia dapat nombor aku kan. Ok.. fine..

Yang bestnya bila tengok gambar dalam wsap macam pernah tengok. Oh, sekali lagi dia mengujakan aku. Dia kata jumpa aku masa aku jaga exam dengan pakaian baju kurung kuning. Eh, ada ke baju kurung kuning? Aku pun konpius seketika.

Lagi.. Dia cerita dai dok apartment dengan swimming pool, nice balcony la.. bagai-bagai-bagai.. So, aku pun macam pelik. Kau dah kenapa nak cerita semua benda tu? Ah, malas nak layan.

Dia nak call, even quick call to say gud nite.. Aku kata aku tak minat. Apa-apa tanya aku kat sini je sebab aku ada banyak kerja nak buat. Dia punya excited dan cara dia text aku akhirnya membongkarkan bahawa sebenarnya dia sedang 'menggoda' aku dan cuba men'stim'kan diri sendiri. Kau ingat aku budak-budak? Setiap ayat kau aku boleh baca la.

"Mam, boleh tanya apa u pakai malam ni?" Hah.. Lebih kurang macam tu la bunyinya dalam BM. Hehe.. malas aku nak taip in English.

Dan bermula dari situ aku block dan malas layan. Esoknya dia mesej aku nak minta maaf dan bla-bla-bla. Ah takutlah tu! Kang aku repot tak pasal..


Aku buat bodoh dan tunjuk kat kelik2 aku.. Semua WEIRD!!


K bye.. Xde mood dah!

Thursday, August 21, 2014

Siap Jugaaaaaa!! Letih oiii

YEAY!!!!!

Dah dua hari rasanya buat kerja sampai nak termuntah. Nak submit markah dengan assessment baru yang masih dalam peringkat percubaan sangat memeningkan kepala. Dah aku pulak yang kena masa dalam meeting sebab ikut assessment tu. Padahal dah yang sorang lagi cakap ikut yang tu. Sekali kena buat balik sampai terperinci dan akhirnya, aku terdampar di meja ibarat dugong penat berenang lalu berehat di batu. Ceh! Apa kaitannya.. Penat la.. Tau tak?

Makanlah aku maggi vegetarian yang entah bila Mr Jay letak kat meja aku dengan penuh lahapnya. Mujurlah sedap. Kalau tak sedap pun makan jugak sebab dah lapar sangat. Milo sedap aku menjadi geng ketika melepaskan lelah. Wah.. tiba-tiba teringat pulak nak key in subject untuk semester depan. Aduh! Key in dengan perasaan berbaki kecewa untuk semester lepas.

Kemudian aku ambil kalkulator dan mengira-ngira keuntungan dan kerugian selepas mendapat gaji yang mungkin 10 hari lagi. Ah bahagianya saat itu!!! Bilakah akan sampai wahai gaji. Kakak dah semput mengenangkan kau gaji. Hehe..

Tetiba teringat lagi menu petang semalam, nasi putih ikan bilis goreng dengan tom yam ayam kak baby yang sangat sedap. Semalam je la sedap! Hehe.. Hari lain biasa je. Lahapnya aku mengenangkan gigi ini akan mengunyah nasi yang sepinggan itu ibarat mahu tambah lagi sepinggan dua. Lapar dan letih gilaaaaaaaa-gilaaaaaaaaaaa..

Ok bye.. Kepada peminat-peminat di luar sana, harap bersabar sebab otak tengah wenggg.. hihi..

Sunday, August 17, 2014

Hujung Minggu Best!

Cuti 2 hari lepas sangat terisi. Pagi bangun pagi, layan nasik lemak dengan suami. Lepas tu buatlah sikit aktiviti mengemas. Alah, itu hari biasa pun buat kan? Hehe.. Tapi hujung minggu lebih rajin la kot. Kemas sangkar kucing dan bagi anak-anak main kat laman rumah.

Petang, dudu ajak jalan-jalan katanya. Eh, ajak pergi shopping! Yeay! Bajet time dapat gaji la. Hehe.. At last pergi Putrajaya, makan angin, tengok tapak projek dan makan eskerim.. Balik rumah, beli  pisang goreng, lepak-lepak pastu malam keluar makan dan tengok TV. Wah.. terperinci sangat hokay!

Ahad - teringin nak makan ayam kampung kat Bangi. Merantau la kami berdua ibarat Romeo dan Juliet gitu. Ayam kampung sampai 2 ketul bahagian paha. Memang lepas gian la. Nikmat makan ayam kampung tu hingga ke tulang terakhir. Kehkehkeh.. Memang kat mana-mana pun susah nak jumpa ayam kampung yang digoreng lembut macam tu. Terbaiklah! 

Petang, dudu ajak pergi ronda tengok rumah. Hmm.. Semua takde no fon. Pergi ambil pasir kucing. Dia kata tak payah beli dah pasir.. Ambil je dekat area rumah. Pasir sungai yang memang bersih dan suci. Memang rasa damai je area rumah kat situ, dikelilingi bukit-bukau, angin sepoi-sepoi bahasa.. hehe... Layan! 

Itu pun tengah planning hujung minggu nanti nak merasa kesejukan dan kedinginan Cameron! Wah.. Bestnya.. Sambil makan strawberi dicelup cokelat. Hmm.. Ke nak ke Melaka? Ala.. Melaka ke... Alah, mana-mana je la.. Janji ada aktiviti. Takde la terperap kat rumah. Untung dudu tak sibuk sangat sekarang. Kalau dah dua-dua sibuk, tak tahu la bila nak plan aktiviti kan.. 


Ok. Bye.. Menulis sambil tunggu meeting. 

Friday, August 15, 2014

Bobo Burmese

Mak dah pesan, jaga-jaga kot ada udang di sebalik mi. I'm okay. Mak jangan risau. Kalau lebih sangat tau la anak mak 'ajar' dia. Kalau dia berani mati kira ngam la dengan anak mak ni. 

Ok. Stop. 

Cerita tadi macam biasa balik kerja bagi anak-anak makan. Cari Cici takde! Hehe.. Jatuh longkang dah. Tak tau naik pun. Terus jerit Dudu sebab longkang tu dalam jugak. Hehe.. Belemoihhh bak hiang! Esoklah mandi. Tengah bersihkan tempat tidur anak-anak, datanglah anak-anak uncle sebelah bersembang. Mulalah dia cerita pasal penyakit kucing bagai.

Yang paling tak tahan, kucing aku si Bobo tu sebenarnya spesies Burmese. Wah! First time dengar. Selalu kucing Parsi tau la. Terus masuk search. Ha.. Memang pun! Bobo tu Burmese Cat. Sape la yang buang Bobo tu. Hehe.. Untunglah si Dudu sayang sangat dengan si Bobo tu. 


Bobo Burmese

Comel kan? Semangat je Dudu masuk tanya pasal Bobo. Bangga dia.. Hehe.. Esok macam nak balik Equine ambil barang yang masih tertinggal. Tengah tunggu duit nak pindah rumah. Dah boring makan luar. Rindu nak memasak. Dudu pun bukan suka sangat makan luar. 

Btw, planning nak layan strawberi sambil jalan-jalan. Nak pergi manja-manja dengan buah hati. Hehe.. Alhamdulillah.. Mohon dimurahkan rezeki kami suami isteri. Amin..




Thursday, August 14, 2014

Update Hari-hari Pun Jadi Masalah Ke???

Kau rasa menyampah ke aku update hari-hari? Dah aku rajin update, kau dah kenapa? Pelik! Tak nak baca tak payah baca. Tak rasa nak rugi sesen pun sebab aku guna internet free je hari-hari. Tak suruh kau bayar pun nukilan-nukilan aku ni. Kau dengan cara kau, aku dengan cara aku. 

Manja-manja kucing ada taringnya, ada kukunya. Jangan sampai mencakar, jangan sampai menggigit. Bisanya sampai ke mati.

Sepatutnya dah tidur ni tapi baru lepas mandi. Kepala dah berat semacam. Masa jaga exam tadi dah beberapa kali nak jatuh. Badan berpeluh-peluh. Mata berpinar-pinar. Konon boleh stay la. Tak sampai 5 minit dah gelabah sorang2 kat belakang. Angkat kaki mintak orang gantikan tempat aku. 

Kesnya tak bekpes!! So sad.. 

Hmm.. Oklah, nak tidur. Saja je nak update. Lagi orang berbunyi lagi aku buat. Hang nak main game dengan aku? Silakan. Kadang-kadang aku boleh jadi Zura yg dulu. Sinis! 

Pasai apa aku marah? Sebab aku jenis tak hadap nak amek port pasal orang lain. Tiba-tiba terasa pedas-pedas je.. Maksudnya ada juga orang dok amek port pasal aku. Amek port is okay la. Lumrah. Amek port vs canang tu yg hangin. Meh la try.. Kot aku bagi sedaih makan tar kot! 

Tuesday, August 12, 2014

Status Pengajian Ditangguhkan

Sekejap ye.. Baru sampai ofis. Tak sempat nak update apa-apa. Hehe.. Amboi , tak sabar betul korang! =) Tengah sarapan nasi + bihun goreng + milo suam.

Wah, dah macam update status fb. Tapi tak tau pulak nak update apa sebab kepala tengah fikir nak buat sajak untuk Gaza ni. Kalut dengan kenduri dah terlepas penulisan cerpen untuk AADK hari tu. Frust la jugak. Duduk kampung mana ada line internet sangat. Kalau buka hostspot pun tak kuat.

Ok. Cerita pasal status pengajian. Sebelum ni kan statusnya dropped! Dah pergi bayar untuk key in subjek, suruh buat surat bagai. Selepas beberapa kali surat tak lepas kononnya salah format dan sebagainya, akhirnya ditemukan dengan seorang pembantu tadbir yg agak baik hati nak tolong. Hantar surat suruh check format dan sebagainya, lastly dapat info status pengajian ditangguhkan. Ditangguhkan selepas bayar yuran pengajian rm1250!! Fuh! Memang rasa tak berbaloi. Tapi semangat nak habiskan pengajian tu melebihi segalanya, tak mengapalah. Penat lelah bekerja hangus pun tak mengapa. Asalkan sem depan dapat sambung pengajian seperti sediakala.

Apapun layanan yang diberikan sungguh baik. Komitmen untuk membantu juga sangat dihargai. Ini tidak, nak sound kita macam kita budak sekolah. Nak leter macam boleh selesai masalah. Orang tua memang begitu. Dah tahu ada masalah, selesaikanlah. Bukan berleter cari punca bagai. Pening..


Apapun, ALHAMDULILLAH.. Mampu bernafas di bumi hijau tersebut kembali! I'm coming..



Monday, August 11, 2014

Planting The Reading Seed

Kadang-kadang macam pelik sebab semua orang meletakkan tugas mendidik anak-anak ke bahu cikgu. Sebenarnya ibu bapa merupakan contoh terbaik kepada anak-anak kerana kehidupan mereka bermula dari rumah.

Saya minat untuk menulis dan membaca kerana ibu saya seorang pembaca yang baik! Dia tidak pernah menyuruh saya membaca tetapi dia menunjukkan contoh terbaik kepada saya. Sekalipun adik tidaklah mencapai tahap membanggakan dalam pelajaran, tapi jika dilihat, adik juga gemar membaca. Cuma adik mempunyai sedikit masalah ketika belajar apabila telinganya bermasalah dan menghadapi masalah gagap. Hal inilah menyebabkan adik jadi rendah diri dan mengasingkan diri daripada persekitaran sekolah. Mak kata ketika dilahirkan, kepalanya disedut dengan vakum. Entahlah.. Sekarang ni adik dah ada anak pun! =)

OK, berbalik kepada soal membaca tadi. Saya tertarik dengan satu artikel dalam The Sun, "Planting the reading seed". Sebenarnya banyak cara yang boleh digunakan untuk menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak. Wah, lagak macam ibu-ibu. Tapi sekian umur hampir 30 tahun ini, tiadalah perkara yang lebih serius difikirkan melainkan generasi yang akan datang.

Segalanya bermula daripada gajet yang membunuh interaksi sosial dan kepintaran kita. Pencipta teknologi, pencipta gajet dengan kononnya keperluan terkini sebenarnya tidaklah rugi. Mereka untung! Yang ruginya rakyat kita yang semakin jauh daripada mengejar ilmu dan terleka dengan 'keperluan' terkini yang tidak membantu.

Selain menunjukkan contoh, tidaklah salah jika membawa mereka merasai kesyahduan berada di perpustakaan awam. Betapa gilang-gemilang suasana di dalam perpustakaan dengan bau-bau kayu lama. Oh, memang boleh gila! Itulah perasaan saya setiap kali masuk ke perpustakaan. Ada kala lucu dengan seorang kawan yang boleh stres dengan keadaan perpustakaan tu. Kita bagai nak makan buku, dia pula nak keluar cepat. Hehe..

Ok. Itu saja kot. Malas nak taip panjang2.

Marah Sikit =)

Patutlah dulu pensyarah akan marah kalau pelajar buat endah tak endah! Memang rasa nak marah. Kita dah tolong macam-macam untuk luluskan mereka tapi kelas pun tak datang! Lepas tu sekarang ni menagih nak buat kuiz dan ujian yang tertinggal. Dah jadi berapa kali kerja? Ikutkan hati tak nak bagi dia ambil sebab minggu lepas datang masih rasa juga nak bagi peluang. Kemudian mintak untuk buat ujian hari Isnin. Semalam mesej nak buat hari Rabu. Hari mesej tanya nak baca bab apa? Ish, sakit pulak hati kiteee!!


Saturday, August 9, 2014

Aktiviti Hujung Minggu - Sabtu

Sepatutnya mata dah pejam waktu ni. Pukul 1 pagi dah kot. Selalunya kalau waktu kerja pukul 10 dah hanyut. Hehe.. Dahlah bangun pagi hujung minggu macam pagi kerja. Layankan mata ni sampai lewat malam lagi. Tunggu dudu balik. Balik tadi ada la sate berpuluh-puluh cucuk. Makan satu dua dah rasa kenyang. Bihun sup perut lagi. Memang tak tersumbat dah la. 

Sepanjang Sabtu duduk rumah. Keluar pun beli nasi lemak dan nasi kucing. Tadi lepak-lepak dengan kucing kat luar. Anak uncle, jiran kitorang datang bagitau dia dah mandikan Cici dan spray ubat. Hehe.. Untung Cici dapat orang yang mengasihi. Tapi uncle dan family dia memang sangat penyayang. Orang India. Bela anjing 5-6 ekor. Kucing tak terkira. Anjing sakit dia bawak balik, ubat lepas tu anjing tu tak nak pergi mana-mana dah. Cukup masa diorang akan lepaskan anjing kencing dan berak. Lepas tu bagi main pusing taman dan balik rumah.

Kucing diorang letak kat belakang. Kucing sakit semua diubatnya. Kucing aku sakit pun diorang ubatkan. Budak-budak tu dah kena kurap drp Cici. Terpaksa spray ubat kurap sebab dah teruk sangat dah. Kalau tak ok jugak, buat tradisional je la. Sapu minyak lauk. Kalau lagi tak ok bawak la pergi vet yang upah tengok aje pun dah rm20. Bulan ni kakak sengkek sikit. Lepas utk makan kita anak-beranak. Hihi.. 

Yg kelakarnya, si Rooney dan Uteh takkan boleh berak kat luar. Dia akan lari masuk cari toilet dan berak dalam toilet. Kesian. Ada jugaklah tercicir dalam sangkar tapi selalunya dalam toilet la. Bobo pulak tak nak keluar jauh-jauh. Penakut! Cici merata-rata pergi sampaikan anak uncle tu mintak nak bagi orang. Mentang-mentang Cici comel. 

OK. Mata dah out. Jom.. Zzzzzzzzzzzzz


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...