Friday, February 28, 2014

Janji Melayu!

Apa yang orang cuba jelaskan dengan mengaitkan yang buruk-buruk itu sebagai 'janji Melayu'? Padahal yang bercakap itu orang Melayu!!

Apa nak jadi dengan bangsa kita, alih-alih mengutuk bangsa sendiri yang seolah-olah ludah ke langit, jatuh ke muka sendiri. Selalu sangat dengar orang menyebut 'janji Melayu', sampaikan kadang-kadang menyirap darah dibuatnya.

Melayu itu ada dalam darah kita. Walaupun yang membuat kesalahan itu kita, tak usahlah nak mengaitkannya dengan Melayu. Melayu dulu agung! Orang-orang terhormat, cuma sekarang ini mereka alpa.

Selalunya, orang akan mengaitkan 'janji Melayu' dengan sikap tidak menepati masa. Saya sendiri pun, agak bermasalah dalam hal ini. Bangun awal pun lambat, bangun lewat pun lambat. Tapi dalam masa yang sama, selepas merasakan bahawa itu bukan sikap yang baik, maka ada inisiatif dalam diri untuk berubah. Cuma tak wujudlah setiap masa akan berjaya, ada waktu kecundang. Tapi sekarang ni Alhamdulillah.. sikit-sikit lama eloklah.

Tak pernah pulak saya salahkan Melayu! Tak pernah sebab saya akan tetap dengan pendirian saya bahawa orang Melayu itu hebat-hebat. Salahkan saya, salahkan individu yang melakukan hal tersebut. Contohnya, janji Mamat.. Janji Minah..

Faktor yang menyumbang 'janji Melayu' sebagai suatu yang negatif ini adalah seperti sikap kebanyakan orang Melayu yang tidak memberikan komitmen yang padu. Tapi hal ini boleh berubah sekiranya, kita tukar 'janji Melayu' itu sebagai satu pujian kepada orang yang menepati masa mereka dengan baik.

Nak tahu kenapa? Setiap kata-kata itu adalah satu doa. Jadi berdoalah supaya orang dan bangsa Melayu itu menjadi orang yang berdisiplin. Janganlah kita lupa daratan sampai tak tahu membezakan kita ini bangsa asing atau bangsa Melayu.

Bukan apa, tadi tengok kat Facebook. Janji nak post gambar makanan semalam, tapi post hari ini. Lepas tu, tulis 'biasalah, janji Melayu'! Apa motif cakap macam tu, kan? Tak kisah nak kutuk diri sendiri tapi jangan kutuk Melayu sebab banyak lagi Melayu di luar sana yang lebih baik. Kenapa tak puji? Kenapa kaitkan Melayu dengan benda-benda yang negatif?

Ada otak, pakailah! Rugi kalau letak kat lutut.

Tuesday, February 25, 2014

Muka Ada dalam Air Jampi!!

Hahaha.. Ini paling kelakar..

Mahu tak kelakar, sambung cerita bomoh yang lepas lah nie. Hihi..
Ceritanya, dia tuduh si A bomohkan dia, konon tak nak dia hidup bahagia. Ok. Berceritalah dia kepada kawan-kawan yang lain, menghasut dan menyuruh orang percaya cerita dia. Sesiapa yang tak percaya, dia macam bengang la. Suka hati dia lah! Masalahnya sekali dengan aku terlibat.

Ada seorang lagi kawan, kawan kepada si A dan si B. Dia nie bijak sikit. Dia kata, ada seorang bomoh nie, kalau jumpa dia maka tahulah sape yang punya angkara sebab keluar muka dalam air. Jelas katanya.

Semangatlah si B dan suami 'tercinta' dia tu pergi bersama dengan kawan yang tadi.

Parapam.. Parapam-pam.. Parapammm.. (JAMPI) hihi

Selesai jampi bagai, keluarlah muka - LELAKI. Si B tak puas hati sebab dalam hati dia memang dia tetap nak tuduh si A yang buat. Hmmmmmmmm.. Dia macam malu pun ada, tapi dia suruh bomoh tu repeat JAMPI dan tunjuk sekali lagi, mana tau salah jampi tadi.

Parapamm...Parapamm-pammm.. Hak...tuii! (JAMPI)

Keluarlah muka - PEREMPUAN

Si B jerit! "Zura!!"
"Ha.. Zura!!"

Aku yang dengar cerita tu tadi, gelak sepanjang jalan. Apa kejadah muka aku boleh keluar dalam air? Pemes jugak aku ni. Jual NUF je pun. Tau lah cantikk hahahaha.. bodoh ah..

Lepas tu kawan yang tukang bawak nie pun tengok, "tak sama macam Zura pun!"
Suami kawan dia pun tengok "Apa yang samanya?"

"Tuuuu.. tak nampak ke? Pakai selendang! Sebijik tu haaaaaa"

Hahahaha.. Aku imagine la sebab gaya bercerita macam dia nak kaitkan la si B tu dengan aku dalam kejadian bomoh-membomoh nie..

First time rasa pemes macam tu! Nak "puiii" pun ada.. Nak gelak pun ada! Tapi aku tak kisah pun sangat sebab macam cerita kelakar, atau mungkin kisah-kisah kelakar dalam Maharaja Lawak agaknya =P

Dia tetap tak puas hati! Suruh bomoh repeat lagiiii...

Kalau aku bomoh, aku tamporrr jugak budak nie... Hahahha

Bomoh pun repeattt..Malaslah nak taip jampi serapah bomoh tu!

Keluar muka orang tua pulak - Hah!! Makcik si B tu!! Haa dah agak dah...

Hahahah semua dia nak tuduh.. Kalau ikut logik dan kecerdikan otak yang mengaji sampai ijazah tu aku rasa baik kau bakar semua certificate tu dan telan abu.

Dah tranggggggggg tang-tang nampak - Bomoh tu asyik tukar ramalan je. Kejap lelaki, kejap perempuan selendang, kejap perempuan tua!! Apa tak faham lagi ke? Kenapa mesti nak tuduh orang itu ini?
Sebabnya, setiap kali pergi jumpa bomoh, dalam hati mesti nak menuduh orang tu, kemudian bomoh cakap sikit, kita tambah dan tambah. Bomoh mengiyakan sahaja. Inilah akan terjadi apabila terlalu mempercayai 'manusia'.

Suami kawan yang bijak tu tanya, saja nak kacau-kacau bomoh, "Tok,kalau nak belajar nie macam mana?"

"Boleh, tak susah. Kurang-kurangkanlah sembahyang!"

MasyaAllah.. Kalau semua itu tak dapat beri awak petunjuk, hanya Allah swt sahaja dapat bantu awak. Awak bukak aib sahabat awak sendiri. Awak fitnah dia. Awak terimalah azab Dia. Dia baru nak memaafkan awak, dah mula sejuk hati, tapi bila awak dah buat lagi yang menambahkan luka dia dan menjatuhkan maruah dia, awak carilah masa mintak petunjuk kat Allah swt.

Wallahualam..



Moral of the story : Aku dah nak buang selendang aku! nak cari kain meja pulakkkk.. Hahhaa... Idiootttt

Saturday, February 22, 2014

Main Bomoh?

Haaa.. Kenapa orang sekarang berfikiran kolot? Dah diberi agama Islam sbg landasan tetap percayakan bomoh. Bukan aku kata bomoh tu x bagus tapi kalau sampai terlalu taksub dengan ramalan bomoh, memang itu perbuatan menyekutukan Allah swt.

Sembahyang dah elok! Hati tak terpelihara. Kusyuk ke tidak?

Kesian dekat sorang kawan aku ni. Ye, kawan baik atau aku lebih suka anggap dia adik aku la. Difitnah orang sampaikan fitnah itu terlalu mengaibkan padahal kedua-duanya berkawan rapat dulu. Hanya kerana seorang lelaki, tuduh itu ini. Padahal aku sendiri tahu, yang sorang nie asyik mengadu dengan aku sebab rasa x selesa diganggu oleh suami kawan dia.

Dua-dua aku kenal! Aku kenal hati budi. Tak kisahlah orang nak aku percayakan bahawa si budak A nie main bomoh ke apa ke, tapi setahu aku si budak B yang selalu jumpa bomoh. Si A nie dulu pernah ikut mak aku pergi jumpa bomoh, bukan dia percaya pun! Balik-balik je dia dengan aku gelak-gelak tiru gaya bomoh. Ikut pergi urut je lah!

Bomoh tu akan cakap macam2 tekaan dan ramalan, sampaikan kita rasa "oh betul tu!", "hah, dia la tu"

Apa tu? Awak x ada agama ke? Awak x ada tempat mengadu yg lebih baik? Awak x ada tempat yg awak boleh mintak petunjuk ke?

Si budak A dan B - berkongsi pengalaman, cerita pahit manis bersama-sama. Yelah bila dah terlalu rapat, segala perbuatan akan jadi baik bila bersama, tapi bila dah tak baik, dicarinya benda-benda yang meragukan untuk dijadikan bahan cerita.

Si budak A sampai sekarang masih terkejut. Tapi si budak B tak habis-habis mencanang pasal bomoh dan sebagainya. Sekali dengan aku pulak dikatanya terlibat dengan bomoh tu!! Wakluuuu..

Hahaha aku nak gelak pun ada! Apa tak ada sebab musabab lain ke kau nak kaitkan dengan aku? Aku bomohkan betul baru tau!! Tak pernah aku bomohkan orang lagi la pompuan. Takut MATI tak berjawab nanti!

Si budak A biasalah cantik. Budak B apa kurangnya tapi entahlah, belajar tinggi tapi akal letak bawah tapak kaki! Buktinya untuk semua orang percaya cerita dia ialah "BOMOH"!!

Alaa.. kak Zura tak kenal lagi. Cuba pergi jumpa bomoh cek itu ini.. Alahaiii.. Aku pun bukan sehari dua kenal bomoh, bukan x pernah test bomoh, tapi kebanyakan bomoh karut la! Jumpa bomoh Melayu, time Maghrib pusing rumah x sembahyang, jumpa lagi, buat itu ini konon ada yang menumpang.. Hishhh!! Aku yang selalu ikut mak aku pun dah boleh baca taktik2 bomoh nie.

Mak aku pergi jumpa bomoh pun aku marah. Sekarang Alhamdulillah, dah x menular benda-benda alah tu dalam hidup aku. Cuma yang baru setahun jagung kenal dunia, jumpa bomoh terus syak dan fitnah.

Aku tengah fikir, tak takut mati ke? Buat dosa dengan Allah swt, kau boleh bertaubat, tapi buat dosa dengan manusia sampai mengaibkan dia dekat kawan2, kau dapat apa? Suatu masa nanti segala fitnah nie akan makan diri sendiri jugak. Siap meratah diri sendiri sampai badan berbau bangkai. Kecualilah kau sempat mintak maaf dengan dia.

Dahlah membuka aib orang. Fitnah lagi!!

Sumpah! Demi Allah swt, aku tak hadap nak main bomoh bagai. Bukan cara aku. Kalau aku nak main bomoh, segala benda yang aku nak, aku dapat dengan mudah. Semua orang aku 'kangkangkan'!! Bodohlah cara berfikir, macam budak tadika @ budak kampung yang sangat hulu pemikirannya.

Aku bukan marah sangat tapi aku x sangka. Orang yang selama ni baik dengan aku berperangai macam tu. Tambah menyedihkan orang tu lagi rapat dengan si budak A. Dah pergi jumpa nak tanya, tapi xnak jumpa?!! Apa kejadah semua tu?

Dah tak nak cakap atau mengata apa-apa lepas tu, tapi masih lagi berbunyi kat belakang macam-macam. Budak A nak pergi jumpa, aku rasa x perlulah kot! Biar Tuhan tunjuk kat dia. Harap-harap sedar sebelum ajal!

Nauzubillah..

Monday, February 17, 2014

Kerja oh Kerja

Sekarang jam 2 pagi. Terkejut sebab si Rooney dan Uteh Woot Woot masih belum makan, dikacaunya kita tidur. Lalu depan hidung, loncat atas tilam dsb!! Tengok jam alahai dah 12 malam!! Patutlah lapar semacam je. Biskut diorang dah habis. Sekarang nie, dua-dua tergolek. ZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz....

Si Rooney dan Uteh nie memang life dalam bilik. Jadi kalau dengar orang menjerit-jerit atau apa-apa yg pelik walaupun seorang budak kecil, mesti lari lintang-pukang menyorok. Tapi kakak dah kena masukkan dalam sangkar sebab tak tahan bulu-bulu kucing berterbangan. Bukan tak sayang, sayang.. InsyaAllah, nanti kakak buatkan sangkar besar untuk awak berdua ok!

Sekarang nie, bangun pergi kerja. Buka mata pun kerja. Tidur pun ingat kerja. Lepas tu bila kita selalu post pasal kerja, orang perli-perli kita pulak! Haha.. Dah memang macam tu stail kita kan.. Sebenarnya tu semua bagi semangat untuk kita buat kerja.

Sebenarnya tak adalah sibuk sampai satu minit pun tak ada masa rehat, cuma dalam sehari kalau masa lapang tu memang dihabiskan untuk siapkan kerja. Kadang-kadang tengok jam, ah , esok bangun awal. Kena tidur. Lepas tu bangun, siapkan kerja.

Apa-apa je lah nak cakap. Janji kita tahu apa kita buat. Bukan kita kacau orang pun kan? :D

- Soalan exam 1 subjek kena siapkan 2 soalan sebab persediaan utk student yang akan resit. Jadi sekarang nie ada 6 soalan. Yang stress hari ni, bila student yang lama tak masuk kelas tiba-tiba muncul! Hey, lagi 2 minggu nak present tau!! Kumpulan sendiri pun dah buang kelayakan, nak kena cari kumpulan baru. Yang masuk tak ada kumpulan tak bersuara langsung!! Aku dah pening. Aku nie dah tak tahu nak tolong macam mana sebab diri sendiri tak nak tolong diri sendiri. Susah ah!

Thursday, February 13, 2014

Saya Tak Cukup Masa!

Macam nak beli masa orang lain tapi boleh ke? Setiap hari dibebani dengan kerja-kerja yang harus dihabiskan dalam masa 3 bulan termasuklah menyiapkan nota, menyediakan soalan, menanda jawapan dan sebagainya!

Fuh! Bukan senang rupanya apabila bekerja dengan syarikat swasta walaupun secara separuh masa. Pekerjaan ini telah mencuri hari-hari saya sehinggalah hari saya bercuti pun saya akan tetap menelaah dan menyediakan bahan pengajaran. Ya Tuhan, inilah persediaan yang harus saya tempuhi untuk hari-hari mendatang. Subjek Pengajian Malaysia yang bukan bidang saya, memerlukan komitmen yang tinggi dan saya terpaksa berhempas pulas mengulangkaji subjek yang agak lari dari jiwa saya. Untungnya, saya rasa semakin mencintai subjek ini dan secara tidak langsung saya mula risau dengan keadaan negara saya setelah meneliti sejarah dahulu.

Kita baru sahaja merdeka 56 tahun tetapi keadaan sekarang sangat membimbangkan!

Ada pelajar tanya saya, apa itu maksud 7 kali laungan kemerdekaan????
Saya kena mencari jawapan untuk ini. Malangnya sehingga waktu ini masih belum ditemui jawapannya.


Tuesday, February 11, 2014

Sebulan Yang Rahsia

Sebulan yang akan bermula dari sekarang! Sesuatu yang rahsia sebab tuan badan kata rahsia. Terpaksalah rahsiakan benda yang menjadi rahsia. Hihi..

Ok.. Tinggalkan bab tu!

Cerita pasal hari-hari saya. Saya mula kemaruk sit up dan jogging. Makan tetap macam biasa. Tak adalah diet gila-gila sangat. Aiskrim bagai semua hadap je! Hihi.. Cuma tak boleh makan nasi sebab boleh pening. Gula pun setakat sikit-sikit ok la.. Kalau banyak pun boleh pening. Pelik! Pening jugak memikirkan sebabnya. Seolah-olah otak dah set, benda-benda macam tu jangan ambil lebih.

Sebenarnya tengah taip ni pun lapar lagi. Tadi buat kek sebab ada orang request. Tak pernah seumur hidup buat ok. Kek kukus. Chocolate Moist.. Hihi Great job!! 

Kejap lagi ada Ayam Mekdi sampai. Wah! Bahagianya hidup dengan makanan. (Padahal dah stress sebab badan dah jadi stok gebu-gebu nie) 

Itu pasal kegilaan bersenam di petang hari sementara tunggu Arianna Rose. Ikut dari awal sampai episod sekarang ni ok. hihi.. Malangnya, bila dah kahwin tu, terasa gedik dan geli pulak nengoknya. Mula-mula ok la boleh terima, terlalu manja rasaaaaaaaaaaaa geliiii jeeeeee.... 

-------------------

Hah ! Ini satu lagi cerita pasal kucing. Si Rooney dan Si Uteh. Dan hampir 2 bulan saya bela Uteh dan Rooney. Seekor kutip di kedai runcit, seekor lagi di kedai makan. Balik je, kunci dalam bilik air dan bagi makan pun di situ sebab nak ajar suruh buang najis di situ.

Uteh agak mudah diajar tapi Rooney susah sikit. Uteh betina, si Rooney tu jantan. Biasalah, kena jentik telinga lari tak ingat dunia. 

Perkembangan hari ni? Rooney dan Uteh selalu tengok saya akan sembur najis ke lubang tandas. Akhirnyaaaaaaa... hari nie.. dah 2 kali perasan si Rooney kalau nak buang najis terus je tenggek kat lubang!! Ya Allah... bersyukur sangat-sangat. Tidak berakal tapi ada otak. Serius rasa seronok sangat.. Tak nak banyak -banyak sangat dah. Cukuplah 2 ekor penyeri nie. Dah besar dan gemuk dah pun! Kat mana kita ada, kat situlah ada 2 ekor nie.. Ok.. 

Cau!!


Saturday, February 8, 2014

Aku Peminat Jambu!

Entah.. Sambil-sambil membuat nota untuk pelajar teringat pulak kumpulan Jambu semalam. Baca statement yang telah 'ditayangkan' di FB oleh Taukeh tu, aku dapat rasa mereka terkilan dan kecewa sampai tak nak masuk apa-apa rancangan bercorak undian nie.

Kemon la! Tak best kalau Jambu tak ada. Walaupun tak menang undian, Jambu tetap ada di hati peminat. Jambu pergi final dan rezeki semuanya diberi Tuhan. Sepatutnya Jambu memang layak dapat Top 3!! Oh, berdasarkan penelitian terhadap komen-komen di Fb, ramai antara peminat yang mengundi Jambu tetapi undian tersebut 'terhalang'. Maksudnya, mereka mengundi tetapi undian tersebut tidak diterima.

Mungkin satu benda aku boleh cakap, Tuhan suruh simpan duitlah tu. Memang niat kita dah baik tapi Allah swt kan lebih mengetahui perancangan manusia. Jadi, Dia dah tahu 'permainan' yang sebenar duniawi nie. Apapun, perkara yang penting adalah semangat dan kesetiaan anda menyokong kumpulan komedi nie.
Agak-agak statement aku ni boleh bikin panas tak? Haha.. Jangan saman ooo.. duit cukup2 makan ja.. hahaha..

Ok. Jom sambung buat nota Pengajian Malaysia. Subjek yang jauh lari dari bidang aku! Adoii.. Mungkin cara nie Allah swt mengajar aku untuk lebih berusaha belajar ilmu kenegaraan. Haha..

Friday, February 7, 2014

Jika Aku Juri MLM 2013

MLM- Maharaja Lawak Mega 2013

Ingat tadi mampu tengok kat telefon saja, nasib baik ada orang ajak pergi tengok kat kedai makan. Maklumlah, kat rumah ambil basic Astro saja sebab bukan selalu pun duduk mengadap tv di rumah.

Ok. Kalau tanya puas hati ke tidak, jawapannya tak puas hati. Bukan tak minat Sepahtu, minattt aih! Malangnya, persembahan dari minggu ke minggu nampak seperti tidak bersungguh-sungguh. Ada bakat tapi sayangnya tidak digerudi sangat. Atau mungkin kekeringan idea. Tak baik aku! Haha.. Tapi serius, aku minat kot Sepahtu! Dulu la masa Sepahtu tengah tip top.. Suka Jep!

OK.. Jom tengok kalau aku jadi juri MLM..

Nabil - Biasalah solo. Lagipun, sebelum ni dia selalu bagi persembahan yang bagus-bagus. Idea-idea yang terbaik pada minggu-minggu awal tu dah tak mampu ditingkatkan lagi dah. Hari ni macam tak ada feel nak sokong Nabil sebab kes minggu lalu. Kemudian baca statement dia yang tak mahu mengalah tu, rasa macam lagi hilang feel. Tapi Nabil dah berjaya buka pintu hati aku balik lepas permohonan maaf secara terbuka di MLM tadi. Bukannya apa, biar merendah diri kan lebih disukai. Aku di kedai makan tapi mata berkaca!! Fuh! Memang agak terharu dengan tindakan Nabil tadi. Bagus Nabil! Aku tabik spring!! Biasalah, nama pun pelawak, kita berdepan dengan kritikan dan adakala kita pasti tersalah langkah. Tak ada masalah dah bagi aku. 0-0!! Tabik terpacakkkk untuk Nabil. Hehe.. Aku lebih kelakar daripada Nabil ke ni? Cet!

Shiro - Aku suka part Shiro joget. Memang gedik sangat kalau bab menari. Haha.. Lawak Shiro bagus. Konsisten bak kata aku la. Hihi.. Part Shahrul tak reti pakai kain pelikat tu, memang kena bahan lah dengan orang-orang kat kedai. Haha.. Teringat pulak aku dengan kain batik! Failed jugakkk..

Bocey - Prakkk.. Vokal si juara tu memang terbaiklah! Aku rasa lebih baik dia lawan untuk AJL. Lawak Bocey ada kelas tersendiri. Pendek kata, semua peserta uniklah. Tak ada nak sama atau tiru meniru.

Sepahtu - Alaaa... tadi dah komen dah. Mmmmmm.. kemenangan Sepahtu tidak disambut baik oleh orang-orang kat kedai tu tapi undian menunjukkan Sepahtu banyak pengikut tegar. Peminat-peminat Sepahtu tak berganjak daripada mengundi.

Jambu - Yeay!!! Ini aku suka sebab Pak Yus orang Peghelih dan tidak pernah lupa asal usul malah dia cukup berbangga sebut Peghelihhh.. Unik. Yes! Gabungan dengan Taukeh memang meletup dan sangat sesuai. Cuma ada pada satu minggu, aku tak gelak pun Jambu buat lawak. Nampak tak? Walaupun aku suka, tapi kalau tak lawak, aku takkan gelak. Tapi aku yakin Jambu boleh buat lebih daripada tu! Lepas tu, Jambu makin bagus dan aku jadi bertambah suka suka suka suka..Muaaaaaaahhh.. hihi.. Tak kisahlah, orang tak undi tapi orang suka Jambu. Dalam FB pun semua sokong Jambu. Cuma ada jugalah kadang-kadang 'tahap merapu' Jambu tu! Tapi that is comedy! :D


Keputusan aku ?

Johan :
Naib Johan :
Ketiga :
Keempat :
Kelima :

Hihi.. Tak boleh! Aku pun suka buat kejutan. Cuma aku tak kisah jika Jambu, Bocey atau Shiro yang juara. Mereka memang layak!!

Ok.. juri ada kerja lain nak buat. Jom.. Yeeeeeiiiihaaaaaaaaaaa...


Thursday, February 6, 2014

Rindu Mak

Entah kenapa mimpi yang sama mengganggu tidur. Ya Allah, hindarilah segala perkara yang tidak baik berlaku. Aku masih belum bersedia untuk menghadapinya. Walaupun aku tahu semua janji-Mu benar-benar belaka, tetapi berilah peluang untukku berbakti dahulu.

Hari-hari telefon mak sebab tak nak bagi dia rindu sangat. Tapi hakikatnya dah lebih tiga bulan agaknya tak balik kampung. Mak pun dah macam suruh balik lama sikit, nak dakap-dakap katanya. Dakap tu peluklah! Hihi.. Kak pun rindu mak! Sabar na..

Sebenarnya nak tulis lagi.. tapi ada kerja nak buat. Cuma tadi boleh jugalah nak kongsi, dapat leteran daripada pensyarah! Hihi leteran manja je pun. Dalam studi masih nak kerja. Susah nak jelaskan, tapi saya bukan orang kaya. Saya kena bekerja untuk tampung diri sendiri dan teruskan pengajian. Tak apa, saya tahu pensyarah tu risaukan tesis saya. InsyaAllah, saya akan pastikan semuanya SIAP secepat mungkin.

Walaupun dileter sebegitu rupa, tapi rasa dihargai pulak! Hihi.. Tak tahu nak ucap terima kasih yang bagaimana sebab cara leterannya tu bukan kasar pun. Lembut walaupun beliau pensyarah lelaki.


Wednesday, February 5, 2014

Teringin Nak Ada Rumah Sendiri

Target nak beli rumah! Nak ada rumah sendiri. Lainlah kalau ada 'seseorang' yang akan belikan. Itu pun bersyukur juga. Hihi.. Mana tahu kan.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah sendiri?

Hang Tuah, Hang Jebat..
Oh bertuahnya kalau gaji lebat! hihi

Mulalah nak merewang-rewang. Nak hidup ni, kalau tak ada impian memang tak ke mana hala tuju kita. Nak menyewa sampai bila? Walaupun sekadar impian, tapi dengan adanya impian, kita akan berusaha ke arah tu. Jangan putus asa Zura!!

Yang asal keluarga senang tu bersyukurlah sebab petik jari semua boleh dapat. Orang yang macam saya nie kena bermula dari bawah tapi saya yakin selagi ajal masih belum menjemput kita untuk kembali kepada DIA, selagi itulah kita diberi peluang untuk berusaha mendapatkan benda yang kita mahukan. Memanglah harta dunia, tapi sekurang-kurangnya tidaklah nampak hidup di dunia pun rugi, di akhirat pun rugi. Kenapa rugi? Sebab hidup tidak ada tujuan!

Apa itu wawasan dan matlamat hidup?

Fikir-fikirkanlah.. Salam keamanan daripada saya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...