Thursday, February 6, 2014

Rindu Mak

Entah kenapa mimpi yang sama mengganggu tidur. Ya Allah, hindarilah segala perkara yang tidak baik berlaku. Aku masih belum bersedia untuk menghadapinya. Walaupun aku tahu semua janji-Mu benar-benar belaka, tetapi berilah peluang untukku berbakti dahulu.

Hari-hari telefon mak sebab tak nak bagi dia rindu sangat. Tapi hakikatnya dah lebih tiga bulan agaknya tak balik kampung. Mak pun dah macam suruh balik lama sikit, nak dakap-dakap katanya. Dakap tu peluklah! Hihi.. Kak pun rindu mak! Sabar na..

Sebenarnya nak tulis lagi.. tapi ada kerja nak buat. Cuma tadi boleh jugalah nak kongsi, dapat leteran daripada pensyarah! Hihi leteran manja je pun. Dalam studi masih nak kerja. Susah nak jelaskan, tapi saya bukan orang kaya. Saya kena bekerja untuk tampung diri sendiri dan teruskan pengajian. Tak apa, saya tahu pensyarah tu risaukan tesis saya. InsyaAllah, saya akan pastikan semuanya SIAP secepat mungkin.

Walaupun dileter sebegitu rupa, tapi rasa dihargai pulak! Hihi.. Tak tahu nak ucap terima kasih yang bagaimana sebab cara leterannya tu bukan kasar pun. Lembut walaupun beliau pensyarah lelaki.


2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Teruskan hingga berjaya, Zura. Aku tumpang bangga.

Citra Zura said...

Hilmi, terima kasih atas kebanggaan tu hihi :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...