Thursday, March 6, 2014

Berat oh berat!

Sumpah rasa macam nak nangis je sekarang ni!! Rasa alergik dengan cermin besar, sebab cermin besar berjaya menjatuhkan keyakinan saya sehari-hari. Dulu, masa berat mencecah angka 60+, saya tak suka beli seluar mahupun tengok cermin. Saya tak pernah sangka berat saya yang 46-48 itu mencecah angka tersebut. Semuanya gara-gara nasi yang berpinggan, lauk tu biasalah memang sampai sekarang jenis makan lauk banyak.. Lepas tu fast food seminggu 2-3 kali sehari. Badan macam dipam-pam. Tapi masa tu tak nampak gemuk sangat, cuma nampak chubby tu ada la. Orang tanya, mengandung ke? Hihi.. Ecewah! Lupa pulak mood sedih..

Tadi pergi Jusco, try seluar kerja pun macam sama je hasilnya. Bahagian paha nie, susah betul la nak turun. Nie bukan apa, tabiat makan tidur!! Bersukan lepas tu stop, bersukan balik. Pemakanan tak jaga. Akhir-akhir nie, cuba jugalah kurangkan, ingatkan turun kg, tapi macam takkkkkkkkkk je.. Stress tengok badan sendiri. Macam tak nak beli seluar pun ada.

Walaupun saiz M tapi rasa tetap tak berpuas hati sebab dulu saiz S saja, kadang-kadang terover ambil saiz XS. Itu memang tak sedar diri dah tua! Hihi.. Ish, bukan masalah saiz sebenarnya. Masalah tak ada bentuk langsung. Dulu kalau dari sisi, sebesar jari telunjuk je lebarnya. Sekarang nie 1 tapak tangan!! Sihat tu Alhamdulillah, tapi saya nak kurus untuk keyakinan dan nak bergerak lagi laju dari sekarang. :)

Frust punya pasal.. Malam nie melantak NES tin tu!! Bukan apa, nak berjaga nak siapkan bahan.

Persoalannya, bagaimana? bila?

Harap-harap, angka 4 bakal menjadi kenyataan kembali!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...