Saturday, March 22, 2014

Perangai Kita

Seronok menganalisis perangai orang lain. Maklumlah, kita pun dianalisis. Tak gitu?

Serius, dulu mulut aku sangat-sangat 'cakap lepas' orang kata. Seiring dengan pertambahan usia dan kematangan otak, kadangkala berdiam itu lebih baik. Lebih baik aku bermuhasabah diri daripada menuding jari mencari kesalahan orang lain.

Aku dibesarkan dengan suasana 'lelaki' yang ramai. Aku belajar untuk menjaga diri sendiri dan sampai sekarang aku tak pandai nak bergaul dengan perempuan-perempuan yang seumpamanya bagi aku, sangat 'teliti'.

Aku orang kampung! Segala-galanya mudah. Bahagian budi pekerti dan bicara dijaga. Bahagian hati dipelihara. Cukuplah. Aku beruntung jadi anak yang dibesarkan di kampung. Aku tahu gasak orang kampung. Susah mereka.

Allah swt beri aku susah dari kecil sampai besar bukan kerana apa, Dia tidak mahu aku bermegah-megah dengan apa yang aku bakal ada di depan hari. Aku jalani kehidupan yang sama seperti kehidupan aku dulu. Tuhan belum uji aku dengan kekayaan. Aku takut. Biarlah aku bersederhana.

Cuma impian itu haruslah dicapai. Bergerak secara perlahan-lahan.

Orang sekarang? Nampak macam tak menunjuk tapi sebenarnya menunjuk-nunjuk!
Orang sekarang? Nampak macam ikhlas, tapi di belakang kita ditikam!
Orang sekarang? Nampak macam boleh dipercayai, tapi dalam kepercayaan ada racunnya!

Pernah jumpa, orang yang nak menjatuhkan maruah kita depan orang lain semata-mata nak diri sendiri dipandang lebih. Kita diamkan saja. Kita biarkan apa yang baik itu diambil, yang buruk itu akan difikirkannya kemudian.

Pernah jumpa, orang yang cemburukan kita. Tapi kita diamkan sahaja. Kita cuba sedaya yang boleh. Selebihnya Allah swt telah menulis pada kertas takdir. Tetap kita ambil yang baik dan segala yang buruk itu biarlah sebagai pengalamannya kemudian hari.

Baru aku sedar, aku sudah tidak pandai MENGAMUK!

:D Tahniah.. Tak semestinya nakal waktu muda, waktu tua tak berguna.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...