Sunday, April 20, 2014

3 Cerita

Assalamualaikum...

Saya baru je balik dari meeting utk final exam. Terketar-ketar jugaklah sebab ada buat salah masa siapkan kertas soalan tu. Masa tu tengah kalut sangat. 3 subjek nak kena cover. 1 subjek ada 2 soalan. Termasuk soalan resit. Jadi 6 soalan yang berbeza. Nampak macam sikit tapi soalan tu kena siapkan sekali dengan jawapan dan skema pemarkahan.

Kena cari peribahasa baru tu! Hihi.. Macam manalah dia boleh terfikir nak bagi peribahasa tu. 


Dulu masa sekolah rasa seronoknya orang yang buat soalan ni. Mesti mudah buat sebab lepas buat orang jawab! Sekarang ni, dah tahu betapa 'seronoknya' keadaan tu.

- buat soalan
- buat jawapan
- tanda jawapan

Seorang daripada pelajar saya.

Bayangkan kalau yang buat tu BM kucar-kacir? Tak sampai 5 kertas, memang saya kena ambil angin. Hihi.. Tak tahan ooo..

Ok.

Cerita terbaru pasal kawan baik saya di kampung. Kawan dari sekolah rendah sampai sekarang. Memang rapat - Tikah, Nas, Zura. Sebenarnya, saya nie ada macam-macam jenis 'ahli pertubuhan kawan' yang saya join. Haha..

Nak senaraikan nama ahli pertubuhan kawan tu mengikut jenis. Macam-macam jenis :

1- Kawan rock kapak dan ganas
2- Kawan sekolah rendah
3- Kawan sekelas
4- Kawan universiti
5- Kawan kursus
6- Kawan serumah


Banyak lagi tapi tak ingat. Merata orang kawan tapi yang paling ngam sekali si Tikah dan Nas. Bila masuk universiti, jumpa si Sera dan geng bilik 243.

Tikah dan Nas tu memang perangai macam saya la - kasar dan sporty
Sera dan geng 243 (Lely, Ku Nas, K.Dila, bla-bla-bla) - geng nie geng feminin

Banyak benda tentang perempuan saya belajar daripada geng 243 nie. Maklumlah, duduk kampung tak pernah kenal pun erti nak berbedak, cantik bagai. Hihi.. Thanks u olls.

Jauh melalut nie.

Nak cerita, si Tikah tu dapat polis di Bukit Aman. So, ada geng lah! Hihi geng bujang.. umur dekat 30 masih bujang. Jodoh tak sampai lagi orang kata haha.. Entahlah, setelah apa yang dilalui, rasa nak relax dulu sampailah Allah swt kata seru dah sampai tu.. hihi..

Nak kalut p mana? Nas pun dah kahwin. Kesian Tikah, ayat sedih dia, "aku bukan ada sapa dah".. Hihi..

Tikah yang jadi hitam! Haha putih dia susah hitam tapi sekali kena training, legammm! =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...