Thursday, April 17, 2014

Marking Paper

Marking paper lagi!!

Bilalah nak siap agaknya? Sem depan lagi banyak subjek. Subjek yang killer untuk aku pulak tu. Haha.. Bukan untuk student. Kalau bab sejarah dari zaman sekolah rendah sampai ke universiti mesti aku lari dan memonteng atau lebih afdal tidur dengan tandatangan.

Haha.. Gilo!! Bukan tak pandai tapi memang otak aku tak boleh terima benda-benda usang dan lama ni. Otak menggelegak dengan jiwa muda yang berapi. Mana sesuai kan? Hihi..

Sebenarnya, itu telah pun menjadi perkara dulu dan lepas. Sekarang selepas aku ditugaskan menghadam subjek Pengajian Malaysia, rasanya otak nie macam dah diselenggarakan dengan baik. Tanyalah aku pasal sejarah Malaysia! Tanya la.. Hihi.. Tanyalah aku pasal serangan Portugis, Jepun dan sebab-sebab tercetusnya peristiwa berdarah di Tanah Melayu.

Tanyalah juga pasal perlembagaan. Parlimen, kabinet hihi.. Walaupun tidak sehebat orang lain yang lebih berpengalaman tetapi terlalu banyak peningkatan dalam kepala nie. Nak merasa hebat jauh sekali. Saja nak cerita betapa setiap yang dilalui itu pasti ada hikmahnya.

Allah swt campakkan rezeki yang tidak aku duga. Diberikan tugas-tugas yang bukan bidang aku menyebabkan aku menjadi RAJIN menelaah secara tiba-tiba.


Ok. Itu sahaja. =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...