Friday, April 25, 2014

Mood Memasak

Mood memasak yang menjadi-jadi. Mood makan pun menjadi-jadi jugak!!

Nak tunjuk gambar hasil masakan tak boleh sebab handphone selalu kalau snap 2-3 keping terus bateri nak lup. Sedih! Hihi.. nak tukar pun rasa sayang je dengan handphone tu. Sentimental value orang kata. Bukan mental value ok.. =)

 Ini salah satu percubaan puding karamel yang agak menjadi. Dulu tengok je orang buat dan makan. Rasa malas nak belajar. Sekarang umur dah meningkat, macam-macam nak masak. Teringin nak makan dan puas apabila ada 'orang; makan dengan lahapnya. =)

Bila balik kampung mak masak resepi best2. Memang masa tu saya takkan on diet. Sedap!! 

 Tengoklah menu yang 'panjang' dan menyelerakan! Bermula dengan kerabu mangga, air asam picit (belah utara panggil camtu), ulam bendi, ikan goreng tu biasa la, siput sedut (walaupun tak pandai sedut, mak ada!), daging bakar, gulai ikan haruan dengan ubi keledek memang terbaik!!

 Zoom sikit! hihi.. 


Gulai yang pasti membuatkan aku tambah nasi berpinggan2!! Pinggang pun berlipat2!! =) Wut ever.. Janji puas.. 
Diet bagi kurus lepas tu balik kampung makan puas-puas. Balik KL diet balik. 












Terjumpa gambar lama - hehe penyeri je =) hahaha.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...