Wednesday, April 23, 2014

Rooney dan Uteh



Dah lama rasanya berjanji nak kenalkan penyeri hidup saya. Kisahnya bermula apabila hidup nie terasa amat sunyi. Hihi.. 

Masa tu memang teringin sangat nak bela kucing. Cari kucing tepi jalan semuanya 'tak masuk hati'. Lepas tu search dalam Mudah.my - terjumpalah seekor kucing kampung yang memang hendak dijual. Tak sampai rm100. Bincang punya bincang ada orang nak sponsor =)

Lepas call owner kucing tu, dia cakap bukanlah nak jual sangat pun, nak ambil duit makanan je. Oklah camtu kan? So, suruh dia simpan dulu. Weekend nie pergi ambil sebab masa tu tengah sibuk.

Si owner kucing suruh bank in duit dulu. Adoi.. Dahlah jauh di Shah Alam. Rumah pun tak tau di mana lagi. Kalau bank in dulu, kucing tak dapat camne?? So, saya cakap duit akan diberi masa ambil kucing tu nanti.

Bukan kucing Parsi pun yang nak demand macam tu! 

Tibalah masa yang dijanjikan, owner tu bagi tau kucing tu dah dijual. Ada kucing lain kalau nak. Huh! Memang takkk la.. Jauh2 pergi Shah Alam semata-mata nak ambil kucing yang bukan yang kita nak. Aku pun tau demand jugak!

Ok. Nak dijadikan cerita, maklumlah cerita Melayu hahaha.. masa pergi beli barang-barang runcit, ada seekor kucing warna putih. Kuruuuusss sangat!! Nak bangun berdiri pun dah tak larat dah. Dia mengiau lemah je.. 

Saya rapat dan belai-belai. Masa tu kucing tu kat bawah tayar basikal, tengah golek-golek. Mata biru!!! Adoiii.. hati dah terpaut. Muka memang bengis gila la kucing tu. Dalam 2 bulan kot umur dia masa tu.

Nak ambik malu! Hahaa.. takut pulak makcik kedai runcit tu kata kucing dia. Padahal memang nampak terbiar. Adeh! Naluri keibuan aku mendesak. Haha.. Saya balik bagitau dudu, cakap nak kucing tu!

Malamnya kami berdua ronda-ronda dan tengok kot-kot ada lagi kucing tu. Masa tu kedai runcit dah tutup. 

Belek punya belek, tak ada! Muka memang frust la.. Alih-alih nampak kucing jalan terkangkang dan nak jatuh sedang buat lawatan sosial kat kedai tu. Hah!! Todeaaa... 

Terus cekup bawak balik. Letak dalam kereta diam tak bergerak. Melawan pun tidak. Tak mampu buat apapun! Kesian dia.

Balik bagi makan dan esoknya baru mandikan. 



 Nielah kucing di kedai runcit tu. Belum mandi lagi waktu nie. Namanya Uteh. Hihi.. Muka bengis, badan kotor. Telinga lagilah! 

 Balik rumah je, ambik gambar dulu. =) Bukti dan perubahan yang ingin dilihat. 

Ok. Masa nie Uteh ada ketulan di celah kangkang dia. Asal bangun nak gerak laju-laju mesti jatuh. Ya Allah! Masa tu ingat dia dah nak mati. Terus rasa macam nak hantar balik, biar mati kat tempat lain. Tak sanggup nak tengok. :( Bertahan dan cuba bagi Uteh makan dan kuat. Hari ke hari, Uteh dah semakin sihat. Lepas mandi 2-3 kali, Uteh dah nampak bersih. Walaupun masih belum gemuk tapi celah kangkang Uteh dah sembuh. 

Alhamdulillah.. 

Ok. Jom tengok seekor lagi. Rezeki kucing bercouple. Hihi.. Uteh tu betina. Yang seekor lagi nie jantan. 

Kisahnya bermula... 

Tepuk2!! 

Hihi.. Kisahnya bermula waktu saya tengah lunch manja-manja. Haha.. Ada la seekor makhluk Allah swt nie show itself yang dia tu gemuk dan pendek. Memang kotor tapi still nampak comel. Dudu tak tahan tengok. Padahal dia bukan berani sangat dengan kucing. Terus dia suggest nak ambil kucing tu! Haha.. Alah, dahlah. Banyak-banyak macam pusat kebajikan pulak. Hihi.. 
Yelahhhhhhhhhhhhhhh... Baiklahhhhhhhhhhhhh....
Bawak balik si gemuk pendek tu dan masukkan ke dalam kotak. Kutu penuh kat badan! Silap hari bulan mati kena urung dengan kutu je.

 Haa.. Nielah si gemuk pendek tu! Namanya Rooney. Nie nama yang disimpan utk kucing kat Shah Alam tu. Jadilah milik si gemuk ni.
                    Mandi manda... SSssssejukkkkkk!!                 Lepas mandi dan makan-makan

Ok. Makan dan tidur pada peringkat awalnya adalah di toilet ok!! Nie tips untuk bagi kucing kenal toilet sebagai tempat buangan sisa terhadam! Haha.. Memang 3-4 hari dikurung secara tetap dengan servis makanan yang cukup di dalam bilik air. Nak nangis, nak meraung, lantaklah! Janji tahu kat mana toilet. 

Lepas dah konfiden kucing tu berak kat toilet, lepaslah. Yesss!!! Berjaya.. Memang Rooney & Uteh kucing yang bijak dan bagus. Macam tuan dia.. Haha.. Nanti cerita pasal Uteh & Rooney balik kampung. 

Ok. Letih dah.. 

Tengoklah Rooney dan Uteh sekarang. Itu pun belum sekarang lagi sebab sekarang lagi besar. 

(Rooney je sekarang tengah tak sihat. Keracunan makanan!) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...