Sunday, April 13, 2014

Seni

Dalam banyak-banyak seni yang ada di dunia ini, satu jenis seni yang memang JELAS lagi BERSULUH, yang memang tak reti ialah seni MELUKIS. Hihi..

Bapa saudara, abang sepupu dan keluarga sebelah ayah semuanya ada kepakaran melukis! Kalau saya? Pelajar siap tanya, yang tu apa cikgu? Hihi.. Ok, ini jalan raya!

(muka tak percaya itu jalan raya)

Ok sambung. Apa yang boleh? Pendek kata setakat nie yang lain-lain tu boleh. Bab menyanyi, berlakon, mengacara majlis, menulis, bla-bla-bla semuanya boleh. Menari? Sikit-sikitlah. Dulu pernah cuba menari Zapin, sekali kena kutuk KERAS, menangis tak nak Zapin dah. Hihi.. Pergi belajar menari pakai macam nak pergi taekwando! Memang la... Kenangan.. =)

---------------------------------------->

Apa aktiviti semalam ? Semalam buat laksam. Resepi yang bagus daripada Kak Fizah. Memang sedap dan telah terbukti sedap apabila dipuji sedap hihi..

--------------------------------------->

Sekarang ibarat sedang bercuti. Tapi cuti pun, ada kerja yang telah dibekalkan. Tesis lagi. Marking paper lagi. Nak prepare untuk next sem lagi. Slow2 la Zura.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...