Wednesday, May 28, 2014

Dulu Senang Dah ...

Macam biasa, selalu call mak sembang-sembang. Sejam tu normal la kan.. 2-3 hari sekali call la sebab sibuk sikit.

Mulalah mak mengeluh hidup yang agak diduga sekarang ni. Serba serbi kurang. Maklumlah mak tak pernah susah. Maksudnya bukan sentiasa senang tapi sebelum mak sakit, dia ada kerja. Jadi tiap-tiap bulan ada gaji.

Buat bisnes kecik-kecik pun ada risiko. Bila sakit tak berniaga. Bila sihat baru la ada habuan sikit. Hehe... Hidup kat kampung normal la.

So, aku kata, sabarlah mak. Allah dah bagi mak senang lama dah. La nie Dia uji sikit. =) InsyaAllah, anak-anak mak ada nie. Takkan 4 orang anak tak boleh jaga seorang ibu. Eh, tolak abang nombor 2 sebab dia tak sihat. Jadi 3 orang la.

Lain-lain semua dah kahwin ada anak pinak, tinggal anak solehah mak nie je la.. hehe.. Semalam sebak dada nie bila orang lain sibuk post gambar anak-anak. Mengalir laju je air mata nie. Kadang-kadang rasa memang sudah ditakdirkan bahawa aku takkan merasai untuk menjadi seorang ibu.

Apalah bodoh orang yang buang anak tu?! Dah ada rezeki buang macam tu. Orang yang nak nie susah je nak dapat. Sama-sama la doakan agar aku mampu membuktikan bahawa aku juga PEREMPUAN SEJATI!

Ayat tak boleh blah.. Hehe..

Ok cau!

Saturday, May 24, 2014

Cerita Hari Cuti

Hari Sabtu yang nyaman. Hujan turun renyai-renyai. 

Sambil-sambil layan Muzik-Muzik nie terasa gian nak menulis sesuatu. Apa topiknya ya? Baru lepas layan cerita Hindustan lakonan mantoppppp Rani Mukerjee =) 

Dia terpaksa berlakon sebagai lelaki untuk bermain kriket. Tapi masih mengekalkan ciri-ciri keperempuanan. Ya. Teringat dulu zaman keliru identiti. Tak suka orang cakap perempuan. Hehe.. Sampai satu masa aku rasa patut berubah kerana aku tidak mahu tua menjadi seorang lelaki =) 

Dalam usaha berubah, pernah rasa diri ni macam pondan apabila berbaju kurung dan masa tu rasa benci nak tengok muka sendiri. Haha.. Buruk! 

Setelah mempunyai 'boifren' hihi.. lama-lama berubahla cuma perangai dan jiwa tu masih ada sikit-sikit sampai sekarang. Mungkin itu sejak azali susah nak diubah. Tapi sudah jauh lebih feminin dan lembut daripada dulu. 

Alhamdulillah..

Hanya mendoakan yang terbaik untuk teman-teman yang masih belum menjadi diri anda yang sebenar. InsyaAllah.. Saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membantu kalian secara halus. Bukan santau ok.. hehe.. 

Cuma nasihat saya, jangan bengkung payudara kerana akan menyebabkan payudara anda leper serta mengundang risiko yang tinggi utk mendapat kanser payudara.

Thursday, May 22, 2014

Ayuh.. Teman-temanku

Ayuh! Darah Muda

Darah muda yang berapi
Kayunya tua-tua
Akalnya kuasa
Nasibnya tiada
Dijolok semangat katanya
Biar bisa julang ke puncak
Tuntut bela katanya
Biar dia bisa terletak

Yang berapinya kalian
Yang bonekanya kalian
Yang busuknya kalian
Yang ruginya pun kalian
Yang berhormatnya mereka!

Ayuh, sedarlah teman
Persiap jati diri
Sebelum berperang
Sekadar kosong-kosong di dada
Pasti tersungkur dalam hina

Citra Zura
23/5/2014 1:17 pm 

Apabila Anda Masih Setahun Jagung!

Sana-sini bercakap hal politik negara yang padahal usia kita mencapai kemerdekaan masih lagi muda. Baru sahaja akan mencapai usia 57 tahun. Manakala hari Malaysia iaitu apabila Tanah Melayu bergabung dengan negeri-negeri yang ada sehingga sekarang kecuali Singapura yang telah keluar dari Malaysia baru sahaja 51 tahun.

Pelbagai masalah baik dari segi politik, ekonomi dan sosial pastinya memberikan kesan kepada masyarakat pada zaman dahulu. Zaman dahulu? Tidaklah begitu 'zaman'. Baru sahaja puluhan tahun yang lepas.

Entah apa yang ada dalam fikiran anak-anak muda sekarang. Mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan beberapa pihak yang berlumba-lumba untuk duduk di atas. Padahal mereka tidak pernah fikir bahawa proses untuk merdeka itu sebenarnya telah mengorbankan ribuan nyawa dan menyeksakan jutaan jiwa.

Pergilah anda berjumpa dengan orang-orang tua yang hidup pada zaman sebelum merdeka. Tanyalah pada mereka kehidupan mereka pada zaman itu dan bandingkan dengan sekarang. Kebanyakannya lebih bersyukur dan gembira dengan apa yang ada sekarang.

Kata mereka, dulu kalau susah terpaksa ikat perut dan buat kerja pun bukannya senang. Nak makan sebutir nasi pun susah. Sekarang ni, susah saja dah boleh telefon media minta bantuan. Masuk Bersamamu dan dapat sumbangan. Kalau tak ada duit, pergi ke Baitulmal dan sebagainya.

"Bolehlah itu zaman dulu, ini zaman moden!"

Cebisan fikiran yang agak rendah pada fikiran saya kerana pada zaman sekarang yang tahu hanya mencari kesalahan orang lain. Nak berlawan ada caranya. Tak usah menunjukkan bangsa kita sebagai bangsa yang biadap!! Sana-sini berlumba-lumba nak emosional sampai sanggup samakan manusia dengan binatang. Apakah ini zaman moden? Zaman yang telah diberi ilmu pengetahuan yang tinggi!

Beginikah cara menggunakan ilmu?

Atau yang bercakap itu kebanyakannya tidak ada ilmu? Mustahil..

Kalau tidak suka pemimpin, tukarlah pemimpin. Menjerit histeria, maki hamun dsb tidak membawa sebarang perubahan melainkan anda sebenarnya telah menunjukkan bahawa bangsa kita bangsa yang mempunyai mentaliti rendah.


Saturday, May 17, 2014

Hari Guru

Assalamualaikum... 

Malaslah nak update entri kat tempat kerja. Memang banyak masa free tapi macam malu orang tengok-tengok. Hihi.. Yelah, nak merepek bagai sebelum publish rasa malu. Tau jugak rasa malu! Hihi.. Nie ayat tak boleh blah masa sekolah menengah.

Zura malu?? 
Takkan Zura tau erti malu!! 

Hehe.. Ingat aku manusia hati besi ke..
Ok.. ok.. Eh baru perasan.. Sekarang nie trend tulis dengan 'titik' yg banyak.. (..) Tak tau la kenapa tp memang dh jadi satu trend.. Kalau 1 mcm tak cukup............ (cukuplah tu)

Ok. 
Sebenarnya yg atas tu telah ditulis pada waktu pagi. Lepas tu hilang idea sekejap. hehe.. Semalam, hari guru! Memang banyak yg mengepos ucapan di FB. =) Saya pun dh ucap dah. Tengoklah kat bawah nie :



Hihi.. ALhamdulillah.. Tahun nie pun sama seperti tahun lain jugak. Tetap diraikan sbg cikgu =)  Cuma tak ada gambar nak tunjuk sebab hp nie kalau nak transfer kena guna card reader bagai. Jadi sekadar pos di wechat. 

Pagi-pagi dekat opis masing-masing mengucapkan Selamat Hari Guru. Yg paling best bila dapat hadiah berbentuk makanan - siap desert bagai. Hihi.. Lepas tu dapat lagi. Alamak, saya tak boleh makanlah! Manis.. Hehe.. Simpan je bagi budak-budak rumah makan. 

Ok. Nak cau dulu! 

Sunday, May 11, 2014

Tabiat yang Sukar Dibuang

Tengah sibuk menelaah buku Hubungan Etnik, tiba-tiba kaki disilangkan di atas kerusi (bersila). Terus teringat habit yang sememangnya tak dapat dibuang! 


1. Bersila

Kalau bersila di lantai itu memang normal, tapi kalau di atas kerusi pun bersila? Hehe.. Bukan aku sorang je yang ada habit nie.. Ramai lagi tapi akulah salah sorang drp mereka tu =) Tak kisahlah tu majlis besar ke kecil, atau mungkin di pejabat atau di kedai makan, asalkan meja tu terselindung, mesti aku angkat kaki bersila. Rasa lenguh pulak kalau kaki tergantung macam tu. 


2. Langgar benda

Yang nie memang meninggalkan parut-parut di badan. Baju-baju pun boleh terkoyak. Bayangkan, ketika aku bergerak lurus, entah makhluk apa yg tolak aku ke tepi dinding! Kalau di pasaraya, tiba-tiba je terlanggar bucu-bucu dan baju-baju. Pernah juga langgar pintu. Langgar paku sampai terkoyak baju yang baru dibeli pun ada! Fikirlah, takkan ada manusia nak biar badan sakit sebab nak tarik perhatian orang dgn melanggar benda2 mcm tu. Hihi.. Tapi itulah aku. Kadang-kadang dah lali. Pernah satu waktu, orang ramai betul masa tu, nak sambut merdeka. Aku jalan straight je la.. Sekali xtau mcm mana kaki masuk lubang, orang semua tengok dan aku bangun slumber je. Muka memang kering habis. Sebab dah tak ada perasaan malu nak layan benda2 macam tu. Terlalu kerap berlaku! Hilang perasaan dah.. =)


3. Asah gigi waktu tidur

Ok. Nie mungkin tabiat keturunan. Sebab pernah jugak terjaga sebab terdengar ayah asah gigi. Adik aku dan aku mewarisi tabiat asah gigi nie. Hehe.. Dah macam satu hiburan waktu tidur.


4. Goyang kaki sebelum tidur

Nie pun sama. Dari kecil sampai besar, mesti kena goyang kaki sebab nak dodoikan diri sendiri. Masa zaman sekolah selalu lawan dengan kawan-kawan, sape paling banyak bantal. Aku atas, kiri kanan depan belakang ada bantal. Kaki pun ada bantal. =)  Sekarang nie setakat goyang kaki je la.. Bantal di kaki tak guna dah. Balik kampung tengok mak, "Eh, kaki pun lapik bantal?" hihi...


5. Mandi dan menyanyi

Tak kisahlah nak panggil artis toilet ke apa, tapi itulah satu-satunya cara nak hiburkan diri sendiri. Memang mak kata, save budget sebab nanti tak payah pakai radio. Wow!! Mak paling suka part nie hihi.. Dia suka aku yang nyanyi la.. Hihi.. Mak tahu Marhaban je =)



6. Tak boleh dengar lagu kalau studi

Yang nie dari kecil sampai besar. Kalau orang cakap dengar radio itu tips untuk belajar, rasanya tidak sesuai untuk aku. Bersembang, dengar radio atau sebarang bunyi bising takkan menggalakkan aku belajar. Semua tu mengganggu. Nak tidur pun kena senyap dan sunyi. Kalau tak, memang aku tak boleh tidur. Bukan tak suka seni, tapi aku tak boleh fokus 2-3 benda dalam 1 masa. Kalau nak sembang, aku letak buku tepi. Hah, sembang puas-puas. Kalau nak dengar lagu, dengar sampai muntah =) 


Ok. Itu sahaja. Sebenarnya ada lagi tapi kerja sedang menghambat daku yang cute ini. Wakaka.. 

Thursday, May 8, 2014

Kenapa Saya Menulis?

Kenapa menulis? 

Saya menulis kerana saya memang minat menulis. Menulis merupakan satu cara untuk saya lepaskan segala yang terbuku. 

MENULIS ITU TERAPI.

Setuju atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau menulis itu mampu mengurangkan perasaan resah anda, maka menulislah! Tidak ada yang melarang.




Monday, May 5, 2014

'Penumpang' yang Tidak Sedar Diri!!!

Insiden yang agak sayu hari nie.

Lokasi : Food court Times Square
Situasi : Seorang budak lelaki yang agak naif datang nak beli makanan. Dia tak faham sistem beli makanan kat situ yang kena pakai kad. Maksudnya, kita bagi duit kat kaunter untuk ditukarkan dalam bentuk kad.

Nak disedihkan lagi.. hehe.. Ada pulak gitu! Sambung2..

'Penumpang' negara kita yang mencari rezeki dengan bekerja di situ punyalah tak puas hati. Muka tu memang dah tak boleh blaaaahhh dah aku cakap. Dah banyak kali aku dok simpan dalam hati ni. Tunggu masa ja nak kasi 'butir-butir' peluru.

Dahlah buat muka tak puas hati, sekali dia sound budak tu cakap, "Bukan kad nie!!"

Aku ushar je la. Tengok lagi. Apa masalah budak nie sebenarnya. Si penumpang tu suruh budak laki nie jumpa Cina kat hujung kaunter tu. Cina tu pun pelanggan jugak. Cina tu tanya, kad nie tak boleh pakai. Kena beli kad kat kaunter tu baru boleh.

Budak tu diam. Blur. Cina tu tanya, "U ada bawa duit tak?"

Sekali budak tu cakap dengan muka lurus bendulnya, "Tak. Gaji tak masuk lagi.."

Aduh! Kesiannya. Masa tu macam nak sambar tangan budak tu dan nak je aku suruh dia pilih apa dia nak. Tapi takut orang cakap rakus pulak. Hihi.. Kakak nie.. Gelojoh sangattt =)

Aku memang dh tekad kalau budak tu nak langkah keluar memang aku pergi tarik dia suruh beli makan dah. Rasa sayu ja tengok. Tempat orang kot.

Tiba-tiba terdengar sayup-sayup, sambil masa tu aku tengah slow2 belek makanan,
"Tak apalah, u ambil nanti i bayar.."

Aku tengok je muka Cina tu. Wah, baiknya hati dia!!! Ish, tak sangka.. Aku ingat dia nak biar budak tu pergi mcm tu je.

Alhamdulillah..

Budak laki tu pun tanpa berlengah ambil makanan dan dia minta satu lagi.

"Boleh bungkus tak?"

Sekali kena lagi! Penumpang yang tak sedar diri tu marah!!!! Dia kata tadi kenapa tak cakap awal2???
Kalau nak makan sini, pakai pinggan. Kalau nak bawa balik, cakaplah nak bungkus dari awal2!!!

Bebel...bla.. bla.

Aku dah naik turun nafas dah masa tu. Memang aku sound jugak pompuan nie. Aku dekat sikit dengan pompuan tu nak bagi dia bakar api aku. Tapi dia dah berhenti bebel. Ishhhh!!! Tak kesampaian lagi!

Lepas tu, aku dengan nada tegasnya panggil perempuan tu sbb aku nak bayar. Dia tak dengar.

Aku pun, "Excuse me!"

Sekali dia toleh, "Oh ya, sekejap ya.."

Amboihhhhhhhhhhhhhh... Baik la pulak.. Sadis!! Sebab aku cakap "Excuse me!" je kau layan aku baik-baik??? Sebab aku pakai elok je kau layan aku baik????

Kurang asam betullah. Tunggulah next time.

Semahal-mahal makanan aku.. Budak tu makan dengan harga rm3.00 je.

Entah-entah awal tu dia nak makan kat food court tu. Tapi dah dimalukan camtu, dia blah. Entah-entah dalam dada dia sebak dah kan? Hmmm.. Penumpang yg kurang ajar!














Hari Bekerja

Student panggil aku kakak!

Hihi.. Tak ada salam, terus statement perasan gitu. =)

Lama tak jenguk blog. Eleh, lama la sangat !!

Alah, duduk opis xde feel nak update panjang-panjang. Cuma nak cakap 'aku best'.. Walaupun terpaksa cut rutin 'malas' aku tu, bangun awal dan balik kerja jam 6.00- rasa macam ok je.. hihi..

Ok. For today itu aje la kot. Ayat pun mengom2 dah nie. Maluu kalau orang lalu kat belakang nie.. hihi...

Ok kakak cauuU!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...