Thursday, May 22, 2014

Apabila Anda Masih Setahun Jagung!

Sana-sini bercakap hal politik negara yang padahal usia kita mencapai kemerdekaan masih lagi muda. Baru sahaja akan mencapai usia 57 tahun. Manakala hari Malaysia iaitu apabila Tanah Melayu bergabung dengan negeri-negeri yang ada sehingga sekarang kecuali Singapura yang telah keluar dari Malaysia baru sahaja 51 tahun.

Pelbagai masalah baik dari segi politik, ekonomi dan sosial pastinya memberikan kesan kepada masyarakat pada zaman dahulu. Zaman dahulu? Tidaklah begitu 'zaman'. Baru sahaja puluhan tahun yang lepas.

Entah apa yang ada dalam fikiran anak-anak muda sekarang. Mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan beberapa pihak yang berlumba-lumba untuk duduk di atas. Padahal mereka tidak pernah fikir bahawa proses untuk merdeka itu sebenarnya telah mengorbankan ribuan nyawa dan menyeksakan jutaan jiwa.

Pergilah anda berjumpa dengan orang-orang tua yang hidup pada zaman sebelum merdeka. Tanyalah pada mereka kehidupan mereka pada zaman itu dan bandingkan dengan sekarang. Kebanyakannya lebih bersyukur dan gembira dengan apa yang ada sekarang.

Kata mereka, dulu kalau susah terpaksa ikat perut dan buat kerja pun bukannya senang. Nak makan sebutir nasi pun susah. Sekarang ni, susah saja dah boleh telefon media minta bantuan. Masuk Bersamamu dan dapat sumbangan. Kalau tak ada duit, pergi ke Baitulmal dan sebagainya.

"Bolehlah itu zaman dulu, ini zaman moden!"

Cebisan fikiran yang agak rendah pada fikiran saya kerana pada zaman sekarang yang tahu hanya mencari kesalahan orang lain. Nak berlawan ada caranya. Tak usah menunjukkan bangsa kita sebagai bangsa yang biadap!! Sana-sini berlumba-lumba nak emosional sampai sanggup samakan manusia dengan binatang. Apakah ini zaman moden? Zaman yang telah diberi ilmu pengetahuan yang tinggi!

Beginikah cara menggunakan ilmu?

Atau yang bercakap itu kebanyakannya tidak ada ilmu? Mustahil..

Kalau tidak suka pemimpin, tukarlah pemimpin. Menjerit histeria, maki hamun dsb tidak membawa sebarang perubahan melainkan anda sebenarnya telah menunjukkan bahawa bangsa kita bangsa yang mempunyai mentaliti rendah.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...