Saturday, May 24, 2014

Cerita Hari Cuti

Hari Sabtu yang nyaman. Hujan turun renyai-renyai. 

Sambil-sambil layan Muzik-Muzik nie terasa gian nak menulis sesuatu. Apa topiknya ya? Baru lepas layan cerita Hindustan lakonan mantoppppp Rani Mukerjee =) 

Dia terpaksa berlakon sebagai lelaki untuk bermain kriket. Tapi masih mengekalkan ciri-ciri keperempuanan. Ya. Teringat dulu zaman keliru identiti. Tak suka orang cakap perempuan. Hehe.. Sampai satu masa aku rasa patut berubah kerana aku tidak mahu tua menjadi seorang lelaki =) 

Dalam usaha berubah, pernah rasa diri ni macam pondan apabila berbaju kurung dan masa tu rasa benci nak tengok muka sendiri. Haha.. Buruk! 

Setelah mempunyai 'boifren' hihi.. lama-lama berubahla cuma perangai dan jiwa tu masih ada sikit-sikit sampai sekarang. Mungkin itu sejak azali susah nak diubah. Tapi sudah jauh lebih feminin dan lembut daripada dulu. 

Alhamdulillah..

Hanya mendoakan yang terbaik untuk teman-teman yang masih belum menjadi diri anda yang sebenar. InsyaAllah.. Saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membantu kalian secara halus. Bukan santau ok.. hehe.. 

Cuma nasihat saya, jangan bengkung payudara kerana akan menyebabkan payudara anda leper serta mengundang risiko yang tinggi utk mendapat kanser payudara.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...