Wednesday, May 28, 2014

Dulu Senang Dah ...

Macam biasa, selalu call mak sembang-sembang. Sejam tu normal la kan.. 2-3 hari sekali call la sebab sibuk sikit.

Mulalah mak mengeluh hidup yang agak diduga sekarang ni. Serba serbi kurang. Maklumlah mak tak pernah susah. Maksudnya bukan sentiasa senang tapi sebelum mak sakit, dia ada kerja. Jadi tiap-tiap bulan ada gaji.

Buat bisnes kecik-kecik pun ada risiko. Bila sakit tak berniaga. Bila sihat baru la ada habuan sikit. Hehe... Hidup kat kampung normal la.

So, aku kata, sabarlah mak. Allah dah bagi mak senang lama dah. La nie Dia uji sikit. =) InsyaAllah, anak-anak mak ada nie. Takkan 4 orang anak tak boleh jaga seorang ibu. Eh, tolak abang nombor 2 sebab dia tak sihat. Jadi 3 orang la.

Lain-lain semua dah kahwin ada anak pinak, tinggal anak solehah mak nie je la.. hehe.. Semalam sebak dada nie bila orang lain sibuk post gambar anak-anak. Mengalir laju je air mata nie. Kadang-kadang rasa memang sudah ditakdirkan bahawa aku takkan merasai untuk menjadi seorang ibu.

Apalah bodoh orang yang buang anak tu?! Dah ada rezeki buang macam tu. Orang yang nak nie susah je nak dapat. Sama-sama la doakan agar aku mampu membuktikan bahawa aku juga PEREMPUAN SEJATI!

Ayat tak boleh blah.. Hehe..

Ok cau!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...