Monday, May 5, 2014

'Penumpang' yang Tidak Sedar Diri!!!

Insiden yang agak sayu hari nie.

Lokasi : Food court Times Square
Situasi : Seorang budak lelaki yang agak naif datang nak beli makanan. Dia tak faham sistem beli makanan kat situ yang kena pakai kad. Maksudnya, kita bagi duit kat kaunter untuk ditukarkan dalam bentuk kad.

Nak disedihkan lagi.. hehe.. Ada pulak gitu! Sambung2..

'Penumpang' negara kita yang mencari rezeki dengan bekerja di situ punyalah tak puas hati. Muka tu memang dah tak boleh blaaaahhh dah aku cakap. Dah banyak kali aku dok simpan dalam hati ni. Tunggu masa ja nak kasi 'butir-butir' peluru.

Dahlah buat muka tak puas hati, sekali dia sound budak tu cakap, "Bukan kad nie!!"

Aku ushar je la. Tengok lagi. Apa masalah budak nie sebenarnya. Si penumpang tu suruh budak laki nie jumpa Cina kat hujung kaunter tu. Cina tu pun pelanggan jugak. Cina tu tanya, kad nie tak boleh pakai. Kena beli kad kat kaunter tu baru boleh.

Budak tu diam. Blur. Cina tu tanya, "U ada bawa duit tak?"

Sekali budak tu cakap dengan muka lurus bendulnya, "Tak. Gaji tak masuk lagi.."

Aduh! Kesiannya. Masa tu macam nak sambar tangan budak tu dan nak je aku suruh dia pilih apa dia nak. Tapi takut orang cakap rakus pulak. Hihi.. Kakak nie.. Gelojoh sangattt =)

Aku memang dh tekad kalau budak tu nak langkah keluar memang aku pergi tarik dia suruh beli makan dah. Rasa sayu ja tengok. Tempat orang kot.

Tiba-tiba terdengar sayup-sayup, sambil masa tu aku tengah slow2 belek makanan,
"Tak apalah, u ambil nanti i bayar.."

Aku tengok je muka Cina tu. Wah, baiknya hati dia!!! Ish, tak sangka.. Aku ingat dia nak biar budak tu pergi mcm tu je.

Alhamdulillah..

Budak laki tu pun tanpa berlengah ambil makanan dan dia minta satu lagi.

"Boleh bungkus tak?"

Sekali kena lagi! Penumpang yang tak sedar diri tu marah!!!! Dia kata tadi kenapa tak cakap awal2???
Kalau nak makan sini, pakai pinggan. Kalau nak bawa balik, cakaplah nak bungkus dari awal2!!!

Bebel...bla.. bla.

Aku dah naik turun nafas dah masa tu. Memang aku sound jugak pompuan nie. Aku dekat sikit dengan pompuan tu nak bagi dia bakar api aku. Tapi dia dah berhenti bebel. Ishhhh!!! Tak kesampaian lagi!

Lepas tu, aku dengan nada tegasnya panggil perempuan tu sbb aku nak bayar. Dia tak dengar.

Aku pun, "Excuse me!"

Sekali dia toleh, "Oh ya, sekejap ya.."

Amboihhhhhhhhhhhhhh... Baik la pulak.. Sadis!! Sebab aku cakap "Excuse me!" je kau layan aku baik-baik??? Sebab aku pakai elok je kau layan aku baik????

Kurang asam betullah. Tunggulah next time.

Semahal-mahal makanan aku.. Budak tu makan dengan harga rm3.00 je.

Entah-entah awal tu dia nak makan kat food court tu. Tapi dah dimalukan camtu, dia blah. Entah-entah dalam dada dia sebak dah kan? Hmmm.. Penumpang yg kurang ajar!














No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...