Sunday, May 11, 2014

Tabiat yang Sukar Dibuang

Tengah sibuk menelaah buku Hubungan Etnik, tiba-tiba kaki disilangkan di atas kerusi (bersila). Terus teringat habit yang sememangnya tak dapat dibuang! 


1. Bersila

Kalau bersila di lantai itu memang normal, tapi kalau di atas kerusi pun bersila? Hehe.. Bukan aku sorang je yang ada habit nie.. Ramai lagi tapi akulah salah sorang drp mereka tu =) Tak kisahlah tu majlis besar ke kecil, atau mungkin di pejabat atau di kedai makan, asalkan meja tu terselindung, mesti aku angkat kaki bersila. Rasa lenguh pulak kalau kaki tergantung macam tu. 


2. Langgar benda

Yang nie memang meninggalkan parut-parut di badan. Baju-baju pun boleh terkoyak. Bayangkan, ketika aku bergerak lurus, entah makhluk apa yg tolak aku ke tepi dinding! Kalau di pasaraya, tiba-tiba je terlanggar bucu-bucu dan baju-baju. Pernah juga langgar pintu. Langgar paku sampai terkoyak baju yang baru dibeli pun ada! Fikirlah, takkan ada manusia nak biar badan sakit sebab nak tarik perhatian orang dgn melanggar benda2 mcm tu. Hihi.. Tapi itulah aku. Kadang-kadang dah lali. Pernah satu waktu, orang ramai betul masa tu, nak sambut merdeka. Aku jalan straight je la.. Sekali xtau mcm mana kaki masuk lubang, orang semua tengok dan aku bangun slumber je. Muka memang kering habis. Sebab dah tak ada perasaan malu nak layan benda2 macam tu. Terlalu kerap berlaku! Hilang perasaan dah.. =)


3. Asah gigi waktu tidur

Ok. Nie mungkin tabiat keturunan. Sebab pernah jugak terjaga sebab terdengar ayah asah gigi. Adik aku dan aku mewarisi tabiat asah gigi nie. Hehe.. Dah macam satu hiburan waktu tidur.


4. Goyang kaki sebelum tidur

Nie pun sama. Dari kecil sampai besar, mesti kena goyang kaki sebab nak dodoikan diri sendiri. Masa zaman sekolah selalu lawan dengan kawan-kawan, sape paling banyak bantal. Aku atas, kiri kanan depan belakang ada bantal. Kaki pun ada bantal. =)  Sekarang nie setakat goyang kaki je la.. Bantal di kaki tak guna dah. Balik kampung tengok mak, "Eh, kaki pun lapik bantal?" hihi...


5. Mandi dan menyanyi

Tak kisahlah nak panggil artis toilet ke apa, tapi itulah satu-satunya cara nak hiburkan diri sendiri. Memang mak kata, save budget sebab nanti tak payah pakai radio. Wow!! Mak paling suka part nie hihi.. Dia suka aku yang nyanyi la.. Hihi.. Mak tahu Marhaban je =)



6. Tak boleh dengar lagu kalau studi

Yang nie dari kecil sampai besar. Kalau orang cakap dengar radio itu tips untuk belajar, rasanya tidak sesuai untuk aku. Bersembang, dengar radio atau sebarang bunyi bising takkan menggalakkan aku belajar. Semua tu mengganggu. Nak tidur pun kena senyap dan sunyi. Kalau tak, memang aku tak boleh tidur. Bukan tak suka seni, tapi aku tak boleh fokus 2-3 benda dalam 1 masa. Kalau nak sembang, aku letak buku tepi. Hah, sembang puas-puas. Kalau nak dengar lagu, dengar sampai muntah =) 


Ok. Itu sahaja. Sebenarnya ada lagi tapi kerja sedang menghambat daku yang cute ini. Wakaka.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...