Wednesday, July 23, 2014

E.G.O

E.G.O

Dalam upaya aku berselindung
Tetap tidak mampu menahan air mata
Betapa jauhnya aku menjauh
Tetap tidak mampu berhenti merasainya
Biar siapa pun tidak tahu
Biar jasad tinggal tulang
Biar usia dimamah tua
Kebenarannya tetap akan kudiam
Dalam benak yang tenggelam
Jantungku rosak dek derita
Jiwaku hancur dalam sengketa
Biarlah aku diam
Kerna ini sahaja kekuatannya
Untuk aku jelajah erti kehidupan
Yang ada pasang surutnya
Mana aku?
Dicarilah ke mana
Aku mati dalam hidup
Bertopengkan ketabahan
Tersenyum dalam kedukaan
Aku hanyalah jasad bergerak
Menjejak lembaran tersurat
Biar payah tetap kuterus
Biar susah tetap kutempuh
Semoga penghujungnya ketemui
Semoga pengakhirannya kuhayati
Pada sebuah carian
Yang bernama keredhaan
Bukan kepasrahan!



Kadangkala aku tidak mampu untuk berucap dengan terang kerana ada perkara tidak perlu pun diketahui orang. Dan kadangkala melahirkan perasaan dalam bentuk begini lebih jelas mengubat kita. Biarlah ia berbicara. Ecewah! Tarik nafasssssss..Lepas..  =)

Btw cantik cincin semalam.Balik kerja terus ke Kajang dengan dudu cari cincin. Belek punya belek, jumpa cincin yang cantik tapi harga lebih bajet. Aduh! Last2 ambil jugak. Hati dah berkenan. Sama-sama suka cincin tu. Simple but nice. Tak nak batu-batu atau bentuk yang boleh sangkut benang. Dudu punya taste nak lebar-lebar hehe.. Finally, we bought it. Dia siap cakap kalau kaya nak beli rantai besar tu kat lalink.. Haha.. Terkejut makkk... Nak wife dia jadi mami jarum kot. Lenguh tengkuk nanti. Alah, saya tak mintak semua tu. Cukuplah dengan apa yang ada. =)



Meriam Tanah Meriam Buluh



Bestnya tengok orang main meriam. Tapi risiko tinggi la. Ada yang mampu beraya dengan sempurna dan ada yang kehilangan anggota badan. Uh! Kanak-kanak memang tidak kenal erti takut dan belum tahu erti penyesalan.

Teringat zaman kanak-kanak riang dulu pun sama. Mana-mana tempat yang boleh main, contohnya masa tu kami main meriam tanah, meriam tin tu. Ah, tak ingat dah. Meriam buluh besar-besar rasanya tak pernah try sebab kena masuk hutan dan sembunyi dengan budak-budak lain tengah-tengah malam. So setakat meriam tin tu pun boleh lawan la ok.

Hehe.. Kena tebuk lubang dan cucuh api baru la meletup! Tapi dah lupa macam mana nak buat. Agak lama tinggal zaman riang tu. Hehe.. cari gambar takde pulak yang sama macam kami punya dulu. So, google sendiri la kalau nak tahu.

Mercun, bunga api tu perkara biasa. Masa zaman degree pernah bawa mercun jual kat kolej. Hehe.. Bawa naik bas. Disebabkan aku perempuan yang agak suci wajahnya maka takde sapa nak syak aku pengedar mercun. Haha.. Jahat la masa tu! Yelah masalahnya semua orang tahu aku dekat dengan Siam. Masing-masing order itu ini la. Tengah-tengah malam, bilik aku la yang baling mercun sambil lepak dekat meja study. Konon perang! Hehe.. Aku la tukang lempar mercun. Yang lain bila dengar bunyi mercun je semua histeria seronok kemain. haha comel.. Lagi comel bila ingat seluar pendek kuning aku yang serupa Digi tu. Kenangan habis.

Alahai, rindunya kat korang oioii.. Semua dah besar dah jadi mak orang. Dah bertukar jadi pendiam, dah bertukar jadi mak mak dan aku pun bertukar lebih feminin gitu! Hehe..


Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Maaf Zahir Batin!

Monday, July 21, 2014

Buka Puasa Buffet

Semalam sepatutnya pukul 5 pm dah balik. Tapi school ada buat makan-makan dekat Hotel Royal Bintang. Aduh! Memang dah cari alasan tak nak pergi tapi akhirnya dipaksa juga. Bukan apa, feelnya lain kalau buka di rumah. Walaupun tak semahal ratusan ringgit seperti di hotel dan hanya dengan rm10 pun dah rasa puas hari sebenarnya.

Berjalan dari BTS ke belakang Low Yat tu ambil masa dalam 10 minit je. Dalam 9 orang macam tu la. Mula-mula sampai tengok decoration dalam hotel tu hijau je. Cantik! Ok.. Dah terlajak sampai situ ambil mood la nak berbuka. Hehe..

First round pusing tengok dari 1 stall ke stall yg lain. Mak aiiiii.... Memang rugi la kalau tak pergi. Memang macam-macam makanan ada. Tradisional ke moden! Nama pun hotel, memang menu sampai ke pencuci mulut dan kalau boleh pencuci kaki sekalipun. =)

Kemudian, terus ambil ABC, ambil nasi, ambil ikan bakar. Punyalah gelojoh sampai penuh meja. Haha.. Memang masa nak balik tu macam orang nak beranak je jalan sebab perut dah nak pecah! Rasa sayang bila fikir makanan tu dibayar seratus lebih satu kepala tapi makan sikit je. Lebih baik cari buffet kecil yang kos rm25 ke atas je. Makan lebih ada nikmat.

Buffet lebih kepada nak merasa je. Oklah.. School belanja so makan je la. Apa nak kisah. Hehe..

Masa balik tunggu dudu kat tempat biasa lebih kurang jam 9 malam. Tunggu dan tunggu tiba-tiba ada seorang mamat tua. Maksudnya dah umur lebih kurang 50-an kot. Eh entahlah. Nampak macam orang 'ade-ade' la.. Haha.. Tanya aku kerja mana, nama apa.. Bla-bla-bla..

Tak sampai 2 minit bersembang dalam keadaan muka aku malas nak layan, dia minta no fon!!! Haih, this old man.. Weird already! Mintak kad dsb. Aku tanya kenapa? No, just as a friend.. Hmm.. Aku senang je. No wsap aku tu dah lama dah nak mampus. So aku bagi je nombor tu. Tiba-tiba dia kata dia nak call. Eh.. that number jz for wsap. Cannot call..

Aku cari akal nak sembunyi. Aku malas dah nak sembang. Aku bagitau nak pergi lepak 7E. Dia kata, carefull. Eh eh ewahhh.. Aku lari daripada dia. Dia suruh aku carefull.. Lepas tu aku pergi kat side satu lagi. Finally, dudu dah sampai. Aku intai-intai kot mamat tua tu ada lagi. Oh, dah takde. Amoi yang jaga kaunter teksi tanya, kenapa? No, ada orang kacau I. Dia pun tumpang tengok jugak.

Aku jalan laju-laju dan bagitau dudu dan aku tak toleh belakang dah. Lantaklah. Dudu dok cari yang mana, aku malas nak cari dan tunjuk. Naik motor terus balik.

Fuh!! Merah sangat kot semalam.. Hahah..

Sunday, July 20, 2014

Sembang Pagi Isnin

Hai semua semua semua semua semua!!!  =)

Baru setel buat nota untuk kelas terakhir HE. Ada lagi 1 jam untuk berhadapan kelas yg 4 jam! Wow.. Nasib baik students jenis yg memahami. Puasa kot. Hihi.. Ye ke ni?

Tapi sangatlah saya respek kepada students saya yg kebanyakannya Cina. Mereka tahu menghormati bulan Ramadan apabila mereka cuba untuk menyembunyikan botol air di bawah meja dan tidak makan di dalam kelas. Kadang-kadang, saya pulak suruh minum sebab kesian sampai kena sembunyi macam tu.

"Tak apalah, miss puasa."

Adoi! Bagusnya anak-anak bangsa yang terpelajar ni. Berbeza benar perangai dengan mereka-mereka yang hanya tahu membantah tapi dalam kepala kosong! Nak masuk kelas, kalau terserempak dengan diorang mesti ditegurnya kita sampai tak terlarat nak menjawab. Habis kelas, seorang demi seorang ucap terima kasih. Selagi tak membalas, selagi itulah disebutnya ucapan terima kasih itu.

Budi pekerti yang bagus dalam kalangan mereka. Terharu dan sungguh terharu. Bukan tidak ada yang agak 'kurang adab' tetapi usahlah disebut kerana majoritinya bagus. Kurang adab tu bila dikaji pun sekadar bermain HP di dalam kelas, bersembang dsb tetapi dari segi lain mereka sangat bagus!

Raya dah nak dekat. Bulan Ramadhan tahun ni agak kerugian kerana 'sakit dan rahmat' yang berpanjangan. Insya-Allah jika dipanjangkan umur, ingin sekali memanfaatkan bulan puasa tahun depan dengan sebaik-baiknya.


Tuesday, July 15, 2014

Persiapan Raya 2014

Lagu raya di Times Square dah memang dipasang selepas beberapa hari berpuasa. Memang dah rasa nak raya hanya kerana lagu tu. Hampeh betul! Sayu hati nie ingat kampung dan suasana raya.

Persiapan raya? Hmm.. gaji hujung bulan baru dapat. Baju raya pun tak beli lagi. Bulan puasa ni pun terketar-ketar nak atur duit belanja makan. Hehe.. Nasib baiklah masih bernyawa.

Tips nak beli baju raya yang tahan lama! Belilah baju raya yang tak terlalu mengikut perkembangan fesyen. Kalau mampu untuk beli dan buang atau beli dan simpan, bolehlah. Kalau memang jenis yang sayangkan duit dan nak pakai lama baju tu, belilah yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Maksudnya baju kurung, baju kebaya atau apa-apa baju yang tidak akan mati arus fesyennya.

Silap-silap umur 40 nanti boleh upload gambar baju 10 tahun lepas. Hehe.. Aku ada ok. Cuma sekarang baju yang bermuatan berat dulu tu semuanya dah tak boleh pakai terpaksa bagi orang. Baju yang kurus sangat pun dah bagi orang. Sekarang nie tinggal yang sedang-sedang je =)

Dalam kepala nie asyik pikir persiapan nak kahwin je. Haha.. Mak pun dah excited tidur termimpi-mimpi kenduri. Hadeh! Pening kepala nie.. Asalnya nak buat kenduri siang. Tapi bila bincang-bincang balik, sebelah perempuan malam je lah. Siang masa pihak lelaki tu, terus je ke sana. Mustahil la kalau kat rumah tak ada jamuan. Ada cuma tak lah sebesar dulu-dulu. =)

Pengalaman lepas menjadi guru untuk tindakan kita pada masa sekarang. Oklah.. Kakak nak cau dulu. Nak study blended learning. Kejap lagi ada peer to peer discussion.

Oh! Sebelum terlupa nak ucapkan tahniah kpd CSI fb yang berjaya jejak perempuan Peugeot tu. Hehe.. Kesian. Trauma seumur hidup la tu. Ambil pengajaran. Alah, esok lusa sunyi la nie. Allah swt dah turunkan bala kerana kebiadaban dia sendiri. Wallahualam. Pandai cakap bala orang, bala sendiri tak sedar ke? Hehe..



Thursday, July 10, 2014

Kisah Yang Berkisah

Sekarang ni jam 230pm - hari Jumaat.

Hari Jumaat tak ada kelas. Sekadar menyiapkan bahan-bahan mengajar untuk minggu depan dan apa-apa sahaja yang masih tertangguh. Teringat pulak status pengajian di UPM yang masih di atas angin. Ada kawan pun bukan semua boleh diminta tolong. Waktu senang berlambaklah tersengih-sengih mengaku kawan. Ini baru susah bab nak menguruskan surat. Kalau susah lain tak tahulah. 

Aku siap nak bayar lagi kalau ada orang tolong aku. Bukan tolong apa sangat, bawa surat untuk disain dan hantar ke SGS. Itu je. Aku dah ambil cuti untuk uruskan hal tu tapi pensyarah tak ada minggu lepas. Dah 2 kali surat tu aku ubah. Salah itu salah ini sebab SGS cakap itu, fakulti cakap ini. Pening! Kerenah yang memeningkan padahal benda simple je.

Ok. Stop fikir bab-bab pening tu. Cerita pasal balik kampung minggu lepas. Balik nak uruskan hal kenduri dan menikmati bulan puasa di kampung. Ramai yang kata aku dah kurus padahal bulan puasa ni aku dah melantak habis-habisan tanpa pantang pun. Mungkin kesan diet yang sebelum ni kot. Haha... 

Best! Mak masak makanan kegemaran aku. Pajeri terung. 3 hari aku asyik panaskan pajeri tu sampai kuah dia jadi pekat dan teramatlah sedap. Mak masak rebung, ikan keli bla- bla- bla. Yang paling best, lagi 2 jam nak balik, walaupun mak baru balik klinik tetap dia nak masak Qasidah. Memang sedaplah!! 

Masa balik tu mata aku memang dah out jam 10 malam. Dudu pulak lagi la out sebab tak tidur lebih 24 jam. So kedua-duanya tersadai dekat Gunung Semanggol dekat 3 jam.. Krooh.. Krooh... Aku balik KL tidur sejam dua terus siap pergi kerja. 

Bawa balik seekor kucing betina yang comel dan kuat menikus. Warna putih gebu. Mata sebelah biru sebelah nak hijau. Dudu kata nama Cici. Ikut je la. Hehe aku pun tak sempat nak bagi nama. So sekarang ni ada 4 ekor termasuk Bobo. Si Uteh dah sarat dah tu tunggu masa je nak beranak. 

Oh jap.. Nak upload gambar sikit. Kazen aku pagi-pagi lagi hantar. japppp..




Nakal betul =) 

Tuesday, July 1, 2014

Ajar Menari?

Yuhuuu.. Hari ni hari ketiga berpuasa. Tak nak dah beli air tembikai. Panas badan sampai terbawak-bawak ke tempat kerja. Hilang konsentrasi nak buat kerja. Hasilnya, tidur sambil duduk selama hampir 2 jam tanpa orang lain perasan pun. Haha.. Bahagianya hidup boleh tidur macam ni.

Pagi-pagi dah mula dah kepala niat tak elok untuk cuti kerja. Hamboiiii.. Macam dah kaya hang ni Zura. Nasib baik ingat tanggungjawab. Malas nak gantikan kelas. Tambah-tambah bulan puasa. Mau kering anak tekak.

Pagi tadi tak bersahur berat pun. Pukul 10 lebih je dah mula rasa dunia ini sedang menghukum diriku hehehe... Benda yang paling best ialah tidur. Lalalala..

Oh! Yang tak boleh diterima akal esok kena ajar Korean students menari!!! Hah?? Aku pun macam blur-blur dan berat hati je. Benda yang paling aku failed dalam hidup tu jugak yang diorang suruh. Katanya 2-3 step. Makkkkk... Aku terpaksa.. Aku dipaksa...

Aku tak pasti apakah pengalaman yang akan dibawa oleh budak-budak tu ke Korea esok? Ngeri dan seram mungkin! Hehehe.. Wish me luck..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...