Tuesday, August 5, 2014

Cerita Majlis Kahwin 1

Apa yang boleh saya katakan kepada setiap perkara yang berlaku ialah segala ketentuan itu ada hikmah yang kita sendiri tidak tahu. Saya cuba untuk menjadi matang apabila mendepani masalah-masalah yang tidak pernah jemu untuk mendatangi kita. Saya bukan saya yang dahulu, yang gemar memuntahkan isi yang tidak baik kerana apa yang saya belajar sekarang adalah berdasarkan apa yang saya lalui dahulu.

Terima kasih Allah swt kerana mendengar setiap doa saya. Segala yang saya perlukan dalam hidup dan kelembutan yang ada sekarang datang daripada-Mu ya Allah.. Walaupun tidak seperti perempuan lain, saya yakin ketelusan hati ini tetap suci dan murni. Ecewah!

________________________________________ .

Semalam masuk kerja 1 kerja pun tak hadap. Sekadar tengok tarikh-tarikh meeting dan sebagainya. Hari ni baru nak mula menconteng kertas dan memberi markah. Hayo! Dulu kita diberi markah, sekarang memberi pula. Normal la tu.

Cerita pasal kahwin? Ala.. Ok. Cerita pasal baju akad nikah yang sepatutnya lain telah bertukar menjadi baju kurung yang dibeli pada hari akad nikah. Nasib baik akad nikah malam. Kalau tidak, tak tahu la nak sambar baju mana. Pelik dengan manusia berjanji. Dahlah janji, sampai hari kejadian diam macam tu sampailah kita tanya, mana baju? Boleh pulak dengan slumber dia jawab, tak ada!

Rasa nak hayun je tapi sekarang ni Zura cool. Nak marah pun tak selesaikan masalah. Cuma beringat dan kenal la perangai orang. Dah boleh cop tak boleh dipercayai. Tu yang aku pelik tu. Mana Zura yang dulu? Hehe.. Terlalu cool. Atau blur? Haha..

Maka dengan penuh sentimental dan redha, aku pakai je baju kurung putih kelabu dengan veil yang dipinjam. Sweet jugak. Maklumlah org dah sweet hehe.. Lawak je no.. Nak harung majlis kahwin tu ingat senang ke? Kalau boleh lagi simple lagi bagus. Sebab penat!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...