Monday, September 29, 2014

Hari Gaji!

Hooray!! Hari ni setelah hampir sebulan menunggu, gaji datang lagi. Hehe.. Tersepit di tengah bulan. Nasib baik bab makan, pergi balik kerja ditanggung beres oleh si suami. Kalau tidak, meraung kat mak la! 

Kerja :
Dah kena submit soalan exam iaitu 12 papers untuk 6 subjek. Wooooo.. memang menangis tak berlagu la sepanjang 2 minggu ni. Seram.. 

Syukur Alhamdulillah.. hari ini dah tandatangan surat confirmation.. Selepas tempoh percubaan, segala rintangan dapat ditempuhi dengan baik.. 

Cinta :
Aiceceh! Tiba-tiba je.. Cinta hati ada di rumah. Haha.. Untung kerja tidak tetap masa, ada waktu dia sibuk, ada waktu dia lapang. Yang penting, pukul 9pg dan 6ptg dia jadi 'driver' manja. Nak bawa motor sendiri, katanya bahaya. Hehe.. Dia tak tau bini dia pun merempit dulu. Cuma sekarang, dah lama tak bawa motor jauh-jauh.. Rasa la jugak kerisauannya..

Malam ni rasa macam nak dating cari barang rumah. Maklumlah rasa panas je bank kalau tak belanja. Hehe.. Memang macam tu la rutin setiap kali dapat gaji, enjoy dalam seminggu, lepas tu dua-dua terduduk sebab dah kena save bajet. Hehe.. Janji dalam sebulan, ada hari bahagiaaaaaaaaaaaaaa... kehkehkeh.. 


Kucing :
Kucing sihat! Yang berkurap pun dah nampak lain dan semakin sihat. Letaklah kat mana pun, beraknya tetap di toilet. Syukur sangat-sangat. Dah jarang letak dalam sangkar sebab kesian. Yang paling penting, pandai bawa diri. Pagi-pagi time Subuh dah tunggu depan pintu bilik sambil menjerit kuat!! Ah.. Bunyi jam lagi.. Tapi itulah anak-anak yang kelaparan. 

Pagi dah diberi makan, petang makan.. Stok makan pagi akan bertahan hingga petang dan petang akan bertahan hingga lewat malam. Kadang-kadang si Bobo cuba berlagak berani menyerang kucing asing yang datang ke rumah. Dah bagi nasihat, kongsi makanan tetap tak nak jugak! Hehe..

Malam nie rasa macam nak carikan hadiah untuk anak-anak bulus ni! Mesti kembang hidung menunggu.. 

Sunday, September 28, 2014

Kunjungan Tetamu Istimewa

Bermula lagi minggu baharu. Hai, Isnin!

Betapa riuhnya 'pondok kecil' kami apabila dikunjungi rakan taulan. Terasa berbesar hati menerima tetamu yang sudi melapangkan waktu singgah ke rumah kami.
Terima kasih Helmi, Pito, Cadut, Deqwan dan lain-lain kerana memeriahkan keadaan dan hujung minggu kami berdua.. Memang mereka ini tetamu istimewa, sesuai dgn buku Helmi. Haha..

Antara perbincangan mengenai masa depan, penulisan dan karya berlangsung di dalam rumah.
Antara pertandingan mengejar skor, membina nama dan mencari  line internet berlangsung di luar rumah.

Hidangan hari Sabtu - nasi goreng, mi goreng, pengat pisang dan segala keropok dijadikan modal untuk meneruskan perbualan bermula seawal pagi hingga lewat pagi.

Hidangan hari Ahad - nasi putih, kari ayam, ikan goreng, sambal belacan goreng, kacang panjang dan roti jala.. Sekian malam ada orang sudi belanja KFC, katanya orang ramai. Buat kenduri.. Hehe..

Hari ini tetamu sudah pun berangkat ke kampung halaman masing-masing. Malah ada yang menyambung tugas di tempat masing-masing.

Alhamdulillah.. Kata orang, tetamu itu pembawa rezeki. =)

Esok gaji! Planning dgn my husband nak berlibur-libur. Destinasi sekitar Selangor, sekadar beli-belah secara manja-manja. Sebelum ni gaji dah habis terus, mujur ada si suami. Apa yang kita nak makan, semua dilayankan. Untungnya badan.. hihi..

Nak cari barang rumah lagi. Bagi comel-comel.

Wednesday, September 24, 2014

Klinik Kesihatan Tak Efisien!

Semua orang dah tahu bahawa zaman sekarang zaman serba canggih dan berteknologi. Semua perkara dapat disiapkan dgn cepat.

Al-kisah pergi buat check up dekat Klinik Kesihatan kerajaan..

Pukul 730 pagi sehingga jam 12 tengahari!!
1- Aku tukar kad dari swasta ke klinik kerajaan
2- Buat test air kencing
3- Tunggu nama dipanggil - test darah
*** Ini paling aku tak suka. Sakit tau x? Ingatkan nak cucuk jari je.. Dia cucuk pelipat tangan nie. Dah sakit, kerut muka disuruh kita relax sebab takut urat kecut. Meh aku cubit, agak-agak boleh bertenang tak muka tu? Masa ingat pengorbanan mak :( Oh, sedihnya..
4- Tunggu nurse panggil pun dah dekat 1 jam lebih..

Ok masa jumpa nurse ni, macam-macam ditanya. Ok. Jawab la. Jawab la.. Bla bla bla..
Nurse sembang-sembang macam takde orang menunggu. Menyanyi (yelah, bosan sebab hari-hari buat kerja yang sama kot)
Itu bukan masalah lagi, masalahnya apabila setiap data yang ditulis akan disalin semula sebijik ke kad lain. Satu untuk simpanan aku, satu untuk simpanan mereka. SALIN BALIK!!

Bayangkanlah kalau satu hari 50 orang pesakit dia?? Atau paling sikit 20-30 orang.. Dengan tulisan tangan yang agak lambat tu, dengan nak bersembang lagi.. Nak ambik details lagi.. SALIN BALIK!!

Aku tanya, memang kena copy ke?

Dia jawab, "tempat ni masih old school.. terpaksalah.."

Aku tak kesian kat dia. Aku kesian kat orang-orang kat luar. Haha.. Termasuk aku! Aku jenis tak suka menunggu dan paling tak suka sesuatu kerja yang boleh dibuat secara efisien tetapi menjadi lembab kerana hal-hal remeh macam tu.

Mungkin terlalu makan modal untuk buat sistem key in data pesakit. Mungkinlah kan? Tapi boleh je kalau nak sediakan mesin fotostat pada setiap meja. Ishhh!! Aku tak fahamlah.. Apa masalah orang atas ni? Atau sebab anda kerajaan, nak save bajet sampai tak mampu buktikan bahawa kerajaan boleh buat kerja supaya lebih nampak teratur.

Tak hairanlah ramai pilih swasta!! Cepat je.. Ini dah ganggu masa kerja aku.

Tuesday, September 23, 2014

Hari Letih Sedunia

Hari letih sedunia ke?? Semalam rasa macam kuat lagi tapi hari ni macam dah hilang bateri. Hilang tenaga, hilang fokus!

Terlalu banyak kerja sehinggakan tak tahu nak mulakan yang mana dan di mana. Letihnya menjadi seorang pengajar yang belajar. Dalam kepala ni macam-macam benda kena fikir.

Sekurang-kurangnya tenaga sangat dikerah di sektor swasta apabila terpaksa mengajar 6 subjek 6 kelas dan setiap kelas, saya perlu sediakan aktiviti untuk menarik perhatian pelajar agar tidak bosan. Atas niat memberikan yang terbaik kepada mereka, saya buat macam-macam aktiviti dan semester pendek di kolej menyebabkan pengajar terpaksa memperuntukkan masanya untuk menyiapkan soalan-soalan kuiz, soalan peperiksaan dan sebagainya. Ya Allah, letihnya otak.

Bukan merungut tapi sekadar melepaskan lelah..

Saat menulis entri ini, kepala terasa sangat berat.

24 jam itu tidak cukup. Tesis masih belum bergerak lagi minggu ini. Jurnal belum direncanakan lagi. Karya-karya masih banyak tertangguh. Letihnyaaaaa...

Bangun seawal jam 630 pagi - 630 petang dan fokus dengan kerja di pejabat.
7-1200 malam fokus dgn hal-hal di rumah..


Tuntutan kerja dan tanggungjawab memenuhi kehidupan. =) Syukur.. Aku sekadar mencari keberkatan.

p/s : Roti jala, cucur keria dan lepat manis/liat di hujung jari hehehe... belajar untuk mengikat perut suami =)

Wednesday, September 17, 2014

Muda Sangat Ke? Hihi

Pagi tadi jumpa mak cik Cina dalam lif. Dia tegur, cikgu ke? Saya anggukkan dan senyum. Dia senyum jugak lepas tu dia cakap,  kecik muda je dah jadi cikgu. Haha.. dalam hati dah biasa orang cakap macam tu. Nie statement perasan ke ha? haha..

Satu geng kerja, ramai yang tak percaya aku dah kahwin. Sekarang ni je ramai dah tegur, dah kahwin ke? Hehe.. maklumlah badan dah makin hari makin berisi. Bila cakap ye, semua kata kahwin muda!! Adoiii.. Dengan angkuhnya haha.. saya balas.. I am 29 already la.. =)

Beli dress kat Times Square, dia tanya belajar sini ke? Eh, mengajar la. Terus dia cakap-cakap dengan pekerja dia, wah kecik-kecik macam ni lecturer? Haha..

Apa-apa je lah.. Sekarang dah besar. Yeay!! Muka dah macam Mickey Mouse. Semua dah lebar-lebar. Takpe, lepas ni kuruskan diri balik.

Hari ni marking paper students yang resit exam. Untunglah boleh resit. Kalau saya dulu, memang repeat terus la kalau gagal. Sistem tak sama, bayar duit boleh resit paper.

Apapun, kehidupan di rumah berlangsung seperti biasa. Si suami banyak minta menu yang comel-comel sebab wife dia memang tak pandai buat cucur. Tapi si isteri ni kalau suami nak makan, sanggup je belajar dan buat berkali-kali hingga jadi. Janji makan!

Semalam goreng talapia merah. Bertambah-tambahlah nasikkkkk yang sedia macam nasi tambah tu. Hehe.. Anak-anak pun dah hepy sebab pagi petang siang malam dapat makan nasik. Tak perlu makanan kucing yang keras dan sedikit berbahaya menurut kelab kucing lah.. Hehe.. Lagipun kucing tak obes kalau makan makanan macam tu. Kucing kat rumah kalau angkat je konpem berat.

Si Rooney pun dah kurang kurapnya. Bulu dah naik balik. Berkat usaha minyak lauk dan izin-Nya. Alhamdulillah.

Tuesday, September 16, 2014

Cuti Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia 2014..

Pelajar-pelajar saya apabila ditanya mengenai tarikh Hari Malaysia semua menjawab dengan betul. Saya sekadar ketawa lucu. Saya kata saya tahu kenapa awak semua tahu. Semua gelak.

Cutiiii la Miss.. Hehe..

Ok. Soalan cepumas. Tahun bila? Semua diam. Hanya seorang mampu menjawab dengan betul. Bila ditanya lagi apa itu Hari Malaysia, diam lagi. Dan akhirnya ada la seorang dua yang mampu menjawab dengan betul. Tahniah!

Selama beberapa semester mengajar subjek kenegaraan, rasa sedikit jitu terpahat segala peristiwa bersejarah. Syukur Alhamdulillah, saya betulkan niat saya mengajar untuk menyedarkan mereka dan bukan semata-mata mahu mereka lulus peperiksaan. Jika saya tidak mampu menyelitkan apa-apa kesedaran kepada mereka, saya akan menjadi lebih gagal dalam erti kata yang sebenar.

Buat apa cuti? Plan nak menulis. Tapi bangun pagi hingga waktu ini masih lagi dengan kerja-kerja rumah yang tidak sudah. Biarpun tidak sebanyak mana, tapi rasa tak boleh duduk diam tengok itu ini yang masih belum kena dengan tempatnya.

Lepas tu masak dan masak. Untunglah si suami memang jenis suka makan. Makin bertambah semangat tukang masak. Dia sanggup tak makan kat luar sebab nak balik makan kat rumah. Masak simple pun tak apa asalkan ada makanan.

Sama-sama orang kampung. Selera pun sama. Itu yang mudah. Tapi bab sayur-sayur terpaksa ikut pantang dia. Kesian. Orang tak sihat. Banyak pantangnya. Mujur juga saya jenis tak gilakan sayur. Saya memang stok protein je. Jadi, tak ada masalah bab-bab makan ni.

Oklah.. Selamat hari Malaysia semua =) 'Pelantar Kerja' sedang menanti saya.

Monday, September 15, 2014

Aku Tidak Sendiri Lagi


Alhamdulillah.. Semua dilakukan bersama. Syukur Alhamdulillah.. Memang boleh berdikari, tapi sekarang ni semuanya ditemani oleh si suami. Cuma bab menguruskan anak je belum tahu lagi. Hehe.. Dua-dua tak pernah ada pengalaman uruskan adik atau anak. Adik sendiri pun tak pernah pulak dijaga macam budak-budak sebab kami membesar sama-sama. Selang 3 tahun, dia dah besar sebelum sempat dipakaikan lampin. Hehehe.. kakak masa tu masih kencing malam, macam mana nak uruskan adik.

Hujung minggu lalu, teringin sangat nak buat laksa nak makan-makan. Buat kenduri kecik-kecik orang kata. Ingat nak buat sebungkus je.. Malamnya lepas pergi balik Equine, aku terus ajak dudu pergi pasar borong. Lepas ni hujung minggu kami dekat pasar borong je sebab murah. Beli ikan 2 kilo dan bla bla bla.. Pinjam periuk kawan balik buat laksa.. Sekali esoknya, laksa tu lepas ke Sungai Chongkak dengan kawan-kawan. Setel laksa aku 1 bungkus.

Nasib baik kuah ada sikit lagi. Balik tambah air tambah perasa, tambah lagi sebungkus laksa. Habis terus kuah!! Haha.. Puas.. Boleh jadi kenduri.

Seronok tengok pakat mandi di Sungai Chongkak tu. Air sejuk gedikk.. Dudu dan yang lain je mandi. Aku tak.. Takut tergelincir. Jadi masalah lain pulak nanti. Apapun sekarang ni rasa lega sikit sebab semua kerja berat ada orang buat dan sukarela nak buat. Hehe.. Maklumlah dia kan kuat. Hero Malaya..

Kat rumah pun tak perlu panggil orang tu orang ni untuk baiki apa-apa sebab semua benda dia boleh buat. Ruginya bila nak claim dia tak nak. Takpelah.. Murah rezeki suami saya nanti.

Barang rumah insyaAllah minggu nak siap sampai semuanya. Nak beli nanti-nanti pun, tetap nak pakai jugak barang rumah tu. So, beli je siap-siap.

Mak pun kata nak mai raya nanti. Siap nak bawak itu ini... Macam la sini tak ada pasar borong. Dia ingat Perlis je kot jual barang mentah. Kalau semua jadi beraya di sini, syoknyaaa RAYA... hehe..

Okla.. Banyak kerja nak buat. Caucicauuu!!

Thursday, September 11, 2014

Fahaman Apa?

Dari semalam pemilik FB tu asyik memberi komen pasal aurat dan tudung. Apa benda yg dia cuba nak sampaikan pun aku x tahu. Tapi semakin dilayan semakin pelik kenyataan-kenyataan dia. Adakah ini juga mungkin salah satu daripada fahaman Syi**??

Risau takut ramai yang terpesong. Dia kata tutup rambut TIDAK WAJIB. Alahai.. baca sendiri la.. Tapi jangan terpengaruh.






Wednesday, September 10, 2014

Kembalinya Sepupuku ke Rahmatullah

Terkejut dan masih dalam keadaan tidak percaya menerima khabar daripada emak bahawa sepupuku, Kak Cik Malia telah pun kembali ke rahmatullah malam semalam kira-kira jam 1130 malam macam tu.

Kak cik merupakan sepupu yang sama umur denganku. Pernah mendapat keputusan UPSR yang sama. Kemudian sama-sama buat rancangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Malangnya, lain bidang. Dia anak kepada abang ayahku. 

Seorang yang comel dan kami tidak pernah bersengketa sejak dari kecil lagi. Mempunyai senyuman yang manis dan konfiden yang sangat tinggi walaupun orangnya kecil sahaja. Anak bongsu dan manja. Dia menjadi kebanggaan keluarga, mungkin kerana jawatannya di sektor kerajaan. Tidak meninggi diri dan seorang yang periang serta gemar membuat jenaka. 

Sebulan yang lepas kami bergurau senda. Pasal telefon, pasal keberanian dan lain-lain. Aku sekadar tahu Mak Lang dan Pak Lang sakit. Lepas tu katanya kak cik juga sakit tapi macam demam-demam biasa. Tadi bila tanya mak, katanya perut kak cik besar macam busung.. kak cik muntah dan batuk berdarah! 

Doktor sendiri tak tahu apakah penyakitnya. Ya Allah! Sungguh terkejut dan aku sedar bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Maka, tidaklah kita hidup bertongkatkan langit kerana kita juga akan pergi ke alam yang sama. 


Mungkin terasa usianya begitu muda, padahal sebaya denganku. Sesungguhnya Allah swt mengirimkan khabar bahawa masa kita juga sudah tidak lama lagi. Menunggu giliran untuk dijemput-Nya juga. 

Apapun sedikit terkilan kerana sejak bermastautin di bumi KL ni, banyak saudara mara yang kembali ke rahmatullah tidak dapat dikunjungi. Apapun jauh di sudut hati, aku kirimkan doa dan kasih sayang ini sentiasa mekar walaupun kita tidak akan berjumpa lagi di dunia. Namun suatu masa nanti, kita semua pasti akan berjumpa. 

Semoga roh kalian tenang di sana. 

Hambatan Kerja

Hambatan kerja yang sangat banyak dan laju! Tak tahu kat mana nak curi masa menyiapkan semua hal tersebut. Tak kerja tak ada duit. Bila dah kerja, tak ada masa!

- kerja di kolej (semester ni 3 subjek yang berlainan sangat memberi tekanan)
- tesis (nak kena siapkan dan submit sem ni jugak)
- tuisyen (konon nak isi masa lapang, tapi entahlah.. macam tak mampu dah)
- menulis (curi-curi masa tidur je..)
- isteri (24 jam kecuali waktu bekerja)

Nampak tak? Betapa saya memerlukan masa. Kadang-kadang tidur dalam keadaan lelah dan penat yang sangat melampau. Alah bisa tegal biasa. Kalau orang lain mampu, saya pun mampu. Inilah masanya untuk mengerah kudrat cuma bersaing dengan masa sahaja. Tuhan ada untuk bantu kita. =)


Sunday, September 7, 2014

Siap Mengemas Selepas 3 Hari

Assalamualaikum.. selamat pagi..

Pagi-pagi mood hepy nak update blog dengan cerita picisan. Sekadar entri kehidupan yang ingin dikongsikan.

Pagi-pagi masuk kerja tak perasan ada kelas pagi. Nasib baik first class so bolehlah bagi alasan yang munasabah sarawak sikit. Semester ni sedikit terbeban sebab banyak subjek kena ajar. Nak siapkan tesis lagi. Adeh! Dugaan untuk seorang bakal ibu. Ups! =)

Rumah dah 95% siap kemas. Tinggal baju-baju je yang masih belum sempat dibasuh. Barang-barang dapur macam pinggan tu semalam kak ipar dah bagi 'selori'. Sampai kena simpan dalam almari. Dudu dah cuci pinggan tu sekali, bila balik rumah cuci sekali lagi katanya. Biar nampak berkilat. Hehe..

Semangat suami saya dah boleh makan kat rumah. Satu hari 3-4 kali dia makan. Memang berbaloi masak. Nasib baik la wife awak memang suka masak. Kami sedang tunggu peti ais. Susah betul takda peti ais. Beli barang mentah stok untuk 1 hari dan tak boleh biar lama-lama. Harus segera masak.

Bayangkan first menu, sup ayam dan ayam masak halia. Ayam ayam ayam.. Sebab ayam tu tak boleh simpan. Hmm.. Ini konsep pasrah dan wajiblah habiskan. Mujur ada kawan-kawan yang sentiasa 'cuci dapur'..

Apapun pindahnya kami dari satu kehidupan bujang ke satu kehidupan orang berkahwin dalam erti kata yang sebenar ini amatlah bermakna. Alam kehidupan berumahtangga akan bermula apabila berada di rumah sendiri. Syukurlah kepada Allah swt kerana mempermudahkan impian dan jalan kami.

Biar perit sikit nak memulakannya, pengakhirannya pasti indah. Biasalah duit dah banyak habis nak masuk rumah baru. Sekarang nie terpaksa berjimat sehingga hujung bulan. Janji bahagia..



Thursday, September 4, 2014

Uteh hilang!

Bukan senang nak pindah rumah. Dalam kos yang ciput macam kami nie semuanya kena teliti. Maklumlah pindah dengan tergesa-gesa sebab rumah tu dalam kondisi yang baik dan boleh dikatakan murah. Tempat parking pun tak ada masalah. Memang kawasan parking sangat fleksibel.

Dah tiga hari tidur lewat dan bangun awal pagi. Terkedek-kedek tolong suami walaupun badan tak berapa nak sihat. Dia suruh duduk diam-diam. Tak bagi buat kerja berat. Tapi saya bukan reti duduk diam. Dah biasa buat kerja berat, rasa nak tolong saja angkat semua barang tu. Angkatlah jugak. Yang mana termampu dibuat. Baju yang berlonggok di dalam bilik pun tunggu masa je nak kemas.

Penat kan? Pikir barang-barang yang masih belum lengkap. Sekadar cari yang keperluan dulu. Kehendak letak tepi sebab bulan ni dah keluar dekat rm5000 untuk pindah. Nasib baiklah kedua-dua jenis menabung. Haha..

Rasa nak mengalir air mata bila tengok si suami bekerja keras dari pagi sampai pagi buta. Semalam, sinki putih tu jatuh pecah atas tangan dia. Serpihan sinki tu tikam pergelangan tangan dia. Dalam betul! Darah mengalir dari atas sampai bawah. Entahlah, hari ni kalau terbuka lagi, kena pergi jahit ke gam ke.. Tapi hero saya memang relaks. Dia pulak suruh kita relaks. Kita risau tengok dia, dia risau tengok kita.

Tak habis repair itu, dia repair pintu. Memang tak reti duduk diam! Kalau tak suruh tidur, rasanya dia buat kerja 2 hari 2 malam jugak tu. Hmmm..

Cerita sedih lagi? Dudu balik lepas kucing kat belakang rumah. Masa saya pergi belakang tengok, Uteh hilang! Saya dah mula susah hati. Mana Uteh nie?? Saya berjalan dari belakang rumah baru ke rumah lama.. Saya jerit nama Uteh. Dah tak peduli orang lain dah. Saya tawaf satu taman. Sampai la ke rumah lama. Saya bagitau anak uncle India tu kucing hilang. Saya masuk cari lagi, tak ada!

Saya pusing belakang lagi sekali. Mustahil Uteh tak kenal suara saya. Saya sampai kat belakang rumah, terus nangis!! Kuat hokay.. Anak uncle tu datang bawak lampu suluh tolong carikan. Dudu pun dah mula risau tengok saya nangis. Dia kata dia akan cari Uteh sampai dapat. Dia janji! Saya rasa lega sikit. Cuma sedikit risau.

Dalam pukul 12 macam tu, anak uncle datang rumah. Kak.. Kucing tu ada kat rumah lama. Tengah lepak depan ruang tamu. Dudu pun bagitau benda yang sama. Haaaaaaaaahhh.. LEGAAAAA...

Terus dudu ambil Uteh bawak balik. Biasalah kucing. Dia bau rumah lama dan dia tahu jalan balik. Syukur sangat-sangat. Sekurang-kurangnya Uteh selamat.

Wednesday, September 3, 2014

Pindah Malam Jumaat

Kesiannya diberi harapan palsu. Terpaksa ikhtiar cara lain gara-gara orang yang hendak meraih perhatian. Mujurlah segala-galanya dapat berjalan dengan sempurna. Tapi serikkk.. Perangai macam tu pun ada.

Semalam barang-barang berat dan besar dah dibawa ke rumah baru. Suami pun sibuk buang rumput. Dulu masa saya duduk rumah sewa dengan kawan-kawan, semuanya akan upah orang untuk mesin rumput dan bersihkan halaman rumah. Terbawa-bawa perangai tu, saya pun penuh konfiden suruh suami cari orang untuk mesin. Sekali dia cakap, tak payah kot! Haha.. Krik..krik.. Eh! Betul jugak..

Landskap air terjun buatan di laman rumah pun dah berfungsi dan air mencurah-curah di kolam kecil. Tunggu sikit masa mesti ada lampu di situ. Teringat masa di kampung, ayah buat satu kolam nak bela ikan di depan rumah. Kolam tu muat-muat untuk kami dua beradik mandi. Haha.. Ayah redha je kami masuk mandi dalam kolam tu dan tersangatlah seronok kerana depan rumah ada kolam mandi macam di Gua Kelam. Hehe..

Di tepi kolam tu ada pokok bunga kertas yang merimbun. Dalam masa enam bulan macam tu, kolam tu retak dan air cepat je kering. Mak bising sebab membazir air. Haha.. Ayah cakap pergi mandi dekat parit belakang rumah. Masa tu orang tak ramai lagi dekat kampung. Air bersih turun dari bukit. Kami angkat batu besar dan buat bagi tinggi. Air jadi tinggi dan turun macam air terjun jugak. Hehe.. Alangkah indahnya apabila masa tu tak kenal erti takut ular ke biawak ke.. Lubang-lubang parit pun dah tersumbat sekarang.

Malam nie malam Jumaat. Kami pindah secara rasmi malam ni. Lebih afdal kata orang-orang tua. Family masing-masing tak sabar nak datang rumah. Hehe.. mohon meriah raya nanti.

Tuesday, September 2, 2014

Rumah Sewa Baru

Sekian lama menaruh harapan untuk mendapatkan rumah biarpun bukan rumah sendiri, tetapi adat berkeluarga mestilah nak ada privacy kan? Hehe.. Finally, kami dah pun menjumpai rumah tu. Tak sangka impian suami untuk tinggal kat tempat tu tercapai dengan harga yang berpatutan dan Allah swt memudahkan pekerjaan kami apabila hajat untuk mencari rumah yg siap kabinet dapur juga tercapai.

Rumah terpaksa disamak. Semalam masing-masing penat sebab balik dari kerja, terus ke rumah tu bersihkan rumah lepas tu dengar pulak cerita penyewa lama ada bela anjing. Hmm.. Terpaksalah hari ni samak lagi. Malam ni dah boleh angkat barang slow-slow.

Syukur juga kawan dudu ramai. Boleh juga tolong itu ini. Laman rumah kami cantik. Landskap yang dibuat sebelum ni memang cantik dan hanya perlu dibaiki sikitlah. Yang lain-lain? Entah, rasanya tempat tidur anak-anak bulus semuanya terjamin selamat dan selesa. Wah... Bahagianya hidup mereka.

Nantilah kalau rajin saya upload gambar rumah.

Monday, September 1, 2014

Kucingku Sayang


Masuk dalam paper Metro pasal kucing ni. Kesian.. Sape la manusia yang hilang akal dan hina dina sangat tu. Entah makanan apa yang meresap ke darah mereka sehingga mematikan perikemanusiaan. Bodohnya mereka walaupun diberi akal tetapi tidak dapat berfikir.

Semalam saya ada tanya suami saya, apa yang menyebabkan kita kasihan melihat anjing atau kucing? Kawasan rumah kami memang penuh anjing dan kucing. Dia pun pening. Haha.. Saya cakap tengok mata. Mata kucing dan anjing tu sayu. Tak sanggup rasanya nak pukul teruk-teruk walaupun salah. Sekadar jentik telinga manja-manja untuk beri peringatan pun dah cukup.

Binatang kesayangan Rasulullah saw diperlakukan dengan kejam begini. Maka tanggunglah manusia-manusia durjana itu di sana kerana mereka akan tuntut segala perbuatan aniaya itu dengan pembalasan yang setimpal.

Kucing tidak mampu menangis dengan suara yang kuat seperti manusia. Mereka tidak mampu menunjukkan sakit dengan reaksi wajah yang berkerut-kerut seperti kita. Mereka nampak tabah dan pasrah dengan apa yang telah mereka terima.

Entahlah.. Semoga Allah saw memberi petunjuk kepada manusia-manusia kejam seperti ini.

Allahhualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...