Tuesday, September 16, 2014

Cuti Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia 2014..

Pelajar-pelajar saya apabila ditanya mengenai tarikh Hari Malaysia semua menjawab dengan betul. Saya sekadar ketawa lucu. Saya kata saya tahu kenapa awak semua tahu. Semua gelak.

Cutiiii la Miss.. Hehe..

Ok. Soalan cepumas. Tahun bila? Semua diam. Hanya seorang mampu menjawab dengan betul. Bila ditanya lagi apa itu Hari Malaysia, diam lagi. Dan akhirnya ada la seorang dua yang mampu menjawab dengan betul. Tahniah!

Selama beberapa semester mengajar subjek kenegaraan, rasa sedikit jitu terpahat segala peristiwa bersejarah. Syukur Alhamdulillah, saya betulkan niat saya mengajar untuk menyedarkan mereka dan bukan semata-mata mahu mereka lulus peperiksaan. Jika saya tidak mampu menyelitkan apa-apa kesedaran kepada mereka, saya akan menjadi lebih gagal dalam erti kata yang sebenar.

Buat apa cuti? Plan nak menulis. Tapi bangun pagi hingga waktu ini masih lagi dengan kerja-kerja rumah yang tidak sudah. Biarpun tidak sebanyak mana, tapi rasa tak boleh duduk diam tengok itu ini yang masih belum kena dengan tempatnya.

Lepas tu masak dan masak. Untunglah si suami memang jenis suka makan. Makin bertambah semangat tukang masak. Dia sanggup tak makan kat luar sebab nak balik makan kat rumah. Masak simple pun tak apa asalkan ada makanan.

Sama-sama orang kampung. Selera pun sama. Itu yang mudah. Tapi bab sayur-sayur terpaksa ikut pantang dia. Kesian. Orang tak sihat. Banyak pantangnya. Mujur juga saya jenis tak gilakan sayur. Saya memang stok protein je. Jadi, tak ada masalah bab-bab makan ni.

Oklah.. Selamat hari Malaysia semua =) 'Pelantar Kerja' sedang menanti saya.

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Selamat menyambut Hari Malaysia Citra Zura.

Citra Zura said...

Selamat Hari Malaysia juga cikgu Helmi =) hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...