Sunday, September 7, 2014

Siap Mengemas Selepas 3 Hari

Assalamualaikum.. selamat pagi..

Pagi-pagi mood hepy nak update blog dengan cerita picisan. Sekadar entri kehidupan yang ingin dikongsikan.

Pagi-pagi masuk kerja tak perasan ada kelas pagi. Nasib baik first class so bolehlah bagi alasan yang munasabah sarawak sikit. Semester ni sedikit terbeban sebab banyak subjek kena ajar. Nak siapkan tesis lagi. Adeh! Dugaan untuk seorang bakal ibu. Ups! =)

Rumah dah 95% siap kemas. Tinggal baju-baju je yang masih belum sempat dibasuh. Barang-barang dapur macam pinggan tu semalam kak ipar dah bagi 'selori'. Sampai kena simpan dalam almari. Dudu dah cuci pinggan tu sekali, bila balik rumah cuci sekali lagi katanya. Biar nampak berkilat. Hehe..

Semangat suami saya dah boleh makan kat rumah. Satu hari 3-4 kali dia makan. Memang berbaloi masak. Nasib baik la wife awak memang suka masak. Kami sedang tunggu peti ais. Susah betul takda peti ais. Beli barang mentah stok untuk 1 hari dan tak boleh biar lama-lama. Harus segera masak.

Bayangkan first menu, sup ayam dan ayam masak halia. Ayam ayam ayam.. Sebab ayam tu tak boleh simpan. Hmm.. Ini konsep pasrah dan wajiblah habiskan. Mujur ada kawan-kawan yang sentiasa 'cuci dapur'..

Apapun pindahnya kami dari satu kehidupan bujang ke satu kehidupan orang berkahwin dalam erti kata yang sebenar ini amatlah bermakna. Alam kehidupan berumahtangga akan bermula apabila berada di rumah sendiri. Syukurlah kepada Allah swt kerana mempermudahkan impian dan jalan kami.

Biar perit sikit nak memulakannya, pengakhirannya pasti indah. Biasalah duit dah banyak habis nak masuk rumah baru. Sekarang nie terpaksa berjimat sehingga hujung bulan. Janji bahagia..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...