Wednesday, November 26, 2014

Ragu-ragu Jenis Darah

Setelah hampir 29 tahun, akhirnya aku mengetahui bahawa aku bukan darah jenis O. Agak terkejut sebab selama ni bila tanya mak, tanya ayah, kedua-duanya jenis O. Maka, aku membuat kesimpulan aku juga darah O.

Baru-baru nie ketika mengambil ujian darah, telah didapati aku sebenarnya darah jenis A. Aku pelik. Aku suruh klinik buat lagi ujian darah sebab aku cakap mak dan ayah darah jenis O. Aku call mak, tanya. Memang confirm mak ayah darah O.

Aku teringat mak pernah cerita, doktor konpius dengan kelahiran aku. Ayah aku berkulit kaler hitam hehe.. macam orang India. Mak aje putih. Masa aku dilahirkan, kebetulan dekat dengan seorang ibu berketurunan Cina. Peliklah tengok aku cerah sedangkan bila tengok ayah, gelap.

Aku tanya mak, entah-entah aku anak Cina tu. Tertukar! Haha.. Tak kecik hati pun. Kalau ye pun, aku malas ah nak pergi cari macam sinetron Indonesia asyik tertukar anak pulak. Haha.. 

Selepas seminggu, aku call klinik dan mendapat jawapan memang aku darah jenis A. Aku tanya doktor, kenapa? Mula-mula doktor berkerut kening jugak tapi dia cakap mungkin ada kebarangkalian salah seorang mak ayah tu ada darah jenis AO gitu. 

Fuh! Walaupun aku tak faham sangat huraian darah tu tapi sekurang-kurangnya aku lega, aku masih dalam drama Melayu! Hehe..  

Aku pun gatal tangan pergi search kumpulan darah dan rahsianya. 
Kebanyakan memang betul dan sama. Tengok boleh percaya jangan.. 

Kredit kat tuan blog. 

Apapun, jangan gelabah kalau darah tak sama dengan mak ayah. Tengok muka pun dah tau sama. Hehe. (Ayat sedapkan hati)


Sunday, November 23, 2014

Isu Kapchai - Ramai Salah Anggap

Pagi ni masuk kerja, aku tengok di FB kawan aku ada keluarkan status mengenai isu kapchai. Takde la rasa nak baca sangat pun. Tapi tertarik dengan satu komen yang agak panjang. Ha, ini mesti kes besar. Hehe.. barulah baca. Maka, aku dengan inisiatif sendiri terus menyalin maklumat tersebut untuk disebarluaskan juga. Kredit tu Encik Palie =)

Ini kes memaki hamun dan salah anggap serta fikiran negatif rakyat kepada pemimpin. Adakala aku rasa beliau salah, ada kala aku rasa beliau betul. Yang salah aku cakap salah dan yang betul aku cakap betul.

Isu kapchai yang disebarluaskan menerusi facebook baru-baru ini iaitu dengan durasi 0:27 saat telah mencetuskan pandangan serta suara yang  tidak sepatutnya. Kalau aku pun tengok video yang sependek itu, agak 'terasa' dengan kata-kata PM. Padahal setelah mendapat penjelasan daripada orang yang berada di situ, ternyata kita semua telah disogokkan dengan bahan berdurasi pendek 'benar tetapi palsu'!!

Video Kapchai Durasi Pendek

Ini penjelasan daripada saksi kejadian :

Isu kapchai...
Sebenarnya PM mahu menggunakan bahasa yang mudah apabila bercakap dengan audiens yang sesuai. Tapi nampaknya dah disalah faham. Ini masalahnya bila semua benda dipandang negatif.
Maksud PM selama ni minyak diberi subsidi secara pukal, subsidi di pam. Bila di pam banyak sangat ketirisan, orang tak layak yang berkereta besar pun dapat.
Katakan sekali isi petrol RM100, berapa banyak subsidi yang dinikmati orang berkereta besar ni. Kalau yang naik kapcai pulak, sekali isi minyak katakan RM7 penuh tangki, hanya berapa sen sahaja yang naik kapcai ni dapat subsidi.
Itu perbandingan yang mudah untuk difahami.
Saya ada dimajlis ni.
Tidak sesekali PM berniat menghina orang bawa kapcai, sekadar menerangkan dengan bahasa mudah.
Dengan harga minyak kita yang murah sebelum ni sebab subsidi, banyak yang diseludup kat sempadan2, kaum mana yang jadi tokey besar ambil untung besar buat kerja ni? Org negara lain, pelancong dtg sesekali ke Malaysia, pun dpt rssa subsidi yg patutnya untuk org yg layak saje.
Subsidi masih ada tp diberi terus kpd golongan yang layak....
Saya adalah: Rozilan Salleh


Cerita Hujung Minggu

Orang mengandung selalunya buat alasan malas dan tak larat tapi aku bangun je kalau dah masuk dapur, macam-macam rasanya nak masak. Malah lebih rajin dari zaman sebelum kahwin haha.. Sebab masa tengok orang mengandung dulu naik menyampah dengan orang yang mengada-ngada. Itu malas ini malas. Ikut sangat hati tu.. Entahlah, mungkin sebab pembawa anak dalam perut ni rajin gamaknya.

Mak semua pelik. Katanya, anak perempuan kot! Hehe.. Entahlah, aku dan suami terima je perempuan ke lelaki.

Petang tadi sambil melepak, teman si suami tengok cerita peberet dia tu, Arianna Rose, terus minta dia doa supaya tahun depan dapat grad Master. Lagipun semester depan, aku dah boleh relaks sebab ada guru ganti. Pergi kerja semata-mata siapkan apa yang patut dan bolehlah run tesis yang hidup segan mati tak mahu tu.

Ting! Ting! Dia jampi.. hehe..

Sebenarnya, kalut-kalut nak siapkan tesis sebab risau kalau-kalau secara tiba-tiba kami ambil keputusan untuk berhijrah balik ke kampung. Dapatlah balik dengan tenang. Phd tu boleh sambung kat mana-mana je. Yang pelaburan duit untuk Master ni harus berbaloi. Sanggup dukung anak masa hari konvo tu! =) 

Kuih sagu gula melaka tu memang menjadi. Siap keluar pergi tambah sagu dan tambah semuanya lagi sebab permintaan tinggi. Dudu saya makan selama empat hari berturut-turut. Dah agak naik jemu, diamlah dia. Samalah macam laksa, kami makan sampai kembung perut lepas tu dua-dua dok diam. Haha..

Petang tadi layan pisang goreng rangup-rangup. Adeh! Terasa nak buat bisnes pisang goreng je. Kalau la ada orang tolong jaga gerai, boleh aje.. Resepi memang tip top. Dapat dari orang kampung. Hehe.. Selalunya kalau buat lembik dan tak sedap tapi guna resepi ni memang puas hati! 



Wednesday, November 19, 2014

Isteri Kuat Makan!

Aku tertarik dengan gambar ni.. hehe.. 




Kahwinilah perempuan yg kuat makan. 
Sebab kalau yg jenis diet ni, kalian boleh nampak 'masa depan' kalian berseorangan di meja makan.

Sedih kan? 

Kehidupan Berumahtangga

Aku menulis entri sambil makan burger McD. Murah sgt! rm2.85 sebijik.. hehe
Jangan marah aku sebab kedai ni bukak awal dan murah. Kedai lain nasi lemak sebungkus yang takde isi tu pun dah rm5.00!

Ok. Cerita pasal rumahtangga, adakala manis adakala pahit. Sekiranya bijak mengemudi, manislah jadinya. Apapun apa yang nak ditekankan dekat sini, kematangan. 

Setiap orang ada impian tersendiri. Nak itu nak ini. Nak serba-serbi lengkap dan dituruti. Aku pernah menjadi orang seperti itu. Haha.. Nak semuanya sempurna. Nak semuanya nampak cantik. Biasalah, nama pun kehidupan. Manusia penuh dengan angan-angan. Maka atas sebab itu aku menjadi orang suka memaksa. Aku akan memberontak pada setiap kemahuan yang aku tidak dapat. Sehinggalah semuanya hancur.

Atas kehancuran itu, aku belajar untuk sabar dan diam. Aku belajar untuk berdikari dan mencari segalanya sendiri.

Akhir sekali, aku temui bahawa kehidupan ini sebenarnya untuk saling melengkapi. Bukannya menuding jari. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Alhamdulillah, dengan setiap lafaz doa yang lahir daripada hati yang ikhlas, Allah swt telah membuka jalan dan memadamkan perangai lamaku. 

Petuanya, makan tahun. Harus bersabar. 

Manisnya ada. Sabar dan redha telah membuahkan hasil apabila Allah swt mengurniakan sebuah perkahwinan bahagia dan bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi. Jika sebelum ini aku seakan sudah pasrah dan redha kerana tidak dikurniakan zuriat, ternyata Allah swt penuh rahsia. Hadirnya si kecil ini membuatkan aku rasa nikmat sebenar sebuah kesabaran.

Meskipun ramai yang mengharapkan dan asyik kecewa, aku selalu berpesan dan menyuruh mereka sabar. Aku pernah merasai tekanannya suatu masa dahulu. Usahlah terlalu berharap atas sesuatu kerana bukan kuasa kita pun menentukan semuanya. Kuasa Dia Yang Maha Pencipta!


Tuesday, November 18, 2014

Hai November!!

Selesai sudah program bahasa di kolej. Fuh! Lega macam buang batu daripada kepala..

Sorang je lec bahasa kat sini. Memang serabut la nak uruskan itu dan ini. Jadi program kecil sahaja tapi dari mula sampai habis semua kena buat la termasuklah program penutup.

Dalam tengah sibuk tu si suami buat lawak pulak. Adeh! Hilang stres.. Hari ni 19/11, saja je dia post Happy Birthday, macam tiap-tiap hari je hari lahir kita. Sekurang-kurangnya rasa hilang stres gitu.
Terlalu banyak kejutan yang diterima sepanjang sambutan 141114 tu. Memang best la! Siap call nyanyi2 lagi..



Lepas ni terbang ke Kelantan. Makan kenduri sambil buang angin ambil angin hehe.. Angin kerja banyak tapi kena keluar juga sehari dua. Dah lama tak bercuti! Yeayyyy...



Monday, November 3, 2014

Musim Sibuk Okay!

Letihnyaa.. Tapi nak jugak update blog sebab lama sangat diam.. Bukan tak pernah menaip tapi tak jadi pos sebab rasa macam banyak je nak tulis. Nie pun sekadar melepaskan lelah. Kepala dah sarat sangat menanggung stres.

Stres betul mengadap kerenah pelajar yang tak berkesudahan. Tak hairanlah pensyarah saya dulu asyik merungut. Kadangkala benda yang remeh pun terpaksa ditelan. Sekarang ni proses mengadap kuiz dan ujian yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar. Nak buat soalan macam sedap je tapi bab nak menanda memang menuntut kesabaran. Rasa nak termuntah. Sampaikan terpaksa bawa balik kerja ke rumah.

Semalam, kami suami isteri kena tipu! Haha.. Dah lama tak menziarah abang ipar, sekali dia call suruh pergi makan-makan. Ingat ada kenduri apa-apa. Sekali kena tipu. Haha.. Dia kata dah lama sangat tak nampak muka. Lalalala~ Tapi nak dijadikan cerita, memang dah jadi majlis makan-makan pun. Siap cendol bagai.. balik dari Shah Alam, kami tapau Pizza. Entah.. Si kecik nak makan pizza. Layankan aje..

Ok. Tak larat la nak taip banyak2.. Bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...