Wednesday, November 19, 2014

Kehidupan Berumahtangga

Aku menulis entri sambil makan burger McD. Murah sgt! rm2.85 sebijik.. hehe
Jangan marah aku sebab kedai ni bukak awal dan murah. Kedai lain nasi lemak sebungkus yang takde isi tu pun dah rm5.00!

Ok. Cerita pasal rumahtangga, adakala manis adakala pahit. Sekiranya bijak mengemudi, manislah jadinya. Apapun apa yang nak ditekankan dekat sini, kematangan. 

Setiap orang ada impian tersendiri. Nak itu nak ini. Nak serba-serbi lengkap dan dituruti. Aku pernah menjadi orang seperti itu. Haha.. Nak semuanya sempurna. Nak semuanya nampak cantik. Biasalah, nama pun kehidupan. Manusia penuh dengan angan-angan. Maka atas sebab itu aku menjadi orang suka memaksa. Aku akan memberontak pada setiap kemahuan yang aku tidak dapat. Sehinggalah semuanya hancur.

Atas kehancuran itu, aku belajar untuk sabar dan diam. Aku belajar untuk berdikari dan mencari segalanya sendiri.

Akhir sekali, aku temui bahawa kehidupan ini sebenarnya untuk saling melengkapi. Bukannya menuding jari. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Alhamdulillah, dengan setiap lafaz doa yang lahir daripada hati yang ikhlas, Allah swt telah membuka jalan dan memadamkan perangai lamaku. 

Petuanya, makan tahun. Harus bersabar. 

Manisnya ada. Sabar dan redha telah membuahkan hasil apabila Allah swt mengurniakan sebuah perkahwinan bahagia dan bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi. Jika sebelum ini aku seakan sudah pasrah dan redha kerana tidak dikurniakan zuriat, ternyata Allah swt penuh rahsia. Hadirnya si kecil ini membuatkan aku rasa nikmat sebenar sebuah kesabaran.

Meskipun ramai yang mengharapkan dan asyik kecewa, aku selalu berpesan dan menyuruh mereka sabar. Aku pernah merasai tekanannya suatu masa dahulu. Usahlah terlalu berharap atas sesuatu kerana bukan kuasa kita pun menentukan semuanya. Kuasa Dia Yang Maha Pencipta!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...