Tuesday, December 30, 2014

Pembantu Rumah Sambilan Diperlukan di Cheras 2015

Kata kunci:
Maid / pembantu rumah / bibik secara sambilan / part time / hujung minggu diperlukan.

Bukan nak berlagak bagai tapi buat kerja sikit dah sakit pinggang sangat. Rumah memang tak teruk sangat sebab suami boleh dikatakan rajin mengemas cuma bab lipat kain dan mop semua tu dia tak rajin. Haha..

Search sana sini dah.. Tak tahu dah nak cari kat mana. Kalau berminat boleh hubungi saya di FB Citra Zura. Kerja hujung minggu satu hari sekali je.. Kerja memang over dos ringan.

Saya je jenis naik semak tengok kain bersepah. Nak buat sendiri boleh tapi memang lepas tu tak boleh bangun. Haha.. Kena panggil jentera berat la nak angkat muatan berat nie hihi

Monday, December 29, 2014

Biar Kaya Jiwa

Bencana banjir yang melanda negeri2 di pantai timur sekitar hujung tahun 2014 ini ternyata agak teruk. Betapa ramai yang turun padang menghulurkan bantuan. Ada yang menemui ajal dalam kekalutan mengharungi arus banjir. Semua itu sudah tertulis dan sebagai hamba-Nya kita harus menerima segala ujian ini dengan hati yg tenang. Mujurlah kita tidak dikejutkan dgn ombak besar tsunami utk ke sekian kalinya. Duga banjir besar ini sedikit sebanyak masih mampu memberi ruang dan peluang utk kita menginsafi dosa2 lalu dan berfikir akan kekuasaan-Nya.

Alhamdulillah.. Banyak manusia yg mempunyai hati budi dan akhlak terpuji yg sanggup turun padang membantu mangsa banjir dan seterusnya menyumbang segala bentuk keperluan kpd mereka. Apa yg disedihkan, bangkai2 haiwan yang tidak mampu menyelamatkan diri bergelimpangan kembung di sekitar kawasan banjir. Tidak mengapalah.. Kita bukan siapa2 utk mengawal apa yg kita mahu drp tidak berlaku. Hanya Dia. Ya.. DIA shj yg berkuasa menentukan semua ini.

Harta yg banyak sekalipun takkan mampu diheret . Kalau ada 500 ribu sekalipun.. Tak nak beli audi r8 haha.. Tak ke mana.. Baik beli 4wd.. Dpt jugak bantu org.. =)
Selingan gurau.. Pendek kata usah bermegah sekalipun harta berduyun.. Biar kaya jiwa daripada kaya harta

Friday, December 26, 2014

Selamat Bercuti

Selamat bercuti!

Alhamdulillah.. Cuti kali ni.. Kunjungan tetamu yg tidak putus. Semalam sepupu, hari kawan-kawan Dudu. Kalau fokus masyarakat kat luar rumah, makkk aiii.. Meriah.. Meriah dgn COC..

Aku pulak biasa la. Dgn dunia aku.. Hehe.. Tak kacau org dan buat hal sendiri. Memang stok menyendiri org kata. Dah biasa dr kecik.. Tak suka diganggu..

Kecoh la baru-baru nie dgn status fb aku pasal nurse. Ada kawan sekolah kerja nurse sentap. Aku terpaksa delete sbb nak jaga hati kawan2.. Tapi yg panas, orang lain yg over acting. Bak kata member aku keyboard warrior. Berani la komen2.. Aku pm mintak no fon nak cakap terus tak balas tapi komen bagai nak rak sampai ungkit aku nie pakai tudung litup bagai..

Masalahnya aku tak maki lagi pun.. Aku cakap benda lain dia pusing benda lain. Macam dia sorang kerja nurse. Aku memang jenis tak minat nak tekak cara camtu.. Tak puas hati apa2.. Jumpa atau aku direct je call. Jadi senang. Umur dah 30 tapi lagak macam budak2.. Tak hadap aku..

Yg bestnya.. Siap doa aku bukan2.. Lantaklah.. Kalau depan mata pecah muka jugak aku bagi. Aku bertudung pun salah.. Tak bertudung pun salah.. Tu semua nak dijadikan point yg entah apa2..

Padahal aku nie tak kenal dan tak tau pun dia tu kerja apa. Sekalipun kerja nurse.. Takkan setiap post nak terasa bagai. Ces.. Over!!

Tuesday, December 23, 2014

Ilmu 2014

Hari ni off kerja, mungkin waktu pagi je kot. Entahlah.. Kot terasa nak lajak sampai petang. Hihi.. Ada appointment dgn Tuan Doktor.

Bangun pagi lapar, terus ke dapur masak cucur lenggang atau pun kat sini panggil lempeng.

Makan dgn sardin memang terangkat habis. Ada juga yang makan dgn susu.. Pun ok!😝

Adeh! Mata semakin layu.. Hihi maklumla baru lepas makan. 😁 

Apa yg menarik nk dikongsi? 13 Dis 2014, baru saja mengikuti satu bengkel penulisan skrip drama. Alhamdulillah.. Sedikit sebanyak membantu saya memahami corak penulisannya. 

21 Dis 2014, sepatutnya di UPM tapi atas faktor kesihatan ibu mengandung, terpaksa dibatalkan. 

Ada orang kata, "eh you sanggup keluar beratus ringgit untuk pergi belajar?"

Bagi saya nilai ringgit kalau berbaloi bukan masalahnya. Yg penting ilmu. Lagipun itu semua ibarat pelaburan dlm kehidupan. 😁 

Ok bye.. 

Sunday, December 14, 2014

Perangai Pelik Ketika Hamil

Memang selalu sangat kalau ibu-ibu mengandung bertukar cerita pasal benda nie. Aku nie nak kata mengidam sangat pun tidak tapi kalau bab makan semua sapu. Tak ada satu pun yang agak keterlaluan macam pelanduk ke rusa ke apa ke.. Apa je nampak depan mata semua nak makan. Maka tak hairan la berat dah hampir 80kg!!! 

Mula-mula tu rasa menyampah tengok suami sendiri. Rasa meluat habis tapi control je sebab tak nak suami kecik hati. Hehe lepas dah okay baru cerita. Bukan apa, suami tu masih baru belajar. Nanti dia tak faham itu semua 'pembawa budak'.

Ok. Lepas fasa tu, ada satu fasa gila bau kayu, perabot dan apa-apa yang sama macam tu. Buku pun sedut macam nak makan. Sampai suatu masa rasa teringin sangat nak makan kayu dan mintak Dudu carikan kayu. Malangnya rasa keras semacam pulak kan. Mungkin perlukan habuk kayu. 

Dia tak bagi tapi mintak untuk kunyah lepas tu luah balik. Haha.. Dia kata okay nanti dia cari. Sumpah, rasa macam kecur air liur nie ha... 

Sampailah satu masa apabila terperasan bau beras tu lebih kurang sama dengan kayu. Sedut beras cap Rambutan tu bau hapak-hapak sedap semacam je. Makanlah.. Wah.. Menepati citarasa. Haha.. Bermula dari situ, curi beras sendiri dan makan.

Bila balik kampung, beras dalam beg dah habis. Singgah rumah kazen tanya dia ada beras tak, nak buat bekalan. Dia kata pelik-pelik betuiii hang nie.. Hahaa.. Aku masuk dan selongkar. Dia bagi beras wangi dan beras bau hapak. Aku cium dulu. Aku kata tak nak beras wangi. Tak de bau yang aku nak tu. 

Aku ambil la beras bau hapak tu. Memang puassssss!! Dia cakap beras mahal tak nak.. Haha.. Bukan mahal ke murah, masalahnya tak bauuuu.. 

Baru-baru ni beli beras, bukan beras biasa. Beras cap Masjid kot. Kurang sikit bau tapi okay la sebab beras cap Rambutan dah habis stok. Aku pulak dah macam gian.. Memang beli jugaklah. Cuma kepuasan tu berkurang sikit. 

Dalam kelas, aku curi-curi makan. Haha.. Macam makan gula-gula =) Wut ever.. 

Aku balik cerita kat mak. Mak kata masa mengandung kat aku dulu, lagi teruk. Siap makan arang. Haha.. Aku terfikir mungkin aku patut cuba arang. Dia kata aku dulu tak suka makan benda murah.. Makan sotong, ayam bla-bla-bla.. 

Dia ingat aku keluar nanti hitam.. Nasib baik cerah jugak hehe.. Nak aranglah!

Wednesday, December 10, 2014

Kejutan 10 Dis 2014

Hujung minggu lepas, kami balik kampung. Ambil angin kampung, kenduri, lepas rindu dan sebagainya. Terpaksa ambil cuti sehingga Isnin walaupun kerja yang menanti banyak. Alhamdulillah, semalam selesai menanda kertas. Rasa macam beban di kepala ni berkurang sikit.

Bila nak balik, call suami sebab takut dia tidur. Maklumlah player COC kan tak cukup tidur. Hehe.. Memang agak risau la bila call tak dapat. Takut terlajak tidur atau apa-apa jadi ke sebab selalunya dia tak macam tu.

Ok. Dia pun sampai macam biasa. Naik motor balik beli barang nak masak. Lepas tu lepak depan TV sementara nak masak dan hilangkan penat. Maklumlah dalam keadaan sekarang ni, sakit pinggang je..

Dia pun sibuk jugaklah mengemas dapur. Tengah tunggu cerita pukul 7 tu, tiba-tiba Dudu kata, "Nah.." sambil menghulurkan plastik biru. Eh?? Apa benda? Alah, barang dia kot. Bukaklah, tapi hati rasa macam henpon. Takkan pulak!

Bukak lagi dan bukak lagi.. Eh, macam henpon ni!! Takutnya nak bagi harapan.. Haha.. Sebab sebelum ni dia pernah tanya nak henpon ke nak selesa bila bersalin nanti? Adeh.. Bukak lagi.. Eh!!!! Memang henpon la!!




Hehe.. Ini la henpon yang dihadiahkan suami tu. So lepas nie tak pakai dah Samsung yang memang telah berbakti sejak sekian lama. Samsung tu pun bukan ada rosak apapun tapi rasanya dah 2-3 tahun kot dengan dia. Nak main game, nak instagram bla-bla-bla pun dah tak boleh.

Banyak notes dalam tu. Maklumlah.. Setiap kali ilham datang kena la cari tempat untuk mencatat dan sememangnya hari ni terpaksa salin note tu satu demi satu.

Patutlah sebelum ni Dudu tanya nak Note 4 ke? Alah, tak nak Note.. Dah bosan tengok member pakai. Dalam kereta dia cakap, takpe beli pun sebab isteri dia nie bukan jenis gasak sangat dengan telefon. Asal ada.. Hehe.. Maklumlah kerja lain banyak lagi..

Alah, isteri dia ni lagi tak kisah. Tapi sekian lama dia teringin si Xperia Z ni, akhirnya dia belikan jugak. Terharu giler ah semalam! Lepas nie zip zap telefon besar.. Ada yang siap ajak selfie dalam air.. Keciwiii jap..

Dudu kata okay la kan, nak beli mahal lagi tak mampu. Aku senyum je.. Rasanya ini dah lebih daripada cukup kot. Aku pun bukan jenis yang demand sangat.

Yang paling berharga ialah keikhlasan dan kasih sayang dia. Itu yang membuatkan aku nak bercerita kepada seluruh dunia.

Dengan kepala yang kosong, dikejutkan dengan pemberian comel yang dijangka akan dapat selepas beranak nanti, tentu sekali merupakan sebuah kenangan terindah.


Terima kasih sayang!










Monday, December 1, 2014

Awal Disember 2014

Ramai peminat saya sedang menunggu-nunggu entri sosial yang tiada berfaedah. Tapi biasalah.. Sekian melayani karenah orang, terhasil satu puisi untuk kalian. Kalau berkenan di hati editor, tersiarlah nanti. =) 

Setiap perkara yang berlaku itu ilham! 

Entri 1 :
Masuk kerja - mengantuk dan tidur di kerusi tanpa rasa bersalah sebab semenjak belakangan ini badan memang tak sesihat orang lain. Belon dah makin besar. Kejap ok kejap tak ok. Hanya tinggal Disember, masuklah tahun hadapan. Pastinya 2015 membuka sinar baharu dan permulaan status kedua iaitu sebagai 'ibu'.

Entri 2 :
Telefon ke keselesaan bersalin - Hihi.. diberi dua pilihan oleh dudu. Ah, bersalin dulu baru fikir telefon. Tak pasal-pasal dari Serdang kena tendang pergi Kajang, mahu menangis duduk berselerak beranak dekat geng-geng 'antarabangsa' tu. Dah macam hilang keistimewaan sebagai warganegara pulak jadinya. Kalau kat Perlis, tak perlu pun nak pergi berbayar ribu riban, masuk je hospital kerajaan dah rasa selesa. 

Telefon tu tak penting sangat. Masih boleh wsap, wechat bla-bla-bla dah okay dah. Lagipun bila dah mengadap kerja, mengadap tesis, mengadap laptop, tak sempat nak melayan apa-apa aplikasi lain. Kalau dah boring sangat, telefon dudu la jadi mangsa. So, saya pilih BERANAK dengan SELESA.

Entri 3 :
Sebelum berakhirnya 2014, banyak buku telah dibeli. Malah, tak terlepas beberapa bengkel penulisan dan ceramah penulisan yang akan disertai. Berbayar dan tidak berbayar, asalkan hujung minggu, semuanya rasa nak pergi sebab sedikit lengang dengan tugas di pejabat.

Semoga pelaburan yang dibuat itu mendatangkan faedah. Bukan senang nak cari duit, tapi untuk mendapatkan ilmu, sanggup!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...