Tuesday, December 22, 2015

Tugasan Hidup

Aku tak tahu orang lain. Aku tahu diri aku. Sebaik-baik aku, ketegasan masih lagi menjadi prinsip hidup aku. Bukan garang tapi tegas. Aku tahu aim dan goal aku. Nak main-main ada masanya. Bukan setiap masa. Adakala kita salah percaturan. Biasalah, lumrah menjadi manusia. Kesannya, biarlah masa yang menjawab semuanya. Setakat ini, aku rasa tak perlu lagi.

Siap dah marking paper. Sambung dengan tugas yang seterusnya. Semoga berhasil! Hehe.. Cayok Zura..

Oh.. Berat aku dah kurang berat. Hehe... Semua orang asyik cakap dah kurus. Tegur macam aku sakit je haha.. Tapi aku suka. Dia tak tahu aku pergi gym. Aku jaga makan. Alhamdulillah.. Perut yang buncit tu dah semakin slim. Syukur. Baju pun dah longgar habis. Kena pergi cari baru baharu untuk semester depan. Tak sangka. Lagi 8 hari untuk capai 50kg! Lepas tu relaks.. Entah.. Macam nak 48 haha.. Kurus sangat nanti orang tolak melayang. Tak pe.. Mamy Kasya dah keras kaki tangan main gym. Hehe.. Mcm jantan dah betis. Hayo! Skipping 600 kali hokay. Kau hader? Itu belum yang lain.

Kasya sekarang 10 bln lebih dah pandai panjat tangga dari bawah sampai ke atas. Memang gigih budaknya. Jalan 5 tapak lepas tu tak nak jalan dah. Cepat jugak. Dah nak masuk 11 bulan anak mamy. Yang paling tok dia suka, bangun pagi senyum, nak tidur senyum, itu senyum.. ini senyum.. Hehe.. Memang aku takde masalah kalau dia bangun pagi. Siap gediks bila dengar air jam 6 pagi. Nak mandi sekali. Hehe.. Allah kurniakan seorang anak yang mudah diurus. Gigi ada 3 batang. Aku cakap tak payahlah senyum sangat. Buruk! Haha.. Tunggu 4 batang baru senyum. Dia senyum juga. Siap bunyi hinss hinss.. Haha.. Geram betul!

Wednesday, December 16, 2015

Stres Berkurang!

Lega rasanya dapat luahkan. Tak kisahlah jadi apapun. sekurang-kurangnya aku dah cakap apa yang patut. Ada waktu kita perlu utamakan diri kita. Diri kita yang nak hidup sehari-hari. Parasit tau apa? Nak memusnahkan kehidupan orang lain ada la. Dah nama pun parasit.

Aku tak peduli kalau orang nak salah anggap apa yang aku buat. Aku tak boleh masuk dalam otak orang lain dan tukar ikut kepala aku. Aku kenal diri aku. Semua orang boleh menilai antara aku dan si parasit.

Jelas sekali, aku tak suka dibebani dengan masalah orang lain. Aku ada kehidupan sendiri dan tak berminat nak mencampuradukkan kehidupan aku dengan sesiapa. Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Andai kata berlaku sesuatu di depan hari, aku dah bersedia fizikal dan mental.

Serius aku rasa lapang dan tenang. Harap-harap perasaan ini kekal. Sekarang ni aku sibuk sangat mendepani kertas jawapan yang beratus-ratus banyaknya. Memang sempat tapi aku dikejar oleh tesis dan tarikh hantarnya. Maka, aku sedang bertungkus-lumus dengan jayanya.

Untuk perhatian para pembaca yang budiman, setiap orang yang dihambat tesis dan tugasan akan berasa tertekan, nak menangis, tak tenang dan sebagainya. Bukan aku seorang. Kalau anda orang belajar, orang terpelajar, anda akan rasa pengalaman ni. Lainlah kalau tak tahu apa itu tugasan dan apa itu tesis.

Ok sekadar update kata hati.

Sunday, December 13, 2015

Stres!

Aku stres. Aku rasa sejuk habis satu badan ni. Aku tak tahu kat mana nak bercerita. Aku rasa tertekan duduk rumah. Rasa nak pindah. Rasa nak lari. Sumpah! Aku menyampah. Tak boleh tengok muka. Aku takut perangai lama yang bengong tu orang tau nanti. Aku memang dah tak boleh sabar sekarang. Dada ni bergerak laju sangat. Nak sangat setelkan masalah tu cepat-cepat.

Aku pantang jenis suka kacau hidup orang ni. Sudah-sudahlah. Aku tak berapa nak kuat nak tahan sabar dah ni. Kot menggila satgi.

Stres macam nak teriak dah ni. Siang malam dok rumah aku apa kejadah!! Tak reti hormat orang satu. Tak fikir rumahtangga orang. Tak fikir privacy orang!! Ish. Macam nak maki tapi relaks sat Zura na. Hang sabaq sat ja.

Tuesday, December 1, 2015

Cerita Si Kecilku!

 Tak sempat nak bercerita. Sibuk. Saja hari ni curi masa 5 minit upload gambar anak saya yang semakin hari semakin banyak akalnya. Hehe.. Ada orang suruh saya tambah lagi. Aduh! Tak kot.. Relaks ah dulu. Bagi si Kasya besar dulu. Lagipun, manalah nak reti uruskan ramai-ramai. Dua orang tu pun kira ramai jugak.




Kami berdua je masa ni. Jalan-jalan cari pantai PD. Hehe.. Ramai orang tanya, boleh ke tu? Lorh.. Kenapa? Berdua pun jadi masalah ke? Suami kerja. So, kami dua pergi la jalan-jalan. Lagipun, Kasya selamat kalau dengan seorang ibu. Menjerit-jerit la dia dengar 1 hotel. Masa jalan-jalan pergi pasar malam dia siap tidur lagi. Tak dukung okay. Letak je dalam stroller tu lepas tu tolak. Sampai senget kepala punya mengantuk. Balik hotel, mata bulat tu terus cerah sampai kena paksa tidur. Mamy punya la ambil mood nak buat kerja. Memang sekadar pi jalan-jalan je lah.

 Ok. Nie pulak pergi Melaka dengan daddy dia. Kasut tu dah hilang sebelah. Tapi kalau ada pun memang tak muat. Kaki dia sekarang dah saiz 3. Fuh! Kitorang siap beli kasut yang dah boleh jalan tu sebab sekejap je kena tukar. Sekarang nie, baru 1 tapak dia berani jalan. Lepas tu gayat.. Hehe.. baru 10 bulan..


 Afi Daniel dan Annurafi' Ukasyah! Dua-dua lelaki yang muka macam perempuan. Ikut mak lettew =)


Kalau tengok masa lahir, memang terserlah di situ muka mak dia. Bila dah mencecah beberapa minggu ikut muka bapak dia. Mencecah beberapa bulan back to mamy la. Sekarang both! Hehe.. Senang cerita. Sebab tak nak sape2 kecik hati. Tapi aku tengok pun memang muka dia campur-campur. Tak kisahlah. Janji ada anak. Hehe..


Sekarang nie dia dah pandai. Kita balik je, dia dah tak nak orang lain. Naik atas je terus tidur. Sampai esok pagi. Bangun 630 pagi dah senyum-senyum nak main. Pukul 9 pagi tidur balik. Lepas tu tak tau sebab aku kerja. Kalau duduk dengan aku mesti asyik melekat je. Nakal budak tecikk nie! hehe.. rindu.. 1 jam lagi mamy balik. Muah!!

Thursday, November 5, 2015

Kurus Sikit Je..

Inilah kebanggaan seorang ibu. Haha.. Bangga gila berat mencecah 80kg dengan ketinggian 154cm. Memang agak ketara. Masa tu terfikir, susah la nak turun.

Habislah nak buat diet atkins balik. Tapi baby menyusu so tak boleh betul-betul atkins. Lepas umur 6 bln pernah off nasi beberapa hari dan buat atkins tapi baby macam tak boleh terima. Dia demam. Eh, masa tu ingatkan kebetulan. Selepas beberapa kali try akhirnya dah boleh buat kesimpulan baby masih belum bersedia. Toksin yang dirembes melalui susu ibu memberi kesan kepada Kasya. Ok itu teori orang sastera. Hahaha.. Aku pun tak tau tapi aku kesiankan Kasya. Aku decide kurangkan portion.

Ubat tak ambil pun. Mula-mula layan jugak clenx tea. Lepas tu lama-lama bosan! Huahuahua.. Bukan bosan tapi malas. Aku suka berak. Tapi bila nak pergi mana-mana je rasa macam terganggu sebab asyik nak membuang. Kena fikirkan hari yang sesuai.

Cara mudah. Jangan makan malam. Nasi tu kurangkan. Jangan ambil manis.


Ini nak kata terbaru pun tak. Tapi dah cecah angka 58-59. Lalala.. Syukurlah.. Muka pun dah kecut. Cuma mata masih sepet sebab sepatutnya kena 50 macam tu. Ecewah.. Itu bajet-bajet kurus. Semoga tercapai la sebelum 2016.


Sekian..

Monday, October 26, 2015

Memerlukan Pengasuh?

Sesiapa yang tercari-cari pengasuh di sekitar Mahkota Cheras, Sungai Long boleh email saya di nmzmz85@gmail.com atau hubungi saya di 019-2921436.


Kata kunci :
Pengasuh bayi diperlukan
Mahkota Cheras
Bandar Sungai Long
2015
2016


Hanya beberapa bayi dan kanak-kanak sahaja dibenarkan. Tujuan saya untuk menambah pendapatan pengasuh anak saya sekarang. :)



Sekian, terima kasih
Zura

Friday, October 16, 2015

Cabut Gigi Bongsu

Hari nie cabut gigi. Tak pernah rasa cabut gigi tu macam mana sebab dulu masa kecik-kecik cabut sendiri je. Goyang-goyang cabut. Kadang-kadang pakai playar, pakai benang.. Brutal jugaklah.. Hehe.

Murah jugak cabut gigi di White Smile. Doktor pun baik. White Smile kat Berjaya Times Square. Seminggu sebelum kejadian, gusi bengkak ada infection sebab gigi bongsu tumbuh tak betul. Itu aku dah tahu masa aku pergi cuci gigi dia UPM dulu tapi sengaja aku biar sebab aku fikir relaks la dulu. Padahal aku takut huahuhua..

Al kisah sakit terlampau sampai tak boleh buka mulut la.. Menyebabkan aku memutuskan untuk jumpa dentist. Tak mahal. RM180 je. X ray RM 100. Ok la tu..

Mula-mula dia letak gel untuk kebas lepas tu cucuk beberapa kali sebab aku sakit. Assistant dia siap pegang tangan aku. KUP! Oh, itu maknanya gigi dah dicabut. Haha.. Okay mengalir air mata. Hahaha... Tak ada la sakit sangat. Beranak lagi sakit.

Masa tengah-tengah biar ubat bius tu bertindak, doktor tanya nak pakai braces tak? Eh.. Nak la jugak tapi boleh ke? Haha.. Aku tanya doktor. Dia cakap buat ngee... Lepas tu rapatkan gigi atas dan bawah betul-betul. Alah, nampak la 'manis' kat situ. Hahaha.. Doktor kata kalau buat tak ada kesan sangat sebab dah elok nie.

Lorh! Dah tu kenapa tanya? Hehe maklumlah tempat tu famous dan expert bab braces. So tanya la kot-kot berminat. Memang la nak. Kalau gigi siap, muka macam Fasha Sandha aku nak la. Haha.. Btw gigi aku dah elok cuma bawah tu berterabur sebab dulu-dulu aku suka main doktor-doktor dan cabut sesuka hati. Lantaklah bawah je, aku cakap tak nampak bahagian bawah pun.

Doktor pun dah tak promote braces beliau tu. Hehe.. Kup! Ok.. Gigi dengan 3 akar agak sakit. Aku update moments menggila macam nak pergi beranak. Semua gelak-gelak. Husband pulak cakap dia tau wife dia kuat. Hehehe.. Kuat la jugak walaupun nak lari tak nak cabut. Hehe..

Ok tukar span. Jangan takut. Orang lain 3 batang dah. Aku baru sebatang! Itu pun jenuh berjampi di wechat hahaha.. ok bai

Friday, September 18, 2015

Esok Jalan-Jalan

Alahai letihnya! Kerja sambil shopping camni lah.. Bulan depan janji tak mau beli apa-apa dah. Huhu.. Kalau macam ni, gaji 10k pun tak cukup. :'(

Esok pergi jalan-jalan bawak si kecik tu. Dah boleh berdiri dah. Bab yang paling mamy dia excited ialahhhhhhhh.. BELI BAJU!!

Hehe.. Over sangat! Nampak je beli, nampak je beli. Sebulan habis dekat rm200 untuk baju dia. Mummy and daddy? Takde!

Ayoo.. letih sangat nie. Next time huru hara lain. Baii

Wednesday, September 9, 2015

Hensem ke?

Hensem sangat ke laki aku?
Power sangat ke ayat dia?

Tu je aku fikir sekarang sambil tergelak-gelak sorang-sorang.

Tengok gelagat manusia ni lawak betul. Dah blocked, tiba-tiba nak tau perkembangan laki aku terus tak jadi block. Eh, apa kejadahnya?

Yang paling lawak, bila dia sendiri panas tengok status aku. Kisah pulak aku! Ish... Kemonlah. Ini bukan zaman cintan cintun dah. Dah tua bangka memasing. Aku pun biasa bercintan cintun. lebih 10 tahun!! Masa tu dah rasa sebati dah. Gaduh ke apa ke masih dok bercintan cintun. Haha.. Tapi benda tu dah jadi kenangan. Apa yang kita nak tak semestinya jadi. Aku? Tak perlu pun nak block. Tak perlu pun nak stalk. Siap dua-dua jadi friend aku. Tak ada hal pun.

Aku tau, orang perempuan ni. Asyik nak mencari je. Bila dah dapat yang baik pun rasa masih belum sempurna. Still searching.. Sampailah suatu masa dah berakhir dan dapat yang tak okay.. Menggelabahlah.. Macam aku dulu. Haha.. Semua tak sabar macam ex aku. Tu je aku mampu cakap.

Alhamdulillah, jodoh aku dengan husband sekarang serasi. Susahlah nak gaduh-gaduh. Sebab dua-dua jenis tak melayan sangat benda remeh. If anything, memang aku terus je tanya dia. Senang. Aku pun tak payah nak serabut, nak simpan dendam ke nak pendam ke apa ke.. Senang. Aku pun bukan suka simpan-simpan. Banyak kerja nak kena fikir. Lagipun, duduk satu rumah, nak masam-masam muka pun macam tak seronok. Tak kisahlah apa jawapan, aku akan bagitahu apa aku nak cakap. Lepas tu aku okay.

Masalah kewangan? Biasalah. 5 tahun awal. Kena sama-sama faham dan bertolak ansur. Kadang-kadang bila asyik cari yang sempurna, kita pernah tengok tak diri kita macam mana? Tu yang aku selalu tanya lepas seribu satu cabaran dan pengalaman yang aku tempuhi.

Jangan tanya apa yang aku nak. Sebab semua tu dah tak penting. Siapa yang halal untuk aku, dia la yang ditakdirkan oleh Allah swt. Semakin lama kenal, aku boleh katakan yang aku bersyukur. Sesuai la kot orang kata.

Berbalik kepada topik tadi. Hensem ke ayat power? Haha.. Setakat yang perhatikan, laki aku ni ayat biasa, hensem tu ada la.. Haha takkan nak puji laki sendiri ye dok?? Haha.. Yang paling memikat, hitam manis!! Haha.. Ok2.. Laki aku? Hati dia kot. Sungguhpun dulu mulut longkang hahaha... Tapi hati dia baik. Sekarang mulut dah letak clorox. Dah comel dah.

Ha.. Bila dah comel nie la, pompuan dok suka balik kot. Eh, hello..

Okay. Buat manusia tersebut, baca atau tak baca.. Aku tak peduli. Mungkin suatu hari nanti engkau sendiri akan search panduan bercinta , kot-kot terjumpa di sini.
Kata kunci : lelaki sempurna, jodoh dan pasangan, kalau pasangan teruk

Hahaha.. Stop killing me with your jokes!




OK. Baiiii..

Monday, August 31, 2015

Cerita Lebih Kurang

Hari ni tertinggal hp kat rumah. Ayooo!!
Curi masa sikit. Update lebih kurang.

1. Merdeka 
- Entah. Rasa jiwa tak tenang sebab banyak sangat benda berlaku dalam negara. Ada anak, terfikir pasal nasib anak. Lebih baik tukar daripada berterusan dibenci. Apapun bersyukur kpd Allah swt. Terima kasih pejuang-pejuang dahulu yang IKHLAS membebaskan negara. 

2. Tesis
- Mengambil peluang berjumpa dengan Supervisor. Lepas taip nie nak taip tesis pulak. Jumpa Nad, ambil semangat sikit. Hembus aura cepat jodoh. Haha.. 2 minggu lagi nak hantar sikit. Alahai, nasib baik semester break. 

3. Kasya
- Demam. Dah okay selepas 2 hari. Malam-malam merengek sebab tak selesa. Pergi beli penyedut hingus. Sedut buang sedut buang. Dah makin kurang. Panas badan pun dah kurang sebab asyik mandikan dia. Susukan sepanjang hari. Lawan balik demam tu. Tadi, macam keluar darah kat hidung. Panas gamaknya.


4. Famili
- Alhamdulillah. So far okay. Kasya dah mula kenal orang. Kalau daddy dia pakai ray ban mesti tak nak senyum. Muka ketat habis. Tak kenal. Buat lawak pun kau jangan harap aku nak gelak. Balik rumah, naik atas katil dalam bilik, habislah! Itulah Kasya yang sebenar. 

Aku kalau tidur, konon-konon nak sambung lagi.. Memang tak la. Kasya dah bangun automatik aku pun kena bangun. Tak boleh biar dah. Jatuh katil. Tertonggeng. Makan itu makan ini. Oh, bahaya. 

Ok. 

Thursday, August 27, 2015

Pengasuh oh Pengasuh

Eh, panas pulak hati!
Tengok moment wechat budak tu dah jadi viral.
Siap snap gambar budak kecik tengah nangis, maki macam-macam!
Hai, saat ni aku tengah bayangkan kalau benda tu jadi kat aku..
Memang lembik aku kerjakan budak tu.
Hang tak beranak hang tak rasa.
Sedangkan handphone pun hang sayang.
Inikan darah daging.
Apa aku boleh cakap, orang sentuh aku, buat aku, 'mungkin' aku boleh sabar lagi.
Orang sentuh anak aku, sakit dia, hang tau nasib hang.
Naik gila, sekali taska tu aku bakar.

Mujur nasib Kasya dapat pengasuh baik. Alhamdulillah. Tu saja aku mampu cakap. Semua tu dari Allah swt untuk dia. Pengasuh pertama pindah, pengasuh kedua balik kampung, pengasuh ketiga semoga berkekalan. Kita kongsi rezeki. InsyaAllah.


Saturday, August 22, 2015

Kesiannya Manusia nie..

Sesudah aku dijadikan idola.
Banyak rentak gaya aku ditiru.
Jadilah diri sendiri.
Banyak cara lagi.
Lebih kreatif dan inovatif.
Itupun dengan cara tersendiri.

Kesian.

Thursday, August 20, 2015

Marah!

Aku rasa aku menulis blog nie dengan perasaan marah dan geram. Jadi kalau ada terkasar bahasa tu faham-fahamlah. 

Seram sejuk je badan nak menulis. Serius aku memang kalau tak puas hati dengan orang, tembak pun aku tembak. Hampa bagi aku sakit hati, hampa mai nak buat baik dengan aku. Hampa rasa gena? Tolong jangan salah orang. Sungguhpun aku nie dah berubah banyak, adakala angin setan aku mai jugak!

Selagi aku tak puas hati, aku dok pegang 'bara' tu. Macam mana, apa jadi, hampa tunggu dan lihat saja. Cakap banyak pun tak guna. Rasa nak rejam muka hang ke tar jalan. Hampa main la dengan aku. Cer hang jengoi muka kerap sikit. Tunggu masa ja. 

Thursday, August 13, 2015

Aku Merempit

Sementara masih berkobar-kobar perasaan syok naik motor aku nak menghebahkannya di sini.
Satu hari, aku baca mesti seronok dan tergelak-gelak.

Somi sibuk minggu ni. PD Genting Kl merata-rata dia pi.
Aku? Dia masih hantar pagi-pagi walaupun tak cukup tidur. Semalam dia tak sempat nak lari ambil aku. Terpening sekejap!

Nak balik lagu mana?
Nak naik train? Dah lama tak naik. Malas nak berfikir pasal train.
Nak naik bas? Aku tak tau nombor bas. Salah bas!
Nak naik teksi. Yup! Itu cara terakhir.
Tapi harganya boleh tahan. Melebihi sebelah jari. Tampor baru dia tau. Mahal sangat. Tapi tu la satu-satu jalan terkahir.

Tengok-tengok marka call. Dia kata dia mai ambik. Dia kenal sangat la aku macam mana. Mesti nangis punya. Haha.. Aku part lasak ganas aku tak nangis. Part jalan memang aku nangis. Sama macam aku sesat nak pi cari rumah dia dulu. Hehe.. Nasib baik marka stail expert bab-bab jalan. Kes tu la yang dok sedia geng dengan dia.

Hajat hati pagi tadi nak naik kereta. Konon nak bangun awal nak gerak awal elak jalan jam. Sekali tengok Kasya macam sedih pulak nak tinggal awal-awal. Serius. Aku kuatkan semangat je. Call husband. Hari ni naik motor. Dia kata kan, kalau naik motor nanti boleh beli motor. Yeay!!

Mula-mula tak konfiden. Lepas 1 km macam tu, dah mula la naik aura remaja aku. Haha.. Remmm.. Remmm..

Orang ushar aku ke aku perasan? Tak. Aku tak perasan. Sebab ekzos kuat. Tu motor abang marka aku. Hoho.. Parking? Aku tak tau nak parking mana. Kebetulan, masa aku sedang melewati area Times Square aku nampak sorang abang tu masuk ke arah tu. Aku follow. Sampai ke tempat parking.

Nak naik office? Aku pening. Nie level berapa.. Aku berbekalkan keramahan dan muka kering, "abang, nie level berapa?"
"M"
"Aik, macam mana saya nak pergi ke level 11?"
"West ke east?"
"West."
"Kena jalan sikit."

Aku follow je abang tu. Dah siap kekuda kot-kot diapa-apakan. Haha.. kononlah.

Sampai 9 aku usha. Aku di mana? Aku di mana?

Aku jalan. Dan akhirnya menemui tempat-tempat yang aku selalu lalu.

Ok selamat.

Hehe.. Husband mesej tanya. Dah gerak ke? Risau la tu. Hehe.. Ish tak sabar nak balik cerita keseronokan menjadi rempit tua nie. Huahua..

Tuesday, August 11, 2015

Apa Nak Jadi??



"kejatuhan mata wang negara (ringgit) baik utk sektor pelancongan negara"

"kejatuhan ringgit bagus sbb rakyat malaysia akan membeli barangan tempatan"



Sekian banyak perkara yang diejek di media sosial, para menteri masih lagi berani mengeluarkan statement yang agak kurang cerdik atau bahasa kasarnya, bodoh.


Negara Malaysia sudah membangun. Negara kita telah mengeluarkan ramai graduan yang bijaksana, generasi pewaris yang celik huruf, celik IT dan mempunyai tahap kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis. Apakah yang sedang dilakukan oleh para menteri? Sedang memperbodoh rakyat atau sedang memperbodoh diri sendiri?


Aku cakap berdasarkan apa yang aku lihat dari hari ke hari. Yang aku petik tu yang terbaharu. Yang menjadi bualan sinis di media sosial.


Sebaik-baiknya, berilah pendapat atau mungkin sedikit harapan atau mungkin sedikit kesungguhan untuk menaikkan kembali mata wang negara. Jangan sampai mata wang negara ibarat daun kering. Kalau dah cukup selesa dengan kemerdekaan yang baru 58 tahun ini pun janganlah lupa untuk memikirkan generasi baharu yang kakinya masih sebesar telapak tangan.


Kalau tak berfikir, maknanya anda seorang manusia yang mementingkan diri sendiri.

Monday, August 10, 2015

Rayooo lagi!!

Hari ni bawak baju bagi Mei Lin.
Sambut raya lagi.
Sekali tengok Mei Lin, amboi...
Kurusnya.
Mula nak perasan.
Oh, kurus giler aku dulu.
Huahuahuahua..


Aku?
Pakai baju raya yang tak dibawa balik.
Tertinggal kat rumah.
Balik raya pakai jubah hijau.
Jubah sedondon katanya.
Suami anak hijau belaka.
Lepas tu terpaksa beli baju kurung lain.
Bidan terjun punya baju.
Saiz S.
Aku suka.
Tapi hari ini nak melaram.
Baju yang tertinggal tu la yang aku sarung.
Nampak lip lap!

Semalam.
Buat pizza.
Fuyoh..
Menjadi.
Walaupun tak cantik sangat.
Topping tak cukup.
Alah, nak cuba buat saja.
Dah jadi dok diam-diam.

Ok. Nak marking. Baiiiii..

Sunday, August 9, 2015

Saya Orang November

Pagi-pagi yang hening
Disinggahi kerja yang sarat
Melepas lelah keluh kesah
Dengan cara yang begini
Entah kau suka
Atau tidak
Tapi aku suka.

Titik.



NOVEMBER

banyak idea dalam perkara ü
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya ü
berfikiran kehadapan ü
berfikiran unik dan bijak ü
penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa ü
pemikiran yg tajam ü
daya firasat yg sgt halus dan tinggi ü
bagus utk jadi doktor x
cermat dan teliti ü
personaliti dinamikü
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia üüü
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra üüü
berani, pemurah setia dan byk kesabaran üü
terlalu degil dan keras hati üüü
apabila hendak. diusahakan sehingga berjayaüü
taksuka marah kecuali digugatüü
mudah ambil berat terhadap orang lain üü
pandai muhasabah diri üü
cara berfikir lain dari org lain ü
otak yg sangat tajamü
pandai mendorong diri sendiriüü
tidak hargai pujianüü
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatuü
cuba sampai berjayaü
badan yg toughüüü
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalamüü
romantikü
tidak pasti dgn hubungan kasih sayangüü
suka duduk di rumahüüü
sangat rajin dan berkemampuan tinggiü
amanah, jujur setia dan pandai berahsia üü
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi üü
bercita-cita tinggi üüü
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah üüü

Tak sabarnya menanti November 

Saturday, August 8, 2015

Apa Erti Anak

Anak.

Kalau orang tanya aku, tak nak join program nie ke?
Aku nak..
Tanya hari.
Tanya masa.
Aku senyum.
Aku balas, tak boleh.
Kenapa?
Anak!

Aku tunggu dia bertahun-tahun.
Aku dah hampir putus asa.
Akhirnya, Alah swt kurniakan dia.

Walaupun aku tak pernah tahu menjaga budak kecil.
Tapi...
Aku belajar.
Aku buat-buat konfiden.
Anugerah semua tu.
Automatik kita akan jadi tahu.

Aku kerja Isnin sampai Jumaat.
Kadang-kadang demi nak dapat Replacemet Leave, aku kerja Sabtu.
Malam-malam aku duduk dengan Kasya.
Sepatutnya masa tu aku boleh pergi gym.
Kuruskan badan.
Aku tak pergi.
Aku diet sendiri.
Badan kena jaga.
Untuk suami.
Untuk diri sendiri.
Badan gemuk, tahap keyakinan pun jatuh.

Oh, what ever!
Nak cerita pasal anak.

Happy?
Giler tak happy!!
Comel ke tak comel ke..
Dia anak.
Tentunya comel di mata seorang ibu.

Habis duit untuk dia.
Memang pun.
Teruja sebab boleh beranak.
Sedangkan sebelum ini aku ingat ...
Hmmm..
Susah digambarkan perasaan aku.
Aku belajar terima hakikat.
Bahawa aku tak mampu memberi zuriat.
Rupa-rupanya tidak.
Aku mampu.
Mungkin ada hikmah.

Pernah aku tanya suami.
Kalau aku tak mampu?
Dia jawab, kita ambil anak angkat.
Dia tak kisah.
Terkedu.
Tak sangka.
Tapi syukur.
Tuhan dengar doa aku.
Aku nak anak.

Alhamdulillah.
Aku rasa perit nak beranak.
Aku rasa saat menyusukan dia.
Aku rasa kemanisan wajah dia.
Walau penat.
Walau demam.
Aku tetap bersemangat demi anak.

Suami.

Terima kasih.

Allah swt..
Aku bersyukur tidak terhingga.
Murahkanlah rezeki kami.
Berilah kami peluang untuk membesarkan Kasya menjadi sebaik-baik umatmu.

Amin.

Thursday, August 6, 2015

Perangai Kasya 6 Bulan

Apa Kasya boleh buat sekarang?

  • Dah belajar duduk tapi kejap-kejap tumbang. Tetap juga nak berlagak macam orang besar-besar
  • Berat 8 kg lebih tapi tak nampak gemuk. Isi mantoppp dan padat. 
  • Rambut asyik panjang je. Cepat giler panjang. Macam sama je dgn mamydady.
  • Dah makan berat-berat. Memang berselera la tengok dia makan. Ini aku happy. Hehe.. 
  • Dari kecik sampai besar, tiap-tiap malam sebelum tidur dia dah tahu akan ada dengan dia. So, aku memang takkan ke mana-mana la waktu malam melainkan bawak dia. 
  • Gedik bila dengar lagu-lagu dari Chu Chu TV
  • Boleh membebel huruf b, m dan ada jugak bunyi h di belakang
  • Menyembur air liur sampai rambut aku asyik luruh je. Takpe rambut banyak. Semburlah dik..
  • Oh, dia dah kenal. Geng untuk main tu mestilah daddy dia. Geng untuk tidur dan manja tu mamy dia. 
  • Dah merangkak slow-slow. Kadang-kadang tertonggeng, kadang-kadang jatuh. Hoho.. Dia gelak je walaupun kedekukkk bunyinya. Memang lasak budak ni. 
  • Suka tengok bola.
  • Suka dengar azan.
  • Suka tengok hp. Esp selfie. Sebab nampak muka sendiri. 
  • Bila siang ada terperasan jugak yang dia sangat mudah dijaga dan pandai bawak diri. Bagi susu, cabut susu, tepuk sikit dah tidur. Malam-malam susah. Kena peluk-peluk. Mungkin dia tau siang tu bukan mamy dia. So tak perlu nak mengada-ngada. hehe.. 
  • Semalam mimpi dia dah boleh jalan! Hai.. bilalah agaknya. 
Ok.. 

Rooney hilang dah 4 hari. Sedihnyaa!!!

Menulis ke Menyolek?

Semenjak aku kenal berus make up nie, rajin pulak nak cari muka orang conteng-conteng. Masih banyak kena belajar. Aku akui aku bukan 'minat' sangat. Saja nak tengok kot-kot ada bakat terpendam. Mana tahu boleh tambah duit kan. Hehe.. Hidup kena la kreatif.

Ann memang dah tahu kalau aku bawak keluar barang-barang make up tu, ada la mangsa yang seterusnya. Hehe.. Ann tu suami aku la. Ada orang tanya aku kenapa nama dia Ann, macam pelik je. Hehe.. Ann? Apa yang pelik.

Aku search pengalaman orang make up. Sejujurnya aku tak rasa begitu teruja. Aku teruja kalau orang bercerita pengalaman menulis sebab aku rasa dekat sangat dengan jiwa aku. Aku akan lebih berpuas hati. Rasa aku sedang berada di dunia tersebut. Make up? Tak sangat. Seronok gitu-gitu je la. Kalau menjadi bagus. Tak menjadi pun tak apa. Belajar sampai bagus. Hehe..

Belah ayah aku banyak yang ada bakat seni. Seni lukis, seni menyanyi, seni lakon mak aku kata aku ada. Tak payah nak berlakon dah dia kata. Haha.. Saja la tu perli aku. Tapi aku memang dulu-dulu nak jadi pelakon. Kahkahkah.. Aku minat nyanyi tapi tak suka jadi penyanyi. Pernah menang. Kadang-kadang aku pergi lawan nyanyi, aku balik tidur kat rumah. Alih-alih orang datang bawak hadiah. Haha.. Heran! Sambil gosok-gosok mata, bukaklah hadiah tersebut. Kalah? Pernah kalah. Suara tiba-tiba jadi itik. Pernah ada permintaan. Pernah nak join band. Pernah dan pernah tapi tak minat. Pernah orang suruh aku pergi audition. Tak nak. Aku tak suka nanti part tayang kat iklan. Cis..

Aku minat nak jadi pembaca berita. Nie target aku. Tapi entah.. Tak ada rezeki. Badan tembam gini tak konfiden aku nak buat apa pun. Hohoho..

Eh, over pulak penceritaan aku! Hehe..

Teringat dulu zaman sekolah. Cikgu-cikgu tak percaya yang bercakap kat depan tu aku? Masing-masing tertanya-tanya, Maizura ke Maizura ke? Eh by the way, tak suka aku orang panggil nama aku camtu. Maizura? Panjang! Zura je.. Mai pun tak pe.. Raa? Ups!! Hehe..

ok. nanti senang-senang aku update la apa yang patut. hangat-hangat taiikkk ayamm pandu je nie




Monday, August 3, 2015

X-Ray Servis Bagus dan Cepat

Hai uolls.. Mak Jemah baru balik dari Tung Shin Hospital. Tak sakit pun. 

Dari malam semalam dah bagitau Husband. Memang dia kena bawak. Sebab Wife dia buta jalan. Hehe.. Dolu-dolu pun nak pergi jumpa dia tersalah jalan. 

Jadi pergilah kami berdua pagi-pagi. Lepas clock in, search location semua merempitlah kami berdua ke hospital tu. Dekat dengan Hospital Bersalin Cina. Sebenarnya dekat je dari Berjaya Times Square. 1km ke 500m ke memang aku tak hadap nak gamble bab2 jalan nie.. 

Tak sampai sejam. Result dah keluar. Hohoho.. Memang cepat. Tengah makan kami berborak kes derma tu. Memang kelakar la para menteri sekarang. Suka buat statement yang dah tahap kanak-kanak tadika. Dari hari ke hari ada je benda-benda kelakar dan bodoh. Lantaklah. Bukan aku nak menjawab depan Tuhan. Bagi aku senang je, Allah swt tu ada. Percaya yang tu je. Jatuh bangun manusia dalam perancangan Dia. Nak jatuh tergolek ke, nak jatuh bersambut ke, bergantunglah kepada akal. 

Yang seronok rakyat Malaysia walaupun tengah-tengah marah, masih jugaklah nak buat lawak. Lawak atas lawak. Memang jadi bahan la.

Aku ni ada benda lain nak cerita tapi aku dah lupa. Oh, pasal makan. Aku demam. Teringat dulu masa zaman degree di UPM. Punya la makan banyak di rumah member. Aku jatuh sakit demam yang teramat teruk. Esoknya aku ada exam BM Tinggi. 100 soalan objektif.

Bahang panas kat muka memang tak boleh tahan. Aku jawab soalan tanpa menggunakan otak sepenuhnya. Dan keputusannya, itulah kali pertama BM aku tak dapat A. So sad!

Nie baru lepas rumah aku. Sekarang nie rasa kesengalan demam tu. Suara dah jadi Ramli Sarip. Husband pun demam. Kasya selsema. Eloklah. Tapi masing-masing demam biasa-biasa je. Demam manja je. Kalau aku demam teruk memang susah la. Tak dapat bangun langsung. Sedeyyyy.. 

ok.. bai

Thursday, July 30, 2015

Pagi-pagi Minum Milo.. Saya Sokong TSMY

Pagi-pagi bancuh milo, buka blog, buka berita.. mengingatkan aku dengan seseorang. Hehe.. Itu la rutin Cik Nad awal pagi. Rasa rindu nak dengar lawak beliau. Walaupun sekarang, sense of humor beliau telah berkurang. Maklumlah, dah dewasa. Uwerkk!

Tadi atas motor rasa macam banyak nak tulis. Sampai sini dah tak boleh ingat. Memori dah tua. Memori tu belum tua tapi cara guna membuatkan ia dah tua. Bangun buka handphone, tengok fb, tengok wechat, tengok whatsapp, selfie, wefie.. Sedar melalaikan tapi kenapa masih dengan semua tu? Istiqamah la Zura oii..

Oh.. TSMY Tan Sri Muhyiddin Yasin..

Semua rakyat sedang bercakap tentang beliau. Seriusnya, aku dah lama menjadikan beliau sebagai idola aku. Dia ialah tokoh pemimpin. Pengguguran beliau dari TPM langsung tidak menggugurkan sokongan aku terhadap beliau. Bagi aku, beliau seorang manusia yang berani. Tak takut manusia. Terciptanya manusia, rezeki, jodoh, ajal maut semua itu bukan dari manusia. Semua tu daripada Allah swt.

Hairan kalau masih takut nak menjaga periuk nasi sendiri dan menyokong kemungkaran. Aku tak adalah nak membenci sangat kepada 'orang' tu. Aku kesian. Kekhilafan di dunia yang dilakukan diharap tidak berlanjutan dan tidak makan diri sendiri. Semoga beliau sedar dan diberi petunjuk oleh Allah swt.

Rakyat Malaysia hatinya tak kejam. Mengaku, undur dan meminta maaf. Boleh kalau tak undur tetapi kepercayaan dah kurang. Lebih baik berundur secara bermaruah dan dikenang sehingga mati. Tak semua orang sempurna. Kami rakyat Malaysia faham. Tak perlu guna kekerasan atau ayat-ayat emosional wahai menteri-menteri Fasola. Tak ada kebaikannya. Rakyat gelak dan anda dipermainkan kerana sekalipun cgpa 4.0, tak melambangkan apa-apa.

Rakyat akan menganggap menteri-menteri yang ada sekarang sebagai menteri-menteri yang kurang bijak. Ya, anda bijak. Tapi emosional dan kurang empati. Kalau anda empati, aku rasa anda akan faham apa yang rakyat sedang rasa.

Aku malas nak cakap panjang-panjang. Kadang-kadang orang yang ditutup hatinya susah nak faham maksud orang. Aku cuma minta masa berdoa tu minta Tuhan tunjukkan jalan yang benar, bukakan hati yang tertutup, sucikan hati yang hitam. Lama-lama nanti Allah swt akan tolong asalkan ada keikhlasan.

Aku cuma nak bagitau, kejahatan tidak pernah akan kekal lama.

Thursday, July 23, 2015

Cerita Raya Kami Anak-Beranak

Nak story-mory sikit pasal Raya Puasa yang baru saja berlalu seminggu yang lalu. Eh ye ke? Malaslah nak kira.

Bertolak balik kampung hari Selasa. Seminggu di kampung. Mula-mula tidur rumah Somi semalam. Susah sikit nak menyusu kalau ramai-ramai. Maklumlah tak nak biasakan Kasya dengan susu formula sebab khasiat susu ibu melebihi segala-galanya.

Kasya pulak demam kus-kus. Siang ok malam demam. Selsema tu sampai hari ni tak lega-lega lagi. Memang hidung tu nampak kurang ensem la sikit. Demam dah ok. Kalau pergi klinik pun memang doktor tak bagi ubat sebab masih baby lagi. Jadi beli la cool fever. Tak guna pun sebab Kasya dah ok daripada demamnya.

Raya pertama tak duduk rumah sangat. Keluar beraya rumah kawan-kawan Somi. Lepas tu lepak rumah dia sampai malam. Malam balik Lubuk dan bersiap-sedia nak masak juadah esok hari. Hari Raya Kedua nak kata buat open house tu tak la tapi ada la makanan dan open the door la haha..

Memang ramai. Kawan-kawan Somi, family Somi. Kaum kerabat belah ayah saya. Kawan-kawan mak. Ayam mencecah 7 ekor. Itu belum masuk ayam kari ketupat lagi. Dah petang, licin nasi tomato. Memang letih tu tak terkata tapi orang mai ramai tu kan pembawa rezeki.

Rezeki Kasya la! Hehe.. Kasya dah jadi penyambut tetamu. Layan je walaupun mata stim.
Masa Raya Pertama kami ambil gambar di studio. Kasya dah letih sangat. Mengantuk tahap gaban hitam tu! Memang menangis la. First time dia mogok. Hehe.. Sebelum nie kalau bab selfie ke ambil gambar ke dia memang pro mewarisi bakat mamy dia. =)

Shot menarik yang paling last. Dia dah la mengantuk. Pakcik kamera tu suruh letak dia kat bawah. Letak je kat karpet dia tidur!! Haha.. Semua gelak je. Terus kejut. Dia nangis. Kejut lagi. Mamy kena la kreatif cari lagu kegemaran dia.

Terus nyanyi, Cak Cekak Udang Gamit, Mintak Kapak Bagi Kunyit nyit nyit nyit...


Kasya tengah-tengah nangis boleh pulak layan. Memang berirama la studio masa tu. Kecoh kejap sebab mamy kena nyanyi tanpa henti! Haha.. Gilooo.. Gambar studio belum siap. Nasib baik bijak ambil gambar pakai hp =)




Sunday, July 5, 2015

Mak Jemah tu sape?

Hai uols.. Rindu Mak Jemah ke? Maklumla Mak Jemah bizi sikit..

Minggu EXAM!! Memang camni la..

Alahai.. Mak Jemah sekarang nie sesaje jalan nk sapu blog yang dah naik sawang nie.. Lelabah buat port tapi takpe lelabah baik sebab tolong Nabi saw dulu.. =)

Mak Jemah saja nk  cerita baju raya Mak Jemah tak beli lagi. Anak Mak Jemah dah 5 helai!! Haha.. Siap dapat 'kereta baharu' lagi!! Hayoo... Betullah! Bila dah ada anak, apa-apa untuk diri sendiri dah tak fikir sangat dah.

Mak Jemah excited sesangat sebab Mak Jemah suka beli baju lelaki. Bila Mak Jemah gi shopping Mak Jemah tengok oh!!!! banyak gila baju pompuan. Nyampahnya.. Mungkin sebab Mak Jemah takde anak pompuan kot. Tapi kan.. Mak Jemah nie memang 'kurang' sikit dengan pompuan sebab dalam family Mak Jemah dah biasa hidup dengan lelaki. Kawan pun dengan lelaki. Pompuan pun dah macam laki. So Mak Jemah memang dah rasa best sangat kalau dapat anak lelaki. Eh! Kisah pulak engkau nokkk..

Apesal Mak Jemah dah macam Encik AA!! Haha Entah.. Penangan mulut laser tak kena tempat jadi viral sekali dengan hakuuu pulak jadi camtu. Heii.. Plishhhh lah!

Tema Mak Jemah depends kpd apa yang dijual nanti. Ingat di hati ada 3 color yg berkenan.. tapi tunggu je la.. Disebabkan Mak Jemah keje dekat shopping complex japgi memang Mak Jemah nak tawaf sekali roundddddd gitu.. Eh apa Mak Jemah nk cerita lagi hah??


Anak Mak Jemah!! Hehe.. Ala.. apa-apa tengok IG Mak Jemah je la..Mak Jemah nie bukan berkira sangat kalau orang nak check kain Mak Jemah.. Hehe.. Check takpe.. Selak makan habuan la.. Kecik tak kecik. Mak Jemah lompat terajang je.. Tu kot kalau hampa nak kenai Mak Jemah. Dua hari nie Mak Jemah garang sebab ada pihak jantan tu memang tahap kuong hajor!! Itu Mak Jemah kata kalau depan Mak Jemah mau kena lanyak.. HADAP sangat haku kalau dia tu jantan. Makan kayu la.. Aku bedal segala.. Hang nak main dengan Mak Jemah. Mak Jemah cakap elok2 hang naik kepala.. Hang tak tau Mak Jemah dengan hospital orang gila tu dah ngam kemain.. Hang try la..

Mak Jemah tak propa. Budak jantan tu dah kena reject tanya hakuuu soklan2 yang memang menyirap! Ha.. kenan la nak makan buah padu Mak Jemah.. Hang tak dok depan mata Mak Jemah xpa la,, Eh! Mak Jemah tu sape?


Hehe.. Ok malas ah Mak Jemasssssh nak over emonasional. Boring.. K bai,,

Monday, June 15, 2015

Kelkatu Masuk Hidung, TQ Daddy!!

Lebih kurang 7 minit lagi nak balik. Hehe.. Malas nak fikir bab kerja. Nak balik dah jadi sempat jugalah nak update blog. 

Saja nak update moment untuk dikenang. Semalam kami anak beranak lepak depan TV. Kasya dah tidur. Pengasuh dia awal-awal lagi dah tidur. Tinggallah kami berdua dok berkongsi cerita itu dan ini. Tengah asyik dok bercerita, tengok-tengok ada kelkatu merayap kat muka Kasya yang lena je tidur. Aduh! Aku dah out.. Tergamam. Main tunjuk-tunjuk mulut je sebab dah tergamam sangat waktu tu. 

Husband alih tengok, terus dia halau. Tapi nak dijadikan cerita, macam masuk hidung Kasya. Panik jugaklah kami! Husband terus sedut hidung. Tak keluar. Kasya nangis. Bukan sebab kelkatu tapi sebab terkejut. Haha.. Sedut sekali lagi. Sayap je?? Hah.. sudah.. Tapi tengok Kasya macam tak ada apa-apa. Aku tepuk-tepuk belakang Kasya. Alih-alih di bawah bantal Kasya badan kelkatu bogel!! 

Cisss... 

Tapi sebenarnya bersyukur sangat-sangat. Nasib baik tak masuk. Risau la. Dah la hidung Kasya kecik. Oh, mungkin faktor 'gua' Kasya agak sempit, kelkatu tu tak dapat terjah masuk. Alhamdulillah.. 

Sumpah! Memang panik. Husband terketar-ketar jugaklah. Anak, kena nyamuk pun mamy rasa macam nak kejar dan bunuh semua nyamuk. Tapi setakat sekarang, baru dua kali kena gigit nyamuk. Mintak simpang la daripada dugaan yang teruk-teruk untuk dia. Sepanjang 4 bulan lebih nie, Kasya demam sekali je. Alhamdulillah..


Ok bai

Thursday, June 4, 2015

10 Perangai Kasya 4 Bulan

Sesekali nak update pasal anak kesayangan boleh kot. Hehe..Nak cerita perkembangan budak kecik ni.


  1. Setiap pagi, bangun awal sebab tidur awal. Bila bangun mesti senyum! =) Uh, mamy memang lambat siap sebab tergoda dengan senyuman awak. Kacau-kacau dia sikit lepas tu rushing pergi mandi sebab dah pukul 8!!
  2. Balik kerja mesti nak melekat je dengan mamy. Rindu la tu!! =) 
  3. Sekarang ni dah mula mengada-ngada. Nak tidur sekejap menyusu, sekejap tak nak. Main-main dia. Nak kena peluk-peluk dan kena layan dia sorang je.. 
  4. Kalau dia tengok TV memang kusyuk dan tergelak-gelak.
  5. Itu belum tengok Johnny kat Youtube. Memang ralit la. Dady dia masuk pun dia tak layan dah. Siap buka muka serius sebab nak tengok Youtube. Oh, anak2 zaman skrg!! Baru je 4 bulan. 
  6. Kalau nampak cahaya hp, berpaling cepat-cepat sebab berminat. Hehe.. 
  7. Kalau bukak pampers, dia suka sampai tergedik-gedik. 
  8. Tidur malam tak nak tidur bawah. Nak tidur dalam bilik. Dah kenal tu bilik dia. 
  9. Suka raba muka dady dia dan korek mata.
  10. Suka sangat kalau kena lambung. Tak gayat pun. Bukan lambung lepas terus ok. Lambung acah-acah je. Part ni sangat gedik!

Ok cau

Monday, June 1, 2015

Kak Ton Mai Dahhhh!!

Mak mertua pun kak ton, mak sendiri pun kak ton. Hehe... Kak Ton mai dahhhhhhhhhh!!
Sebelum mak sendiri mai, mak mertua mai dulu. Paham dok? Mak mertua tidur semalam dua di rumah, lepas tu gerak ke rumah kak ipar. Maklumlah, kena berbagi sama rata. Sepanjang kak ton A mai, anak menantu makan masakan dia je. Cewah.. Anak dia la mengada-ngada. Nak makan masakan mak. Hehe.. Anak mana yang tak rindu masakan mak kan? Aku sendiri pun macam tu.

Mak mertua balik Peghelih, mak sendiri mai ganti. Kak Ton mai dahhhhhhhhhhh!!
Aku pun memang tak masuk dapur setiap kali mak mai. Mak masak semua. Mak bawak buah mempelam berbesen-besen. Pelam harum manis, pelam sala.. Memang terbaik! Katanya nak masak pulut. Padahal kita nie dah makan harum manis dekat 8 kilo. Rezeki. 2 kilo beli, dapat sekilo free. Lepas tu dapat hadiah lg 5 kilo. Memang weken tu makan harum manis dan pulut je. Mak pulak bawak lagi. Buat somtam lagi. Somi tu sampai naik jemu. Resepi mempelam saja-saja. Lawokk pun ada.

Tadi baru hantar mak naik bas. Sayu je sebab balik nanti takda orang masak. Eh, ada. Tapi tak sama dengan mak sendiri. Mak bawak pengasuh Kasya. Lega tengok anak di rumah. Ringan kerja mamy, selamat anak mamy.=)

Mak mai lipat baju bertimbun-timbun, basuh baju bertimbun-timbun. Hehe.. Mesin rosak. Sekali basuh paham2 je lah! Sebab tu bertimbun-timbun. =)

Rindu mak..

Friday, May 15, 2015

Annurafi' Ukasyah

Semua ingat nama anak saya ni perempuan. Bukanlah. Lelaki. Hehe.. Panjang ceritanya. 
Saya selalu kondem nama anak orang yang panjang-panjang. Kenapa harus panjang? Kesian anak nanti nak tulis nama susah! Memang itu yang saya set dalam kepala saya. Saya pun tak nak letak nama dia panjang2. 

Ceritanya begini. Asalnya nak letak Nuh, Lut, Hud.. di hadapan. Tapi disebabkan nama daddy dia Anuar, mummy terpaksa la cari huruf A. Cari punya cari, jumpalah Annur yang bermaksud cahaya. Bila tanya hubby, dia kata oklah sebab ada nama dia dan nama saya. Dia cakap nanti anak yang lain pun nak letak pangkal Annur. Ok. Setuju. Nama Ukasyah pula sebab saya rasa sedap dan lembut, sesuai dengan maksudnya sahabat Nabi. Saya dah panggil Kasya sejak dalam kandungan lagi. Maka kami bersepakat letak nama Annur Ukasyah. Alahai, ramai orang kata macam perempuan. 

Saya kata kita buang Annur. Kita letak nama lain. Daddy dia tak nak. Hehe.. Ok2.. Saya fikir lagi. Jadi saya cari nama bermula huruf R untuk disambungkan dan melengkapkan nama tersebut supaya menjadi lelaki. Jumpalah Asmaul Husna Al-Rafi'. Jadi saya gabungkan. Saya tak nak nampak 3 perkataan, saya hanya nak dua. Jadilah Annurafi' Ukasyah. Okay.. Nama untuk adik dah ada walaupun adik tak tahu bila lagi. Hahaha.. Tak de pun takpe sebab saya dah bersyukur dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat tough! 

Susah meragam. Manja. Suka senyum. Debab! 

Mummy dan Daddy sayang awak, Kasya! 

Thursday, May 7, 2015

Pengasuh Bayi/Pembantu Rumah Diperlukan

Saya memerlukan pengasuh bayi/ pembantu rumah bermula pada bulan Jun nanti. 
Di Mahkota Cheras.
Tempat tinggal disediakan.


Kalau berminat, sila hubungi saya di FB Citra Zura. Gaji boleh dirunding. 


Wednesday, May 6, 2015

Mari Bersedekah

Bersedekah!

Ok. Saya tulis entri ni bukan untuk menunjuk-nunjuk amal jariah yang saya buat. Tidak. Entri ini sekadar untuk memberi contoh dan mengingatkan kembali tanggungjawab kita sebagai hamba Allah swt. Yang wajib tu fikir sendirilah. Hehe..

Ceritanya begini.. 
Sebelum dapat kerja, saya dah tanamkan dalam hati untuk memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukan mengikut kemampuan saya. Ada lebih, saya bagi lebih. Tapi sebelum itu, saya harus mengutamakan keluarga, ibu bapa dan adik-beradik saya yang memerlukan. Selebihnya barulah kita bersedekah. Apapun, kadang-kadang terpaksa berbagi sama rata. Syukur Alhamdulillah, dengan bersedekah rezeki saya tidak pernah terputus. Ada sahaja ikhtiar untuk meneruskan hidup walaupun belanja saya boleh dikatakan kadang-kadang melebihi rm3k sebulan. Saya sendiri tak tahu dari mana datangnya wang tersebut. Ada sahaja peluang dan rezeki datang mencurah. Mungkin kerana saya sudah berbakti kepada ibu bapa saya. Mungkin juga rezeki anak saya. Mungkin juga kerana janji Tuhan kepada orang yang bersedekah. Tidak perlu banyak, setakat yang kita mampu sahaja. 

Apa yang wujud dalam diri kita adalah sekeping hati. Hati ini dibasuh oleh kerja-kerja mulia kita. Saya sendiri akui, saya bukanlah orang yang sangat baik. Malah orang lain pun. Sejujurnya dengan doa, usaha dan sedekah pasti membentuk jiwa kita menjadi lebih murni daripada sebelumnya. 

Tuesday, April 28, 2015

Ringankan Beban Suami

Setiap yang berkahwin pasti berfikir bagaimana untuk meringankan beban suami yang seterusnya memberi kepuasan kepada setiap kehendak kita. Maklumlah, kalau yang menjadi surirumah sepenuh masa, terpaksa la menerima apa sahaja yang diberikan suami. Kalau suami orang berada, bersyukurlah. Petik jari semua dapat. Tapi kalau suami cukup-cukup makan, maka terpaksalah mengunci impian walaupun sekadar sebatang lipstik. Betul kan? 

Saya seorang isteri yang bekerja. Mempunyai kehendak dan kemahuan yang kuat. Jadi saya bekerja untuk ringankan beban suami dan juga untuk kepuasan diri sendiri. Lagipun kalau tidak bekerja, otak akan jadi sedikit perlahan dan tidak bekerja. Saya tengok orang lain duduk di rumah jaga anak, rasa seronok. Siapa yang tak mahu membesarkan anaknya sendiri kan? Tak mengapalah.. Setiap apapun perlukan pengorbanan. Kasya harus belajar untuk berdikari. 

Ok. Topik utamanya di sini, ringankan beban suami. Bagaimana mahu meringankan beban suami? 

  • Agen drop ship
  • Kuih/ Biskut - buat sesuatu yang lain daripada yg lain, contohnya bentuk kuih 
  • Menjahit
  • Nasi lemak / kuih-muih pagi
  • Menaip
  • Shop Online
  • Belajar ilmu kemahiran seperti make up dsb 
Bak kata biras saya, buat saja apa pekerjaan, untung m1 atau rm2 bukan masalah. Buat saja. Dan saya respek dia juga ibu bekerja, dan dia bekerja dalam bekerja. Faham tak? Waktu bekerja, dia juga membuat bisnes.

Kalau saya duduk rumah, katanya nak menulis. Tapi pernah cuba masa Kasya nak masuk 2 bulan, memang tak boleh sebab Kasya asyik jaga dan nak menyusu. Kadang-kadang dodoi dia tidur, sekali dengan saya tertidur. Haha.. Jadi bila masuk opis nie, sekurang-kurangnya waktu lapang dapat juga menulis.

Balik rumah bagi masa untuk Kasya lepas rindu. Lepas tu kemas rumah semua. Dah penat dan prepare untuk kerja esok pulak. Teringin nak bangun jam 4 pagi dan siapkan kerja-kerja penulisan. InsyaAllah. saya sedang cuba. Kadang-kadang bila terlalu banyak benda kita nak buat, satu benda pun tak jalan. 

Monday, April 20, 2015

Musim Exam

Ok Assalamualaikum hadirin sekalian,

Adanya saya di sini sekadar mengusir habuk di blog. Macam lama sangat kan? Hek eleeh, baru seminggu lebih jer kot. OK habuk dah dilap.. Bai.. =>

Apa cerrr? Oh, musim exam! Sekarang kena jaga exam dengan senang hati sbb tak perlu bawak perut memboyot dah. Isi perut dah keluar dan membesar menjadi anak lelaki yang berusia hampir 3 bulan. Sekarang ni tengah bekerja tetapi bercuti. Eh? Hehe.. Kerja tapi kerja tak banyak sangat. Preparation utk sem depan saja. Mulalah kusyuk dengan buku, tesis.. Ah! tak habis-habis.. Kalau habis, mana tahu kot dapat berlepas ke luar negara pulak.. Dok tengah pikir mcm mana la nak tembus pi tempat orang. Apalah tajuk tesis yang sesuai gamaknya.

Ah.. berambuslah habuk! Oh habuk di keyboard.. Lupa lap. Baru perasan di dunia banyak sangat habuk. Tak boleh lap, kita sembur basuh dengan air, tak boleh sembur dengan air, kita siram dengan minyak petrol, kita bakorr je. Haha.. Mesti buat kalau dah nama Zura! Rugi ke tidak bukan masalah, janji puas. 


OK lah. Banyak kijooo boh! Baiii .. 

Tuesday, April 7, 2015

Dah Boleh Pakai Baju Lama! :(

Kau rasa kenapa aku letak emo icon :( 

Nampak macam kisah best je sebab boleh pakai baju lama. Tapi sebenarnya baju lama tu BESAR!! Kisahnya sebelum aku sambung Master ni, aku tempah 7 helai baju kurung. Entah bagaimana, baju tersebut tersalah potong sampaikan bila aku pakai besar dan nampak macam orang tua je. 7 HELAI!!
Kau bayangkan la sekarang nie aku pakai baju tu. Yang bahunya jatuh.. Tapi muat kat bahagian badan. Entahlah baru je dua bulan lebih.. Badan masih tak nak turun sangat. 

Terubat sebab hari-hari nampak anak depan mata. Yelah, pengorbanan untuk mendapatkan seorang anak. Bab badan ni takpelah, mamy diet slow2.. Aku siap beli penimbang. Hari-hari si suami yang naik penimbang =) Kelakor pulak.. Sebab dua-dua dah debab.. 

Kau sape? Hehe. Entah sebab aku rasa aku nak mention kau.. Kau lah! =) 

Aku pun dah mendaftar diri di pusat gym. Dah mula nak melonggarkan dan mendapatkan stamina. Yeah itu barulah aku. Mana boleh hidup diet makan je, rasa rimas je kalau tak keluar peluh. Nak pergi jogging, dah ada anak. Jadi curi lunch hour punya time la pergi gym. Nasib baik jadual sem ni okay.

Lain-lain?


Dah. Nak pergi makan. Aku dah bawa bekal sekarang nie sebab bangun awal. Siap masak kat suami lg. Rajin kan.. =) 

Thursday, April 2, 2015

Empati GST

Mula-mula tak nak ambil bab sangat pasal GST ni. Aku fikir takpelah kerajaan buat untuk kebaikan rakyat. Apa yang aku lihat hari ni, nampaknya bertentangan dengan iklan kat dalam TV tu. 

Wahai PM,
Aku dengan suami gaji tak tebal. Duduk KL, rumah sewa. Anak kena bayar pengasuh. Kelengkapan anak seperti susu, pampers semua tu bukan murah. Konon cakap tak naik, tapi pergi kedai naik jugak. Kenapa tak report? Dah jadi satu kerja sampingan nak report sedangkan 24 jam sehari pun tak cukup. Kalau gaji seorang 5k, lega la jugak. Naik GST kat semua barang pun takpe. Mampu lagi untuk habiskan 5k dalam sebulan. 

Tapi cuba fikir mak aku, orang kampung aku. Gaji tak sampai 1k. Bukan tak sampai 1k tapi mak dah tak boleh kerja. Sakit sana sini. Tua sape la nak kan.. Ini bukan nak tipu. Ini betul. Itu baru kampung aku. Kampung-kampung lain? Gaji tak sampai 1k, ada yang sewa rumah, anak ramai, sekolah lagi, makan lagi, pakai lagi, bil itu ini. Kalau tak pakai motor, nak kena berjalan pulak. Kalau dekat takpe. Takkan nak patah balik zaman dulu-dulu, semua orang jalan kaki berbatu-batu jauhnya. 
Kesian..

Kata member aku, orang KL kalau gaji rm1200 pun belum tentu cukup. Sewa rumah tu haruslah. Kalau tak, takkan nak jadi gelandangan. Kerja tapi tempat tinggal kat mana-mana sahaja. Serabutlah satu KL kalau semua orang buat macam tu. Nak beli rumah? Gaji kecik bank mana nak lepas. Nak minta bantuan? Boleh ke bantu bagi rumah sebijik dengan bayaran bulanan rm100. Sebab baki gaji tu nak makan, nak isi minyak motor, time sakit nak kena bayar duit ubat. Itu kalau dia ada emak kat kampung, dah kena berbakti bagi sekupang dua. Bukan merungut sebab mak, tapi sebab semua harga barang dah naik.

Sepatutnya buatlah secara berperingkat. Ini semua orang terkejut. Letih sangat. Aku orang kebanyakan. Memang dah rasa perasaan dan keadaan hidup susah macam tu. Aku cakap bukan aku tak cukup duit tapi cukup-cukup. Sebab ada la gaji sikit. Aku fikir orang lain. Setahun rm1000 bantuan pun tetap tak cukup. Memang la bersyukur tapi janganlah bandingkan bantuan dgn GST. rm1000 bahagi 12 bulan, bersamaan rm83 untuk sebulan. Beli ayam ikan utk sebulan pun tak cukup. 

Entah. Aku tahu ramai peniaga ambil kesempatan. Sebab apa? Masing-masing kurang jelas. Pengguna lagi la kurang jelas. Dlm rm1k, duit aku dah hilang rm60. Gaji tak naik. Tapi duit makin susut. Itu belum lagi beli barang yang kena 6% lagi. Kat mana kebaikannya? 

Kalaulah diumumkan GST dimansuhkan, aku rasa rakyat lompat ke langit! Kalau umum gaji naik pun, yang kerja gomen je la seronok. Yang swasta ni, tercongok. Kenapa tak kerja gomen? Boleh! Kalau siap sedia nak ambil pekerja swasta dengan kekosongan dan karenah orang atas yang tidak memilih bulu. Naikkanlah gaji sesuai dgn pelaksanaan GST. InsyaAllah. Takkan ada orang yang bising-bising sangat.

1 benda je, kena empati. Masuk dalam kehidupan seseorang dan cuba untuk selami. Kalau masuk dalam rumah dato', tan sri semua tu memang la takde hal tapi masuk dalam rumah penoreh getah, rumah buruh kasar, pesawah.. Pasti menangis punyalah! 

Wednesday, April 1, 2015

Waktu Tidur 5 Jam

Ada lebih kurang 5 minit lagi nak balik. Sempat kot mengepos khabar. Hehe.. Berperang dengan otak sebab kena tulis 5 buah puisi. Memang lentur balik la otak yang dah mengeras ni. Alhamdulillah..  

Hari-hari diselubung rindu anak tersayang. Semalam balik, Kasya tak nak tengok mamy sangat. Dia tengok pengasuh dia saja. Sedih mamy. Tapi takpelah, awak kena duduk juga dengan mak kedua awak tu. Hari-hari pengasuh Kasya hantar gambar, buat video bagi aku tengok. Lepas la rindu sikit. 

Semalam Kasya balik main kejap lepas tu tidur sampai pagi. Memang aku sendiri pun ada masa 5 jam saja untuk tidur. Selebihnya kerja dan menjalankan tanggungjawab di rumah pulak. Seawal jam 530 pagi aku bangun siapkan Kasya, masak dan bla bla bla. Nasib baik suami rajin jugak la nak membantu sidai kain bagai. Ringan sikit beban.

Ok. 1 minit untuk publish. Bye.. See u

Tuesday, March 24, 2015

Pak Mak Siam

Dah siap menulis untuk malam ni, rasanya gian lagi nak menulis. Teringat kisah yang agak lucu di pekan Siam baru-baru ni. Lepas je pantang sehari tu, aku dah plan macam-macam. First, aku ajak suami pergi Thai. Teringin nak makan kat satu kedai tu, lepas tu nak beli barang-barang rumah. Memang murah tapi ruginya masa tu duit Siam tinggi, jadi kalau beli barang rm4.30, kena bayar rm5.00.

Pergi la cari senduk seringgit, itu dua ringgit dan bla-bla-bla. Dudu dah hilang arah dah tengok barang murah-murah. Sana sini dia kaut. Hehe.. Anak ? Tinggal je kat mak. Kehkehkeh.. Kami dating dengan senang hati sambil melepaskan hajat nak minum teh ais. 

Lepas cari barang rumah, pergi pulak ke satu kedai pemborong. Cari sabun mandi dan cuci mata. Masa nak balik si suami ni teringin sangat helmet siam tu. Alang-alang dia beli satu, aku ambil kesempatan suruh dia belanja satu. Hehe.. Dapatlah meronggeng ke tempat kerja dengan helmet pelik di Kolompo! Hehe.. Harga memang murah! 

Singgah ke satu kedai barang yang harga bawah sepuluh ringgit. Dulu meriah dengan macam-macam. Masa aku pergi tu, mak aiii... macam nak bankrap pun ada. Ala. potong stim. Lepas tu, dah hajat nak balik. Dudu nampak kedai kasut bundle. Dia kata nak tengok Converse. Ha.. Jomlah! Malu-malu pulak.. Hehe.. Maklumlah aku ni pun jenis melayan bundle jugak dulu. Tapi setiap kali masuk je badan ke muka ke mesti gatal-gatal. Bukan berlagak tapi entah dah jadi puteri raja pulak. Mengada pulak kulit ni. 

Singgah ke satu kedai aku nampak dia keluar. Aku masa tu pergi beli air kat satu kedai. Sempat lagi mamat siam tu mengayat siam. Haha.. Aku senyum je, alih-alih laki aku panggil. Terkedu la kejap mamat siam tersebut. Ecewah.. Aku baru je lepas pantang sehari. Perut pun buncit lagi. Haha..

Kami ke satu kedai lagi. Tanya tidak soal tidak dia ajak balik. Aku faham sangatlah. Dia nie bukan mahu sangat bertanya-tanya ni padahal nakkk.. Aku pun dengan ramahnya bertanya, dan nahaiii.. satu kedai jual Converse kat sebelah kedai tu. Kemainn lagi laki aku meluruuuuu.. hehe..

Sembang punya sembang jumpa la yang berkenan di hati, Pompuan Siam yang jaga kedai tu tanya, adik tak mau ke? Eh.. Bukan tak mau tapi buat masa sekarang, badan sekarang macam tak sesuai pakai Converse. Maklumlah nak layan seluar kaki kecik. Kikiki.. Sabar ye badan. Nanti kita rock. Anak sorang je kot, bukan sepuluh.

Mulalah agenda tawar menawar. RM55 nak mintak jadi rm50 pun tak lepas. Dah habis bodek dah. Kalau ikut aku tak nak aku tapi dah laki berkenan separuh nyawa, over tak? ... Ambik je la.. Dalam  dia dok try kasut tu, pompuan tu tanya aku, "adik ni ada pak mak siam ka?" 

Aku tak tahu nak mengaku macam mana, yang aku tau cina india sikit-sikit ada la. Siam tak tau pulak. Aku iya iya je la sebab aku pikir kot boleh dapat murah kan. Hasilnya? Takdenyerr.. Harga RM55 tambah duit Malaysia dalam rm10. Adoi.. Sabar je la.

Masa tengah bayar, pompuan ni panggil kawan dia. Jerit-jerit lagi kot! 

"Ni pak mak dia Siam!" Eh hamboiiii.. Haha aku macam nak gelak je. Laki aku dah tengok aku pelik. Bila masa pulak pak mak aku siam. Haha.. Tapi dah biasa sangat. Bak kata kakak tu, muka aku ni macam Siam. Lantak hang la kak oiii.. 


OK tu je.. 

Monday, March 23, 2015

Hai, Kak Linda!

Tajuk entri macam meraikan seseorang. Haha.. Memang pun! Pembaca blog tegar.. Tak sangka. Balik kenduri Kasya hari tu baru tau. Oh, patutlah. Malu pulak. Ok, readers.. Kak Linda ni cousin aku. Suara comel, orang pun comel. Maklumlah cousin aku. Haha.. Gurauan malam. 

Bercerita pasal blog mlog nie, aku rasa blog ni kawan aku. Tempat aku meluah serba serbi. Ada masa aku rasa berilmiah sangat, maka corak penulisan aku macam profesor. Hehe.. Bila aku rasa nak santai, maka corak penulisan aku macam-macam la jadinya. Kejap makcik rock, kejap gangster, kejap solehah, banyaklah kejapnya.. =)

Btw, dah tajuk pun Kak Linda, nak cerita lebih-lebih pun takut kena sama dek kak Linda. Kikiki.. Kirim salam kat si kecik tu ye. Special takkkk? hehe.. Muahhh.. 

** Terima kasih kak Linda !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...